You are on page 1of 10

UNSUR ESTETIKA DALAM

PANTUN KIAS DAN IBARAT

Anua Haris
Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

Pengenalan

Ismail Hamid (1985:1) mengatakan bahawa sastera lisan merupakan sejenis bentuk kesusasteraan yang

terawal lahir dalam semua kebudayaan manusia. Keadaan ini berlaku kerana system tulisan muncul

terkemudian daripada zaman tradisi lisan. Sebelum masyarakat Melayu mengenal huruf, sastera yang

berbentuk lisan telah berkembang dengan meluas dalam masyarakat tersebut. Oleh itu, jika kita mengkaji

tahap-tahap perkembangan kessasateraan Melayu, maka sastera rakyat yang berbentuk lisan itu

merupakan sastera Melayu yang tertua. Sehubungan itu, Zalila Sharif dan Jamaliah Haji Ahmad (1993:ix)

menyatakan bahawa betapa erat hubungan isi dan perwatakan dalam karya-karya sastera tradisional

dengan masyarakat yang mendukungnya. Karya-karya sastera tradisional ini member satu arah dalam

menilai presepsi dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Karya-karya ini adalah wadah dan sarana

untuk menyatakan dunia masyarakat zamannya.

Sastera lisan terbahagi kepada dua bentuk iaitu sastera yang bercorak cerita atau kisah yang

disampikan dalam bentuk prosa. Hasil sastera ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu, metos, legenda, dan

cerita rakyat yang mengandungi ciri-ciri seperti kepercayaan; masa berlaku peristiwa itu; tempat atau

latar; sikap dan pelaku utama dalam cerita. Hasil sastera yang berbentukk naratif disampaikan dalam

bentuk puisi yang dapt dibahagikan kepada beberapa jenis seperti jampi, mantera, pantun, peribahasa,

bahasa berirama, dan teka teki (Ismail Hamid, 1985:2). Salah satu genre puisi yang menjadi kemegahan

orang Melayu ialah pantun. Pantun ialah warisan kebudayaan Melayu lama dan masih segar hingga ke

hari ini. Pantun mendapat tempat yang istimewa dan sangat diminati sehingga kini berbanding denga

jenis-jenis puisi Melayu lama yang lain.


Sebagai satu daripada genre berbentuk tradisional, pantun adalah salah satu cabang kesusasteraan

Melayu yang tertua sekali. Ia merupakan salah satu genre yang paling diminati dalam sastera rakyat.

Pantun Melayu banyak menggambarkan kehidupan masyarakat Melayu yang merupakan pancaran

keadaan masyarakat Melayu tradisi. Keakraban dengan alam telah memberikan masyarakat Melayu

tradisional pengalaman dari unsur-unsur alam sehingga dapat dilahirkan dalam bentuk pantun. Daripada

pelbagai jenis puisi di semenanjung dan kepulauan Melayu, pantun secara jelas tekah memperlihatkan

genius dan kesempurnaan seni sastera bangsa Melayu. Hal ini kerana panting mengandungi jiwa, seni,

kebijaksanaan, dan budi bangsa Melayu (Muhammad Hj. Salleh, 1986:3)

Pantun memaikan perana penting dalam masyarakat Melayu. Hal ini telag sebati dalam

masyarakat sedjk zaman dahulu kala. Boleh dikatakan setiap orang Melayu dari peringkat kanak-kanak

hingga dewasa tahu dan boleh berpantun sekurang-kurangnya serangkap dua. Justeru, Winstedt (1961)

mengatakan bahawa jika orang asing yang belum mengenal pantun boleh dikatakan orang itu belum

mengenal rohani dan jalan fikiran orang Melayu, malah dapat menggambarkan pemikiran masyarakat

Melayu. Hal ini dapat diteliti daripada corak pemikiran, pandangan hidup, nilai, sikap dan kepekaan akal

budi masyarakat Melayu yang dicerminkan daripada pantun. Pertalian antara pantun dengan masyarakat

Melayu amat erat dan akrab. Telah banyak diperkatakan bahawa pantun mempunyai fungsi sosial dan

psikologi yang rapat dengan kehidupan dan pemikiran Melayu.

