You are on page 1of 24

AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN 1986 :

SEJAUHMANA HALANGAN KANDUNGANNYA KEPADA


PEMBANGUNAN TEKNOLOGI NEGARA

KANDUNGAN MUKA SURAT


--------------------------------------------------------------------------------------------
 MUQADDIMAH 1

 PINDAAN TERBARU AKTA PATEN 1993 & PERATURAN

PERATURAN PATEN 1995 5

 TUJUAN 9

 OBJEKTIF 10

 METODOLOGI 11

o KAEDAH PENYELIDIKAN 11
o RINGKASAN OPERASI INSTITUSI PATEN 14
DI MALAYSIA
o PROSIDUR PEMBERIAN PATEN DAN PERAKUAN 17
PERBAHARUAN UTILITI

 HALANGAN KANDUNGAN AKTA PATEN 1983 DAN 21


PERATURAN PATEN 1986

o SEKSYEN 11 24
o SEKSYEN 13 25
o SEKSYEN 16 28
o SEKSYEN 17 28
o SEKSYEN 20 31
o SEKSYEN 30A 33
o SEKSYEN 31(2) 34
o SEKSYEN 35 35
o KELEMAHAN INSTITUSI PATEN 35
o FEE 36

 RUMUSAN DAN CADANGAN 38

 NOTA HUJUNG 42

 RUJUKAN 43

1
 LAMPIRAN I, II, III, IV

ABSTRAK
Tugasan ini cuba meneliti isu berkenaan Akta Paten 1983 dan
Peraturan Paten 1986 dan persoalan sejauhmana kandungannya
memberi halangan dan hambatan kepada pembangunan teknologi
negara. Fokus perbincangan akan menjurus kepada penilaian teknikal
seksyen-seksyen di dalam Akta Paten 1983 yang didapati menghambat
atau ada kebarangkalian mengekang pembangunan negara dengan
disokong oleh fakta dan bukti 1prima facie daripada maklumat primier
yang diceduk daripada undang-undang statute, kes-kes duluan
(precedent) dan 2obiter dicta (legal opinion) yang relevan dan
munasabah. Kupasan ini juga akan merujuk kepada isu– isu mutakhir
yang menyokong pernyataan tersebut, sekaligus membuat perbandingan
pengurusan perundangan paten di negara maju. Artikel ini cuba
memberikan saranan dan stimulasi yang terbaik dalam
menguatkuasakan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 tanpa
menjejaskan kerancakan pembangunan teknologi negara.

1.0 MUQADDIMAH
Sesungguhnya, undang-undang paten adalah suatu undang-undang yang
direkabentuk bagi memberikan hak monopoli kepada perekacipta yang berjaya
menghasilkan ciptaan baru. Bahagian ini akan membincangkan perkembangan
Dasar Teknologi Paten di Malaysia. Dasar Teknologi Paten bersandarkan kepada
undang-undang paten yang memberikan hak perlindungan eksklusif iaitu status
monopoli kepada pereka cipta yag berjaya menghasilkan ciptaan terbaru
berasaskan kepada teknologi paten. Menurut seksyen 12 Akta Paten 1983,
rekacipta merupakan satu idea daripada perekacipta di mana dapat memberikan
satu penyelesaian praktikal kepada satu masalah tertentu di dalam bidang
teknologi. Akta Paten 1983 (Akta 291) mulai berkuatkuasa di Malaysia pada 1
Oktober 1986. Sebelum itu, perlindungan paten adalah di bawah peraturan-
peraturan berikut :-
 The Registration of United Kingdom Patents Ordinance 1951.
 The Patent Ordinance Of Sarawak.
 The Registration Of United Kingdom Patents Ordinance Of Sabah.
 The Patents (Rights of Government) Act 1967.

Pada ketika itu, undang-undang paten Malaysia adalah tertakluk kepada Akta
Paten United Kingdom 1951(Akta 215) dan cara untuk mendapatkan
perlindungan paten di Malaysia dengan memperolehi kelulusan paten di UK dan
kemudiannya mendaftarkannya semula di Malaysia. Oleh itu, undang-undang
yang terpakai bagai kes paten di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Paten
1951 dan undang-undang paten United Kingdom dianggap 3mutatis mutandis.
Bagi mendapatkan perlindungan paten di Malaysia, permohonan berasingan
perlu difailkan bagi Malaya, Sabah dan Sarawak, dalam tempoh 3 tahun dari

2
tarikh pemberian paten di United Kingdom. Suatu paten yang didaftarkan di
bawah Ordinan tersebut hendaklah masih sah di United Kingdom. Akta paten
ditubuhkan di Malaysia pada 1983 dan telah melalui pindaan pada 1986 yang
kemudiannya disebut sebagai Akta Paten (Pindaan) 1986. Seterusnya, melalui
peruntukan seksyen 87 Akta Paten 1983, membenarkan Peraturan-Peraturan
Paten 1986 ditubuhkan dan berkuatkuasa pada 1 Oktober 1986.

Malaysia telah menjadi ahli kepada Konvensyen Paris (1883) yang bertujuan
bagi memelihara harta intelek perindustrian(Industrial Intellectual Property) pada
1 Januari 1989 dan Konvensyen Berne bagi memelihara kerja-kerja sastera dan
artistik serta turut telah menandatangani perjanjian di bawah Trade Related
Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS). Selanjutnya Akta Paten 1983
dipinda lagi oleh Akta Paten (Pindaan) 1993 (Akta A863) dan berkuatkuasa pada
1 Ogos 1995 tujuannya dikategorikan seperti berikut :-
 Memperbaiki pemprosesan dalam kelulusan permohonan paten.
 Bagi menyelaraskan Akta Paten supaya selaras dengan Konvensyen
Paris.
 Bagi memudahkan pentadbiran sistem paten.
 Memperkenalkan hak-hak baru yang bersangkutan dengan hal-hal
paten.

Manakala Peraturan Paten 1986 dipinda pula oleh Peraturan Paten (Pindaan)
1995 yang dikuatkuasakan pada 1 Ogos 1995. Status terkini Akta Paten 1983,
pindaan terbaru telah dibuat bagi menyesuaikan kandungannya supaya selaras
dengan Perjanjian TRIPS dan telah pun diluluskan di Parlimen tetapi belum
terpakai(applicable) dan diwartakan lagi di negara ini. Selain dari itu, akta paten
ini juga memperkenalkan suatu perlindungan yang dikenali sebagai perakuan
perbaharuan utiliti seperti tercatat di bawah seksyen 17 menurut akta ini.
Pemberian paten dan perakuan utiliti ini hanya diberi perlindungan di Malaysia
sahaja.

GAMBARAJAH KRONOLOGI AKTA PATEN DI MALAYSIA


BIL AKTA PATEN TAHUN PERATURAN PATEN TAHUN
SEBELUM 1 OKTOBER 1986
1. Akta Paten United Kingdom 1951  The Registration of UK 1951
(Akta 215) Patents Ordinance
 The Patent Ordinance
of Sarawak
 The Registration of UK
Patents Ordinance of
Sabah
 The Patents (rights of 1967
Government) Act
SELEPAS 1 OKTOBER 1986
2. Akta Paten (Akta 291) 1983 Peraturan Paten 1986
3. Akta Paten (Pindaan) 1986 Peraturan Paten 1986
4. Akta Paten (Pindaan) (Akta 1993 Peraturan Paten (Pindaan) 1995
A863)

3
5. Akta Paten terbaru (telah
diluluskan di Parlimen tetapi
belum diwartakan)

Di dalam Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten(Pindaan) 1995


(cetakan terkini pada 15 Julai 2000), terdapat 48 peruntukan yang telah dipinda 4.
Tetapi di dalam kajian ini akan memfokus kepada pindaan-pindaan utama yang
dianggap mempengaruhi perubahan perundangan paten di negara ini. Pindaan-
pindaan tersebut adalah seperti berikut :-

 Seksyen 3 di dalam Akta Paten ini telah dipinda dengan mengetengahkan


beberapa definisi terbaru. Definisi “filing date”, “owner of the patent”,
“prescribed”, “priority date”, “process”, dan “product” telah
diperkenalkan bagi mengelakkan ambiguiti pada masa akan datang.

