You are on page 1of 8

KOMPOSISI KIMIA

DALAM SEL
Kepentingan Air
Kepentingan Air
❖ Sebatian kimia yang utama dalam sel ialah sebatian
organik seperti karbohidrat, lipid, protein, dan asid
nukleik dan sebatian bukan organik seperti air.

❖ Air merupakan sebatian bukan organik yang paling


banyak dan terpenting dalam protoplasma sel.

❖ Kira-kira 70% daripada berat badan manusia terdiri


daripada air.

❖ Air adalah komponen bagi darah, limfa, dan bendalir


interstis.
❖ air merupakan molekul berkutub. Ini disebabkan
pengagihan cas yang tidak sama rata di dalam
molekul.

❖ Air merupakan pelarut semesta bagi kebanyakan


sebatian organik dan garam bukan organik seperti
gula, asid amino, dan natrium klorida.

❖ Air merupakan medium bagi kebanyakan tindak


balas biokimia di dalam sel. Misalnya, air diperlukan
dalam tindak balas hidrolitik seperti pencernaan
kanji, protein dan lipid. Air merupakan bahan tindak
balas dalam fotosintesis.
❖ Air merupakan sebagai medium
pengangkutan. Misalnya, plasma darah yang
terdiri daripada kira-kira 90% air mengangkut
pelbagai bahan organik dan bukan organik
yang mudah larut ke dalam tisu-tisu badan
atau organ perkumuhan.

❖ Air sangat penting dalam


pengosmokawalaturan bendalir darah.
• Molekul air mempunyai daya lekitan yang
tinggi. Molekul-molekul melekat antara satu
sama lain dan bergerak dalam suatu lajur air
yang tidak terpisah menerusi tisu xilem di
dalam tumbuhan.

• Air merupakan komponen di dalam pelincir


dan rembesan. Misalnya, bendalir sinovial di
sendi, jus pencernaan, mukus dan peluh.
❖ Air mempunyai muatan haba tentu yang
tinggi. Air bertindak sebagai penimbal terma
dan membantu dalam mengekalkan suhu
badan optimum bagi tindak balas enzim.

❖ Air memberi struktur dan sokongan.


Misalnya:
❖ Sel segah memberi sokongan kepada
tumbuhan herba.
❖ Air membentuk rangka hidrostatik dalam
sesetengah haiwan seperti cacing tanah.
❖ Air bertindak sebagai
medium bagi resapan.
Misalnya, lapisan
nipis lembapan
membantu resapan
bagi oksigen dan
karbon dioksida
merentasi membran
alveolus.
Sekian, Terima Kasih.

DI SEDIAKAN OLEH:

NAZ SUZIEHA BINTI


WAN LONG

4 UTM

You might also like