You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BELIA ORANG ASLI TERTUTUP


KAWASAN DUN CHENDERIANG
SEMPENA HARI MALAYSIA

1. PENDAHULUAN

1.1 Gabungan AJKKK Kg. Sungai Genting, Chenderiang dengan Semai Team bercadang
untuk menganjurkan kejohanan Bola Sepak 9 sebelah tertutup bagi Belia Orang Asli
Dun Chenderiang. Ia bertujuan untuk menarik minat dan mencungkil bakat belia-belia
Orang Asli Daerah Dun Chenderiang.

2. TUJUAN

2.1. Menghindari diri Belia-Belia Orang Asli dari terjebak dengan gejala negetif.
2.2. Menanamkan semangat kesukanan dan muhibbah dikalangan Belia Orang Asli.
2.3. Memberi peluang kepada Belia Orang Asli dalam menyerlahkan bakat dalam bidang
sukan Bola Sepak.
2.4. Memberi galakan kepada golongan Belia Orang Asli untuk tampil kehadapan dalam
aktiviti pengurusan sukan.

1
3. CADANGAN PROGRAM

3.1. Tarikh : 17 September 2016 (Sabtu)


3.2. Tempat Kejohanan : Padang Bola Sepak, Kg. Lubuk Mas, Chenderiang
3.3. Atucara:
3.3.1. Pendaftaran Kumpulan
Tarikh Pendaftaran : Seminggu sebelum tarikh kejohanan.
3.3.2. Hari Kejohanan
7.15 pagi : Pendaftaran / Undian
7.30 pagi : Pengumuman keputusan undian
8.00 pagi : Perasmian Kejohanan;

Cadangan Perasmi : YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon


ADUN Chenderiang
Exco Kerajaan Negeri Perak

8.30 pagi : Bermula Kejohanan Bola Sepak


12.00 tgh : Rehat
6.00 petang : Tamat perlawanan
6.30 petang : Majlis Penyampian Hadiah Oleh:

YB Dato’ Dr. Mah Hang Soon


ADUN Chenderiang
Exco Kerajaan Negeri Perak

7.00 petang : Bersurai

2
4. ANGGARAN PERBELANJAAN

4.1. Hadiah
4.1.1 Juara : RM 2000.00
4.1.2 Naib Juara : RM 1500.00
4.1.3 Tempat Ketiga : RM 1000.00
4.1.4 Tempat Ke-Empat : RM 500.00

4.2. Persiapan Padang : RM 1000.00


4.3. Bola (4 biji x RM 120.00) : RM 480.00
4.4. Minuman padang : RM 150.00
4.5. Saguhati Pengadil (6 Orang x RM 150.00) : RM 900.00
4.6. Banner (2 unit x RM 150) : RM 300.00
4.7. Saguhati Urusetia (10 Orang x RM 120.00) : RM 1200.00
4.8. Alatan lain (Wisel, Tali, Alatulis dan lain-lain ) : RM 500.00

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan : RM 9530.00

3
5. PENUTUP

AJKKK Kg. Sg. Genting dan kerjasama Semai Team mengharapkan sokongan dan
sumbangan dari pihak YB Dato’ bagi menyemai semangat muhibbah di dalam diri kalangan
Belia-belia Orang Asli terutama di Kawasan DUN Chenderiang. Selain itu dengan
menganjurkan program sebegini ia dapat memberi pengalaman dalam memantapkan lagi
pengurusan program demi memajukan sebarang aktiviti seperti pembangunan sukan dan
kemajuan sahsiah diri. Harapan dari kami agar pada masa akan datang dapat mengadakan
pelbagai program demi memajukan masyarakat Orang Asli seiring dengan kemajuan yang
telah dicapai oleh Negara.

Disediakan oleh:

………………………………………
( )
Pengerusi
AJKKK Kampung Sungai Genting
35300 Chenderiang
Perak Darul Ridzuan

Disahkan oleh;

………………………………………
( ALANG A/L BAH KACHANG )
Batin Kampung Sungai Genting
35300 Chenderiang
Perak Darul Ridzuan

You might also like