You are on page 1of 7

FAKULTI PENDIDIKAN

SPPE1033-02
WORKSHOP SAFETY AND MANAGEMENT

ASSIGNMENT:
WORKSPLACE ORIENTATION AND SAFETY ASSIGNMENT
(MAKMAL JAHITAN)

NAMA: NUR AZLIN IDAYU BINTI MD ADAM @ MD ADNAN


KELAS: 1-SPPQ
NAMA PENSYARAH: DR. MOHD SAFARIN BIN NORDIN
1.0 PENGENALAN

Keselamatan boleh dianggap sebagai suatu kebiasaan atau sebagai satu bentuk sikap yang
positif. Ianya tidak akan lahir dengan sendiri kecuali manusia itu sendirilah yang membentuknya
sama ada hendak menganggapnya sebagai keutamaan ataupun tidak. Bahari (2006) mendefinisikan
keselamatan sebagai keadaan yang selamat dan bebas daripada bahaya, termasuk kecederaan dan
risiko, pengetahuan atau kemahiran dalam mengelakkan kemalangan atau penyakit dan kualiti atau
keadaan yang tidak membawa risiko. Selain itu, keselamatan sebagai ketiadaan bahaya, ketiadaan
ruang yang membantu mewujudkan suasana bahaya, satu tahap perlindungan dan keadaan yang
tidak melibatkan risiko. Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan aspek penting
terutamanya yang melibatkan kerja-kerja berisiko tinggi sama ada di sektor perkilangan,
pembinaan dan industri-industri lain yang melibatkan penggunaan mesin dan bahan kimia. Ini
tidak terkecuali di institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya yang menawarkan bidang
kejuruteraan ataupun bidang pendidikan di mana banyak menggunakan makmal dan bengkel
dalam pengajaran dan pembelajaran seperti di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu
merupakan salah satu universiti dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia.

Oleh itu satu kajian telah dijalankan oleh sekumpulan kami bagi mengenalpasti tahap
keselamatan dan keselamatan yang terdapat di universiti ini. Kami telah memilih makmal jahitan
C14-109(01) Fakulti Pendidikan Utm. Makmal jahitan ini merupakan satu bilik dan mempunyai
bilik staf didalam makmal ini. Kemudahan tandas terdapat di tingkat 1 dan 2 lebih kurang 10 meter
dari makmal jahitan ini. Lokasi makmal ini merupakan bangunan fakulti pendidikan utm yang
berada di tingkat 1. Makmal jahitan ini digunakan oleh pelajar yang mengambil kursus pendidikan
kemahiran hidup bagi tujuan pembelajaran mereka. Waktu operasi bagi makmal jahitan adalah
waktu kuliah iaitu bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Susun atur dan stesen kerja makmal
ini mengikut spesifikasi standard yang telah ditetapkan oleh keselamatan dan kesihatan utm. Saiz
ruang makmal ialah 70 sehingga 85 persegi per pelajar hanya 2- hingga 30 orang pelajar sahaja
boleh berada dalam satu masa manakala penyimpanan bagi makmal ini ialah 10% sahaja
diperlukan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran terhadap amalan
keselamatan di makmal jahitan fakulti pendidikan dalam kalangan pelajar Selain itu, menyelidik
ingin mengenal pasti tahap penguasaan pengetahuan amalan keselamatan, Seterusnya, menyelidik
ingin mengenal pasti ialah tahap penguasaan kemahiran pelajar terhadap amalan keselamatan
semasa bekerja di makmal. Di samping itu, menyelidik sistem keselamatan dan kesihatan dalam
makmal jahitan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:-

a) Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan keselamatan ketika berada


di makmal.
b) Mengenalpasti tahap kesedaran amalan keselamatan bengkel terhadap pelajar ketika
berada di makmal
c) Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap perlaksanaan amalan keselamatan
makmal
d) Megenalpasti keselamatan dan kesihatan yang terdapat di makmal.

