You are on page 1of 7

SJKT RAJAJI

KG. BARU, AIR ITAM


11400 PULAU PINANG

UJIAN BULANAN I (MAC)2013


BAHASA MALAYSIA
KERTAS 1
TAHUN 4

NAMA : ……………………………………………….. TARIKH : ……………………

Kertas soalan ini mengandungi 25 soalan. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan yang paling
sesuai dan tandakan dalam kertas jawapan.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1. Pengakap itu sedang ____________ air untuk diminum.

A. menjerang
B. mereneh
C. merebus
D. memasak

2. ___________ ialah sultan yang paling disukai rakyat kerana pemerintahannya yang adil
dan saksama.

A. Hamba
B. Beta
C. Patik
D. Baginda

3. Ayam jantan peliharaan datuk saya bernama _____________.

A. Pak Belang
B. Sang Bedal
C. Si Jalak
D. Montel
4. Halim mencari __________ untuk membaiki keretanya.

A. jurutera
B. mekanik
C. arkitek
D. doktor

5. Lembu-lembu Pak Cik Muin ______________ rumput di kaki bukit itu.

A. memakan
B. meragut
C. mengunyah
D. memijak

6. Adik menangis __________ lapar.

A. kerana
B. lalu
C. tetapi
D. atau

7. Kraf tangan itu diperbuat ____________ bahan-bahan terbuang.

A. dari
B. pada
C. dengan
D. daripada

8. ____________ Majlis Hari Penyampaian Hadiah SJKT Rajaji akan diadakan?

A. Bilakah
B. Berapakah
C. Apakah
D. Siapakah

9. _____________ datang ke sekolah untuk menjalani latihan sukan jika hujan lebat.

A. Jemput
B. Tolong
C. Usah
D. Sila
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10. Kathiravan selalu mendapat keputusan cemerlang kerana dia seorang ___________.

A. ulat buku
B. baik hati
C. buah tangan
D. otak udang

11. Hartini risau kerana tarikh peperiksaan semakin ____________.

A. jauh
B. cerah
C. berat
D. hampir

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Terdapat dua __________ pisang yang tergantung di gerai buah itu.

A. tandan
B. gugus
C. sikat
D. biji

13. Zetty amat gembira walaupun hanya mendapat tempat ________ dalam pertandingan
bercerita itu.

A. bertiga-tiga
B. sepertiga
C. bertiga
D. ketiga
14. Doktor Rahim ialah seorang ____________ Malaysia yang telah mengharumkan nama
negara di rantau Asia.

A. kakitangan
B. setiausaha
C. suruhanjaya
D. warganegara

15. Burung hantu itu bertenggek di _________ dahan.

A. atas
B. bawah
C. sebelah
D. sebahagian

16. ___________, malang sungguh nasib pengemis tua itu!

A. Wahai
B. Aduhai
C. Amboi
D. Wah

17. Murid-murid belajar menggunakan Internet di _________________.

A. makmal komputer
B. makmal bahasa
C. makmal sains
D. makmal hospital

Soalan 26 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang digariskan.

18. Bilik ketiga di rumah kami dijadikan stor kerana ruangnya agak sempit.

A. luas
B. ketat
C. besar
D. sendat
Soalan 19 Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang digariskan.

19. Khirti suka bermain catur pada masa lapangnya.

A. benci
B. gemar
C. gembira
D. cergas

Soalan 20 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan di bawah.

20. Mangsa-mangsa kebakaran itu berada dalam keadaan yang membimbangkan.

A. Bagaimanakah keadaan mangsa-mangsa kebakaran itu?

B. Mengapakah mangsa-mangsa kebakaran itu berada dalam keadaan yang

membimbangkan?

C. Apakah yang membimbangkan mangsa-mangsa kebakaran itu?

D. Bagaimanakah kebakaran itu berlaku?

Soalan 21-25
Baca dan fahami surat kiriman di bawah.Kemudian jawab soalan yang diberikan.

1-2-12 Sri Tanjung,


Lorong 12/89, 36589
Bandar Baru Bangi,
Selangor.
15 April 2013

Ke hadapan saudara Ugenthra yang kini berada di Jerantut, Pahang. Saya berharap

saudara dan keluarga berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menjemput saudara hadir ke pameran

komputer yang akan diadakan di sekolah saya. Pameran itu akan diadakan pada majlis

sambutan Hari Guru di sekolah saya. Banyak syarikat komputer dari dalam dan luar negara

akan mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Gerai-gerai tersebut akan menjual
perkakasan komputer, buku-buku tentang komputer dan pelbagai jenis barangan komputer

pada harga yang menarik. Saya pasti saudara akan tertarik untuk membeli barangan

komputer ini.

Untuk pengetahuan saudara, sebahagian wang hasil jualan pada hari itu akan

didermakan kepada rumah anak-anak yatim. Jika saudara berkesempatan , jemputlah

datang ke sekolah saya untuk melihat pameran komputer ini. Sampai di sini dahulu surat

saya untuk kali ini. Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Mageswari

21. Dimanakah kawan Mageswari tinggal?

A. Bandar Baru Bangi, Pahang

B. Bandar Baru Bangi, Selangor

C. Jerantut, Pahang

D. Bandar Baru Jerantut, Pahang

22. Apakah tujuan Mageswari menulis surat kepada Ugenthra?

A. Untuk menjemputnya melawat ke tempat pelancongan di Selangor

B. Untuk memberitahunya tentang pameran buku yang telah berlangsung di sekolahnya

C. Untuk memberitahunya tentang lawatan ke rumah anak-anak yatim di tempatnya

D. Untuk menjemputnya ke pameran komputer yang akan berlangsung di sekolahnya

23. Bilakah pameran itu akan diadakan?

A. 16 Mei 2013

B. 25 Mei 2013

C. 16 Jun 2013

D. 25 Jun 2013
24. Apakah tujuan wang hasil jualan didermakan?

A. Agar sekolah Mageswari mendapat nama baik.

B. Untuk membantu orang-orang tua mendapat bangunan baru untuk tinggal

C. Agar rumah anak-anak yatim dapat menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh

penghuninya

D. Untuk membantu murid-murid miskin di sekolah Mageswari.

25. Tujuan pameran tersebut diadakan di sekolah adalah seperti berikut kecuali

A. Murid dapat membeli barangan komputer dengan harga yang menarik.

B. Murid dapat didedahkan kepada perkembangan semasa dalam barangan teknologi.

C. Murid dapat digalakkan menggunakan barangan teknologi dalam pelajaran mereka.

D. Murid dapat mengambil bahagian dalam sambutan majlis Hari Guru dengan lebih

gembira.

Kertas soalan tamat.

Disediakan oleh, Diperiksa oleh,

Pn. S. Dhurgavathi En. R. Muniandy

You might also like