You are on page 1of 17

furnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005

DEFINISI DAN KONTEKS DALAM


TERMINOLOCil BAHASA MELAVU
Puteri Roslina Abdul Wahid

Pendahuluan

Terminologi secara asasnya berhubung dengan nama dan proses


penamaan. Sebarang perbincangan tentang nama dan penamaan tidak
dapat tidak akan merangkumi juga perbincangan tentang bahasa dan
makna. lstilah ini mulai diterima banyak orang pada pertengahan abad
ke-18 dalam tulisan seorang Profesor dari Universiti Halle dan Jena di
Jerman bernama Christian Gottfried Schutz (1747-1832). Pada tahun
1837, William Whewell dari England memberikan makna saintifik
kepada kata ini walaupun penggunaannya agak terhad dalam bidang
sains, iaitu "... system of terms employed in the description of objects of
natural history''. 1 Terminologi ialah pengajian dan bidang aktiviti yang
memberikan tumpuan kepada pengumpulan, penghuraian, pemprosesan,
dan penyampaian istilah, iaitu butir leksikal milik penggunaan yang
khusus dalam satu atau beberapa bahasa. Dari segi matlamatnya,
terminologi merupakan ahli keluarga bidang leksikografi yang
menggabungkan dua matlamat, iaitu pengumpulan data ten tang leksikon

55
Jurnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

suatu bahasa dengan memberikan maklumat dan kadang-kadang nasihat


dan perkhidmatan kepada pengguna bahasa2 . Tafsiran ini membolehkan
terminologi sejajar dengan leksikografi, iaitu sains/ pengaj ian/ilm u
leksikon atau butir leksikal. Dalam tulisan ini, penulis akan
membicarakan hubungan leksikografi dan terminologi dalam konteks
penyediaan definisi atau takrif dalam kamus terminologi. Pendekatan
yang digunakan tidak banyak berbeza daripada leksikologi atau
leksikografi tetapi terminologi menekankan aspek hubungan konsep dan
sistem konsep dalam penyediaan kamus terminologi bidang khusus.

Leksikologi dan leksikografi berasal daripada kata Greek "leksiko"


(bentuk adjektif daripada leksis 'ujaran' atau 'cara bertutur' atau 'kata'). 3
Kedua-dua bidang mengkaji kata atau unit leksikal bahasa. Leksikologi
berasal daripada kata 'leksiko' dan ditambah 'logos' membawa maksud
'belajar' atau 'sains' yakni sains tentang kata. Leksikografi berasal
daripada kata 'leksiko' dan 'graf' atau tulis, iaitu penulisan kata.
Etimologi makna kata-kata ini menjelaskan skop cabang linguistik.
Leksikologi merupakan sains yang mengkaji kata manakala leksikografi
ialah penulisan kata dalam bentuk konkrit, iaitu kamus. Kedua-dua
bidang ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kata. Jumlah
kata daripada keseluruhan bahasa membentuk sistem perbendaharaan
kata atau leksikal sesuatu bahasa. Setiap kata merupakan satu entiti yang
bebas tetapi berhubungan antara satu dengan lain secara paradigmatik
atau sintagmatik. Hubungan paradigmatik berasaskan kesalingantungan
kata dalam sistem leksikal manakala hubungan sintagmatik menunjukkan
hubungan kata dalam pola tertentu. Dalam leksikologi kata dikaji sebagai
sebahagian daripada sistem manakala dalam leksikografi kata dikaji
sebagai satu unit individu dalam hubungan dengan makna dan
digunakan dari sudut praktikal pengguna kamus dalam pemelajaran
bahasa atau pemahaman teks. Satu kata mempunyai kemungkinan
mempunyai ciri yang berbeza-beza dan pelbagai. Seorang ahli leksikografi
perlu mengetahui tujuan penyediaan kamus dan jenis khalayak yang
disasarkan. Ahli leksikografi akan mempersembahkan kata dalam sistem
leksikal dalam kaedah yang lebih praktikal dan boleh digunakan dalam
situasi ujaran sebenar.

