You are on page 1of 1

AKTA SPRM

Berdasarkan kes bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di atas sembilan
pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan dengan pembelian Merdeka Palace Hotel &
Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. Sembilan pertuduhan ini telah dirangka mengikut
Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang mengikut
Seksyen 24(1) undang- undang yang sama. Akta ini mengatakan bahawa Mohd Isa bakal
berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda sekurang – kurangnya
lima kali ganda nilai suapan, atau RM 10,000, yang mana lebih tinggi jika disabitkan
kesalahan oleh pihak mahkamah. Seksysen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 bermaksud perbuatan
menerima atau memberi suapan atau rasuah sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu
tindakan yang melibatkan urusan rasmi. Isa Samad telah dijatuhkan hukuman penjara enam
tahun bagi setiap pertuduhan yang mana menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara 54
tahun serta denda RM 15.45 juta atau dipenjara 18 tahun, jika gagal membayar denda
berkenaan. Namun, Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun apabila
mahkamah memerintahkan supaya semua hukuman tersebut berjalan serentak.
Bagaimanapun, persoalan timbul apabila pihak pendakwaan telah membentangkan dua
naratif yang berbeza mengenai kes ini, iaitu dalam pertuduhan dan perrnyataan pembukaan
mereka. Susulan itu, panel tiga hakim mendapati bahawa mahkamah telah terkhilaf dalam
memutuskan kes prima facie hanya berdasarkan SP16 sama ada kes ini telah wujud terhadap
perayu sebagai suatu ganjaran atau dorongan. Ini meneyebabkan sabitan ke atas kesemua
sembilan pertuduhan adalah tidak selamat. Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz
mengatakan bahawa pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara (PG) sebelum
membuat sama ada merayu atau sebaliknya berhubung keputusan ini. 6 mei 2024, mahkamah
telah membuat keputusan ke atas kes sembilan rasuah Mohd Isa dan memutuskan bahawa
Mohd Isa mendapat pelepasan dan dia tidak disabitkan kesalahan di atas kesemua sembilan
kesalahan rasuah tersebut.

You might also like