You are on page 1of 1

Huraikan dua peristiwa menarik pada bahagian permulaan.

Berikan alasan anda


(Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa)
Peristiwa menarik pertama pada bahagian permulaan dalam novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa ialah peristiwa Pak Saidi memberikan pendidikan agama, seni
mempertahankan diri dan pendidikan formal kepada ketiga-tiga orang anaknya.
Beliau mengajar anak-anaknya mengaji al-Quran pada setiap malam . Alasan
peristiwa ini dikatakan menarik kerana peristiwa ini menunjukkan bahawa seorang
bapa yang bertanggungjawab terhadap anak dalam pelajaran.
Peristiwa menarik kedua ialah peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan
belajar di sekolah Inggeris walaupun dipandang serong oleh penduduk Kampung
Sungai Ramal. Alasan peristiwa ini dikatakan menarik kerana peristiwa ini
menggambarkan Seorang bapa yang berpandangan jauh tentang kepentingan
pendidikan untuk anak-anak.
(Novel Tirani )
Peristiwa menarik pertama pada bahagian permulaan dalam novel
Tirani ialah peristiwa Waheeda menjadi pengurus syarikat Tajau Emas di Gunung
Matang setelah menamatkan pengajiannya di UTM, .Waheeda gigih berusaha
untuk menyediakan Inap Desa bersama-sama keluarganya untuk tujuan
pelancongan. Alasan peristiwa ini dikatakan menarik kerana peristiwa ini
menggambarkan Waheeda seorang gadis yang gigih berusaha untuk memajukan
diri dalam bidang perniagaan.
Peristiwa menarik kedua ialah peristiwa Waheeda bekerjasama
dengan syarikat Seri Gading kepunyaan Datuk Yasser untuk meningkatkan
kemajuan perniagaannya. Alasan peristiwa ini dikatakan menarik kerana peristiwa
ini menunjukkan bahawa kerjasama penting dalam memajukan perniagaan yang
diceburi supaya lebih menguntungkan.

You might also like