 Seksyen 14(2) telah dipinda bagi mendefinisikan semula perkataan “prior


art” senicipta terdahulu. Pindaan ini hendaklah merujuk kepada apa-apa
sahaja yang didedahkan kepada umum, di mana-mana sahaja di seluruh
dunia, sama ada secara penerbitan bertulis, pendedahan secara lisan,
melalui penggunaan atau apa-apa cara yang lain, sebelum daripada tarikh
keutamaan bagi permohonan paten yang dirujuk kepada rekacipta
tersebut. Sebelum ini, pendedahan yang dibuat secara lisan hanya akan
dianggap sebagai senicipta terdahulu(prior art) jika ianya diperbuat di
dalam Malaysia.

 Bagi menggalakkan lebih banyak rekacipta dilindungi di bawah Akta Paten


ini, di samping memberi galakan kepada perkembangan teknologi di
negara ini, definisi perbaharuan utiliti telah diperluaskan maknanya.
Rekacipta juga dimasukkan di dalam definisi terbaru ini di mana beberapa
perekacipta mungkin memilih untuk memohon sijil bagi perbaharuan utiliti
daripada memilih paten. Ini kerana, di dalam seksyen 17B telah
diperkenalkan kebenaran menukar permohonan paten kepada
permohonan sijil perbaharuan utiliti dan begitu juga sebaliknya. Tetapi,
seksyen terbaru 17C telah diperkenalkan larangan kelulusan bagi kedua-
dua paten dan sijil perbaharuan utiliti di dalam rekacipta yang sama.
Tujuan seksyen ini diperkenalkan bagi memastikan perekacipta tidak
menikmati monopoli terlalu berlebihan bagi sesuatu rekaciptaannya.

 Seksyen terbaru 29 dan 29A diperkenalkan yang bertujuan bagi


mempercepatkan proses permohonan pemeriksaan paten. Pindaan
tersebut menyediakan pemeriksaan awal(preliminary examination) yang
lebih mudah di samping pemohon dibenarkan memohon untuk mengubah
pemeriksaan substantif sekiranya hak paten atau sebarang bentuk
perlindungan yang telah diluluskan di sesebuah negara tertentu di luar
Malaysia yang dikaitkan dengan sesuatu rekacipta di mana hak paten
diaplikasikan. Bagi mengelakkan komplikasi di dalam prosidur

4
carian(search procedure), seksyen 25 telah dipinda bagi memastikan
permohonan yang ditarik balik perlu dibuat secara bertulis dan
pembatalan kepada sebarang bentuk tarik balik tersebut adalah dilarang.

 Pindaan yang selari dengan Konvensyen Paris adalah seperti berikut:-

 Seksyen 27 telah dipinda bagi memastikan bahawa tuntutan


utama(priority claim) yang telah dibuat, dihadkan kepada
permohonan yang telah difailkan dalam tempoh 12 bulan, sebaik
sahaja tarikh permohonan tersebut difailkan, dimana tuntutan
tersebut dibuat.

 Seksyen 27A yang baru diperkenalkan bagi menjelaskan maksud


sebenar permohonan tarikh utama(priority date).

 Seksyen 35 dipinda bagi menjelaskan bahawa sekiranya yuran


tahunan tidak dibayar, paten tersebut hendaklah dianggap gagal
dan kegagalan paten tersebut akan diberitahu melalui
penerbitannya sendiri di dalam warta. Dengan pindaan seksyen
35A, sekarang pendaftar tersebut diberi kuasa untuk mengubah
kembali paten yang telah gagal dengan mematuhi syarat-syarat
tertentu.

 Pindaan bagi memudahkan pentadbiran :-

o Pindaan yang dibuat di dalam seksyen 32 menyatakan, sekiranya


terdapat sebarang pindaan yang telah direkodkan di dalam
“Register”, ia harus mengikut peraturan di bawah Akta Paten.
Walau bagaimanapun pada masa ini, sekiranya terdapat sebarang
perubahan yang diperlukan, maka ianya mudah dibuat. Pindaan ini
juga menyediakan pembuatan peraturan ditetapkan dalam
sebarang bentuk mengikut “register” disimpan. Ini bermakna,
“register” boleh disimpan dalam pelbagai bentuk(medium) termasuk
dalam bentuk elektronik(electronic medium).

o A new section 33A is intoduced to make the Register prima facie


evidence of all matters required or authorised by the Act to be
entered therein and to make copies or extracts from, inter alia, the
Register admissible as evidence in court without further proof or
production of the original, on conditions that such copies or extracts
are certified by the Registrar in writing under his hand.

o Pengenalan baru seksyen 33B dan 33C membolehkan pindaan


dibuat oleh Pendaftar ke atas borang ”Register” pada bila-bila
masa diperlukan oleh pemilik paten bagi tujuan membetulkan
kesalahan atau mengubah nama atau alamat oleh pemiliknya. Ia

5
juga membolehkan mahkamah membuat pengesahan pedaftaran
ke atas mana-mana “aggrieved person”.

o With the amendment to section 56, a neww ground for the


invalidation of a patent is introduced. Under new paragraph (2)(e) if
a person or his agent deliberately provides or causes to be
provided incomplete or incorrect information to the Registrar under
the new subsection 29A (4) and a patent is subsequently granted to
such person, any aggrieved person may apply to the Court for the
invalidation of the patent.

o Finally, the introduction of new section 79A will allow amendments


after a patent is granted, to the specification of a patent or to any
other document associated with the patent for the purpose of
correcting a clerical error or an obvious mistake.

2.0 TUJUAN
Kajian ini berkonsepkan menilai dan menganalisa sejauhmana kebenaran
kandungan-kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 berupaya
mengekang pembangunan teknologi negara. Analisis ini akan cuba meneliti
kandungan perundangan paten dengan memilih seksyen-seksyen yang didapati
ambiguiti, dan ada kebarangkalian menghambat pembangunan teknologi negara
dengan disertakan dengan hujah-hujah dan fakta-fakta yang munasabah di
samping merujuk kepada statute, kes-kes duluan(precedent) dan perbandingan
aktiviti perundangan paten di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United
Kingdom. Asas panduan kajian ini akan bersandar kepada pindaan terkini Akta
Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten (Pindaan) 1995(15 Julai 2000). Di
akhir kajian, rumusan dan saranan akan diutarakan, bagi memperbaiki dan
memperindah kandungannya dalam menyusun strategi tuntas bagi mendepani
era globalisasi dan pasca modenisme di alaf baru ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini disandarkan hasil daripada beberapa objektif-objektif utama iaitu :-

 Memahami maksud kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten


1986 termasuk pindaan terkini yang terpakai(applicable) di Malaysia.

 Mengetahui secara ringkas bagaimana institusi paten di Malaysia


beroperasi dan dikendalikan.

 Mendalami dan menganalisa secara konkrit sejauhmana kandungan Akta


Paten dan Peraturan Paten 1986 boleh memberi halangan kepada
pembangunan teknologi negara.

 Penegasan penelitian ini akan cuba menganalisis secara saintifik dan


impartial terhadap kondisi sebenar perundangan paten di Malaysia dan

6
mencadangkan idea yang bernas bagi memperbaiki dan mengukuhkan
kedudukan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 di Malaysia
termasuk pindaan terbaru iaitu Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan
Paten 1995.

4.0 METODOLOGI

4.1 KAEDAH PENYELIDIKAN


Penyelidikan ini banyak bersumberkan koleksi maklumat dari bahan primier dan
bahan sekunder. Ini kerana, kajian mengenai halangan kandungan Akta Paten
1983 dan Peraturan Paten 1986 masih baru untuk diterokai dan diperbahaskan
di negara ini. Sehingga kajian ini dibuat, tiada lagi usaha sebegini dilakukan oleh
sesiapa termasuk pengamal undang-undang, saintis, sosiologis dan
seumpamanya. Justeru itu, koleksi maklumat ini banyak menggunakan bahan
primier daripada sekunder dan dicoretkan dalam bentuk penghujahan yang
relevan dan munasabah.

Wawancara eksklusif diperlukan bagi mendapatkan maklumat dalaman dan


luaran yang bersifat sulit, sensitif dan rahsia mengenai kandungan perundangan
paten dan pengoperasiannya di negara ini. Bahan rujukan asas adalah Akta
Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 termasuk pindaan terkini Akta Paten 1993
dan Peraturan Paten 1995.

