You are on page 1of 6

Modul 2 : Rekod Tak Lengkap

2.1 Pengenalan Rekod Tak Lengkap


Maksud :
Rekod tak lengkap bermaksud amalan perekodan maklumat perakaunan TIDAK
MENGIKUT SISTEM CATATAN BERGU atau mengamalkan CATATAN TUNGGAL

Sebab-sebab rekod perniagaan tidak lengkap


i. Tidak mengamalkan sistem catatan bergu
ii. Catatan urus niaga yang tidak dibuat langsung
iii. Dokumen sumber urus niaga tidak disimpan secara sistematik
iv. Rekod-rekod perakaunan yang musnah atau hilang

Apakah kesan rekod tak lengkap terhadap naklumat perakaunan perniagaan?


i. Kesilapan sukar dikesan di dalam buku pernigaan. Ini menyebabkan kes
penyelewengan berlaku
ii.Penyata Kedudukan Kewangan sukar disediakan
iii. Perbandingan prestasi perniagaan tidak dapat dilakukan dengan tepat
iv. Untung atau rugi sukar ditentukan
v. Imbangan Duga tidak dapat disediakan kerana kerepatan rekod diragui

Isu di sini, boleh atau tidak perniagaan mendapatkan untung atau rugi?
Disini terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu:
i. Kaedah Perbandingan
ii. Kaedah Analisis

2.2 Kaedah Perbandingan

 Kaedah ini menggunakan perbandingan Modal Awal dengan Modal Akhir untuk
menentukan untung atau rugi perniagaan
 Modal boleh ditentukan menggunakan persamaan

Modal = Aset - Liabiliti


atau
Modal Akhir = Modal Awal + Untung / Rugi Bersih
Atau
Untung / Rugi Bersih = Modal Akhir - Modal Awal
 Berikut merupakan format penyata mengira modal awal atau modal akhir

 Untuk mengira modal awal, pelajar hanya perlu mengambil kira maklumat baki
awal, dengan mengenalpasti butiran aset dan liabiliti, biasa baki awal ditulis
1/bulan/tahun
 Maklumat tambahan perlu diambil dikira jika ia berkaitan, biasa soalan menguji
jumlah susut nilai aset bukan semasa. Sekiranya ada, aset bukan semasa perlu
ditolak terlebih dahulu
 Dalam kaedah perbandingan, terdapat format yang yang perlu dikuasai untuk
mendapatkan Untung atau Rugi bersih perniagaan. Format ini ialah Penyata
Mengira Untung Rugi
 Jika anda perasan, penyata mengira modal ini sebenarnya maklumat daripada
bahagian Ekuiti Pemilik yang telah diubah. Ekuiti pemilik bermula dengan Modal
awal+Untung bersih+modal tambahan-ambilan = Modal akhir. Penyata ini
mengubah susunan Modal akhir dijadikan butiran pertama
 Perlu diingatkan disini. Jika terdapat maklumat tambahan melibatkan Inventori,
Tunai atau Bank, contohnya kes pemilik mengambil inventori,wang tunai untuk
kegunaan peribadi, memasukkan modal tambahan ke dalam bank. Perkara
ini TIDAK memberi kesan walaupun terdapat ayat 'Belum direkod mana-mana
buku.
 Pelajar boleh mendapatkan soalan percubaan di sini untuk melihat soalan yang
melibatkan kes di atas dengan lebih jelas.

2.3 Kaedah Analisis

Maksud

 Kaedah ini melibatkan pelajar perlu menganalisis semua urus niaga yang berlaku
 Ia bertujuan untuk memperolehi item jualan, belian, hasil dan belanja
Apa yang perlu dianalisis?

i. Buku Tunai

 Biasanya soalan yang diuji, buku tunai telah disediakan tetapi belum lengkap
dengan baki h/b atau baki akhir. Ada juga soalan langsung tidak menyediakan
buku tunai tetapi hanya wujud maklumat penerimaan dan pembayaran. Jadi
pelajar perlu membuat buku tunai dengan menggunakan maklumat penerimaan
(rekod di bahagian debit) dan pembayaran (rekod di bahagian kredit)

ii. Mentaksir Jualan dan Belian

 Item Jualan biasanya diperolehi daripada penyediaan Akaun Kawalan Belum


Terima. Jika wujud Jualan tunai/bank, jualan kedua-dua ini akan dijumlahkan
untuk mendapatkan jumlah yang sebenar.
 Begitu juga dengan Belian, Akaun Kawalan Belum Bayar perlu disediakan jika
tiada butiran belian di dalam soalan. Akaun Kawalan ini telah dipelajari di
Tingkatan 4 sebelum ini. Berikut merupakan format akaun kawalan yang mesti
dikuasai:
iii. Mentaksir belanja dan hasil

 Item ini perlu diselaraskan jika wujud baki belanja belum bayar dan prabayar,
hasil belum terima dan hasil belum terperoleh. Kaedah paling tepat ialah dengan
menyediakan akaun hasil atau belanja yang terlibat

 Terdapat cara shot-cut jika pelajar tidak mahu mendapatkan jumlah hasil/belanja
sebenar dalam akaun seperti diatas.
 Kita ambil satu contoh item Gaji;
 Daripada soalan di atas, terdapat gaji, baki gaji belum bayar awal dan baki gaji
belum bayar akhir. Untuk mendapatkan jumlah yang betul tanpa penyediaan
akaun ialah. Gaji + Gaji Belum Bayar akhir - Gaji Belum Bayar awal (1100+650-
400). Jadi Gaji yang betul ialah 1350. Jumlah ini akan direkod di bahagian
Belanja Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Dibawah disediakan rumus untuk
mengingati pelarasan belanja dan hasil

You might also like