3.0 KESIHATAN DAN KESELAMATAN MAKMAL


Kemalangan di dalam makmal jahitan boleh disebabkan oleh kecuaian, kelalaian, kejadian di
luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan kerja. Dalam
pengurusan keselamatan makmal jahitan, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:
a. Poster keselamatan dan peraturan makmal mestilah dipaparkan ditempat yang
mudah dilihat dan dibaca.
b. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan mesin kerja.
c. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas.
d. Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap
makmal.
e. Pencahayaan dalam makmal persediaan mestilah mencukupi.
f. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal.
g. Sebelum meninggalkan makmal yang lama, suis elektrik mestilah ditutup dan
semua pintu dan tingkap mesti dikunci.
Makmal jahitan terdapat juga peralatan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kebakaran atau
kecederaan yang melibatkan semua orang sekeliling. Lokasi peranti keselamatan yang ada seperti
telefon keselamtan yang terdapat didalam bilik staf makmal. Selain itu, penggera kebakaran diluar
makmal manakala alat pemadam api kelas ABC power berada didalam dan diluar makmal. Peti
pertolongan cemas berada dibelakang bilik, peralatan yang terdapat adalah seperti losyen
kuning,handyplast,crepe bandage,LMS lotion dan calamine lotion. Walaubagaimanapun, latihan
khas juga dilakukan untuk makmal ini mengenai peti keselamtan.

Rajah 1: Peti Pertolongan Cemas dan Senarai Bekalan Kotak Kecemasan.

3.1 Bahaya yang terdapat dalam makmal


Setiap makmal mestilah terdapat beberapa peralatan yang membahayakan yang boleh
mendatangkan kecederaan ataupun kemalangan kepada pelajar mahupun orang sekeliling.
Meskipun, makmal yang kami kaji ialah makmal jahitan tidak mempunyai banyak risiko
kemalangan yang boleh berlaku namun tidak semestinya ia tiada sebarang kemalangan yang
akan berlaku. Antara bahaya yang dapat dikesan ialah:
1. Mesin jahit elektrik, dimana mesin ini menggunakan arus elektrik ketika
menggunakannya. Ianya berisiko untuk berlakunya renjatan elektrik ataupun litar
pintas.
2. Iron steamer, merupakan perkakas atau peralatan yang selalu digunakan oleh pelajar
semasa sesi pembelajaran menjahit. Kedudukan bagi iron ini tidak selamat dan wayar
iron tidak dirapikan selepas digunakan boleh sahaja mendatangkan kecederaan kepada
pelajar serta ianya menyebabkan berlaku kerosakan peralatan itu sendiri.
3. Stream press, peralatan ini fungsinya sama seperti iron tetapi ia boleh menyebabkan
kemalangan sekiranya tidak mempunyai pengetahuan tentang cara penggunaannya
dengan betul.
3.2 Prosedur Kecemasan di Makmal
1. Aktifkan penggera bangunan dan pasukan ER (Respon Kecemasan).
2. Berpindah segera di tempat yang selamat.
3. Keluar dari bangunan dengan menggunakan laluan terdekat.
4. Laporkan kecemasan dan berkumpul yang dikawasan ditetapkan.
5. Jangan masuk semula ke dalam makmal sehingga diberi arahan.
Seandainya berlaku kemalangan terdapat juga prosedur yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu
prosedur untuk melaporkan kemalangan.

Rajah 2: Prosedur Kemalangan


3.3 Notis makmal

Makmal jahitan terdapat beberapa notis yang perlu diikuti oleh pelajar serta orang sekeliling
sekiranya menggunakan makmal ini. Antara notis yang terdapat dimakmal ialah langkah-langkah
keselamtan pelajar dan orang sekeliling dan poster menunjukkan langkah untuk menggunakan
pemadam api serta senarai numbor kecemasan yang perlu dihubungi sekiranya berlakuk
kebakaran.

3.4 Peralatan Keselamatan Makmal

Setiap bengkel ataupun makmal mestilah mempunyai personal protective equipment (PPE)
mengikut kesesuaian kerja-kerja yang dilakukan. Bagi makmal jahitan ini tidak banyak peralatan
keselamatan yang digunakan iaitu kasut dengan mask (bagi yang mengalami alahan habuk) yang
digunakan. Kawasan penyimpanan peralatan berada dibelakang. Peralatan yang selalunya
digunakan dalam makmal ini adalah peralatan jahitan seperti pembaris kayu,jarum,benang,kertas
jahit, gunting dan sebagainya disimpan dibahagian belakang stesen kerja yang terdapat beberapa
almari. Disitu juga terdapat penyimpanan PPE yang digunakan oleh pelajar.