Mereka yang terlibat dalam wawancara terbuka ini merupakan sumber bahan
primier yang utama dakam kajian ini. Wawancara terbuka ini diperolehi daripada
responden-responden berikut :-

 Encik Kamal Kormin, Timbalan Pendaftar di Unit Paten, Bahagian Harta


Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna. Melalui wawancara ini, pengetahuan tentang bagaimana
operasi institusi-institusi paten dikendalikan telah berjaya diperolehi.
 Puan Wan Siti Noor Wan Abdul Halim, Eksekutif Kanan di Perkhidmatan
Harta Intelek SIRIM, Shah Alam. Kejayaan utama di dalam temujanji ini,
Akta Paten (Pindaan) 1993 dan Peraturan Paten (Pindaan) 1995 yang
terkini telah diperolehi.
 Temujanji juga telah diadakan dengan Dr. Megat Izani dari Tetuan Zaid
Ibrahim & Co. tetapi keputusannya adalah separuh gagal kerana
kegagalan berjumpa dengan pakarnya disebabkan ketiadaan waktu
lapang.
 Pembantu Profesor Dr. Ida Madeha dari Universiti Islam Antarabangsa
merupakan seorang pensyarah yang berlulusan ijazah sarjana muda
kelas pertama di dalam bidang undang-undang, sarjana di Cambridge dan
kedoktoran di Universiti Harvard. Bidang kepakaran adalah di dalam
bidang Harta Intelek. Beliau telah memberi beberapa analisis, kupasan
dan kritikan melalui pengalamannya di dalam bidang harta intelek di

7
samping telah cuba menjawab persoalan sejauhmana perundangan paten
boleh menghalang pembangunan negara.
 Encik Bustaman dari Tetuan Bustaman & Co.(agen paten bumiputera
yang terkenal) - gagal mendapat kerjasama apabila dihubungi.
 Manakala bahan sekunder pula didapati daripada beberapa buah buku
rujukan utama seperti karangan Burton A. Amernick yang bertajuk
Undang-Undang Paten Untuk Bukan Peguam dan buku David Bainbridge
bertajuk Harta Intelek yang menganalisa kajian perundangan paten di
Amerika Syarikat dan United Kingdom.
 Bahan sekunder yang lain seperti internet, Malaysian Law Journal(MLJ),
Civil Law Journal(CLJ), beberapa artikel dan makalah terpilih telah
dijadikan sumber rujukan seperti Laporan SIRIM tentang kemajuan Harta
Intelek di Malaysia, Dato’ V. L. Kandan dan sebagainya.

GAMBARAJAH KAJIAN SUMBER BAHAN PRIMIER DAN BAHAN SEKUNDER


BIL ORGANISASI RESPONDEN JAWATAN STATUS
1. Kementerian Perdagangan Encik Kamal Timbalan Berjaya
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kormin Pendaftar
Pengguna
2. Perkhidmatan Harta Intelek, Pn. Wan Siti Eksekutif Kanan Berjaya
SIRIM Noor Wan Abdul
Halim
2. Universiti Islam Antarabangsa Dr. Ida Madeha Pembantu Berjaya
Profesor
3. Zaid Ibrahim & Co. Dr. Megat Izani Ketua Jabatan Separuh gagal
Knowledge
Management
4. Bustaman & Co. Encik Peguam Gagal
Bustmanan
5. Internet, Buku, artikel, jurnal -Burton A. Peguam, Berjaya
dan makalah Amernick Pensyarah,
-Cavid Penganalisis dan
Bainbridge sebagainya
-Dato’ V. L.
Kandan

Kesemua ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat primier dalam menganalisis


kandungan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 melalui pindaannya yang
terkini yang didapati menghambat pembangunan negara.

4.2 RINGKASAN OPERASI INSTITUSI-INSTITUSI PATEN DI MALAYSIA


Di Malaysia sekarang ini, terdapat tiga unit utama pemprosesan dokumen dan
utiliti bersumberkan paten iaitu unit paten atau disebut juga Pejabat Pendaftaran
Paten(PRO) di Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Hal Ehwal Pengguna, Perkhidmatan Harta Intelek di SIRIM dan Lembaga
Paten.

8
Objektif utama Pejabat Pendaftaran Paten ialah menyediakan satu mekanisma
dengan memberi galakan dan perlindungan rekacipta serta menyebarkan
maklumat teknologi melalui dokumentasi paten. Ini secara tidak langsung dapat
mempertingkatkan lagi pembangunan perindustrian dan pemindahan teknologi di
Malaysia.

Perkhidmatan Harta Intelek di SIRIM mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Ia


ditubuhkan pada April 1984 dengan fungsi utama ialah menyediakan
perkhidmatan kontrak basis berkenaan hal-hal carian dokumen dan peperiksaan
teknikal tentang permohonan paten dengan Kementerian Perdagangan dan
Industri. Dalam waktu yang sama, ia juga membekalkan maklumat tentang
perkhidmatan informasi paten. Pada waktu itu, ia dikenali dengan Informasi
Paten dan Pusat Dokumentasi (PICD). Kemudian pada bulan Oktober 1990,
PICD telah bertukar nama dan dikenali dengan sebutan Unit Informasi
Paten(PIU). Sekarang ini, Unit Informasi Paten dikenali dengan Perkhidmatan
Harta Intelek SIRIM(PHI). Objektif utama Perkhidmatan Harta Intelek(PHI)
adalah bagi memenuhi keperluan industri dalam pemeliharaan harta intelek
seperti pemfailan bagi permohonan paten, perdagangan, tanda perkhidmatan
dan rekabentuk industri. Peranan lain termasuk merangka spesifikasi paten,
membantu industri kepada sumber, lesen dan teknologi komersil. Di samping itu
juga PHI menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat berkenaan penilaian paten
bagi kebaharuan(novelty), Kebolehpatenan (patentability), Kesahihan (validity)
dan Perlanggaran(infringement). Setakat ini Perkhidmatan Harta Intelek SIRIM
dikendalikan oleh tenaga profesional yang berkelulusan dari dalam dan luar
negara yang terdiri dari seorang pemegang ijazah kedoktoran, lima ijazah
sarjana dan tiga ijazah sarjana muda. Ia juga dibantu oleh dua orang penasihat
undang-undang dari UKM dan UiTM. Butiran lanjut adalah seperti dalam
gambarajah berikut :-

GAMBARAJAH TENAGA PROFESIONAL DI SIRIM 2001


BIL NAMA PENDIDIKAN JAWATAN
1. Ong Chui Koon B.Sc(Biochemistry) Pengurus Besar
Sarjana (Harta
Intelek) (UK)
2. Mohamad Nawawi Hussin B.Sc (Biology) Pengurus Kanan
Sarjana(Harta Intelek)
(USA)
3. Sahani Ahmad Sarjana Muda Perunding Kanan
Kejuruteraan
Sarjana Harta Intelek
(USA)
4. Margaret Chai Sook Yin B.Sc(Biokimia) Perunding Kanan
Phd(biokimia neutral)
5. A. Rahman Zuhri B.Sc(Kejuruteraan Perunding Kanan
Elektrik)
6. Titi Dolai Ab. Kahar B.Sc (Kejuruteraan Perunding
Kimia)
7. Norhayati Hassan B.Sc (Fizik) Perunding
8. Mary Anne Thoo Siat Lim B.Sc Perunding

9
M.Sc(Sains
Pencemaran Alam
Sekitar
9. Wan Siti Noor Wan Abdul Halim Sarjana Muda Perunding
Kejuruteraan
M.Sc (Kejuruteraan)
10. Nor Azila Mat Khan LL.B (Hons) Penasihat Undang-
Undang
11. Noor Mala Allaudin LL.B (Hons) Penasihat Undang-
Undang

4.3 PROSIDUR PEMBERIAN PATEN DAN PERAKUAN PERBAHARUAN


UTILITI
Abiguiti lazim timbul dalam memahami perbezaan Paten dan Perakuan
Perbaharuan Utiliti. Takrifan Paten ialah suatu pemberian yang memberi hak
eksklusif kepada perekacipta untuk membuat, mengguna atau menjual
rekaciptanya di Malaysia untuk tempoh 15 tahun dari tarikh pemberian paten.
(Seksyen 35). Manakala yang dimaksudkan dengan Perakuan Perbaharuan
Utiliti diberi ke atas rekacipta yang ‘minor’ yang tidak perlu menepati ujian
langkah merekacipta seperti paten. Perakuan ini adalah selama 5 tahun dari
tarikh pemberian dan boleh dilanjutkan untuk tempoh 5 + 5 tahun lagi, tertakluk
kepada penggunaannya.(Seksyen 17).