Bidang leksikografi atau perkamusan memberikan peluang kepada


individu untuk mempelajari bahasa dan budaya serta membawa masuk

56
Dejinisi Dan Konteks Dalam Terminologi Bahasa Melayu

unsur pinjaman ke dalam ruang linguistik dan budaya. Kamus biasanya


dianggap alat yang memberikan jawapan kepada persoalan norma
penggunaan bahasa yang tepat dalam sesebuah masyarakat. Dalam
sebuah negara yang dwibahasa dan multi bahasa, kamus merupakan
jambatan yang membina persefahaman dalam kalangan masyarakat yang
pelbagai bahasa dan budaya. Walaupun kata mengandungi fonem yang
tidak mempunyai makna tersendiri tetapi menyumbang kepada
pembentukan morfem, iaitu aras makna dihasilkan. Bahasa merupakan
fenomena bahasa. Kajian tentang bahasa tidak boleh dipisahkan daripada
kajian sistem sosial dan pembangunan dalam masyarakat. Kemajuan dan
pembangunan dalam masyarakat dari segi sosial, politik, dan sistem
teknologi diperlihatkan dalam sistem perbendaharaan kata. Kata baharu
diperkenalkan dan kata lama pupus. Makna baharu ditambahkan kepada
sesuatu kata dan makna lama digugurkan.

Dua bidang yang amat berkaitan dengan kajian tentang kata ialah
terminologi dan leksikografi dan kedua-dua bidang mengambil satu
aspek penting dalam kajian kata, iaitu definisi atau takrif. Penggunaan
dan pemahaman tentang sesuatu bahasa tidak melibatkan kebolehan
memberikan definisi sesuatu istilah. Waiau bagaimanapun, bahasa itu
merupakan alat, dan penggunaannya boleh dikembangkan dan
diperbaiki. Dalam hal ini, definisi memainkan peranan yang amat
penting dalam memperbaiki penggunaan bahasa individu. Definisi akan
dapat mempertingkat perbendaharaan kata seseorang yakni
memperkenalkan kata dan makna baharu, Definisi juga akan membantu
menghilangkan ketaksaan dalam makna dan akhirnya definisi juga
mengurangkan kesamaran. Cara yang paling baik untuk menghindar atau
mengurangkan perbezaan adalah dengan persetujuan terhadap sesuatu
definisi istilah yang digunakan. Oleh itu pengetahuan tentang teori
definisi amat penting bagi seorang ahli terminologi dan juga ahli
leksikografi.

Teori Definisi

Ahli falsafah Yunani khususnya Plato dan Aristotle memperkenalkan


teori definisi sebenar (real definition). Bagi kedua-duanya, definisi
merupakan sesuatu yang ditemui dalam dunia metafizikal yang sebenar.

57
Jurnal Pengajian Me!ayu, jilid 16. 2005

Kata mempunyai makna yang benar atau tepat yang boleh kita temui.
Aristotle mengatakan bahawa definisi merupakan ekspresi yang
menandakan inti pati sesuatu perkara. Ekspresi ini ditafsirkan sebagai
konsep. Tugasnya adalah untuk menjelaskan secara umum kata yang
disahkan di samping memanifestasikan spesifik perkara tertentu dari segi
persepsi pengguna. Aristotle mengkhususkan bentuk ini kepada definisi
yang dikatakan mengandungi konsep generik dan perbezaan-
perbezaannya.4 Konsep genus memainkan peranan penting dalam teori
definisi. Konsep generik ini menunjukkan inti pati yang perlu
disubordinat bagi mengenal pasti sifat semula jadi. Pertambahan
perbezaan merupakan petunjuk kepada jenis khusus yang
dimanifestasikan oleh inti pati itu sendiri. Makna merupakan
pertimbangan yang utama dan penting dalam leksikografi. Pembaca akan
menggunakan kamus untuk tujuan asasnya mengetahui makna satu unit
leksikal. Keseluruhan kerja leksikografi diorientasikan ke arah
menyediakan makna kepada unit leksikal sejelas mungkin dan jauh
daripada ketaksaan.

Dalam falsafah moden, teori definisi dikenali sebagai teori klasikal


(classical theory) yang berpandangan bahawa dalam memberikan definisi,
bukan lagi menjadi satu kebiasaan untuk mengenal pasti inti pati dan
genus, dan untuk itu ahli falsafah logik moden mendapati agak sukar
untuk memberikan definisi tugas mengenal pasti inti pati sesuatu perkara
berdasarkan genus dan perbezaan. Pendekatan ini amat jelas dalam sistem
Aristotle tetapi tidak begitu memberi kefahaman kepada logik moden
yang tidak memberikan andaian suatu metafizik. Namun umumnya
definisi mengandung spesifikasi proksimus genus dan spesifikasi
perbezaan. Dua pegangan utama teori klasikal definisi ini ialah (1) that
a 'proper' intensional definition states in the definiens the logical necessary
and sufficient conditions for the application of the definiendium; dan
kedua, (2) that there are intensional definitions for each class terms {e.g.
horse, house, musical instrument. educated person, etc.}

