You are on page 1of 12

JOTUN PAINTS MALAYSIA SDN BHD: PERKEMBANGAN, SUMBANGAN DAN

PERANAN SERTA CABARAN UNTUK MENJADI KILANG YANG CEMERLANG

DI SEKSYEN 23 SHAH ALAM SELANGOR DARI TAHUN 1997-2017.

1.0 PENGENALAN

Sejak beberapa abad ini, banyak perkara yang mula di pemodenkan. Dalam arus

pemodenan ini, banyak pembangunan, kawasan petempatan dan sebagainya telah berlaku.

Pembagunan pesat ini menyebabkan wujudnya pelbagai peluang perniagaan perindustrian.

Contohnya seperti kilang mengeluarkan simen, batu-batan, kayu-kayan dan sebagainya.

Dalam konteks ini, kajian dilakukan di Seksyen 23 Shah Alam Selangor. Sekesyen 23

Shah Alam Selangor ini mempunyai banyak kilang perindustrian di kawasan tersebut.

Contohnya ialah kilang Panasonic, kilang Gardinia, Gudang perkhidmatan DHL dan

sebagainya. Maka kawasan tersebut sesuai di jadikan sebagai kawasan kajian kerana

menepati sukatan kajian ini.

Namun begitu kajian hanya tertumpu pada satu kilang yang beroperasi di kawasan

tersebut. Kilang itu telah membangun pesat sejak di dirikan. Justeru menjadi sebuah bahan

kajian yang amat berguna. Kilang yang di maksudkan ialah Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd

di Seksyen 23 Shah Alam Selangor. Kajian terhadap Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd di

Seksyen 23 Shah Alam tertumpu pada tempoh masa 1997 sehingga 2017.
2.0 LATAR BELAKANG, CARA KEMASUKKAN DAN PERKEMBANGAN JOTUN

PAINTS MALAYSIA.

2.1 LATAR BELAKANG JOTUN PAINTS.

Jotun Paints Malaysia Sdn Bdh yang berada di Seksyen 23 Shah Alam ialah salah satu

syarikat Jotun Paints yang bermula di Sandefjord, Norway. Pengasas Jotun Paints Company

ialah Odd Gleditsch. Odd Gleditsch sudah mempunyai kerjaya yang pelbagai apabila beliau

mengasaskan Jotun pada tahun 1926. Semasa muda, Gleditsch telah berkhidmat di atas kapal

kapal pemproses yang disediakan pemburu paus di Antartika, dan kemudian bekerja ke atas

kapal memburu diri mereka sendiri. Pada tahun 1916, bagaimanapun, Gleditsch mendarat

untuk memulakan kerja untuk broker saham. Apabila perniagaan tidak menentu pada tahun

1920, Gleditsch tubuhkan perniagaan untuk dirinya sendiri, iaitu membuka kedai bekalan cat.

Kedai Gleditsch juga memberi bekalan bagi industri penangkapan ikan paus tempatan,

termasuk cat marin untuk kapal penangkapan ikan paus. Gleditsch cepat menjadi pembekal

penting cat untuk penangkap ikan paus di Tonsberg, Larvik, dan Sandefjord. Pada 1926,

Gleditsch telah memutuskan bahawa kedai akan bermula pembuatan cat mereka dijual. Peluang

datang apabila kilang sawit di Gimle, berhampiran Sandefjord, yang dibekalkan kedai

Gleditsch dengan cat marin dan produk berasaskan minyak lain, mengalami masa sukar.

Gleditsch berkumpul sekumpulan pelabur untuk membeli kilang yang bermasalah, Pengasas

syarikat baru, Jotun Kemiske Fabrik A / S. Syarikat itu dinamakan Jotun, gergasi dari mitologi

Norse, dan Jotunheimen pergunungan Norway. Gleditsch menjadi Pengurus Besar pertama

kumpulan. Dari awal, Jotun memberi tumpuan kepada pengeluaran cat yang berkualiti. Dalam

menyokong operasinya, syarikat yang diambil alih penapisan sendiri minyak sayuran, Vera
Fedtrafeneri, pada tahun 1930. Operasi berkembang membolehkan syarikat untuk

membangunkan jenis cat baru, dan Jotun tidak lama lagi menjadi terkenal dengan rekod.1

2.2 CARA KEMASUKAN JOTUN PAINTS KE MALAYSIA

Pada tahun 1962 bermulanya penjelajahan Jotun Paints ke tahap antarabangsa. Pembukaan

kilang pertama di negara lain ialah di Libya yang di panggil sebagai Libya Norwegian