Permohonan untuk paten seperti disebut dalam Jadual dan Peraturan 29


Peraturan Paten 1986 (borang 1) atau perbaharuan utiliti (borang 14) hendaklah
dikemukakan di Pejabat Pendaftaran Paten yang mengandungi :-
 Nama dan alamat pemohon
 Nama dan alamat perekacipta
 Suatu perihalan
 Suatu tuntutan (atau tuntutan-tuntutan)
 Disertakan bersama fee yang ditetapkan

Apabila permohonan ini diterima, satu tarikh pemfailan diberi dan pemohon
hendaklah mengemukakan permintaan bagi pemeriksaan permulaan dan carian
(borang 3) dalam tempoh 6 bulan; dan permintaan bagi pemeriksaan substantif
(borang 5) dalam tempoh 18 bulan dari tarikh pemfailan permohonan tersebut.
Apabila permintaan bagi pemeriksaan permulaan/carian dan pemeriksaan
substantif diterima, maka pemeriksa paten akan menjalankan pemeriksaan bagi
menentukan sama ada permohonan tersebut mematuhi Akta dan Peraturan
Paten. Satu laporan pemeriksaan akan dikeluarkan kepada pemohon. Jika
pemberian paten dikeluarkan, ia akan diumumkan dalam Warta Kerajaan dan
pemberian tersebut juga berkuatkuasa selama mana pembayaran fee tahunan
diperbaharui pada setiap tahun. Tempoh bagi suatu paten adalah selama 5 tahun
dan boleh dilanjutkan lagi 5 + 5 tahun tertakluk kepada kemampuan serta
permintaan untuk perdagangan atau perindustrian. Pemberian paten
dikeluarkan oleh Pendaftar, manakala perbaharuan utiliti dikeluarkan oleh
Lembaga Paten.

10
Prosidur bagi permohonan paten dan perbaharuan utiliti adalah kebanyakannya
sama, cuma berbeza dari segi tempoh iaitu 15 tahun bagi paten dan 5 tahun bagi
perbaharuan utiliti dengan tempoh lanjutan diberi 5 + 5 tahun. Kita boleh lihat
prosidur kelulusan paten dan sijil bagi perbaharuan utiliti seperti yang terdapat di
dalam dua Carta Aliran disediakan bagi memudahkan tujuan pemahaman
kepada penerangan di atas.

CARTA ALIRAN 1
PROSIDUR KELULUSAN PATEN & SIJIL PERBAHARUAN UTILITI

PERMOHONAN YANG DIKEHENDAKI


Permohonan yang mesti dikemukakan Pemeriksaan permohonan ditentukan
Borang 1 dikehendaki (paten) or Borang 14 dikehendaki (Perbaharuan menurut tarikh pemfailan
utiliti), Yuran tahunan, Deskripsi, Tuntutan perseorangan bagi Seksyen 29
perbaharuan utiliti; tuntutan-tuntutan bagi paten, dan abstrak

PEMERIKSAAN AWAL
Staf pentadbir melaporkan tentang
Permohonan yang mesti dikehendaki permintaan rasmi.
Borang 5 atau 5A rdikehendaki, dan Yuran tahunan, dalam Seksyen 29A
tempoh 2 tahun daripada tarikh pemfailan(Kebarangkalian untuk
deferment)

Apabila diluluskan, penerima paten atau pemegang sijil mempunyai hak


untuk membuat tuntutan mahkamah terhadap sesiapa yang mengguna SUBSTANTIF ATAU
Rekaciptaan atau perbaharuan utiliti tanpa kebenarannya DIPERKENANKAN MENGUBAH
PEMERIKSAAN SUBSTANTIF
Pemeriksa mengendalikan darian
Mengikut pembaharuan pembayaran yuran tahunan oleh penerima dan pemeriksaan
paten atau pemilik sijil Seksyen 31

KELULUSAN ATAU PENOLAKAN


Kelulusan paten atau perbaharuan
utiliti diterbitkan
Seksyen 35

TEMPOH
Paten tamat selepas 15 tahun dari
tarikh diluluskan.
Perbaharuan utiliti tamat tempoh 5
tahun selepas tarikh
diluluskan( dengan kebarangkalian
untuk diperbaharui 5 + 5 tahun
menurut bukti bekerja

11
5.0 SEJAUHMANA HALANGAN KANDUNGANNYA KEPADA
PEMBANGUNAN NEGARA
Usaha meneliti persoalan sejauhmana kandungan Akta dan Peraturan Paten
1986 boleh memberi halangan kepada pembangunan negara merupakan satu
perkara yang agak rumit tetapi tidak terlalu mustahil untuk dikaji. Ini adalah
kerana persoalan ini memerlukan penelitian yang mendalam, cermat, teliti dan
pengalaman yang luas dalam bidang perundangan paten. Tidak semua
pengamal undang-undang termasuk para legislator mampu memberikan
jawapan yang terbaik bagi persoalan di atas. Kebiasaannya lompangan ataupun
loopse-hole dalam sesuatu akta berjaya dikesan melalui kes-kes mahkamah
yang berlaku, penghujahan peguam dan kebestarian hakim (common sense)
dalam memutuskan sesuatu kes berpandukan kepada bukti dan fakta yang sedia
ada. Adalah mendatangkan sedikit kerumitan dalam kita cuba mengkaji
persoalan ini apabila kita melihat sumber bagi kes-kes mahkamah paten agak
terhad. Berbanding dengan bidang perundangan yang lain, litigasi harta intelek
sangat sedikit jumlahnya.

Sehingga tahun 1993, hanya terdapat tiga kes yang dilaporkan oleh Jurnal
Undang-Undang Malaysia (MLJ) yang diadili di Malaysia tetapi di bawah undang-
undang paten United Kingdom 1951 iaitu kes Rhone Poulenc AG Co & Anor v.
Dikloride Herbicides (1988) 2 MLJ 323, Smith Kline & French Laboratories
v. Salim (M) Sdn Bhd (1989) 2 CLJ 228, (1989) 2 MLJ 380, Sime Darby
Singapore Ltd v. Beecham Group Ltd (1986) 2 MLJ 16 dan tiada kes
dilaporkan di bawah Akta Paten 1983. Perlu diingat, walaupun Akta Paten 1983
dikuatkuasakan pada 1 Oktober 1986, tetapi kes-kes mahkamah di atas telah
berlangsung sebelum dari tarikh Akta Paten 1983 dikuatkuasakan, tetapi
diputuskan pada tarikh yang tercatat di sebelah kes-kes mahkamah tersebut. Ini
menunjukkan bahawa bidang perundangan harta intelek khususnya paten ini
amat baru di Malaysia dan memerlukan banyak penerangan dan pendedahan
tentang kepentingannya kepada negara. Jika kita lihat dari perspektif undang-
undang, sesuatu perundangan khususnya perundangan paten dianggap akan
terbina dan berkembang melalui kes-kes duluan(precedent), kebestarian hakim
dan penghujahan peguam yang bijaksana. Dari situ kita akan dapat menilai
keberkesanan dan kelemahan yang terdapat di dalam perundangan paten di
Malaysia.

Di dalam kes Rhone Poulenc AG Co & Anor v. Dikloride Herbicides (1988) 2


MLJ 323, yang merupakan kes paten pertama diadili di Malaysia. Di dalam kes
ini, pihak plaintif merupakan pemegang 4 hak paten yang merujuk kepada
kaedah-kaedah pertanian tertentu. Pihak plaintif adalah syarikat asing
mendakwa bahawa pihak defendan yang merupakan syarikat tempatan telah
melanggar hak paten kepunyaan mereka dengan mengilangkan dan menjual
barangan produk mereka yang dipanggil Latex 100E, atau lebih dikenali dengan
L-100-E dan Produk E. Pihak defendan mengatakan bahawa mereka adalah
pengedar produk E kerana telah dikilang dan dijual sendiri oleh mereka. Pihak
Defendan juga mencabar pihak plaintif di bawah peruntukan kekurangan

12
kebaharuan(lack of novelty) terhadap produk keluaran plantif. Mahkamah
memutuskan pihak defendan telah melanggar hak paten kepunyaan plaintif
kerana kegagalan pembuktian defendan dalam isu kebaharuan(novelty) dan
plaintif dibenarkan untuk menuntut gantirugi ke atas defendan.