Uceberg (1882) 5 yang pandangannya agak mirip kepada Aristotle


mengatakan bahawa definisi ialah ekspresi inti pati objek konsep yang
memberikan unsur yang diperlukan dalam kandungan dan unsur ciri
objek konsep. Unsur ini merupakan sebahagian daripada definisi yang
berkongsi konsep koordinat, superordinat, dan sebahagian daripada

58
Definisi Dan Konteks Dalam Terminologi Bahasa Melayu

perbezaan yang terdapat dalam konsep. Kontras antara genus dan spesies
juga memberikan designasi umum tentang kontras kelas tinggi dan kelas
rendah selagi yang terkemudian itu merupakan subordinat kepada yang
terdahulu. Unsur yang diperlukan dalam kandungan definisi sesuatu
konsep boleh dibahagikan kepada generik dan spesifik. lnilah sebab
utama keperluan definisi perlu mengandung konsep superordinat atau
konsep genus dan perbezaan spesifik atau ciri distingtif spesies. Sebuah
ayat menjadi tidak bermakna sekiranya kita tidak mengetahui ciri-ciri
yang diperlukan. Uceberg mengatakan ciri yang diperlukan (dipanggil
essentialia) merupakan unsur yang mengandung ciri umum dan
kewujudan objek bergantung nilai dan makna yang dimilikinya yang
merupakan satu kaedah untuk menghuraikan objek. Keterangan ini amat
sesuai dalam konteks metafizik atau epistemologi.

Sigwart (1873), mengatakan definisi merupakan satu pemutusan


apabila makna kata diberikan kepada sesuatu konsep. Spesifikasi genus
seterusnya dan juga perbezaan mempunyai mgas meletakkan konsep
pada tempat yang sepatutnya berasaskan kedudukan sistem konsep. Apa
yang ditegaskan oleh Sigwart bermakna komunikasi atau penyampaian
pemikiran perlu dilakukan melalui bahasa. Teori definisi Lotze (1874)
pula mengatakan bahawa definisi sebenarnya bebas daripada pratanggap
epitemologi. Beliau menamakan definisi sebagai deskripsi metodologi
yang memerlukan pembatasan konsep generik dan bersifat arbitrari.
Sekiranya tidak diaplikasikan banyak konsep umum definisi gagal
dibentuk. Sebaliknya dengan pemilihan secara arbitrari konsep umum,
definisi memerlukan seseorang itu bermula dari konsep umum yang
secara linguistiknya telah mempunyai nama. Bagi Lotze, konsep generik
tidak semestinya tidak boleh dipisahkan tetapi diperlukan bagi ketepatan
dan kepersisan definisi. Daripada keterangan di atas, jelaslah bahawa
teori definisi memperlihatkan perbezaan dari segi kedudukan genus dan
perbezaan. Lebih banyak pandangan yang berbeza apabila diperkatakan
tentang definisi nominal dan definisi sebenar.

Dalam terminologi pula pendekatan definisi berasaskan sistem


konsep ini paling banyak digunakan khususnya dalam penyediaan glosari
terminologi bidang khusus. Perbuatan memberikan definisi merupakan
proses mental tentang pembentukan proses. Definisi memberikan
maklumat tentang asal-usul yang hampir dengan bahasa. Dalam

59
]urnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005

penentuan konsep, sistem konsep perlulah dibentuk supaya dapat


membina sistem pemikiran. Definisi merupakan alat untuk membentuk
komponen yang membina sistem saintifik. Konsep wujud mendahului
istilah. lstilah dibentuk kemudiannya bagi menggambarkan konsep
tersebut. Justeru, sebarang kerja peristilahan haruslah didasarkan kepada
konsep. Katakanlah anda melihat sesuatu objek yang mempunyai bentuk
empat segi, berwarna merah, dan bertutup rapat. Ciri-ciri yang diberikan
merupakan gambaran fikiran anda tentang objek tersebut. Setelah jelas
konsep objek tersebut dalam fikiran anda, barulah anda menamakan
objek tersebut. Proses penamaan konsep itulah merupakan penggubalan
istilah. Menu rut Sager (1995:22), teori konsep bagi peristilahan
sebenarnya hanyalah menyediakan huraian yang cukup bagi motivasi
kognitif dalam pembentukan istilah dan menyediakan asas bagi
penyusunan kosa kata dalam cara yang lebih berkesan menurut urutan
abjad. Konsep perlu diletakkan dalam struktur ilmu yang mempunyai
batasan dan rangkuman tertentu, yang perlu dinamakan supaya dapat
dirujuk dengan jelas, dan perlu juga ditakrifkan sebagai usaha penjelasan,
pengesahan atau penentuan sesuatu butir ilmu.