Keindahan dalam pantun ini bukan sahaja terletak kapada kemurnian bahasa malah dapat dilihat

daripada gambaran budaya masyarakat yang terdapat di dalamnya. Bahasa yang tercipta dalam pantun

melambangkan budaya dan keindahan bahasa serta keperibadian bangsa Melayu. Pantun terus segar

memainkan peranannya hingga kini dengan penyusunan kata-kata dan bahasa yang lebih indah dan

canggih sebagai lambing sosio-budaya dan keindahan masyarakat Melayu yang lebih moden dan mantap

selari dengan perkembangan bahasa Melayu kini, bak kata pepatah, ‘tak lekang dek panas dan tak lapuk

dek hujan’. Sehubungan itu, Usman Awang (1983) berpendapat pantun yang telah dicipta oleh pengarang
tidak bernama, dilahirkan dengan lidah oleh pujangga-pujangga yang kita tidak ketahui sebagai

peninggalan pusaka nenek moyang adalah satu kekayaan sastera yang tidak ternilai mutunya bagi

masyarakat Melayu. Banyak orang dapat membuat pantun tetapi tidak banyak orang yang mempunyai

kebolehan untuk mencipta pantun yang baik dan bermutu terutamanya dalam pantun kias dan ibarat.

Pernyataan Masalah

Berdasarkan penelitian dan tinjuan kajian yang telah dilakukan, ternyata pantun merupakan genre puisi

Melayu tradisional yang banyak mendapat perhatian para penyelidik. Buku-buku rujukan tentang pantun

banyak dituis oleh para pengkaji barat dan tempatan. Persoalan yang mereka kaji nampaknya seragam.

Kebanyakan kajian bertumpu kepada asal usul kewujudan pantun, analisa tentang hubungan sampingan

dan maksud pantun. Selanjutnya perbahasan tentang unsur luaran seperti bentuk, prosodi, dan struktur

pantun.

Menyentuh tentang pengkaryaan, didapati persuratan Melayu masa kini lebih mengenali sajak

berbanding dengan pantun. Hai ini menyebabkan pantun kurang popular dan kurang diminati. Sebagai

sebuah puisi rakyat, pantun juga jarang diperkatakan, dibicarakan, atau dideklamasikan pada hari ini

berbanding dengan sajak-sajak moden. Dengan itu pantun tidak dianggap mencabar dan penyelidik lebih

ghairah mengkaji tentang puisi moden. Usman Awang menyatakan bahawa alangkah sayangnya pabtun

yang menjadi pusaka nenek moyang itu kembali semula ke tempat asalnya iaitu di desa-desa, sedangkan

balai budaya yang pernah mengalami suasana indah dan manis dalam gema berbalas pantun ini kit

biarkan merindui kasihnya yang sejak bertahun-tahun hanya bertemu sesekali sahaja. Meskipun pantun

dapat dikatakan permata zaman tetapi permata itu tidaklah bererti apa-apa kalau ia terbenam di bumi

sedangkan ia seharusnya dikalungkan di leher gadis atau menatahi sanggul (Dinsman dan Sutung Umar

R.S., 1983;181)
Oleh sebab para pengkaji terdahulu kebanyakannya dari barat yang kurang memahami budaya

dan kehidupan orang Melayu secara terperinci maka bidang kajian pantun adalah ditumpukan kepada

kajian luaran sahaja. Hal ini menyebabkan masalah kurangnya bahan kajian yang terkini dan bercirikan

budaya tempatan tentang pantun. Sekiranya dilihat dari sudut pengkaryaan, didapati bahawa persuratan

Melayu masa kini lebih mengenali sajak berbanding dengan pantun. Tambahan pula peranan media massa

yang kurang memberi ruang kepada pantun jika dibandingkan dengan sajak. Lantaran itu, pantun hanya

dikenali sebagai puisi lama yang didapati tidak mampu bersaing dengan puisi moden.

Muhammad Hj Salleh (1986:1) menegaskan bahawa bentuk dan usia pantun menuntut kajian dan

kefahaman ya ng lebih teliti dan berdisiplin. Menurut beliau, sebenarnya kita kekurangan teori dan

prinsip-prinsip asas untuk mengkaji puisi-puisi tradisional dengan lebih akademik. Kajian-kajian yang

sedia ada belum mencukupi malah jauh daripada sempurna. Kebanyakan kajian yang ada merupakan

ulangan dan sokongan terhadap kajian dan dapatan yang terdahulu. Fenomena itu berkemungkinan

disebabkan penyelidik lebih ghairah pengkaji puisi moden seperti sajak daripada pantun yang dianggap

tidak mencabar lagi. Masyarakat sekarang seolah-olah telah lupa bahawa puisi Melayu ini adalah satu

fenomena yang menghubungkan diri manusia dengan ketuhanan, alam, sosiobudaya, nilai-nilai murni,

serta dapat menanamkan rasa persaudaraan di antara satu sama lain.