Di dalam kes Smith Kline & French Laboratories v. Salim (M) Sdn Bhd (1989)
2 CLJ 228, (1989) 2 MLJ 380, pula, isu yang ditimbulkan ialah sama ada
perlanggaran akta paten telah berlaku apabila dadah yang dipatenkan telah
diimpot ke Malaysia oleh defendan tanpa kebenaran yang jelas(express
consent) daripada pihak plaintif. Mahkamah Malaysia telah mangambil
pendekatan yang wajar, pragmatik dan konservatif di dalam kes ini. Diputuskan
bahawa impot terhadap produk paten yang telah secara sah dibawa ke pasaran
oleh pihak plaintif tersebut, didapati tidak melanggar hak paten kepunyaan pihak
plaintif. Ini kerana, sesuatu barangan yang telah dipasarkan tidak perlu lagi
mendapatkan kebenaran impot daripada pihak plaintif.

Sehingga tahun 1998, didapati satu kes yang menggunakan Akta paten 1983
iaitu kes Primier Products Co Ltd & Anor v. Zamrud Fibre Industries (M)
Sdn. Bhd. & Anor (1994) AIPR, 255, di mana isu yang dibangkitkan berkenaan
rekacipta baru. Diputuskan sesuatu rekacipta yang terdapat di sewage system
telah diketahui umum sebelum hak paten difailkan. Ia bukan lagi dianggap
sebagai kebaharuan rekacipta(novelty in invention) yang boleh dipatenkan.
Permohonan plaintif telah ditolak oleh mahkamah.

SEKSYEN 11(KEBOLEHPATENAN REKACIPTA)


Isu di dalam seksyen 11 berkenaan kebolehpatenan(patentability) dan kaitan
dengan isu pembangunan teknologi negara. Tetapi di dalam seksyen ini terdapat
beberapa garis panduan yang tidak jelas dan samar. Seksyen ini menyatakan
suatu rekacipta yang berkaitan dengan suatu keluaran atau proses boleh dipaten
sekiranya ia terbaru, melibatkan langkah merekacipta dan boleh digunakan untuk
perindustrian. Di sini, suatu rekacipta dikatakan baru iaitu ciptaan tersebut tidak
pernah dizahirkan sebelum tarikh pemfailan, sama ada di Malaysia mahupun di
lain-lain negara di dunia ini. Kebolehpatenan ini merupakan bidang pentakrifan
yang sedang berkembang tanpa garis panduan yang jelas. Oleh itu persoalan ini
harus ditafsirkan menurut kes-kes mahkamah yang muncul. Bagaimanapun agar
wujud persoalan, tidak perlu ada kes prima facie ketidakbolehanpatenan.
Khususnya, pemeriksa tidak diperlukan untuk menolak dakwaan ke atas seni
terdahulu untuk membuktikan persoalan baru yang penting tentang
kebolehpatenan. Bagaimanapun sekiranya dapat dibuktikan oleh pembuat
permintaan bahawa kes prima facie boleh ditimbulkan tentang
ketakbolehanpatenan, maka persoalan baru yang penting berkenaan
kebolehpatenan dianggap jelas dibuktikan dan pemeriksaan semula pun
diperintahkan.

SEKSYEN 13(REKACIPTA YANG TIDAK BOLEH DIPATENKAN)

13
Jika kita merujuk kepada seksyen 13 Akta Paten 1983 menyebut beberapa
perkara rekacipta tidak boleh dipatenkan seperti berikut :-
 Penemuan-penemuan, teori saintifik dan kaedah-kaedah matematik;
 Jenis-jenis tumbuhan atau binatang atau proses-proses yang pada
dasarnya adalah proses-proses biologi bagi pengeluaran tumbuhan
atau binatang, selain daripada mikro organisma hidup buatan
manusia, proses mikro-biologi dan keluaran-keluaran proses mikro
organisma itu;
 Skim aturan atau kaedah bagi menjalankan perniagaan, melakukan
perbuatan-perbuatan mental semata-mata atau bermain apa-apa
permainan;
 Kaedah-kaedah merawat tubuh manusia atau binatang melalui
pembedahan atau terapi, kaedah-kaedah diagnosis yang dilakukan
kepada tubuh manusia atau binatang
Melainkan bagi keluaran-keluaran yang digunakan dalam mana-mana
kaedah sedemikian.

Melalui peruntukan seksyen 13, sesuatu penemuan baru di dalam bidang


saintifik tidak boleh dipatenkan. Oleh itu, sebarang penemuan baru yang merujuk
kepada spesis baru atau fauna tidak boleh dipatenkan di Malaysia. Ini
bermaksud sebarang bentuk penemuan baru saintifik tidak dibenarkan untuk
dipatenkan. Ini termasuk material hidup seperti binatang dan tumbuhan. Saya
berhujah seksyen ini secara tidak sedar boleh menghalang usaha
pengembangan teknologi dalam isu penemuan baru saintifik sama ada
berasaskan binatang atau tumbuhan. Apabila ini berlaku, para saintis tempatan
atau anak watan yang telah berjaya membuat penemuan baru saintifik tidak
mempunyai hak eksklusif atau monopoli terhadap sesuatu penemuan baru
saintifik yang dikaji oleh mereka. Ini akan mendedahkan sesuatu penemuan
saintifik itu kepada sebarang bentuk peniruan, ciplak atau rompakan teori atau
kaedah tersebut. Pembudayaan sains dan teknologi di dalam masyarakat kita
masih di tahap yang rendah menyebabkan penemuan teori-teori atau kaedah-
kaedah yang bersifat saintifik kurang berlaku di negara ini. Tetapi di kebanyakan
negara maju perkara ini amat dititikberat dan diambil perhatian.

Di negara maju seperti Amerika Syarikat mempunyai persepsi berbeza dalam


menangani masalah penemuan baru teori atau kaedah saintifik dan material
binatang atau tumbuhan. Mereka telah membenarkan material haiwan
dipatenkan di dalam kes mahkamah Harvard Onco-Mouse OJ EPO 11/1989,
451; (1990) 1 EPOR 4, OJ EPO 12/1990, 476; (1990) 7 EPOR 501; (1991) 1
EPOR 525. Pejabat Paten Eropah yang pada mulanya mengkritik hebat perkara
ini berlaku kerana menganggapnya sebagai tidak beretika(unethical)6 akhirnya
secara perlahan-lahan menerima dan meraikan kebenaran paten tersebut akibat
dari kes di atas. Di dalam kes Harvard Onco-Mouse ini sekumpulan tikus
transgenik telah dimasukkan kuman kanser yang selalu dihinggapi oleh manusia
sewaktu masih di peringkat embrio lagi. Akibatnya sekumpulan tikus transgenik
berupaya membiakkan lebih banyak benih-benih tikus tersebut. Hujahan

14
timbulkan di mahkamah di antara risiko dan faedah kejuruteraan genetik ini
kepada manusia. Mahkamah mempersoalkan sama ada sengsara kepada
sekumpulan tikus itu diimbangi prospek faedah kepada manusia. Akhirnya
mahkamah memutuskan untuk membenarkan haiwan transgenik itu dipatenkan
bagi mengurangkan kesakitan dan penderitaan binatang tersebut dengan cara
mengurangkan bilangannya hanya bagi kegunaan penyelidikan di makmal. Isu
Oncomouse ini termasuk di dalam perkara yang tidak boleh dipatenkan di
Malaysia melalui seksyen 13.

Selain itu kita boleh juga saksikan di Amerika Syarikat pengecualian paten tidak
diberi di dalam isu material biologi. Misalnya di dalam pengecualian sel
manusia tertentu yang ada nilai farmasitikal dan berpotensi untuk dipatenkan. Ini
boleh kita lihat di dalam pendaftaran Paten di Amerika Syarikat 5,397,696 adalah
ilustrasi daripada prinsip di atas dengan merujuk kepada T-cell line(PNG-1)
manusia (yang datang dari satu sampel puak orang Hagahai) yang dihinggapi
kuman sel darah putih. Dokumen ini mencadangkan bahawa rekacipta mungkin
berguna di dalam mengembangkan vaksin atau penciptaan teknik skrin untuk T-
cell leukemia. Di dalam kes US Diamond v. Chakrabarty 477 U.S. 303; 206
USPQ 193 (1980) pula merupakan kes pertama pertimbangan mikro-organisma
untuk dipatenkan. Mahkamah Agung Amerika Syarikat menyatakan bahawa
mikro-organisma hidup dibentuk oleh kaedah kejuruteraan genetik merupakan
perkara yang boleh dipatenkan. Rekacipta dalam kes ini ialah bacterium buatan
manusia menerusi kaedah kejuruteraan genetik yang berupaya menghuraikan
berbilang komponen minyak mentah dan berpotensi dalam mengawal tumpahan
minyak. Di dalam kes ini paten kepada mikro organisma tidak boleh dianggap
tidak etika kerana perkara pokok bukan isu betul atau salah tetapi dikategorikan
sebagai etika yang tidak berpihak (ethically neutral). Perkara yang sama di atas
disebut juga dalam kes GENENTECH INC’S PATENT (1989) RPC 147.

