You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI,

JALAN AMAN 10, 43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.


Tel : 03-89201515 Faks : 03-89202676 website : http:www.skbangi. com.my
Ruj. Tuan :
Ruj Kami : SKBL800-2//1/22( )
Tarikh : 25 Januari 2019

Kepada:

Pesuruhjaya Pengakap Daerah,


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kajang,
Negeri Selangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan,

MEMOHON SALINAN SIJIL PENDAFTARAN KUMPULAN 24 (M 5873)


Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kumpulan 24 PKK Daerah Kajang ingin memohon jasa
baik tuan untuk mendapatkan salinan sijil pendaftaran bagi Pengakap Kanak-Kanak SK Bangi
untuk tujuan rekod dan simpanan sekolah dan daerah.
3. Maklumat berkaitan seperti di bawah:
3.1 Nama Kumpulan & Daerah : Kumpulan 24 Daerah Kajang
3.2 No. Pendaftaran : M 5873
3.3 Alamat : SK Bangi, Jalan Aman 10, 43000 Kajang, Selangor.

4. Bersama dengan ini turut disertakan resit bukti pembayaran permohonan bagi salinan
tersebut.
5. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

…………………………………………… ……………………………………….
(HASNAH BT MD ISA) (NOORSHAZRINA BT FAUSTINE)
Kuasa Penganjur, Pemimpin Pengakap,
SK Bangi Kumpulan 24 SK Bangi

s.k 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah


2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
3. Fail Pengakap Kanak-Kanak

You might also like