You are on page 1of 3

BahagianA (i) : Ringkasan

(20 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah
ringkasan tentang kepentingan pelancongan di Malaysia. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Industri pelancongan di Malaysia didapati mempunyai potensi besar dan mampu


menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Hal ini demikian
berdasarkan alam semula jadi dan banyak lagi daya tarikan lain yang terdapat di negara
kita. Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan, kini industi pelancongan
berkembang maju dan merupakan sumber pendapatan kedua terbesar di negara kita.

Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Kedatangan


pelancong asing ke Malaysia akan memberikan pulangan tukaran wang asing dengan
mudah dan banyak. Pelancongan merupakan salah satu industri yang memerlukan
ramai tenaga kerja. Hal ini memperlihatkan bahawa sektor pelancongan akan membuka
banyak peluang pekerjaan. Selain itu, perkembangan industri pelancongan akan
meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman dalam industri
ini di peringkat pengurusan dan penyeliaan. Golongan pekerja mahir dan separa mahir
akan mendapat peluang untuk berkerja dalam sektor ini.

Sektor pelancongan akan menarik lebih banyak pelabur asing. Kegiatan


pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing
untuk melabur di negara ini. Bidang pelancongan yang berkembang pesat juga akan
membuka peluang pemiagaan yang luas kepada rakyat tempatan. Melalui pelancongan
akan wujudlah pemiagaan berbentuk penginapan mahupun pengangkutan, perniagaan
makanan, hasil kraf, perniagaan di pusat-pusat beli-belah dan sebagainya. Industri
pelancongan juga akan membolehkan Malaysia mempromosi produk tempatan agar
dikenali ke serata dunia. Produk keluaran tempatan seperti hasil kraf, makanan ringan
daripada industri kecil dan sederhana(IKS) dan pelbagai lagi akan terkenal di
peringkat antarabangsa melalui pelancong yang berkunjung ke negara ini.

Jelaslah bahawa industri pelancongan sememangnya satu industri yang penting


dalam menjana ekonomi negara baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.
Usaha yang padu antara semua pihak termasuklah masyarakat amatlah diperlukan
kerana industri ini mampu memberi pulangan yang besar kepada pembangunan
ekonomi individu, keluarga, rakyat dan negara.

(dipetik dan diubahsuai daripada


Dewan Siswa April 2007)

BahagianA (ii) - pemahaman


(10 markah)

Berdasarkan petikan di bahagian A(i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.
1. Nyatakan maksud rangkai kata penggerak utama? (2 markah)

2. Apakah jenis pemiagaan yang akan wujud dengan berkembangnya


sektor pelancongan di negara kita? (4 markah)

3. Sebagai rakyat Malaysia, apakah sumbangan yang boleh anda berikan


untuk membantu industri pelancongan negara? (4 markah)
Jawapan :
Industri pelancongan di Malaysia didapati mempunyai potensi besar dan
mampu menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Hal ini
demikian berdasarkan alam semula jadi dan banyak lagi daya tarikan lain yang
terdapat di negara kita. Setelah pelbagai usaha dijalankan oleh pihak kerajaan,
kini industi pelancongan berkembang maju dan merupakan sumber pendapatan
kedua terbesar di negara kita.

Pelancongan menjadi penggerak utama tukaran wang asing. Kedatangan


pelancong asing ke Malaysia akan memberikan pulangan tukaran wang asing dengan
mudah dan banyak. Pelancongan merupakan salah satu industri yang memerlukan
ramai tenaga kerja. Hal ini memperlihatkan bahawa sektor pelancongan akan
membuka banyak peluang pekerjaan. Selain itu, perkembangan industri pelancongan
akan meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan
berpengalaman dalam industri ini di peringkat pengurusan dan penyeliaan. Golongan
pekerja mahir dan separa mahir akan mendapat peluang untuk berkerja dalam
sektor ini.

Sektor pelancongan akan menarik lebih banyak pelabur asing. Kegiatan


pelancongan yang aktif akan memudahkan kerajaan menarik lebih ramai pelabur asing
untuk melabur di negara ini. Bidang pelancongan yang berkembang pesat juga
akan membuka peluang pemiagaan yang luas kepada rakyat tempatan. Melalui
pelancongan akan wujudlah perniagaan berbentuk penginapan mahupun
pengangkutan, perniagaan makanan, hasil kraf, perniagaan di pusat-pusat beli-belah
dan sebagainya. Industri pelancongan juga akan membolehkan Malaysia
mempromosi produk tempatan agar dikenali ke serata dunia. Produk keluaran
tempatan seperti hasil kraf, makanan ringan daripada industri kecil dan sederhana(IKS)
dan pelbagai lagi akan terkenal di peringkat antarabangsa melalui pelancong yang
berkunjung ke negara ini.
Jelaslah bahawa industri pelancongan sememangnya satu industri yang penting
dalam menjana ekonomi negara baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang.
Usaha yang padu antara semua pihak termasuklah masyarakat amatlah diperlukan
kerana industri ini mampu memberi pulangan yang besar kepada pembangunan
ekonomi individu, keluarga, rakyat dan negara.

Kepentingan pelancongan di Malaysia

1. Menjadi satu sumber ekonomi baharu yang menguntungkan.

2. Merupakan sumber pendapatan kedua terbesar negara.

3. Menjadi penggerak utama tukaran wang asing.

4. Membuka peluang pekerjaan.

5. Meningkatkan permintaan tenaga kerja yang terlatih dan berpengalaman.

6. Golongan pekerja mahir dan separa mahir juga akan mendapat peluang
untuk bekerja.

7. Menarik lebih banyak pelabur asing.

8. Membuka peluang peniagaan yang luas kepada rakyat tempatan.

9. Membolehkan Malaysia mempromosikan produk tempatan.


BAHAGIAN A (ii). PEMAHAMAN

l. Maksud rangkai kata penggerak utama ialah sumber/faktor penting. (2 markah)

2.…perniagaan berbentuk perkhidmatan penginapan mahupun pengangkutan


(2markah)
… perniagaan makanan (2 markah)
…pemiagaan hasil kraf (2 markah)
…pemiagaan pusat-pusat beli-belah (2 markah)

3. … melancong dalam Negara/tidak melancong ke luar negara (2 markah)


…menjadi rakyat Malaysia yang berbudi bahasa untuk memberi keselesaan
kepada pelancong (2 markah)
…menjaga kebersihan alam sekitar (2 markah)

You might also like