Definisi dan Konteks

Tanggapan bahawa konteks tidak dapat dipisahkan dengan teori makna


membawa kepada kesedaran kepentingan konteks dalam penyediaan
definisi. Perkataan konteks boleh merujuk kepada teks, maklumat yang
terkandung dalam teks, perkara tentang maklumat, atau penggunaan teks
itu sendiri. Ketaksaan tentang teks disebabkan perkara yang berlaku
dalam fokus utama. William James (1897) memberikan contoh
kepentingan menentukan apa yang perlu dalam konteks. Dunia yang
sebenar atau imaginasi, yang dirancang atau hipotetikal, dan manusia
atau robot mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Perkara-perkara yang kecil
lebih mudah difikirkan daripada perkara-perkara yang besar. Hal ini
bergantung kepada keperluan individu. Seekor kucing lebih
menumpukan perhatian kepada bunyi penutup makanan daripada
perbualan manusia atau muzik. Dalam terminologi, konteks memainkan
peranan apabila menentukan definisi yang sesuai bagi setiap entri yang
perlu dihuraikan. Konteks boleh dikenal pasti melalui hubungan dengan
apa yang sebenarnya dan tujuan sesuatu agen. Konteks sebenar
menggambarkan sesuatu yang benar-benar berlaku, konteks modal

60
Definisi Dan Konteks Dalam Terminologi Bahasa Melayu

menggambarkan sesuatu yang mempunyai hubungan dengan apa yang


sebenarnya berlaku seperti kemungkinan dan keperluan manakala
konteks intensional berhubungan dengan apa yang dihajatkan oleh agen. 6
Dalam terminologi konteks 7 merujuk kepada petikan teks yang
menggambarkan definisi. Konteks juga boleh mengambil alih tempat
definisi. lstilah mestilah sentiasa hadir dalam konteks. Pemerhatian atau
nota memberikan maklumat tentang penggunaan istilah dalam wacana
manakala fraseologisme dan penggunaan sampel menunjukkan
bagaimana istilah digunakan. Pendefinisian konteks meliputi ciri-ciri
penting konsep yang dikaji manakala konteks penghuraian memberikan
maklumat tentang sebahagian daripada ciri. Konteks asosiatif pula
memberikan demonstrasi penggunaan istilah dalam bidang khusus tetapi
tidak membantu mengilustrasikan padanan tekstual melalui hubungan
four semantik.

Dalam tulisan ini, penulis akan membicarakan sepintas lalu tentang


pembentukan definisi dalam siri glosari peristilahan terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, iaitu Siri Glosari Istilah Sukan. Petikan definisi
dalam kedua-dua penerbitan akan dijadikan korpus kajian penulis.
Kajian ini hanya meneliti beberapa tajuk sahaja dalam sisi penerbitan
tersebut.

Definisi Dalam Glosari Terminologi

Definisi memberikan makna kepada kata atau istilah. Definisi


merupakan kenyataan yang memberikan ciri-ciri yang diperlukan bagi
sesuatu perkara atau benda atau kenyataan yang menyatakan persamaan
antara istilah dan makna istilah. Kaedah yang paling umum untuk
menghindarkan atau menghilangkan perbezaan dalam penggunaan
bahasa adalah dengan persetujuan terhadap definisi yang kita gunakan.
Oleh sebab makna kata atau frasa agak eksplisit dalam menentukan
komeks dan digunakan untuk mendapat tujuan yang berbeza m'!-ka
lahirlah bentuk definisi yang berbeza. Definisi terminologikal merupakan
deskripsi yang ringkas ciri-ciri penting yang membezakan satu konsep
dengan yang lain dipersembahkan dalam format leksikografi atau kamus.
Definisi mestilah dapat menghuraikan konsep (memberi makna kepada
istilah) dan tidak membicarakan persoalan tentang penggunaan istilah
atau menghuraikan makna kata dalam istilah. 8 Definisi terminologikal

61
Jurnal I'engajian Melayu, ]ilid 16, 2005

merupakan aplikasi penting bagi prinsip konsep tunggal dan kaedah


utama untuk menghasilkan padanan tekstual. Perumusan menghasilkan
definisi berbeza-beza mengikut bidang khusus.

