You are on page 1of 7

KANDUNGAN

1.0 PENERANGAN KES

2.0 PENYELESAIAN MAHKAMAH

3.0 PANDANGAN TERHADAP KES

4.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

1
1.0 PENERANGAN KES

Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Prof Dr Azmi Sharom pada 2 September
2014 dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan
mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan. Dr. Azmi Sharom bagaimanapun mengaku tidak
bersalah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos
lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Dr. Azmi didakwa kerana artikel bertajuk "Take Perak crisis route for speedy end to Selangor
impasse, Pakatan told" (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor,
Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos 2014. Dr. Azmi yang juga
Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya (PKAUM) dikatakan melakukan kesalahan
tersebut di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2014. Dalam pada itu, dia juga
didakwa dengan satu lagi dakwaan kerana menerbitkan kenyataan menghasut mengikut
Seksyen 4 (1) (c), akta sama.

Ahli Akademik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom mengaku tidak
bersalah dan mohon dibicarakan di bawah Akta Hasutan. Pensyarah Undang-Undang itu
dituduh menghasut berhubung kenyataannya mengenai isu Menteri Besar Selangor dan krisis
Perlembagaan Perak pada tahun 2009.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta hasutan 1948 dengan
pendakwaan pilihan bawah Seksyen 4(1)(c) akta yang sama, iaitu mengeluarkan kenyataan
menghasut pada 15 Ogos 2014. Kertas pendakwaan menyebut beliau melakukan kesalahan
tersebut di Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Di bawah Seksyen 4 (1) (b) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta hasutan 1948 menyatakan, sesiapa yang
melafazkan apa-apa perkataan menghasut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5000,
hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Azmi menjadi ahli akademik pertama didakwa di bawah Akta Hasutan selain beberapa
pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen
Padang Serai, N. Surendran, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ahli Parlimen Shah
Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

2
2.0 PENYELESAIAN MAHKAMAH

Pada 12 Februari 2016 Pejabat Peguam Negara telah menggugurkan kes dakwaan Akta
Hasutan 1948 terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr
Azmi Sharom. Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata keputusan itu dibuat
demi menegakkan keadilan dan selepas mengkaji keterangan daripada semua saksi
pendakwaan di Mahkamah.

Hakim Amernudin Ahmad membuat keputusan itu terhadap Azmi, 46, selepas mendengar
hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Ezrene Zakariah dan peguam Gobind Singh Deo yang
mewakili Azmi. Hari ini ditetapkan bagi pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukakan
hujahan di akhir kes pendakwaan. "Selepas meneliti permohonan pendakwaan dan hujahan
peguam bela, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan di
bawah Akta Hasutan," kata Hakim Amernudin.

Terdahulu, Ezrene memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak lagi
berniat meneruskan pendakwaan terhadap tertuduh. "Saya menerima arahan setakat ini pihak
pendakwaan tidak lagi berniat meneruskan pendakwaan, mohon kes dilepaskan tanpa
dibebaskan (DNAA) terhadap tertuduh," katanya.

Gobind bagaimanapun berkata, anak guamnya itu sepatutnya dilepas dan dibebaskan dengan
mengambil kira kes berkenaan berlanjutan sejak 2014, dan peguam negara sendiri telah
mengeluarkan kenyataan untuk memberhentikan pendakwaan terhadap Azmi pada 12 Februari
2016. Katanya kenyataan peguam negara itu juga jelas menunjukkan bahawa tidak ada sebab
atau keperluan untuk kes itu diteruskan.

"Kes ini bukan satu kes yang baharu kerana ia bermula sejak 2014 dan telah dirujuk ke
Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan," katanya, sambil memberitahu ia telah
dibicarakan dan semua saksi pendakwaan telah memberi keterangan.

3
Pada 14 Januari 2016 pihak pendakwaan telah menutup kes selepas mengemukakan empat
saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Azmi. Azmi didakwa atas
pertuduhan menyebut perkataan menghasut berhubung komennya dalam berita bertajuk 'Take
Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told'.Menurutnya, tindakan
untuk memberhentikan pendakwaan mengikut Akta Hasutan 1948 juga pernah dilakukan
dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Pada 6 Oktober 2015, Mahkamah Persekutuan memutuskan Akta Hasutan ialah undang-
undang yang sah selepas menolak permohonan Azmi yang mencabar perlembagaan Akta
Hasutan.

Keputusan itu dibuat selepas mengkaji keterangan semua saksi pendakwaan yang telah
memberi keterangan di mahkamah dan tindakan untuk memberhentikan pendakwaan mengikut
Akta Hasutan pernah dilakukan terhadap kes Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim
sebelum ini. Ketika ditemui di luar mahkamah, Azmi memberitahu pemberita bahawa beliau
merasa lega dan berterima kasih dengan keputusan itu.