Menyedari hakikat ini, penyelidikan tentang pantun timbul terutamanya oleh anak tempatan.

Bidang kajian termasuklah tentang fungsi dan peranan pantun, kajian makna, nilai-nilai estetika, dan

aspek kebahasaan dalaman pantun. Adalah diharapkan dengan bertambahnya pengkajian terhadap pantun,

secara langsung dapat membantu usaha untuk memperkembangkan pantun kepada anggota masyarakat

pada hari ini dan akan dating sebagai warisan yang patut dipertahankan. Sebagai pengisiann untuk saling

melengkap kajian terhadap warisan bangsa dan budaya Melayu ini, kajian ilmiah yang akan dilakukan

ialah melihat pantun dari sudut dalaman secara tersirat. Sudut yang dimaksudkan ialah unsure estetika

dalam pantun kias dan ibarat.


Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dikemukakan, objektif kajian penulisan ilmiah ini adalah

seperti berikut:

i. Mengkaji dan menghayati keindahan atau nilai estetika yang terdapat dalam pantun Melayu

ii. Mengkaji kekreatifan pemikiran masyarakat Melayu yang dicerminkan oleh pantun yang

dicipta.

iii. Mengkaji kepelbagaian bentuk pantun yang masih terdapat sehingga ke hari ini.

iv. Memupuk dan menanam sikap mengenal, mencintai, dan memelihara warisan budaya bangsa.

v. Membincangkan unsur estetika dalam pantun Melayu dari sudut tersurat dan tersirat dengan

mengkhususkan kepada pantun kias dan ibarat.

Kepentingan Kajian

Sebagai satu khazanah Melayu lama yang tinggi nilainya, pantun Melayu tetap dan terus dikaji. Sehingga

kini belum ada lagi tentang estetika pantuan kias dan ibarat. Kajian terdahulu lebih banyak tertumpu

kepada aspek pemaknaan iaitu dengan member makna-makna pantun dan ada juga kajian yang bersifat

umum. Oleh itu, kajian ini cuba melihat estetika pantun kias dan ibarat. Kajian ilmiah ini diharapkan

dapat mendedahkan seberapa banyak nilai estetika yang terkandung dalam pantun kias dan ibarat. Justeru,

masyarakat akan dapat menyorot akal budi, fikiran, persepsi, kehendak, dan keperibadian masyarakat

Melayu yang dapat dijadikan teladan dan sempadan serta dapat dipraktikkan dalam generasi Melayu

sekarang. Kajian ini dianggap penting kerana pantun mulai hilang kepentingannya kerana meresapnya

pengaruh dan budaya luar serta kemajuan dalam media hiburan masa kini.

Kajian yang dijalankan ini secara langsung dapat member penerangan kepada audien tantang

pemghasilan puisi bukan semata-mata untuk menyampaikan mesej tetapi lebih daripada itu. Hal ini

kerana dengan menggunakan bentuk puisi antara lain bertujuan untuk melahirkan keindahan yang

biasanya ditujukan kepada seseorang malah ia dapat memepertajam deria rasa pengguna bahasa terhadap
keindahan, kehalusan, dan kesenian sesuatu bahasa tersebut. Dari sudut kajian ilmiah ini mempunyai

kepentingan seperti berikut:

i. Sumbangan terhadap ilmu bahasa dan kesusasteraan.

ii. Meluaskan bidang penelitian tentang kesesasteraan Melayu, khususnya dalam genre puisi

lama.

iii. Membantu membuka ruang kepada anggota masyarakat, peminat puisi lama, dan para pelajar

untuk menghayati unsur estetika dalam pantun kias dan ibarat.

iv. Memperlihat hubungan akrab antara pantun dengan alam kerana masyarakat pendukungnya

merupakan masyarakat yang paling akrab penghayatan terhadap alam.

v. Mendedahkan tentang kebijaksanaan dan kepintaran masyarakat Melayu tradisional

menterjemah alamiah dan mentafsir kehidupan dalam pantun.