Dalam bidang saintifik dan teknikal, terminologi asas disahkan


melalui penggunaan definisi yang dipetik daripada sumber berautoritati£
Istilah baharu memerlukan perumusan definisi berdasarkan unsur
tekstual bagi mengenal pasti ciri konsep yang ditemui sewaktu
penyelidikan. Hal ini menyebabkan definisi bagi satu konsep tertentu
dalam bidang sains dan teknikal hampir sama antara satu kamus dengan
yang lain. Sebaliknya dalam bidang sosial, ekonomi dan perundangan,
definisi yang diberikan bagi sesuatu konsep bergantung kepada konteks
sejarah, budaya, dan perundangan bagi institusi atau negara di mana
konsep tersebut dikenal pasti. 9

Definisi terminologikal merupakan pernyataan ringkas yang


memberikan pemahaman yang jelas tentang makna sesuatu istilah.
Definisi ini bermula dengan kata utama yang akan mengenal pasti pula
kelas yang lebih luas seperti istilah superordinat dalam hubungan hierarki
konsep tersebut dan kenal pasti pula fitur penghilang yang memisahkan
konsep dengan konsep lain dalam kelas yang sama. Fitur ini merangkumi
ciri intrinsik, seperti keadaan semula jadi konsep, bahan a tau tajuk yang
berkaitan dan juga ekstrinsik seperti fungsi atau cara beroperasi, asal-
usul, atau rujukan. ,.,

Definisi leksikal juga dikenali sebagai definisi perkamusan


memberikan gambaran bagaimana kata atau istilah yang telah digunakan
dalam komuniti bahasa. Tujuannya adalah untuk memberitahu seseorang
makna yang telah diterima agar definisi tersebut dapat digunakan dalam
konteks penggunaan sebenar melalui binaan ayat. Definisi leksikal
merupakan definisi yang dijangkakan dan pada kebiasaannya dinyatakan
secara mudah untuk memaklumkan maklumat kepada khalayak yang
besar. Definisi leksikal bersifat deskriptif melaporkan penggunaan
sebenar dalam kalangan penutur sesuatu bahasa, dan berubah dengan
perubahan penggunaan kata atau istilah berbeza dengan preskripsinya
yang terikat dengan sesuatu versi yang 'betul' walaupun berlaku
perubahan makna dan terlalu samar untuk banyak tujuan. Tujuan
utamanya adalah untuk memberitahu pengguna bahasa tentang makna
yang diterima um um dalam sesebuah komuniti bahasa.

62
Definisi Dan Konteks Dalam Terminologi Bahasa Melayu

Contoh:
lob serve (Sinonim : underarm serve)1°
servis petung
Servis yang dibuat secara petung menyebabkan lambungan bola yang
tinggi.

Dalam glosari terminologi, definisi yang diberikan bagi istilah


teknikal memberikan maklumat tentang kata yang digunakan dalam
disiplin tertentu. Definisi stipulatif berlaku apabila satu istilah baharu
atau istilah yang sedia ada diberikan makna baharu untuk tujuan
perbincangan dalam konteks tertentu. Oleh sebab istilah ini baharu maka
tidak ada standard untuk membandingkan definisi konsep baharu dan
definisi tersebut dianggap tepat. Terdapat juga keadaan apabila apabila
keluasan definisi leksikal tidak boleh diterima dan perlunya membentuk
kaedah penggunaan yang belum pernah wujud, definisi stipulatif
digunakan. Kedua-dua definisi leksikal dan definisi stipulatif digunakan
juga untuk mengurangkan kesamaran dalam kata atau istilah. Kepersisan
dalam definisi bermula dengan definisi leksikal dan diikuti dengan
definisi stipulatif bergantung kepada pembatasan yang digunakan. Dalam
hal ini bahagian leksikalnya mestilah tepat dan bahagian stipulatif akan
membantu mengurangkan kesamaran.

Contoh:
kill11
kena
Tembakan yang mengenai sasaran dalam acara menembak yang
menggunakan senapang patah.

Definisi ekstensional memberikan makna kepada istilah dengan


memberikan contoh apa yang didefinisikan. Ekstensi istilah umum
merupakan koleksi ciri kumpulan individu atau benda. Definisi
berdasarkan ekstensi tidak mungkin tuntas kerana akan timbul pula
spesies tambahan akibat berlakunya perkembangan atau penemuan
baharu. Terdapat juga keadaan apabila definisi ekstensi lebih mudah
difahami daripada takrif yang berdasarkan intensi. Definisi intensi
memberikan makna istilah dengan memberikan semua ciri yang
diperlukan dalam definisi, keperluan dan syarat-syarat yang dimiliki oleh

63
.Jun1<il l'cngd/1<111 Aldzyu, Ji/id I G, 2005

ser yang Jidefinisibn. Misalnya ekstensi bagi kata 'kerusi' merangkumi


setiap kcrusi dalam dunia. Inrensi ialah set ciri yang dikongsi bersama
dcngan ~lpa sahaja bcrkaitan dengan kerusi. Oleh itu, intensi 'kerusi' ialah
scbuah pcralatan yang direka untuk tempat duduk seseorang pada satu
masa. Pada kebiasaannya, kita menggunakan intensi konsep atau istilah
yang menentukan ekstensi, kemudian diputuskan sama ada peralatan
baharu yang tergolong dalam kerusi dengan memerhatikan ciri-ciri yang
relcvan. Justeru, semakin meningkat intensi satu istilah umum, dengan
memperincikan fitur yang terdapat pada objek, semakin mcnurun pula
ckstcnsinya oleh scbab kurang butiran yang dapat dikaitkan dengan
aplikasi.