4
3.0 PANDANGAN TERHADAP KES

Kebebasan merupakan salah satu tunjang utama dalam sistem demokrasi yang dianuti oleh
sebahagian besar masyarakat dunia pada hari ini. Tanpa kebebasan, masyarakat tidak akan
mampu untuk menjadi warganegara yang aktif dalam membangunkan negara serta
menyuburkan sistem itu sendiri. Kebebasan asas ini merangkumi kebebasan untuk bersuara,
berekspresi, berpersatuan, berhimpun dan sebagainya. Namun demikian, kebebasan juga
cenderung untuk disalahgunakan terutamanya dalam menyebarkan unsur-unsur kebencian,
baik terhadap individu, kumpulan-kumpulan masyarakat mahupun etnik.

Yang lebih membimbangkan adalah, ucapan-ucapan yang berbaur kebencian ini cenderung
untuk mewujudkan keadaan tidak tenteram, perbalahan dan lebih parah mampu mencetuskan
konflik kekerasan dalam masyarakat. Kebelakangan ini kita seringkali diresahkan dengan
bermacam isu yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman awam. Hal ini dapat dilihat
sekurang-kurangnya melalui ucapan-ucapan sebilangan pemimpin dan juga masyarakat awam.

Negara ini masih tidak mempunyai undang-undang yang mampu untuk mendidik masyarakat
dalam menguruskan kebebasan dengan sebaiknya. Pengenalan undang-undang seperti Akta
Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta
Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), atau yang lebih baru iaitu Akta Majlis Keselamatan
Negara 2015 walau bagaimanapun disalahgunakan oleh pihak pemerintah sendiri untuk
menghalang suara-suara pengkritik.

Antara aspek yang perlu juga dititikberatkan adalah kebebasan akademik. Dalam kes Dr Azmi
Sharom, pensyarah undang-undang di Universiti Malaya misalnya, kebebasan akademik jelas
sekali sedang berada dalam keadaan yang membimbangkan di negara ini. Azmi didakwa di
bawah Akta Hasutan 1948 semata-mata memberikan pendapatnya atas kapasiti ahli akademik.

Kebebasan akademik perlu dijamin dengan sebaik mungkin oleh semua pihak. Dengan
memahami dan menyuburkan budaya akademik yang bebas akan memastikan kebebasan
kalangan akademik dan pelajar menyatakan pendapat mereka tanpa sebarang ancaman rasa
takut. Hal ini perlu diambilkira kerana universiti adalah institusi yang bebas dan menjadi
tempat untuk percambahan ilmu. Golongan ini perlu diberikan kebebasan untuk menyatakan
pendapat selagi tidak menyatakan kata-kata yang berunsur kebencian.

5
4.0 KESIMPULAN

Usaha untuk memberikan pemahaman serta mendidik masyarakat dalam menguruskan


kebebasan yang dimiliki dengan baik perlulah dilakukan oleh semua pihak, tidak terkecuali
desakan untuk dilaksanakan Pelan Tindakan Rabat pada peringkat perundangan negara. Untuk
mencapai hasrat ini, maka usaha-usaha untuk memperkenalkan pelan tindakan ini secara lebih
meluas perlu dilakukan. Penglibatan lebih ramai orang perseorangan serta badan-badan bukan
kerajaan bagi membincangkan dan menambahbaik pelan ini perlu dilakukan agar cakupannya
menjadi lebih meluas.

6
RUJUKAN

https://www.malaysianreview.com/151368/azmi-sharom-mohon-kes-hasutan-dibicara-di-
mahkamah-tinggi/

http://www.projekdialog.com/featured/wacana-kebebasan-hak-batasan-dan-keseimbangan/

https://www.malaymail.com/s/986035/apakah-kaitan-azmi-sharom-dengan-kebebasan-
akademik

http://www.astroawani.com/berita-politik/pensyarah-um-akan-didakwa-di-bawah-akta-
hasutan-esok-42978

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peguam-negara-gugur-dakwaan-hasutan-
terhadap-azmi-sharom-93977

https://says.com/my/seismik/profesor-madya-azmi-sharom-dari-um-jadi-mangsa-terbaru-
akta-hasutan

http://www.keadilandaily.com/pensyarah-um-azmi-sharom-minta-dibicarakan-atas-tuduhan-
hasutan/

http://buletinsengal.blogspot.com/2014/09/pensyarah-universiti-malaya-pro-pkr.html

https://www.amenoworld.org/2014/09/apa-itu-akta-hasutan-1948-asal-usul.html

http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/15/kes-hasutan-pensyarah-um-ke-mahkamah-
tinggi-diketahui-esok/

You might also like