You are on page 1of 6

HIMPUNAN SOALAN NOVEL PERCUBAAN SPM 2017

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib


( ii ) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
( iii ) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Mat Darin
( iv ) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
( vi ) Tirani karya Ben Sabariah
( vii ) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof
( viii ) Silir Daksina karya Nizar Parman

PULAU PINANG

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang
terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama
menyelesaikan konflik yang dihadapinya.

[8 markah]

PERLIS

(a) Salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah persoalan
keberanian.
Jelaskan persoalan keberanian yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) Watak utama sering digambarkan seorang yang tabah menghadapi dugaan
dalam kehidupan.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
menunjukkan ketabahan watak utama.

[8 markah]
TERENGGANU

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,jelaskan dua nilai


kemasyarakatany yangt terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Terdapat pelbagai peristiwa yang menarik yang dipaparkan dalam sesebuah
novel.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa paling menarik
yang terdapat dalam setiap novel tersebut jelaskan sebab anda berpendapat
demikian.
l8 markahl

MELAKA
(a) Novel yang baik dapat memberikan banyak manfaat kepada pembaca.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua kebaikan
yang anda peroleh.
[7 markah]
(b) Unsur saspen dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan
novel. Jelaskan unsur saspen yang terdapat dalam dua buah novel yang telah
anda pelajari.
[8 markah]
PAHANG

(a) Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada


pembaca.

Berdasarkan dua peristiwa sebuah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab
peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
boleh dikaitkan dengan kerjasama antara watak utama dan watak sampingan.

[8 markah]
KEDAH

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan persoalan keberanian
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(c) Dalam sesebuah novel terdapat banyak peristiwa yang memberi teladan
kepada pembaca.

Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada
bahagian peleraian yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

[8 markah]

SEKOLAH BERASRAMA PENUH


(a) Latar tempat menjadi aspek penting dalam sesebuah novel.
Huraikan dua latar tempat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan
kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]
JOHOR [SET1]
a. Latar masyarakat ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam
sesebuah karya termasuk novel.
Huraikan dua latar masyarakat dalam sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]

b. Berpandukan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai kerjasama dalam setiap novel tersebut.
[8 markah]

JOHOR [SET 2]

(a) Latar tempat merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua latar tempat yang terdapat
dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Berdasarkan duabuah novel yang anda pelajari, huraikan satuperistiwa yang
memaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut.
[8 markah]

JOHOR [SET 3]

(c) Pelbagai peristiwa berlaku dalam latar tempat yang sama.


Jelaskan dua peristiwa yang berlaku di satu latar tempat yang sama dalam sebuah
novel. [7 markah]

(b)Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga peristiwa yang tidak
wajar dicontohi. [8
markah]

NEGERI SEMBILAN

Persoalan 1 Persoalan 2
Kegigihan mencapai kejayaan Ketabahan menghadapi dugaan

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,huraikan satu contoh peristiwa untuk
kedua-dua persoalan tersebut.
[ 7 markah]
(b) Pengakhiran sebuah novel yang telah menaraik minat anda kerana terdapat
keistimewaannya yang tersendiri,Jelaskan keistimewaan tersebut.
[8 markah]

PERAK

(a) Persoalan ketabahan merupakan salah satu daripada persoalan yang terdapat
dalam novel yang anda kaji.
Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan ketabahan dalam
sebuah novel yang anda kaji.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan satu sikap
masyarakat yang sepatutnya dihindari.
[8 markah]
MRSM

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan konflik antara watak yang
terdapat dalam novel tersebut.

(a) Salah satu nilai terdapat dalam kedua-dua buah novel yang anda kaji ialah nilai
keberanian.

(b) Jelaskan peristiwa satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian yang
terdapat dalam setiap novel tersebut

WILAYAH PERSEKUTUAN

a) Salah satu nilai yang terdapat novel yang anda kaji ialah nilai kasih sayang.
Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai kasih sayang dalam sebuah novel
yang anda pelajari.
[7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat yang
berkaitan dengan watak utama bagi setiap novel tersebut.

[8 markah]
YAYASAN ISLAM KELANTAN

(a) Dalam sesebuah novel,watak utama sering menghadapi konflik untuk menghasilkan
jalan cerita yang menarik.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan dua konflik watak utama dan
jelaskan bagaimana watak utama menyelesaikan konflik yang dialaminya itu.

[7 markah]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan satu pengajaran tentang
ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]

SABAH

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan persoalan kasih
sayang berserta contoh yang sesuai seperti yang diketengahkan dalam novel
tersebut.
[ 7 markah]

(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu pengajaran
berkaitan dengan semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel.
[8 markah]

You might also like