SEKSYEN 16(APLIKASI INDUSTRI)


Seksyen 16 menyatakan sesuatu rekacipta hendaklah dianggap sebagai industri
yang digunapakai jika ia boleh dibuat atau diguna di dalam sebarang bentuk
industri. Hujahan saya perkataan industri ini tidak jelas maknanya sama ada
industri tersebut termasuk pertanian, misalannya sama ada kaedah baru dalam
menjaga benih-benih boleh dipatenkan. Ini akan menimbulkan ambiguiti dan
kesukaran dalam memahamkan bentuk industri yang digunapakai dan kerana ia
akan mengundang penafsiran industri yang luas ruanglingkupnya termasuk
industri yang bersifat negatif sifatnya.

SEKSYEN 17(PERBAHARUAN UTILITI)


Seksyen 17 ini menyebut tentang perbaharuan utiliti. Seksyen ini amat penting
bagi sesebuah negara membangun seperti Malaysia yang sering mengeluarkan
rekacipta yang sederhana dan tidak memenuhi syarat untuk pemberian paten
tetapi baru dan memberi faedah kepada negara. Tempoh bagi perbaharuan utiliti
adalah selama 5 tahun dan boleh dilanjutkan lagi 5 + 5 tahun tertakluk kepada
kesan perdagangan serta permintaan untuk dagangan atau perindustrian.

15
Berbanding dengan tempoh eksklusif yang dibenarkan bagi paten adalah 15
tahun(seksyen 35). Perbezaan tempoh diantara paten dan perbaharuan utiliti
banyak memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan teknologi negara.
Ini adalah kerana kebanyakan geran paten ini lebih daripada 60%
pendaftarannya di Malaysia dimiliki oleh pelabur luar negara atau syarikat
gergasi asing seperti Amerika Syarikat dan Jepun manakala perbaharuan utiliti
yang kebanyakan dipelopori ataupun dikuasai oleh anak syarikat tempatan yang
bermodal kecil dan sederhana. Dari segi jangka panjang, perbezaan tempoh ini
kurang menguntungkan Malaysia dari sudut pembangunan teknologi kerana
kurang menjaga kepentingan syarikat-syarikat tempatan yang kebanyakannya
terlibat dalam saiz modal kecil dan sederhana. Impaknya kurang baik jika
perkara ini berterusan. Sepatutnya bagi perbaharuan utiliti dibenarkan
berkuatkuatkuasa sama atau lebih dengan tempoh paten. Kita boleh melihat
laporan terkini pemberian geran paten dan perbaharuan utiliti yang dikeluarkan
oleh Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna, peratusan keseluruhan pendaftaran geran paten dan
perbaharuan utiliti bermula dari 1 Oktober 1986 hingga 30 Mei 2000 hanya
sebanyak 2,097 daripada 51,117 atau mewakili 4.10% daripada keseluruhan
jumlah pendaftaran paten di negara ini. Manakala data terkini dari tahun 1996
hingga 30 Mei 2000 memperlihatkan perbezaan yang cukup ketara di antara
syarikat tempatan dengan syarikat asing. Ini membuktikan pembangunan
teknologi Malaysia masih banyak lagi bergantung kepada pelaburan dari syarikat
asing dalam usaha memindahkan teknologi tinggi ke negara ini.

GAMBARAJAH PATEN MILIK DAN BUKAN MILIK MALAYSIA

B IL A N G A N
7000 P A T E N M IL IK M A L A Y S IA
D A N B U K A N M IL IK M A L A Y S IA 1 9 9 6 -2 0 0 0
6000
5000

4000 BUKAN MILIK


MALAYSIA
3000 : Unit Paten, Bahagian Harta Intelek, Kementerian PerdaganganMILIK
Sumber MALAYSIA
Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna

2000

1000
SEKSYEN 20(REKACIPTA YANG DIBUAT OLEH PEKERJA DALAM
MELAKSANAKAN TUGASNYA)
0 20 adalah berkenaan dengan hak ke atas suatu paten iaitu rekacipta
Seksyen
1996 oleh1997
yang dibuat 1998
pekerja atau 1999 2000 melaksanakan tugas kepada
dalam usaha
majikannya. Dalam seksyen ini, sesiapa boleh membuat permohonan bagi

16
mendapatkan paten sama ada secara persendirian ataupun bersama dengan
orang lain. Rekacipta yang dibuat semasa pelaksanaan kontrak pekerjaan
adalah bersifat terakru kepada majikan. Walau bagaimanapun, jika rekacipta itu
memperolehi nilai economy(economic value) yang besar daripada yang boleh
diramalkan dengan munasabah, maka perekacipta adalah berhak mendapat
saraan saksama (equitable remuneration) yang ditetapkan oleh mahkamah jika
tiada perjanjian dibuat di antara pihak pekerja dengan majikan.

Seksyen ini mengandungi dua isu utama :-


 Sekiranya rekacipta baru berlaku di dalam menjalankan pekerjaan ia
adalah kepunyaan majikan tersebut.
 Sekiranya rekacipta itu mempunyai nilai ekonomi yang besar daripada
yang boleh diramalkan munsabah, maka barulah perekacipta berhak
mendapat saraan saksama. Tetapi saraan saksama itu bergantung
kepada ketetapan mahkamah “jika tiada perjanjian dibuat”.

Saya berhujah, perekacipta mempunyai hak ke atas rekaciptaannya(seksyen 36)


untuk mengeksploitasi rekaciptanya, menyerahkan atau memindahkan paten dan
membuat kontrak lesen, walaupun sesuatu rekaciptaan itu berlaku sewaktu
tempoh pekerjaan tetapi tetap kepunyaannya dan perlu dibayar royalti atau
mendapatkan kebenaran daripada perekacipta sekiranya rekacipta itu ingin
diekploitasikan. Eksploitasi merupakan perkara yang terlarang di bawah Akta
Buruh dan majikan boleh dianggap melanggar akta tersebut sekiranya bukti
eksploitasi dikemukakan. Pandangan saya perekacipta sepatutnya dibayar
royalti, skim, pampasan atau seumpamanya terhadap perekaciptaannya dan
tidak terus menjadi hak milik majikan tersebut. Di Malaysia kebanyakan anak
watan tempatan menjadi pekerja dengan syarikat multinasional asing dan
kadangkala mampu menghasilkan rekacipta baru bagi faedah syarikat atau
majikan tersebut. Jika perkara tidak dilakukan banyak rekacipta yang dihasilkan
anak tempatan barangkali akan menjadi milik syarikat gergasi tersebut yang juga
majikan mereka.

Kedua, tidak perlu kita membeza atau meletakkan kayu ukur nilai ekonomi besar
atau kecil, perekacipta seharus berhak mendapat saraan saksama atau
seumpama dengannya bagi produk penciptaannya. Jika tidak akan wujud double
standard dalam membayar saraan saksama tersebut. Langkah ini juga secara
tidak langsung akan merangsang perekacipta khususnya anak tempatan untuk
mencipta produk baru. Ini juga akan meningkatkan pencapaian negara dalam
sudut pengembangan teknologi muasir.

Ketiga, definisi ‘’Saraan Saksama” masih lagi kabur dan perlukan penjelasan
dan penerangan berkenaan dengan kadar patut penerimaan yang setimpal.
Perkara ini perlu dijelaskan awal bagi mengelakkan sebarang bentuk keraguan
tentang nilai dan maksudnya.

