You are on page 1of 2

Isu 1: Adakah tindakan pemberhentian oleh Syarikat ABC mematuhi undang-undang?

Dalam kes ini, Syarikat ABC telah memberhentikan Samad melalui “mutual separation scheme”. Oleh
itu, di sini, undang-undang kontrak akan digunakan kerana ianya merupakan satu persetujuan antara
dua pihak. Seksyen 10(1) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa semua persetujuan adalah kontrak
di mana pihak-pihak bebas bersetuju.

Bagi sebuah perjanjian pemberhentian secara mutual, kedua-dua belah pihak haruslah bersetuju
tanpa ada elemen paksa. Sekiranya tidak, pemberhentian itu dikira sebagai pemecatan tidak
beralasan.1 Bagi MSS untuk mematuhi undang-undang, terdapat dua prinsip yang harus dipatuhi.
Pertama, ia haruslah dibuat secara persetujuan yang benar (genuine) antara kedua-dua belah pihak.
Kedua, ia mestilah dibuat tanpa kacau ganggu (harassment), paksaan (compulsion, duress or
coercion), kelebihan tidak wajar (undue advantage), penipuan (misrepresentation), atau mana-mana
elemen yang Mahkamah pertimbangkan wajar untuk mempengaruhi persetujuan tersebut. 2

Contohnya, dalam kes Thanasegaran a/l C Munusamy v Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd [2020] ILJU
286, Mahkamah memutuskan bahawa syarikat defendan telah memecat Penuntut secara tidak sah
kerana MSS yang ditandatangani adalah dipengaruhi oleh ugutan untuk diambil tindakan disiplin
oleh pihak syarikat.

Dalam kes Samad, Samad tidak bersetuju dengan “mutual separation scheme” tersebut. Malah,
Samad telah dipaksa untuk bersetuju dengan scheme itu dengan menggunakan ugutan kekerasan
yang boleh membahayakan nyawa Samad. Oleh itu, ia tidak boleh dikira sebagai sebuah persetujuan
yang sah.

Kesimpulannya, tindakan pemberhentian oleh Syarikat ABC tidak mematuhi undang-undang kerana
MSS itu tidak sah.

Isu 2: Apakah langkah yang patut dilakukan oleh Samad? Bolehkah dia memfailkan saman kepada
Syarikat ABC?

Ya, Samad boleh memfailkan saman kepada Syarikat ABC. Bagi kes ini, Samad harus membuktikan
kepada mahkamah bahawa beliau terpaksa bersetuju dengan persetujuan itu dan terdapat kacau
ganggu atau paksaan daripada pihak Syarikat ABC. 3

Dengan memfailkan saman kepada Syarikat ABC, Samad boleh menuntut untuk diambil kerja
semula. Namun, disebabkan oleh ugutan yang diterima, pilihan untuk diambil kerja semula mungkin
tidak dilihat sebagai ideal. Samad dapat menerima pampasan gaji untuk 23 bulan (satu bulan bagi
setiap tahun Samad bekerja iaitu 23 tahun) serta gaji penuh sehingga kes diputuskan oleh
Mahkamah sekiranya pemecatan tidak sah berlaku kepada Penuntut.

Namun begitu, remedi yang boleh diberikan kepada Samad mungkin tidak setimpal apa yang telah
Samad dapat melalui MSS itu. Selain daripada memfailkan saman kepada Syarikat ABC untuk
pemecatan tidak adil, Samad juga boleh memfailkan saman terhadap Syarikat ABC melalui tindakan
tort kecuaian.

Untuk berjaya dalam tindakan ini, Samad harus membuktikan bahawa:-

1
Suseela Devi Balakrishnan v Inti International College Kuala Lumpur Sdn Bhd [2019] 1 ILR 421
2
Zulkifli bin Yaacob v Sime Darby Industrial Sdn Bhd [2020] 4 ILJ 9
3
Zulkifli bin Yaacob v Sime Darby Industrial Sdn Bhd [2020] 4 ILJ 9
1. Pihak dituntut mempunyai tanggungjawab berhati-hati (duty of care) terhadap pihak
menuntut.
2. Terdapat kemungkiran tanggungjawab tersebut.
3. Musibah yang ditimpa adalah disebabkan oleh kemungkiran tanggungjawab tersebut.

Sebagai majikan, Syarikat ABC mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Samad
sebagai seorang staf di syarikat tersebut. Tindakan majikan yang mengugut Samad dapat
dikategorikan sebagai tindakan cuai dalam memastikan keselamatan Samad sebagai seorang staf di
syarikat tersebut. Dengan itu, kesihatannya merosot disebabkan tekanan perasaan yang dialami.
Musibah ini boleh dijangka oleh sesiapa sahaja yang diugut bunuh.

Remedi bagi ‘mental distress’ atau stres mental dapat diperhatikan dalam beberapa kes. Dalam Kris
Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan @ Eu Sam Yan & Anor [2007] 5 MLJ 13, pihak penuntut telah
menerima RM1,000,000 disebabkan tahap kesihatan yang merudum setelah mengalami stres akibat
membeli rumah yang berada dalam kondisi tidak elok dan kesusahan ketika berpindah rumah.
Dalam kes Ling Peek Hoe & Anor v Ding Siew Ching & Ors [2022] MLJU 157, pihak penuntut telah
menerima RM1,000,000 untuk stres yang dialami disebabkan penipuan pihak dituntut termasuk
keruntuhan rumah tangga. Selain itu, dalam kes ini, pihak penuntut juga diberikan ganti rugi teladan
sebanyak RM5,135,951.76 sebagai amaran untuk mencegah pihak awam daripada melakukan
perkara yang sama.

Isu 3: Bolehkah Samad membuat laporan polis atas ugutan yang diterimanya?

Ya, Samad boleh membuat laporan polis atas ugutan yang diterima. Seksyen 503 Kanun Keseksaan
menyatakan bahawa barang siapa mengugut untuk mendatangkan kepada seseorang apa-apa
bencana kepada tubuh, nama baik atau harta orang itu atau orang lain yang ada kepentingan
terhadap orang itu, dengan niat untuk menyebabkan gentar adalah melakukan kesalahan
menakutkan secara jenayah.

Untuk melaksanakan jenayah ini, dua elemen mesti dipenuhi iaitu terdapat ugutan daripada pelaku
kepada mangsa dan ada niat untuk menyebabkan gentar kepada mangsa. Niat ini dapat ditentukan
melalui keadaan mangsa selepas ugutan dilakukan.

Malah, dengan membuat laporan polis, ia dapat mengukuhkan lagi kedudukan Samad sekiranya
Samad ingin memfailkan saman terhadap Syarikat ABC.

You might also like