You are on page 1of 1

APLIKASI KOMPUTER BPM 104

ELEMEN-ELEMEN DALAM PEMASARAN

Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen ataupun konsep-konsep asas yang


perlu anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain. Konsep
yang paling asas sekali ialah konsep keperluan, diikuti dengan kehendak dan juga
permintaan. Konsep-konsep yang selanjutnya anda boleh perolehi daripada keterangan di
bawah ini.

Keperluan
Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal
seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu
seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga
kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan
sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar
kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan
dan diperlukan oleh pengguna.

Kehendak
Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta
personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta
mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai,
manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini
menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam
membentuk kehendak seseorang.

Permintaan
Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan
kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang
mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi
permintaan.

NUR AFNI KHAIDIR

You might also like