Kajian ilmiah ini juga diharapkan menjadi pendorong kepada kajian selanjutnya tentang pantun yang

sering terpinggir kedudukannya terutama dalam masyarakat Melayu hari ini. Penyelidikan ilmiah ini

akan menambah khazanah ilmu kesusasteraan Melayu yang boleh dimanfaatkan oleh peminat pantun

dan pengkaji selanjutnya. Adalah diharapkan kajian ilmiah ini dapat membuka jalan kepada kajian

yang selanjutnya dari pelbagai aspek yang lebih mendalam. Dengan itu secara langsung dapat

dimafaatkan oleh semua pihak terutamanya untuk menilai akal budi masyarakat Melayu lama yang

terdukung tentang falsafah dan pemikiran dalam menjana kehidupan bermasyarakat.

Batasan Kajian

Pantun yang dikaji dalam kajian ilmiah ini tetrbatas kepada pantun Melayu. Penumpuan kajian adalah

tentang unsur estetika dalam panyun kias dan ibarat. Secara umumnya kajian ini adalah untuk

menyorot estetika dan pemikiran masyarakat Melayu dalam pantun kias dan ibarat. Nilai estetika

yang dikaji termasuklah nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan yang terpancar dalam masyarakat

Melayu. Nilai ini merangkumi nilai positif dan negatif yang difikirkan dapat member ikhtibar kepada
anggita masyaraat. kajian ilmiah ini ditumpukan kepada pantun-pantun Melayu sama ada yang

diucapkan atau bertulis yang telah disusun, dibukukan, dan diterbitkan oleh penerbit dalam dan luar

Negara. Kajian ilmiah ini member tumpuan kepada pantun empat kerat. Hal ini kerana pantun jenis

ini adalah biasa dan digemari umum jika dibandingkan daripada jenis-jenis pantun yang lain.

Metodologi Kajian

Kaedah kajian kepustakan digunakan dalam kajian ini. Kaedah kepustakaan ini dilakukan untuk

mendapat maklumat yang berkaitan dengan skop kajian. Maklumat dan bahan, pendapat dan panduan

yang berhubung dengan tajuk ini diperoleh daripada rujukan buku, jurnal, penerbitan berkala, kertas

kerja, dan penulisan ilmiah yang terdahulu. Kaedah analisis teks pula ialah menganalisis pantun yang

berkaitan dengan aspek-aspek yang dikaji, dengan menumpukan kepada buku-buku yang telah

diterbitkan seperti:

i. Puisi Melayu Tradisi

ii. Kumpulan Pantun Melayu

iii. Warisan Puisi Melayu

iv. Kurik Kundi Merah Saga

Definisi Konsep

Dalam kajian ini beberapa istilah dan konsep digunakan yang perlu dijelaskan secara lanjut. Istilah

dan konsep yang perlu didefinisikan dalam penulisan ilmiah ini ialah:

Estetika

Kamus Dewan (1994:345) memberikan takrif estetika iaiatu cabang falsafah yang mengkaji konsep

yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa, dan lain-lain. Kamus Dwibahasa (1979:26) mentakrifkan

estetika sebagai ‘aesthetic’ sebagai kata sifat yang berhubung dengan penghargaan kepada keindahan

(alam, kesenian, sastera, mempunyai penghargaan terhadap estetik, yang bersifat estetik).
Hamidah Abdul Hamid (1995:ix) mendefinisikan estetika ialah satu nidang dalam falsafah yang

melihat, menikmati, menganalisis, dan memperkatakan keindahan yang wujud pada alam maya karya

seniman. Estetika berasal daripada perkataan Yunani ‘aesthesis’ yang membawa makna kepekaan.

Istilah ini memberi tumpuan hanya kepada hal-hal yang bersangkutan dengan ungkapan indah dan

keindahan.

Pantun

Za’ba (1965:219) mendefinisikan pantun sebagai:

Perkataan pantun itu pada mula-mulanya dahulu


dipakai orang dengan makna ‘seperti’ atau ‘umpama’
dalam cakap Minangkabau masih kononnya dipakai
dengan erti demikian.

Kamus Dewan (1994:835) member pengertian pantun sebagai:

Puisi lama yang terdiri dari empat baris dalam tiap-


tiap rangkap (dua baris pertama merupakan pembayang
dan yang selainnya sebagai maksud sebenar).

Bronsetter dan Winstedt (1995:19) menyatakan pantun sebagai:

Satu bentuk atau cara yang cukup tersusun, teratur,


bersistemetik dalam usaha untuk melahirkan sesuatu
Maksud, pemikiran, idea, dan gagasan.

