You are on page 1of 4

Penolong jurutera JKR didakwa ubah wang haram

ISHAK Ismail, (tengah) diiringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar atas kesalahan pengubahan wang haram berjumlah
RM1.1juta pada awal tahun ini.- Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Bekas Penolong jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik didakwa di Mahkamah
Sesyen di sini, hari ini terhadap pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta.

Tertuduh, Ishak Ismail, 56, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan
di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ishak didakwa terbabit dalam pengubahan wang haram dengan memiliki
wang berjumlah RM1.1 juta yang dipercayai adalah hasil daripada aktiviti haram di rumahnya, No 67, Batu
14, Simpang Tiga Sungai Daun, Yan pada 19 Januari 2017, jam 3 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Jika sabit kesalahan, Ishak boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda
jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan pada masa kesalahan dilakukan atau RM5
juta atau mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A
Hafiizh Abu Bakar manakala tertuduh berbaju kelabu diwakili peguam Muhammad Arif Shaharuddin.

Dalam prosiding itu, A Hafiizh mencadangkan tertuduh dibenarkan dijamin dengan wang jaminan
RM250,000, seorang penjamin dan pasport diserahkan ke mahkamah.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasport
diserahkan.

Mahkamah juga menetapkan perbicaraan selama empat hari bermula 13 November depan.

Seleweng dana RM90,000


Oleh MOHD. IZUAN ROSELI

PONTIAN � Seorang jurutera Jabatan


Kerja Raya (JKR) yang sedang
bermesyuarat ditahan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
SEORANG jurutera JKR (tengah) ditahan SPRM bagi membantu
bagi membantu siasatan berhubung siasatan berhubung kes penyelewengan dana kontraktor bernilai
kes penyelewengan dana kontraktor RM90,000 di pejabat JKR daerah Pontian semalam.

bernilai RM90,000 sejak tiga tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, suspek ditahan pada pukul 12


tengah hari di pejabat JKR daerah Pontian di sini semalam.

�Suspek berkomplot dengan rakan sekerjanya untuk menyalurkan sejumlah


wang yang diberikan oleh kontraktor untuk ujian makmal penurapan jalan
sebelum dimasukkan ke akaun Kelab Sukan JKR daerah Kulai.
Azizan (dua dari kanan) turut didakwa atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan RM19,750 pada 13 Jun tahun
lalu. - Foto Astro AWANI

JOHOR BAHRU: Seorang jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan rasuah pada tahun 2015.

Tertuduh, Azizan Mohamed Yasin, 39 tahun mengaku tidak bersalah selepas


pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan, Azizan didakwa secara rasuah menerima satu suapan sebanyak
RM25,000 melalui akaun Maybank milik Zaharah Ahmad daripada Abu Bakar
A.Aziz, pukul 4.03 petang 23 Oktober 2015.
Ia sebagai satu dorongan memberikan kerja-kerja menaik taraf cerun dan tempat letak
kenderaan jabatan berbumbung di JKR Kulai.

Azizan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya


Pencegahan Rasuah Malaysia yang dihukum dibawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima
kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit
kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Khazrin Haffiz Khalil
manakala tertuduh diwakili peguam Azi Azmi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin


dan perlu menyerahkan pasport antarabangsa.

Mahkamah menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu , Azizan turut didakwa atas kesalahan sama melibatkan jumlah suapan
RM19,750 pada 13 Jun tahun lalu.

You might also like