You are on page 1of 6

KERTAS KERJA JAWATANKUASA EKSEKUTIF

PERMOHONAN PEROLEHAN TABLET MICROSOFT SURFACE PRO


BAGI KEGUNAAN MESYUARAT UTAMA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan Jawatankuasa Eksekutif Universiti bagi
permohonan perolehan tablet Microsoft Surface Pro bagi kegunaan Mesyuarat Utama
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Perolehan ini dibuat berdasarkan pada lanjutan keputusan mesyuarat


Jawatankuasa ICT Universiti (JKICTU) Bil.2/2017.

“3.1 Kertas kerja Hasil Kajian Keberkesanan Dan Ketersediaan Untuk


Melaksanakan Penggunaan Tablet dan Sistem e-Meeting Untuk Kegunaan
Pihak Pengurusan Universiti Di Luar Kawasan Kampus Mesyuarat
memutuskan agar Pusat Teknologi Maklumat akan menguruskan perolehan 30
unit tablet untuk kegunaan secara gunasama oleh semua pusat
tanggungjawab termasuk mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti.
Kertaskerja kelulusan dasar penggunaan dan juga bajet perlu dibawa ke
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ”

2.2 Mesyuarat Utama di UTHM sedia ada menggunakan notebook sebanyak 30


unit dan Sistem Mesyuarat.

2.3 Walaubagaimanapun, kaedah pelaksanaan Sistem Mesyuarat di dalam dan di


luar kampus memerlukan urusetia membawa dan menyediakan komputer riba
(laptop) sebelum mesyuarat berlangsung. Ini memerlukan masa yang lama,
tenaga kerja yang ramai dan ruang penyimpanan yang besar.

2.4 Kaedah sedia ada ini boleh dipermudahkan sebagai contoh dengan
memperkenalkan penggunaan tablet yang ringan, kecil serta mudah untuk
dibawa.
3.0 JUSTIFIKASI PERMOHONAN

3.1 Kemudahan kepada Pihak Pengurusan dan PTJ dalam pengendalian mesyuarat
secara online.

3.2 Peranti tablet Microsoft Surface menggunakan platform Windows based dimana ia
compatible/ serasi dengan sistem Mesyuarat Utama sedia ada berbanding
Operating System (OS) Android dan Mac.

3.3 Tablet Microsoft Surface ideal untuk kegunaan Mesyuarat Utama kerana
mempunyai kombinasi pelbagai fungsi seperti laptop mode, studio mode dan tablet
mode.

3.4 Microsoft Surface direka dengan saiz yang ringan, kecil dan mudah dibawa untuk
diuruskan semasa dan selepas mesyuarat (uncompromising mobility).

3.5 Paparan skrin PixelSense yang terdapat di tablet Microsoft Surface dapat
memberikan kualiti paparan dan keselesaan membaca untuk jangka masa yang
panjang.

4.0 CADANGAN

Bil Item Keterangan

1. Tablet Model Microsoft Surface Pro

2. Spesifikasi i5 / 128GB / 4GB (spesifikasi lengkap dilampiran1)

3. Kuantiti 30 unit

Gunasama semua pusat tanggungjawab untuk Mesyuarat


4. Pengguna
Utama sahaja

5. Penyeliaan Pusat Teknologi Maklumat (PTM)

6. Prosidur Mengikut proses sedia ada peminjaman UTHM


5.0 ANGGARAN KEWANGAN

5.1 Berikut adalah anggaran kos yang diperlukan :

Bil Item RM

1 Microsoft Surface Pro i5/128GB /4GB 4,300.00

2 Microsoft Surface Type Cover (Platinum/ Cobalt Blue/ Burgundy) 635.00

4 Microsoft Surface Mouse 235.00

5 Microsoft Surface Extended Waranty 4 years 605.00

6 Microsoft Surface Pen V4 Commer – Silver (optional) 285.00

Jumlah Harga/ Unit 6,060.00

Kuantiti 30 unit

Jumlah Keseluruhan RM 181,800.00

5.2 Jumlah keseluruhan perolehan bagi 30 unit tablet adalah RM 181,800.00


diperlukan sekiranya permohonan ini diluluskan.