17
SEKSYEN 30A (LARANGAN PENERBITAN MAKLUMAT YANG BOLEH
MENCURIGAKAN NEGARA)
Seksyen ini berkenaan larangan menerbitkan maklumat yang boleh
mendatangkan prejudis kepada ‘’kepentingan’’ dan ‘’keselamatan’’ negara. Tetapi
saya berhujah bahawa seksyen larangan ini tiada garis panduan yang lengkap
dalam mentafsirkan maksud prejudis kepada kepentingan dan keselamatan
negara. Ini boleh mengakibatkan maksud prejudis kepada kepentingan dan
keselamatan negara boleh ditafsirkan dalam pelbagai tafsiran yang akan
membawa kepada ketidaktentuan(uncertainty). Garis panduan tersebut
sepatutnya ditafsir oleh badan kehakiman, tetapi kebiasaannya di Malaysia
badan pelaksana(eksekutif) yang memberi takrifan memandangkan badan
eksekutif di negara ini amat berkuasa dan berpengaruh dalam banyak perkara.
Ini boleh dibuktikan dalam kes kontroversi kes Tribunal Tun Salleh Abbas.

Larangan ini juga boleh juga disifatkan sebagai terlalu mutlak(obsolute) sehingga
tiada pengecualian-pengecualian yang dianggap munasabah terhadap seksyen
30A tersebut. Misalnya, Maksud prejudis kepada kepentingan dan keselamatan
negara itu harus diperjelaskan dengan lengkap melalui pindaan akta atau
klausa-klausa(clauses) tertentu seperti penerbitan maklumat tentang senjata
nuklear, peralatan peperangan berbahaya adalah dianggap mengancam
keselamatan negara.

Manakala penerbitan bagi tujuan kajian pendidikan, eksperimen, jurnal dan


peningkatan ilmu pengetahuan tidak sepatutnya jatuh di dalam kategori
mengancam kepentingan dan keselamatan negara. Akibatnya seksyen ini
dianggap masih exhaustive(bersifat longgar) dan hanya pemeriksa yang akan
menafsirkan seksyen ini mengikut pemahamannya tentang seksyen ini dan
bukan petunjuk-petunjuk yang sesuai seperti klausa bagi membantunya menafsir
sesuatu keadaan yang berlaku yang berkait rapat dengan kepentingan dan
keselamatan negara.

SEKSYEN 31(KELULUSAN PATEN)


Seksyen memperkatakan tentang kelulusan paten. Lazimnya proses kelulusan
paten mengambil masa yang agak lama iaitu dari tempoh tiga hingga empat
tahun. Memandangkan kekurangan data mengenai syarikat tempatan, kita boleh
mengambil contoh ke atas kes paten milik MASAO SUETSUGU dari negara
Jepun. Beliau telah memfailkan permohonan paten di bawah seksyen 31 (2)Akta
Paten 1983 di negara ini pada 25 April 1990 dan hanya mendapat kelulusan
pada 30 November 1994 iaitu setelah empat tahun menunggu.(Lihat lampiran II).
Ini mengakibatkan sepanjang tempoh menunggu kelulusan tersebut tidak
mustahil produk patennya akan dicerobohi atau diciplak oleh pihak ketiga. Ini
secara tidak langsung boleh melambatkan proses pembangunan teknologi
negara khususnya dalam paten.

SEKSYEN 35(TEMPOH)

18
Seksyen ini menyebut bahawa masa yang dibenarkan untuk pemilik paten
memperolehi hak eksklusif terhadap produk yang boleh dipatenkan adalah 15
tahun. Jangka waktu 15 tahun dianggap agak singkat untuk syarikat tempatan
mengeksploitasi produk atau rekaciptanya. Rungutan banyak diterima daripada
pemohon paten berkenaan tempoh paten tersebut yang dikatakan agak singkat.
Perkara ini diakui sendiri oleh Eksekutif Kanan SIRIM di Shah Alam.

Perundangan paten di Amerika Syarikat membenarkan tempoh paten adalah 17


tahun dan Uk 21 tahun. Saya berpandangan tempoh 21 tahun adalah wajar dan
munasabah kerana tempoh tersebut boleh dianggap sebagai tempoh yang
sudah matang bagi sesebuah syarikat. Tempoh 21 ini sebenarnya selaras
dengan Akta Paten di United Kingdom 1951. Implikasi pada hak paten milik
syarikat tempatan vs. syarikat milik asing adalah terlalu jauh. Syarikat tempatan
akan terus mundur dan kurang berdaya saing dengan syarikat asing apabila
tempoh paten yang diberi terlalu pendek dan singkat.

KELEMAHAN INSTITUSI PATEN


Sistem pengurusan operasi paten masih terdapat kelemahan yang perlu
tindakan segeran antaranya :-
 Sistem pengurusan manual SIRIM perlu ditukarkan kepada sistem
pengurusan yang berteknologi tinggi seperti electronic governance dan
berkonsepkan teknologi maklumat. Walaupun sudah terdapat peralatan
terkini tetapi hanya segelintir staf sahaja yang tahu mengendali dan
menggunakan mesin atau peralatan moden tersebut. Contohnya di SIRIM
terdapat 2 reader-printer mikrofilem telah dibeli. Sekarang pejabat
Perkhidmatan Harta Intelek mempunyai 4 reader-printer mikrofilem dan 7
komputer peribadi(PC). Peralatan ini masih tidak mencukupi untuk
menampung keperluan tenaga profesional yang berjumlah 11 orang.
 Tenaga kerja terlatih dan berpengalaman masih kurang. Umpamanya di
SIRIM hanya terdapat 10 orang tenaga pakar dan amatur sahaja bagi
mengendalikan isu-isu perundangan paten di seluruh negara. Oleh itu
tindakan melantik lebih ramai para pegawai dan staf di dalam organisasi
pengurusan paten di samping mempertingkatkan kualiti dan mutu kerja
mereka dengan menghantar mereka ke program jangka pendek seperti
kursus Harta Intelek bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam
pengurusan paten dan pendedahan berkesan kepada maklumat terkini.
 Pertambahan permohonan menyebabkan operasi memproses paten
kurang efisien dan terdapatnya back log.

FEE
Reaksi kebanyakan perekacipta khususnya perekacipta tempatan mengatakan
bayaran pemprosesan paten agak mahal, berbelit-belit dan agak susah difahami.
Bagi mendapatkan kelulusan paten, beberapa kerenah mengisi borang dan
pelbagai jenis yuran telah dikenakan yang jika dicampurkan kesemuanya boleh
dikatakan agak mahal kosnya. Misalannya permohonan paten atau perbaharuan
utiliti boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Paten dengan mengisi borang bagi fee

19
pemfailannya sebanyak RM200.00. Kemudian ditambah lagi sebanyak
RM200.00 bagi paten atau RM100.00 bagi perakuan perbaharuan utiliti sebagai
bayaran yuran bagi mendapatkan perlindungan tersebut. Seterusnya, yuran bagi
pemeriksaan substantif ialah RM700.00 atau RM450.00 bagi pemeriksaan
substantif yang diubahsuai. Perbelanjaan keseluruhannya menjangkau
RM1,000.00. Bayaran tersebut tidak termasuk bayaran perbelanjaan
perkhidmatan profesional agen paten kepada seseorang perekacipta. Di
samping itu juga pelbagai jenis borang yang banyak perlu diisi oleh perekacipta
bagi tujuan pempatenan tersebut. Anggaran lebih daripada 18 borang yang perlu
diisi dengan disertakan 29 jenis yuran yang perlu dibayar oleh pemohon sewaktu
permohonan paten. Bayaran yang dikenakan oleh agen paten pada
kebiasaannya agak tinggi dan mahal. Walaupun tiada data yang kukuh untuk
menyokong pernyataan ini disebabkan masalah sulit dan kerahsiaan daripada
agen paten, melalui maklumat sekunder yang sahih melalui rakan pengamal
undang-undang yang bekerja dengan firma agen paten, bayaran anggarannya di
antara RM5,000.00 hingga boleh mencecah RM1 juta bergantung kepada produk
yang hendak dipatenkan, reputasi syarikat dan reputasi agen paten.

Ini secara tidak langsung boleh membebani perekacipta tempatan atau syarikat
tempatan yang juga terpaksa membayar perkhidmatan profesional agen paten
dengan harga yang agak tinggi. Tambahan pula setakat ini tiada garis panduan
mengenai kadar bayaran perkhidmatan profesional agen paten. Kos tahunan
memperbaharui paten masih tinggi terutama bagi syarikat tempatan yang
berintensifkan modal kecil atau sederhana. Kondisi sebegini boleh mematahkan
semangat dan peluang untuk perekacipta tempatan atau syarikat tempatan
mengembangkan bakat dan potensi mereka dalam konteks pembangunan
teknologi negara.

