You are on page 1of 1

HASIL

 Wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa hadapan.
 Hasil kendalian perniagaan
o Hasil daripada kegiatan utama perniagaan
o Contoh: hasil jualan barang niaga, perkhidmatan, sewa hartanah benda
 Hasil bukan kendalian perniagaan
o Hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan
o Contoh: faedah simpanan bank, sewa diterima, dividen diterima, untung daripada jualan aset
bukan semasa

BELANJA
 Ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar atau akan dibayar apabila menjalankan
perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan hasil bagi sesuatu perniagaan
 Belanja kendalian perniagaan
o Belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan
o Contoh: alat tulis, belanja am, iklan, sewa dibayar dll
 Belanja bukan kendalian perniagaan
o Belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang biasa bagi perniagaan
o Contoh: Faedah pinjaman, rugi atas pelupusan asset, kerugian akibat kebakaran, kecurian dll

ASET
 Harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin mempunyai bentuk fizikal (kenderaan,
premis, perabot dll) atau yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti penghutang
 Aset bukan semasa
o Ialah asset yang tahan lama yang digunakan untuk menjalankan perniagaan dalam jangka
masa panjang. Contohnya kenderaan, mesin dll.
o Bukan untuk dijual semula dengan harapan mendapatkan keuntungan (bukan untuk
keuntungan perniagaan)
 Aset semasa
o Aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh masa yang singkat biasanya setahun
atau satu tempoh masa perakaunan.
o Contoh: Bank, tunai, stok, penghutang, belanja terdahulu, hasil terakru dll

LIABILITI
 Ialah hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dengan wang, barang atau perkhidmatan
 Liabiliti bukan semasa
o Ialah hutang yang dibayar balik dalam satu jangka masa yang panjang iaitu lebih daripada
satu tempoh perakaunan
o Contoh: pinjaman, pinjaman bercagaran, gadai janji dan debenture
 Liabiliti semasa
o Ialah hutang yang dibayar balik dalam tempoh yang singkat iaitu kuarang daripada satu
tahun
o Contoh: overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu, pemiutang dll

EKUITI PEMILIK
 Ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri daripada modal yang dilaburkan
oleh pemilik dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan

You might also like