Contoh:
clubs 12
belanran
Alat gimrama. Ia diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik, dan
terdiri daripada tiga bahagian, iaitu badan, leher, dan kepala. Berat
minimumnya 50g dan boleh mempunyai pelbagai warna kecuali
emas dan pcrak.

Ocfinisi denotatif mengenal pasti ekstensi istilah yang diperkarakan.


Definisi denotatif juga cuba mengenal pasti intensi sesuatu isrilah dengan
memberikan ekspresi linguistik yang sinonim atau prosedur operasional
unruk menenrukan penggunaan istilah. Hal ini sukar dilakukan kerana
sulit untuk mendapatkan kata atau frasa yang mempunyai makna yang
sama atau mencnrukan ujian yang konkrit untuk penggunaan tetapi
sekiranya berjaya, definisi konotatif memberikan makna yang
secukupnya unruk mengekalkan makna istilah. Ahli falsafah logik
membentuk kaedah efektif membina definisi konotatif unruk istilah
umum dengan mengarakan genus dan perbezaan. Tanggapan ini mudah
sahaja, iaitu bermula dengan mengenal pasti bentuk yang biasa, kategori
yang luas atau jenis (genus) yang dimiliki oleh setiap istilah, dan
kemudian mcncntukan four distintif (perbezaan) yang memisahkan fitur
yang berbeza. Misalnya istilah kerusi dikenal pasti sebagai perabot sebagai
genus yang mengelompokkan semua kerusi di bawah satu genus dan
dispesiflkkan sebagai reka bentuk untuk diduduki oleh seseorang pada
satu masa yang membezakannya dengan meja, sofa, dan sebagainya. Copi
dan Cohen (1990) memberikan lima peraturan yang perlu diteliti dalam

64
Definisi Dan Konteks Dalilm Jinninologi Bdfu1511 .Afefayu

menentukan definisi konotatif dengan menggunakan genus dan


perbezaan, iairu:

1. Fokus kepada four yang diperlukan sahaja - definisi yang baik


akan menjelaskan four yang penring dalam designasi perkara
atau objek.

2. Elakkan lingkaran - Makna sirkular menggunakan istilah yang


didefinisikan sebagai bahagian definisi iru sendiri. Hal ini tidak
dapat memberikan maklumat yang berguna sama ada kepada
khalayak telah memahami istilah tersebut atau tidak
memahami huraian yang memasukkan istilah tersebut.
Misalnya memberikan makna bagi "cordless phone" sebagai "a
telephone that has no cord':

3. Pastikan ekstensi yang tepat - definisi yang baik akan


menggunakan perkara yang sama dalam menghuraikan istilah.

4. Elakkan bahasa figuratif - Oleh sebab definisi adalah untuk


menerangkan makna istilah kepada seseorang yang tidak biasa
dengan penggunaan yang tepat, penggunaan bahasa figurarif
tidak membantu pengguna.

5. Bersikap afirmatif bukan negatif - definisi yang baik


menggunakan designasi positif apabila perlu. Lebih mudah
untuk menjelaskan penggunaan istilah dengan mengenal pasti
penggunaannya dan juga penggunaan yang ridak sesuai.

Definisi ostensif memberikan makna isrilah dengan memberikan


contoh apa yang didefinisikan. Definisi jenis ini digunakan apabila
sesuatu istilah itu sukar didefinisikan secara verbal sama kemungkinan
kata iru tidak akan difahami oleh pengguna bahasa atau sifat semula jadi
istilah itu sendiri. Misalnya apabila mendefinisikan warna merah kepada
kanak-kanak, kita akan hanya menunjukkan benda-benda yang berwarna
merah seperti bunga mawar atau tanda berhenri pada lampu trafik.
Definisi teoritikal merupakan kes khas yang dapat dikenal pasri melalui
penggunaannya dalam konreks yang lebih luas kerangka intelektual dan
lebih banyak digunakan dalam konteks saintifik. Definisi ini
memberikan makna kepada kata atau istilah dalam teori disiplin yang
spesifik. Definisi kepersisan merupakan definisi yang memperluaskan

65
Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005

definisi leksikal bagi kata atau istilah untuk tujuan spesifik termasuklah
kriteria tambahan yang menyempitkan ciri-ciri yang memenuhi
keperluan definisi. Definisi kepersisan digunakan untuk memperhalus
makna sesuatu istilah atau kata apabila maknanya agak samar dalam
konteks dan memerlukan pembaikan. Tidak semua definisi dapat
meliputi semua keadaan sesuatu istilah. Definisi pemujukan digunakan
untuk memindahkan kesan emotif pada kata tersebut. Oleh sebab istilah
teknikal lebih kepada makna kata, definisi pemujukan ini tidak sesuai
untuk penerbitan istilah teknikal.