6.0 IMPLIKASI SEKIRANYA DITOLAK

6.1 Penggunaan laptop 30 unit dalam satu mesyuarat memerlukan ruang


penyimpanan yang besar sebelum dan selepas mesyuarat berbanding
penggunaan tablet yang memerlukan ruang yang kecil.

6.2 Urusetia mesyuarat diperlukan lebih ramai untuk menguruskan 30 unit laptop
dalam satu mesyuarat berbanding dengan penggunaan tablet.

6.3 Masa yang digunakan untuk persiapan sebelum dan selepas mesyuarat dapat
dijimatkan.

6.4 Pengurusan pentadbiran berkonsepkan teknologi hijau dengan mengurangkan


penggunaan kertas dalam minit mesyuarat tidak dapat dilaksanakan.
7.0 KEPUTUSAN

Jawatankuasa Eksekutif dengan hormatnya diminta untuk menimbang dan


meluluskan permohonan perolehan tablet Microsoft Surface Pro bagi kegunaan
Mesyuarat Utama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Disediakan oleh:
Pusat Teknologi Maklumat
Lampiran 1

Spesifikasi Teknikal
_________________________________________________________________________________________________________________
Dimensions 11.5” x 7.9” x 0.33” (292 mm x 201 mm x 8.5 mm)
_________________________________________________________________________________________________________________
Display Screen 12.3” PixelSense™ Display
Resolution: 2736 x 1824 (267 PPI)
Aspect Ratio : 3:2
Touch: 10 point multi-touch
_________________________________________________________________________________________________________________
Memory 4GB, 8GB or 16GB RAM
_________________________________________________________________________________________________________________
Processor Intel® Core™ 7th-generation m3, i5 or i7
_________________________________________________________________________________________________________________
Security TPM chip for enterprise security
Enterprise-grade protection with Windows Hello face sign-in
_________________________________________________________________________________________________________________
Software Windows 10 Pro
Office 30-day trial
_________________________________________________________________________________________________________________
Sensors Ambient light sensor
Accelerometer
Gyroscope
_________________________________________________________________________________________________________________
Storage2 Solid state drive (SSD) options: 128GB, 256GB, 512GB or 1TB
_________________________________________________________________________________________________________________
What’s in the box Surface Pro
Power Supply
Quicck Start Guide
Safety and warranty documents
_________________________________________________________________________________________________________________
Battery life Up to 13.5 hours of video playback1
_________________________________________________________________________________________________________________
Graphics Intel® HD Graphics 615 (m3)
Intel® HD Graphics 620 (i5)
Intel® Iris™ Plus Graphics 640 (i7)
_________________________________________________________________________________________________________________
Connections 1 x Full-size USB 3.0
MicroSDXC card reader
Surface Connect
3.5mm Headphone jack
Mini DisplayPort
Cover port
_________________________________________________________________________________________________________________
Camera, video and audio Windows Hello Face authentication camera (front-facing)
5.0MP front-facing camera with 1080p Skype HD video
8.0MP rear-facing autofocus camera with 1080p Full HD video
Dual microphones
1.6W Stereo speakers with Doiby® Audio™ Premium
_________________________________________________________________________________________________________________
Wireless Wi-fi: IEEE 802.11 a/b/g/n/ac compatible
Bluetooth Wireless 4.1 technology
__________________________________________________________________________________________
_
Exterior Surface Pen*
Surface Keyboard*
Surface Mouse*
_________________________________________________________________________________________________________________
Warranty 1-year limited hardware warranty
_________________________________________________________________________________________________________________
Weight** m3: 1.69 ibs (768 g)
i5: 1.70 ibs (770 g)
i7: 1.73 ibs (784 g)

You might also like