Hashim Awang (1984:57) mendefinisikan pantun ialah jenis puisi lama yang mengandungi empat

baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat ini terdiri daripada lapan,

Sembilan, sepuluh, atau sebelas suku kata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi

dan rima. Bunyi akhir baris pertama bersamaan dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan

baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk a-b-a-b. Liew York Fang (1975:285)

menyatakan pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan sampai

sekarang, manakala Muhammad Hj. Salleh (1986:1) melihat pantun sebagai puisi yang mengandungi

jiwa, seni, kebijaksanaan, dan nilai budi orang Melayu. Menurut Harun Mat Piah (1989:108) dan Zainal
Abidin Bakar (1992:6) pantun dapat ditakrifkan sebagai satu istilah khusus iaitu merujuk kepada puisi

berangkap iaitu sebagai satu daripada genre puisi Melayu tradisi

Kias dan Ibarat

Kamus Dewan (1994:676) mendefinisikan kias sebagai ibarat, teladan atau pengajaran (yang

terkandung atau ternyata dalam cerita dll); teguran yang tidak dengan terus terang, sindiran, contoh

yang telah ada, perbandingan dengan hal yang telah berlaku. Kamus Malaysiana (1994:292),

memdefinisikan kias bermaksud perbandingan dengan sesuatu (perkataan) yang lain, perumpamaan,

ibarat, pengajaran atau contoh, lambing, dan kata-kata yang mengandungi makna tersembunyi.

Manakala Kamus Utama (1979:238) menyatakan kiasan ialah ibarat, pengajaran yang terkandung di

dalam cerita, simili, allusion, hint, example, lesson, dan analogy.

Menurut Hashim Awang dalam Glosari Mini Kesusasteraan (1986:9), kiasan bermaksud bahasa

imaginatif yang membawa maksud lain daripada apa yang tertulis. Bahasa ini timbul apabila fikiran

menghubung kait sesuatu dengan yang lain, iaitu mungkin kerana dalam keadaan berhubungan dengan

pengalaman yanh umum bertentangan dengan sesuatu, atau bersamaan dengan sesuatu hal. Dari situasi

pertama mungkin terlahir bahasa kiasan. Abdullah Hasaan dan Ainon Mohd (1993:iv) menyatakan

kiasan ialah ungkapan – ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu

sendiri ataupun daripada susunan tatabahasanya. Manakala Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam

(1986:298) menyatakan kiasan adalah bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan menyebut

bandingannya ataupun tidak. Bahasa kiasan yang luas dan masyhur pemakaiannya akhirnya dan

menjadi simpulan bahasa.

Dapatlah disimpulkan bahawa pantun sebagai tradisi budaya Melayu yang dapat menyatakan

pemikiran, nilai sosial, pandangan hidup, dan ketamadunan masyarakat pencipta itu sendiri. Estetika

dan keindahan yang terdapat pada pantun ini membolehkan popularity tradisi itu dipertahankan
sehingga kini. Nilai-nilai keindahan dalam pantun dapat dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dan

dengan itu dapat meletakkan pantun sebagai tradisi budaya yang dapat dianggap amat popular dan tahan

uji sepanjang zaman. Jelaslah, pantun bukan sekadar untuk menghias pertuturan tetapi juga

melambangkan falsafah dan pemikiran masyarakat yang medukungnya.

Bibliografi

Abdullah Hasan dan Ainon Mohd (1994)Peribahasa: Nilai-nilai Murni KBSM, Kuala Lumpur :
Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Disman dan Sutung Umar R.S. (1983) Sikap dan Pemikiran Usman Awang, Petaling Jaya: Fajar Bakti

Hamidah Abdul Hamid (1995) Penghantar Estetiik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah (1989) Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang (1997) Glosari Mini Kesusasteraan Melayu, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn., Bhd.

Ismail hamid (1985) Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Petaling Jaya: Longman.

Jamaliah Haji Ahmad (ed) (1981) Kumpulan Esei Sastera Melayu Lama, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Liew York Fang (1975) Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Singapura: Pustaka Nasional.

Muhammad Hj. Salleh (1988) Pengalaman Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Winstedt, R.O (1969) A History Of Jawi-Malay-English Literature, Kuala Lumpur: Oxford University
Press.

Za’ba (1965) Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainal Abidin Bakar (ed) (1992) Kumpulan Pantun Melayu Edisi pelajar,Kuala Lumpur, Dewan bahasa
dan Pustaka

You might also like