Definisi yang menggunakan genus dan perbezaan spesifik


merupakan kaedah menghuraikan kategori yang luas milik sesuatu kata
atau istilah dan kemudian mengenal pasti ciri yang spesifik, yakni ciri
intensional. Satu kata atau konsep menunjukkan satu spesies - satu jenis
spesifik butiran, tidak semestinya mempunyai hubungan biologi
dihuraikan sebagai kategori luas, manakala genus dikenal pasti daripada
butiran lain dalam kategori dengan menganalisis perbezaannya. Dengan
kata lain genus merupakan kategori yang luas manakala spesies ialah jenis
dalam kategori dan perbezaannya menentukan ciri-ciri spesies. lni
merupakan definisi intensional. Konsep ini dikatakan menggunakan
sistem konsep generik. Dalam konteks terminologi ciri merupakan aspek
penting dalam penyediaan definisi apabila menggunakan sistem konsep
generik. Unsur ini terbahagi kepada dua, iaitu ciri intrinsik dan ciri
ekstrinsik. Ciri intrinsik berhubung dengan bentuk, saiz, kandungan,
warna, dan sebagainya. Ciri-ciri ini merupakan ciri yang dimiliki oleh
objek tanpa mengira hubungannya dengan objek lain misalnya, bulat
(bentuk), getah (bahan), merah (warna). Apabila melihat sesuatu objek
tanpa mengetahui nama objek tersebut, maka kita akan melihat ciri-ciri
yang ada pada objek tersebut lalu membentuk satu konsep tentang objek
berdasarkan ciri-ciri itu. Kelompok ciri-ciri dikatakan intensi, misalnya
alat melagang, bentuk bulat dan leper, berkaki satu, dan dibuat daripada
batu. Ciri-ciri yang dinyatakan tadi merupakan kelompok ciri yang
digelar intensi. Berdasarkan ciri-ciri inilah kita akan menghuraikan
konsep dalam bentuk definisi. Dalam Rajah 1 dan Rajah 2 di bawah,
konsep automobil menggunakan ciri-ciri automatik, manual, dan pacuan
empat roda sebagai pembeza antara tiga istilah yang berada di bawah
satu konsep generik automobil manakala teknik pukul membezakan
antara satu konsep dengan yang lain.

66
Definisi Dan Konteks Dalam Terminologi Bahasa Melayu

Rajah I: Sistem Konsep Generik (Automobil)

Automobil

Automobil Automobil Automobil


Transmisi Transmisi Pacuan 4 Roda
Automatik Manual

Automobil Automobil
Transmisi Transmisi
Manual/ Manual
Diaphragm Spring Clutch Coil Spring Clutch

Rajah 2: Sistem Konsep Generik (Pukul)

pukul selari

pukul selari kilas pukul selari tepat pukul selari akas

Seterusnya, definisi partitif pula menghuraikan keseluruhan unit


berdasarkan bahagian-bahagian tertentu atau menghuraikan satu
bahagian dalam hubungannya dengan keseluruhan bahagian. Definisi
partitif ini kebiasaannya bermula dengan perumusan yang jelas
mengatakan hub'ungan partitif tersebut; bahagian daripada, komponen
sesuatu, bahagian, seksyen tertentu, tempoh, dan sebagainya diikuti oleh
konsep subordinat. Dalam membicarakan lntensi vs. Ekstensi, kita akan
dapati kesimpulan yang berikut:

67
Jurnal Pengajian Me!ayu, jilid 16, 2005

1. Lebih banyak intensi, lebih kecil ekstensi.

2. Setiap ciri tambahan (yang meningkatkan intensi)


menyempitkan jumlah objek yang dimasukkan dalam ekstensi
(keadaan individu yang mempunyai yang sama).

Dalam definisi partitif perkara yang paling pen ting ialah sesuatu ciri itu
merupakan sebahagian daripada keseluruhan. Dalam Rajah 3 di bawah,
kita dapati bahawa A ialah konsep superordinat yang memiliki B
manakala B merupakan konsep subordinat yang merupakan sebahagian
daripada A.