3.5 Masalah Ditempat Kerja Makmal

Dari pemerhatian kami, tidak terdapat kebimbangan organomik di makmal jahitan ini kerana susun
atur stesen kerja diantara meja jahit dan tempat penyimpanan barang teratur dan kemas oleh itu,
tiada kebimbangan yang akan berlakunya kemalangan diantara satu sama lain. Selain itu, kerusi
dan meja yang digunakan adalah bersesuaian dengan kerja yang dilakukan maka dari sudut itu kita
dapat melihat kekurangan risiko berlakunya masalah orgonomik di dalam makmal ini.

3.6 Pencahayaan Makmal

PENCAHAYAAN (Illumination) merupakan ukuran jalur cahaya yang jatuh ke atas sesuatu
permukaan yang diukur di dalam unit lux (lx) atau dalam unit imperial yang disebut foot - candle.
Dalam makmal (mengikut kerja yang dilakukan) dan juga bilik kuliah terdapat pencahayaan yang
berbeza. Bagi makmal jahitan ianya memerlukan kuantiti pencahayaan yang sangat tinggi iaitu
daylight yang menampakkan warna sebenar. Hal ini kerana, menjahit melakukan kerja-kerja yang
halus seharusnya memerlukan pencahayaan yang sangat terang bagi memudahkan proses kerja
dijalankan. Keadaan yang perlu dielakan semasa proses menjahit ini ialah kecerahan tidak
mencukupi, pantulan cahaya mengakibatkan silau dan bayang-bayang. Jumlah bilangan mentol
atau lampu didalam makmal ini terdapat 46 mental ianya sudah memandai pencahayaan dengan
keluasan makmal ini mengikut piawai pencahayaan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan
dan kesihatan kerja.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh disimpulkan dalam kajian makmal jahitan ini ialah sistem keselamtan
dan yang digunakan mestilah sentiasa berada dalam keadaan baik dan sentiasa membuat
pemantauan bagi menggelakkan sebarang risiko kemalangan yang akan berlaku. Kesedaran
tentang kepentingan keselamatan dan kesihatan kerja juga dapat meningkatkan pengetahuan kami
mengenai prosedur-prosedur yang terdapat dalam makmal ini seandainya berlaku kebakaran
mahupun kemalangan. Selain itu, Tatacara susun atur sesebuah makmal mengikut kerja yang
dilakukan juga menjelaskan kepada kami mengenai orgonomik kerja yang boleh mendatangkan
hazard. Seterusnya, melalui kajian ini kami berpeluang memasuki serta melihat makmal jahitan
dengan kebenaran staf makmal memberi pengalaman baru buat kami sebagai pelajar bukan yang
mengambil kursus jahitan ini. Akhir sekali, kami dapat mempelajari cara mengukur pencahayaan
yang terdapat dalam makmal ini serta kami mencapai objektif kajian ini.

5.0 RUJUKAN

Abdul Wahab, M.Z. (2008). Pengetahuan Dan Pengamalan Keselamatan Di Bengkel


Di Kalangan Pelajar Di Sebuah Institut Kemahiran Belia Negara Di Negeri
Terengganu. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (1997). Guidelines for Labelling Hazardous
Chemicals. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (1997). Guidelines for Labelling Hazardous
Chemicals. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
Nur Fazreen Binti Sallehudin. (2013).Laporan Projek kesedaran terhadap amalan keselamatan
dalam kalangan pelajar di makmal kejuruteraan UTHM,
http://eprints.uthm.edu.my/5357/1/NUR_FAZREEN_BINTI_SALLEHUDDIN.pdf
Noordin, S. & Mohamad Zulkapli, N.A. (2010). Tahap Pengetahuan Bakal Guru
Fizik Tentang Peraturan Dan Keselamatan Makmal. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.

You might also like