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN


Kewujudan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 seharusnya dilihat
sebagai satu petanda positif dalam memacu pembangunan negara khususnya
dalam sistem perundangan paten. Menguatkuasakan perundangan paten tidak
bermakna kita cuba mengongkong atau menghalang pembangunan teknologi
negara. Teknologi negara dijangka akan terus berkembang baik jika sekiranya
isu perundangan paten dipantau dengan baik dan efisien.

Namun, analisis yang dibuat terhadap kandungan akta paten bukan bertujuan
untuk meremeh atau merendahkan martabat perundangan paten di negara ini.
Tetapi ia adalah langkah proaktif dan berani supaya perundangan paten
diperkemaskini dan dimajukan sejajar dengan peredaran zaman moden. Analisis
ini akan menzahirkan bahawa perundangan paten di negara ini tidak statik,
jumud dan beku sifatnya atau lebih dipengaruhi oleh pengaruh luar perundangan
paten dari negara luar. Usaha mengkaji kelemahan kandungan perundangan
paten sebegini memang amat perlu diteruskan supaya menatijahkan satu bentuk
perundangan paten yang orentasinya bermodelkan unsur atau budaya tempatan
dan bukan lagi berkiblatkan camca barat.

20
Ringkasnya, beberapa langkah dan tindakan segera dalam memastikan bahawa
kemajuan perundangan paten di negara ini tidak menghalang teknologi
dibangunkan.

  Pindaan baru terhadap Akta Paten (Pindaan 1993) dan Peraturan


Paten (Pindaan 1995) perlu dilakukan segera bagi mengelakkan halangan
kandungannya kepada pembangunan negara(telah diluluskan di parlimen
tetapi belum diwartakan).

  Pengurusan institusi dan organisasi paten perlu dimantapkan


dengan pengambilan tenaga kerja yang terlatih, mahir dan
berpengalaman di samping dibekalkan dengan pengurusan teknologi
terkini.

    Bidang kehakiman memainkan peranan besar dalam


menghasilkan sistem perundangan paten yang baik dan mantap di negara
ini melalui penghakiman yang berkesan, obiter dictum(legal opinion), 5ratio
decidendi supaya akhirnya perundangan paten di negara ini benar-benar
bercitarasa tempatan dan bukan hanya bergantung kepada negara barat
semata-mata.

 Akta Paten 1983 paten perlu menekankan soal penjagaan dan


kepentingan barangan atau rekacipta tempatan seperti ubat-ubatan
tradisional dan rekacipta di bidang pertanian yang cukup berpotensi untuk
dimaju dan berkembang di pasaran antarabangsa. Usaha pempatenan
rekaciptaan yang berkaitan dengan produk tersebut perlu dilakukan
segera bagi mengelakkan sebarang bentuk peniruan dan eksploitasi yang
boleh menggagalkan usaha pembangunan teknologi negara.

 Promosi di kalangan rakyat perlu dipertingkatkan dan mendedahkan


mereka tentang kepentingan Harta Intelek di samping memberi galakkan
supaya mereka mempelajari dan menceburinya terutamanya dalam
bidang perundangan paten.

 Konsep penggabungan ataupun smart partnership di kalangan syarikat


tempatan perlu diperkenal bagi mengatasi masalah industri berintensifkan
modal besar. Dengan cara ini syarikat-syarikat tempatan ada daya
konpetitif dan berdaya saing dengan syarikat pelabur asing.

 Perkukuhkan keupayaan syarikat tempatan dengan will power sendiri,


sokongan kerajaan berupa skim galakan, insentif dan seumpamanya dan
kompetitif dalam persaingan antarabangsa.

Matlamat akhir pelaksanaan Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 mesti
berpaksi kepada persoalan menjaga maslahat dan keistimewaan perekacipta

21
tempatan atau syarikat tempatan daripada syarikat asing supaya mampu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan syarikat gergasi asing yang datang
ke negara ini. Potensi perundangan paten berkembang di negara ini cukup besar
memandangkan lokasinya cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah
pusat perkembangan ekonomi rantau Asia Tenggara. Mana tahu satu hari nanti
perundangan paten kita dijadikan asas dan pembangunan teknologi serantau.
Sama-sama kita doakan.

22
1
NOTA HUJUNG

1 Bukti-bukti kukuh atau nyata.


2
Pandangan hakim di dalam persoalan undang-undang terhadap kes yang sedang diadili olehnya, tetapi ia
bukannya satu keputusan dan tidak semestinya bersifat mengikat(binding).
3
Digunapakai, dengan beberapa perubahan perlu dibuat.
4
Laporan daripada Bahagian Harta Intelek, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna.
6
5
Alasan penghakiman atau dasar keputusan penghakiman. Keputusan tersebut akan menjadi duluan pada
masa hadapan.

6 Article 53 of the European Convention reads :


European patents shall not be granted in respect of :
   (a) inventions the publication or exploitation of which would be contrary to
‘order public’ or morality, provided that the exploitation sahll not be deemed to be so contrary
merely because it is prohibited by las as registration in some or all of the Contracting States.
   (b) Plant or animal varieties or essentially biological processes for the
production of plants or animals; this provision does not apply to processes microbiological or
the products thereof.

RUJUKAN

 1. AKTA PATEN 1983 DAN PERATURAN PATEN 1986(15 JULY 2000)

 2. INTELLECTUAL PROPERTY, PUBLISHED BY PITMAN PUBLISHING,


WRITTEN BY DAVID BAINBRIDGE

 3. UNDANG-UNDANG PATEN BUKAN PEGUAM – BURTON A. AMERNICK,


TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 1996

 4. ARTIKEL ‘BIOTECHNOLOGICAL PATENTS AND BIODIVERSITY : THE


IRRECONCILABLE PARADOX, MLJ SEPTEMBER, 2000

 5. ARTICLE BACKGROUND READING MATERIAL ON THE INTELLECTUAL


PROPERTY SYSTEM OF MALAYSIA WRITTEN BY DATO V. L. KANDAN, 1993.
 6. PROGRESS REPORT ON PATENT BY ONG CHUI KOON, SIRIM, 1993.

 7. WORKSHOP : PATENT : A LEADING SOURCE OF TECHNICAL


INFORMATION WRITTEN BY PATENT INFORMATION UNIT, SIRIM.

 8. ARTICLE ON INTELLECTUAL PROPERTY SYSTEM ON MALAYSIAN


BUSINESS COMMUNITY, WRITTEN BY MINISTRY OF DOMESTIC TRADE AND
CONSUMER AFFAIRS.

 9. GUIDE FOR DEVELOPING COUNTRIES ON THE EXAMINATION OF PATENT


APPLICATIONS BY WIPO GENEVA.

 10. THE PATENT COOPERATION TREATY (PCT) AND ITS


IMPORTANCE TO DEVELOPING COUNTRIES

 11. INTRODUCTION TO INTELLECTUAL PROPERTY RIGHTS

 12. WIPO WORLD INTELLECTUAL PROPERTY ORGANIZATION,


GENERAL INFORMATION

 13. OSBORN’S CONCISE LAW DICTIONARY BY ROGER BIRD,


PUBLISHED BU LONDON, SWEET & MAXWELL; 1983

 14. KES-KES PATEN DI MALAYSIA


o  RHONE-POULENC AG COMPANY & ANOR V. DIKLORIDE SDN. BHD.
& ANOR, 2 MLJ (1988) 323
o  SMITH KLINE & FRENCH LABORATORIES LTD. V. SALIM (MALAYSIA)
SDN. BHD. 2 CLJ (1989) 228
o  PREMIER PRODUCTS CO. LTD & ANOR V. ZAMRUD FIBRE
INDUSTRIES (M) SDN BHD & ANOR AIPR (1994) LATEST CASE.

 15. KES-KES LUAR NEGARA


  DIAMOND V. CHAKRABARTY 206 USPQ 193-202 (1980)
  GENENTECH INC’S PATENT (1989) RPC 147
  HARVARD ONCO MOUSE OJ EPO 11/1989, 451; (1990) 1 EPOR 4, OJ
EPO 12/1990, 476; (1990) 7 EPOR 501; (1991) 1 EPOR 525

You might also like