You are on page 1of 1

KELAB GURU

SMJK YU HUA TEL : 03-87367514


JALAN LOW TI KOK, FAX : 03-87368670
43000 KAJANG, Email : yuhua@streamyx.com
SELANGOR DARUL EHSAN. Website : http://www.yuhua.edu.my
________________________________________________________________________________________________

Kepada :

Yang Dipertua PIBG SMJK Yu Hua


Jalan Low Ti Kok,
43000 Kajang,
Selangor. 15 April 2019

Melalui Tuan Pengetua,

Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN BOLING 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kelab Guru dan Kakitangan SMJK Yu Hua akan mengadakan pertandingan boling sebagai
sebahagian daripada acara sambutan Hari Guru 2019. Pertandingan boling ini akan diadakan di Plaza
Metropoint,Kajang pada 20 April 2019 , jam 2.00 petang.

3. Sehubungan itu, kami ingin menjemput 3 orang ahli jawatankuasa PIBG yang berminat untuk
menyertai pertandingan ini. Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh diajukan kepada
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan iaitu En. Thean Gnan Wooi selewat-lewatnya sebelum atau
pada hari Khamis (18 April 2019).

4. Oleh itu, amat besar harapan kami, sekiranya pihak tuan/puan dapat menyertai pertandingan
ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi suasana pertandingan. Segala
kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.........................................
(THEAN GNAN WOOI)
Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan
SMJK Yu Hua

You might also like