1. A (konsep superordinat konsep) memiliki B

2. B (konsep subordinat) sebahagian daripada A


- Alat yang dilengkapi tayar, rim, jejari, dan hab.
Rim - bingkai aloi atau logam lain, tempat memasang tayar
basikal.

3. Juga dinamakan sistem konsep bahagian-seluruh atau sistem


konsep meronimik

Rajah 3: Sistem Partitif Konsep

basikal

!
! ! ! !
tayar nm Jepn hab

Sistem Konsep Tidak Lengkap

Dalam sistem konsep yang tidak lengkap, makna juga hilang, struktur
subordinat tidak jelas dan banyak unsur yang tidak berkaitan harus
dibuang. Apabila keadaan ini berlaku, maka ahli terminologi akan
menghadapi masalah dalam penyediaan definisi yang tepat bagi sesuatu

68
Deji11isi lJan Ko11teks Dalam Ti:rmi11ologi Bahasa Melayu

istilah yang dibentuk. Kesukaran ini akan menjadi hambatan dalam


menghasilkan sebuah glosari terminologi yang baik.

Rajah 4: Sistem Konsep Tidak Lengkap

Kesimpulan

Jelasnya definisi memberikan makna kepada kata atau istilah. Hal ini
memerlukan penelitian terhadap konsep ekstensi, intensi, keraksaan, dan
kesamaran. Terdapat banyak cara yang boleh menyebabkan makna kata
menjadi kurang jelas. Kadangkala sesuatu kata itu memberikan makna
yang berlainan bagi individu yang berlainan. Kaedah yang dapat
membantu kita mengarasi masalah ini adalah dengan memahami teori
definisi yang mendasar kerja pendefinisian bagi sesuatu kata atau istilah.
Proses menghasilkan definisi memerlukan keprihatinan dan kecekapan
dalam menganalisis konsep dalam pemetaan konsep yang dilakukan.
Banyak teknik yang boleh digunakan untuk membuat definisi dalam
glosari peristilahan. Kemahiran ini memerlukan kemahiran individu yang
dipupuk dalam tempoh masa yang agak lama. Definisi merupakan
komponen yang penting dalam penyediaan glosari terminologi dan
kefahaman pembemukan definisi perlulah dipupuk melalui latihan yang
menggabungkan unsur leksikografi dan terminologi bagi menghasilkan
sebuah glosari yang bermutu dan berautoritatif.

69
furnal Pengajian Melayu, Ji/id 16, 2005

No ta

Alain Rey, 1995. Essay on Terminology. Philadephia: John Benjmins


Pub. Co.
2 Sager J.C., 1995. Kursus Amali Pemprosesan Istilah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
3 http://www.ciil-ebooks.net/html/lexico/index.htm
An Introduction to Lexicography B.G.Mishra 1982
4 Juan C. Sager, 2000. Essays on Definition. Philadephia: John
Benjmins Pub. Co.
5 Juan C. Sager, 2000. Essays on Definition. Philadephia: John
Benjmins Pub. Co. hlm. 198
6 Joh F. Sowa, 2001. Semantics Foundation of Contexts.
7 http://www.termium.gc.ca/ didacticiel tutorial/ english/lesson 1I
index e.html
8 Sager, 2000. hlm. 12.
9 Rey, 1996. hlm. 99.
JO Siri Glosari Sukan: Skuasy, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 24.
11 Siri Glosari Sukan: Menembak, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 12.
12 Siri Glosari Sukan: Menembak, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm. 13.

Rujukan

Alain Rey, 1995. Essay on Terminology. Philadephia: John Benjamins Pub.


Co.

Copi, Irving, dan Carl Cohen, 1990. Introduction to Logic. 8th. ed. New
York, Macmillan.

70
Definisi Dan Konteks Dalam Terminologi Bahasa Melayu

Juan C. Sager, 2000. Essays on Definition. Philadephia: John Benjamins


Pub. Co.

- - - - - - - , 2000. Essays on Definition. Philadephia: John


Benjamins Pub. Co.

- - - - - - - , 1995. Kursus Amali Pemprosesan Istilah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

John F. Sowa, 2001. Semantics Foundation of Contexts.

Siri Glosari Sukan: Skuasy, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siri Glosari Sukan: Menembak, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Siri Glosari Sukan: Lumba Basikal, 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

http://www. termium. gc.ca/ didacticiel tutorial/ english/lesson 1 /


index e.html

http://www.ciil-ebooks.net/html/lexico/index.htm An Introduction to
Lexicography B.G.Mishra 1982

71

You might also like