You are on page 1of 1

SELAUTAN KASIH

KETUA POLIS PERAK


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam Perak Amanjaya.

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua, saya diberi kesempatan
untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam merealisasikan majlis yang penuh bersejarah sempena Majlis
Perbarisan Tamat Latihan dan Sijil Pelantikan Pegawai Kor SUKSIS Universiti Awam (UA)
Malaysia Kali Ke-14 Tahun 2018.

Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada 1,292 orang pelatih SUKSIS
dari semua UA yang berkenaan kerana telah berjaya menamatkan latihan dengan
cemerlang sebagai Pegawai Sukarelawan Polis. Komitmen serta tugasan yang
ditempuhi sebelum pentauliahan merupakan pengukuhan kepada sahsiah serta jati
diri untuk membina peribadi unggul di kalangan pelatih bagi menghadapi cabaran
yang lebih besar di alam kerjaya nanti. Para pelatih Kor SUKSIS yang ditauliah
merupakan pelapis kepimpinan negara yang bakal mencorak masa depan serta
hala tuju negara yang lebih gemilang di masa depan.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kementerian


Pendidikan kerana telah memberi sepenuh kepercayaan kepada Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak sebagai tuan rumah
dalam menjayakan majlis ini. Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Yang
Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Shatar bin Sabran, Naib Canselor UPSI dan seluruh
warga UPSI serta semua pihak yang telah bekerja keras bagi menjayakan majlis ini.

Ucapan penghargaan terima kasih juga disampaikan kepada YDH Tan Sri
Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun, Ketua Polis Negara, kerana sudi meluangkan masa
bagi merasmikan dan memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini. Akhir kata, saya
mendoakan agar program Kor SUKSIS ini akan terus bergerak maju dari semasa ke
semasa serta mendapat sokongan padu daripada semua pihak dan terus mencapai
kejayaan yang cemerlang.

Sekian, terima kasih.

(DATO’ PAHLAWAN HASNAN BIN HASSAN) CP


Ketua Polis Perak

You might also like