You are on page 1of 14

HGT 222 KULIAH 6 – UKUR KETINGGIAN

(1) PENGENALAN KEPADA UKUR KETINGGIAN


• Pengarasan
• Pengarasan Perbezaan
• Ketinggian Bandingan
(2) SEBAB PERLU MENENTUKAN KETINGGIAN BANDINGAN
(3) KAEDAH MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
(4) CONTOH MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
(5) BILANGAN KALI MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
(6) TANDA ARAS
(7) PROSEDUR MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
(1) PENGENALAN KEPADA UKUR KETINGGIAN
• Pengarasan ialah proses menentukan ketinggian berdasarkan
prinsip pengarasan perbezaan selari dari datum atau ketinggian
titik lain
• Pengarasan Perbezaan (“Differential Leveling”) ialah satu
proses menentukan ketinggian bandingan antara beberapa titik
di dalam sesuatu kawasan
• Ketinggian mana-mana titik perlu dirujuk kepada sistem
ketinggian global (contoh: Min Aras Laut) atau merujuk kepada
satu Tanda Tinggi tempatan
• Ketinggian Bandingan - Oleh sebab yang ditentukan ialah
ketinggian bandingan antara titik-titik, iaitu perbezaan
ketinggian antara Titik A dan Titik B, nilai ketinggian mutlak
adalah kurang bermakna dalam pengarasan.
(2) SEBAB PERLU MENENTUKAN KETINGGIAN BANDINGAN
• Pengurusan Banjir
• Perletakan Paip Air
• Perletakan paip-paip lain (petroliam, gas, lain-lain)
• Perletakan Terusan & Perletakan Sawah Padi
• Perletakan lain yang memerlukan pengaliran air/bendalir lain
• Penentuan Jarak Dari Titik Aras Air Pasang Tertinggi
• Perancangan Bandar & Desa
• Penentuan Darjah Kecerunan
• Pembinaan bangunan/Arkitektur
• Pembinaan Jalan/Lebuhraya
• Lain-lain
(3) KAEDAH MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
• Dalam Pengarasan Bandingan, ”Titik Rujukan” ialah ketinggian alat
kompas atau teodolit, HI.
• Jika alat didirikan/dipasang dengan betul, juru ukur boleh
memusingkan teleskop ke mana-mana arah dan “Garisan
Penglihatan" akan berada pada aras ketinggian yang sama dengan
teleskop/alat
• Kaedah Ukuran – (i) Ukur ketinggian Jarak Tegak antara Titik A
dengan ketinggian Garisan Penglihatan (X); (ii) Ukur ketinggian
Jarak Tegak antara Titik B dengan ketinggian Garisan Penglihatan
(Y); (iii) Dengan membandingkan kedua-dua ketinggian ini, juru
ukur dapat menentukan perbezaan ketinggian antara Titik A dan Titik
B.

Y
X
(4) Contoh Kaedah Ukuran
• (i) Ukur ketinggian Jarak Tegak antara Titik A dengan ketinggian
Garisan Penglihatan = 2.5 meter
• (ii) Ukur ketinggian Jarak Tegak antara Titik B dengan ketinggian
Garisan Penglihatan = 1.5 meter
• (iii) Dengan membandingkan kedua-dua ketinggian ini, juru ukur
dapat menentukan perbezaan ketinggian antara Titik A dan Titik B –
2.5 meter – 1.5 meter = 1.0 meter (iaitu B adalah 1 meter lebih tinggi
daripada A)
• Jika Titik A berada 1 meter atas Min Aras Laut (0 meter), maka
ketinggian Titik B ialah 2 meter atas Min Aras Laut (0 meter).

1.5 m
2.5 m
(5) BILANGAN KALI MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
•Pengarasan Perbezaan ialah aplikasi prosedur pengarasan ketinggian
seberapa kali yang mungkin sehingga sesuatu objektif ukuran dicapai

•Kadang-kala satu bacaan/ukuran sudah memadai, tetapi untuk setengah


keadaan, beratus kali bacaan/ukuran diperlukan

•Jumlah bilangan bacaan/ukuran bergantung kepada 3 faktor:


1. Jarak Tegak antara dua titik tersebut. Ini sebab perbezaaan
ketinggian maksimum yang boleh diukur setiap kali bergantung
kepada ketinggian panjang jajar dan ketinggian tripod alat.

2. Jarak mendatar antara dua titik tersebut. Lazimnya, jarak ini


tidak harus > 60 m untuk mengekalkan kejituan ukuran.

3. Cuaca – Pada hari panas, herotan atmosferik di atas permukaan


panas (asphalt, tar, simen, konkrit dll) memerlukan pengurangan
jarak maksimum sehingga ¹/³
(6) TANDA ARAS
•Kaedah Pengarasan Perbezaan Ketinggian tidak bergantung
kepada elevasi/ketinggian mutlak

•Juru ukur tidak perlu mengetahui ketinggian Titik A berbanding


dengan Min Aras Laut, tetapi perlu mengetahui ketinggian hanya
satu titik rujukan (contoh: satu Tanda Aras atau “benchmark”)

•Berdasarkan ketinggian Tanda Aras tersebut, elevasi semua titik-


titik dalam sesuatu survei kemudian boleh dihitungkan.
(7) PROSEDUR MENGUKUR KETINGGIAN BANDINGAN
•Lazimnya, satu sekuen bacaan ketinggian diperlukan untuk menentukan
perbezaan ketinggian

•Andainya titik ual ialah Titik A. Juru ukur mungkin mengetahui ketinggian A
atau menggunakan satu nilai anggaran (Nilai "100" sering digunakan sebagai
nilai anggaran sebab cukup besar supaya perbezaaan ke arah di bawah & di atas
nilai ini tidak menjadi negatif

•Prosedur survei akan mara ke depan dari A ke B, kemudian dari B ke C, C ke D,


D ke E dan seterusnya sehingga titik akhir.

