You are on page 1of 1

Rosmah dituduh atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram

Kuala Lumpur, Nov 18 (BERNAMA) – Isteri mantan Perdana Menteri ke-6, Datin Seri Rosmah Mansor,
69, didakwa di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan berkaitan dengan pengubahan wang haram.
Datin Seri Rosmah Mansor dituduh melakukan pengubahan wang haram antara 29 Mac 2017 dan 8
Jun 2017 di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Beliau dituduh melibatkan diri secara langsung dalam 5 transaksi aktiviti haram yang
melibatkan wang berjumlah RM30,000 dan jumlah wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Affin
Bank Berhad tertuduh (no. akaun 100020000058). Datin Seri Rosmah dituduh dibawah Seksyen 4(1)
(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama
jika didapati bersalah.

You might also like