You are on page 1of 9

HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANA

HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP KANAK-KANAK

Hormat Pengakap
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan jari manis
diluruskan sementara ibu jari membengkokkan jari kelingking. Tiga jari digunakan
adalah membawa tiga pengertian:

Kaedah memberi hormat

Salam Penghormatan
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah member persetiaanKepada lagu kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah

Salam Biasa
Kepada pembesar-pembesar negeri atau Negara Kepada pemimpin Kepada saudara
Pengakap

Salam Persetiaan
Waktu perlantikan Membuat persetiaan (Salam tiga jari diangkat setinggi bahu dan
tapak tangan hadapan)
Kaedah memberi Persetiaan

Cogan Kata Pengakap (Scout Motto)


Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) – Buat Sehabis Baik
HORMAT PENGAKAP

tabik pengakap

Hormat Pengakap dilakukan apabila:


 Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan
persaudaraan dan penghormatan.
 Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
 Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
 Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
 Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.
CARA HORMAT PENGAKAP
Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari
telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari
menindih jari kelingking.

1.Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam
tentera atau polis. Sentuhkan hujung kening.
2.Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan “sedia”, tangan kiri menyentuh
tongkat dengan tapak tangan terlangkup.

3.Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh
tongkat dengan tangan kiri.

MAKNA HORMAT PENGAKAP


Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:
 Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
 Menolong orang pada setiap masa
 Menurut Undang-undang Pengakap.

Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa


maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud
sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang
Undang Pengakap.

Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan
pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.
PERSETIAN PENGAKAP MALAYSIA
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia,
yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya,
akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa


melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan
diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas
kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.
Persetiaan Pengakap Malaysia–Pengertian

1. Taat kepada Tuhan, raja dan negara


Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa
bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap
mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan
wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan
tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin


dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan
negara.

2. Menolong orang pada setiap masa


Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan
pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika
berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

3. Menurut Undang-undang Pengakap


Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung
dalam undang-undang pengakap.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Undang-Undang Pengakap Persesekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya
dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan sepenuhnya seperti berikut:

1. DIPERCAYAI (Trustworthy)
Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. TAAT (Loyal)
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya,
Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan
orang-orang yang di bawahnya\

3. BERGUNA (Useful)
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. BERSAUDARA (Friend to all)


Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau
apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. BERBUDI (Courteous)
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. KASIHKAN BINATANG (Friend to animals)


Pengakap baik hati dan kasihkan binatang..

7. MENURUT PERINTAH (Obedient)


Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. TABAH HATI (Cheerful)


Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. BERJIMAT (Thrifty)
Pengakap itu jimat dan cermat

10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN (Reverence)


Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu
sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia.
Lirik Lagu Undang-Undang Pengakap
Dipercayai Taat Berguna
Bersaudara Berbudi
Kasihkan Binatang Menurut Perintah
Tabah Hati Berjimat
Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan.

You might also like