•Bacaan/Ukuran yang dibuat apabila memandang ke arah belakang sepanjang


garis survei dipanggil Penglihatan-Belakang (backsights)
•Bacaan/Ukuran yang dibuat apabila
Foresight
memandang ke arah depan sepanjang Backsight
garis survei dipanggil Penglihatan-
Depan (foresights).
•Contoh: Bacaan yang dibuat di lokasi
alat 1 ke Titik A ialah “backsight” &
bacaan di lokasi sama ke Titik B ialah
“foresight”.
Tatacara Pengukuran AE
•Mula di Stesen 1, baca backsight ke A[2.5m] & foresight ke B[1.0m], didapati ketinggian
berkurangan di B (sebab B terletak lebih tinggi). Maka titik B ialah 1.5m lebih tinggi dari A
(2.5m – 1.0m = 1.5 m). Jika Ketinggian A diketahui = 20 m (melalui bacaan di peta topo),
maka ketinggian B = 20 + 1.5 m = 21.5 m
•Pindah alat ke Stesen 2, baca backsight ke B[1.8m] & foresight ke C[1.2m], didapati
perbezaan ketinggian = 0.6m. Jadi, ketinggian C = 21.5m + 0.6m=22.1m
•Pindah alat ke Stesen 3, baca backsight ke C[1.7m] & foresight ke D[2.6m], didapati
perbezaan ketinggian = 1.7 m – 2.6 m = - 0.9m. Jadi, ketinggian D = 22.1m – 0.9m = 21.2m
(sebab turun cerun)
•Pindah alat ke Stesen 4, baca backsight ke D[1.2m] & foresight ke E[1.9m], didapati
perbezaan ketinggian = 1.2m – 1.9m = - 0.7m. Jadi, ketinggian E = 21.2 m – 0.7 m = 20.5m
•Dalam contoh ini, Titik-Titik B, C, dan D adalah titik-titik sementara perantaraan yang
digunakan sebab jarak A ke E adalah terlalu besar untuk satu bacaan.
•Apabila balik ke pejabat, profil kecerunan A ke E dapat dipetakan menurut skala.

1.8m 1.2m 1.7m 2.6m


2.5m 1.0m
1.2m 1.9m
22.1m
21.5m
21.2m 20.5m
20m
(8) KAEDAH MENGUKUR KECERUNAN
(I) Penggunaan Kaedah Matematik

Dalam Kaedah Ukuran Ketinggian bandingan berikut, (i) Ukur ketinggian Ketinggian
Titik = Backsight = 2.5 meter & (ii) Ukur ketinggian Titik B dengan Foresight = 1.5
meter. (iii) Jadi, perbezaan ketinggian antara Titik A dan Titik B = 2.5 meter – 1.5
meter = 1.0 meter (iaitu B adalah 1 meter lebih tinggi daripada A). Jika Titik A berada
1 meter atas Min Aras Laut (0 meter), maka ketinggian Titik B ialah 2 meter atas Min
Aras Laut (0 meter).

Jika jarak mendatar AB diukur = 10 meter (Guna Kaedah “Stepping”), maka kecerunan
AB (Sudut BAO) boleh dikira dengan cara matematik.

Tenjen BAO= Bersetentangan = BO = 1 = 0.1 = 5 o 42, 38”


Bersebelahan AO 10

2.5m 1.5m

1.0m

o
(II) Penggunaan Kaedah Teodolit
•Teodolit ialah satu alat yang digunakan untuk mengukur sudut
tegak dan sudut mendatar
•Teodolit merupakan alat kunci dalam survei tanah & kejuruteraan
•Namun, teodolit juga digunakan dalam meteorologi & pelancaran
roket
•Sesuatu teodolit mengandungi satu teleskop yang dipasangkan
secara fleksibel antara dua axis perpendikular, iaitu axis mendatar
dan axis tegak
•Jika teleskop diarahkan menujui ke suatu objek, sudut kedua-dua
axis tegak dan axis mendatar dapat diukur dengan kejituan yang
tinggi.
• Contoh Penggunaan Kaedah Teodolit
(i) Tentukan Perbezaan Ketinggian AB (A = 2.5m & B=1.5m. Perbezaan ketinggian =
1m)
(ii) Dirikan teodolit di A
(iii) Setkan Garis Pemandangan teodolit ke satu titik 1 m lebih tinggi dari ketinggian B
di atas garis penglihatan mendatar, iaitu 2.5m.
(iv) Baca Sudut
Teodolit yang berlainan mempunyai
skala bacaan yang berbeza. Sesuatu
(a) (b) teodolit mempunyai bacaan
a) darjah b) darjah dan minit
atau c) darjah, minit & saat.

(c)
A
Bumbung
bangunan A

Untuk dapat
bacaan sudut
bumbung
bangunan A,
guna 90 o –
Bacaan A

Untuk dapat
bacaan sudut
lantai Y, guna
X bacaan B - 90 o.
Lantai Y Y
TAMAT
TERIMA KASIH

You might also like