Industrial Company, atau Linoco. Banyak kilang-kilang di mulakan di benua-benua yang

berlainan conothnya di benua Timur Tengah iaitu di Afrika Utara. Pembukaan kilang di

Thailand pada tahun 1968 menyebabkan bermulanya penjelajahan Jotun Paints di benua Asia

Tenggara. Jotun telah membuka sebuah kilang di Singapura dan oleh kerana sambutan yang

baik maka mereka membuka satu lagi kilang di Thailand. Pembukaan di negara Thailand dan

Singapura memudahkan Jotun Paints untuk membuka kilang di Malaysia pula. Pada tahun 1983

Jotun Paints telah mendirikan kilangnya di Malaysia seksyen 23 Shah Alam. Permulaan

syarikat di Malaysia mendatangkan pelbagai kebaikan kepada perniagaan mereka.2

2.3 PERKEMBANGAN JOTUN PAINTS SDN BHD SEKSYEN 23 SHAH ALAM

Jotun Paints Malaysia Sdn Bdh Seksyen 23 Shah Alam berkembang dengan amat baik sekali

kerana pada masa itu ekonomi dunia sangat stabil serta era globalisasi banyak membantu. Jotun

Paints Malasyia Sdn Bhd bermula dengan hanya 100 lebih orang pekerja. Kini hanya di Jotun

Paints Malaysia Sdn Bhd sahaja terdapat lebih kurang 300 orang pekerja yang berkerja dalam

pelbagai jurusan. Kerja di Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd terbahagi kepada beberapa bahagian

bagi memudahkan perkerjaan. Contohnya bahagian pemasaran, bahagian IT, bahagian

1
Torstein Bryn.Vision Colour Form, The History Of Jotun 1998
2
http://www.referenceforbusiness.com/history2/42/Jotun-A-S.html
penganalisis makmal, bahagian perkilangan, bahagian stor dan banyak lagi. Perkembangan dari

segi bilangan pekerja menunjukkan Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 telah

berkembang pesat dan sangat produktif. Oleh kerana sambutan yang baik di negara Malaysia

terdapat tiga buah kilang lagi di mulakan. Satu daripadanya ialah pejabat dan kilang yang ada

di Nilai, Negeri Sembilan dan satu lagi kilang pengeluaran produk di Seksyen 16 Shah Alam,

Selangor. Bukan sahaja itu, kini pejabat di Singapura dan Malaysia kini di satukan di bawah

Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 Shah Alam. Segala urusan yang berkaitan dengan

bayaran serta pengawalan pengeluaran produk di lakukan di Jotun Malaysia Sdn Bhd Seksyen

23. Hal ini menyebabkan kilang ini menjadi ibu pejabat bagi segala urusan Jotun Paints di

Malaysia dan Singapura. Ibu pejabat tersebut kini digelar sebagai “LIGER”. LIGER ialah

perkataan yang telah dicipta hasil pengakroniman yang membawa maksud LI untuk Singapura

singkatan bagi “LION” iaitu Singa sempena binatang kehormat negara Singapura serta GER

untuk Malaysia singkatan bagi “TIGER” iaitu harimau sempena binatang kehormat bagi

negara Malaysia. Perkara ini menunjukkan perkembangan yang di alami oleh Jotun Paints

Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 Shah Alam.3

3
www.jotun.com/id/idb2c/about-us/story-of-jotun/
3.0 PERANAN DAN SUMBANGAN JOTUN PAINTS MALAYSIA SDN BHD

SEKSEYEN 23 SHAH ALAM SELANGOR.

3.1 PERANAN JOTUN PAINTS MALAYSIA SDN BHD SEKSYEN 23

Banyak peranan yang di mainkan oleh Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23. Peranan

pertama syarikat ini ialah menyediakan pekerjaan kepada penduduk. Permulaan syarikat ini

menyebabkan ramai penduduk sekitar kawasan Seksyen 23 Shah Alam mendapat pekerjaan.

Penawaran kerja menyebabkan jumlah pengganguran di Bandaraya Shah Alam berkurangan.

Pengurangan kadar pengganguran menyebabkan taraf hidup masyarakat meningkat.

Masyarakat juga dapat menampung perbelanjaan harian mereka tanpa sebarang masalah.

Penawaran kerja juga secara tidak langsung mengurangkan kadar jenayah di Shah Alam

mahupun di luar kawasan Shah Alam. Apabila kerja di tawarkan, kadar jenayah berkurangan

kerana masyarakat tidak perlu membuat perkara-perkara yang haram seperti meragut,

merompak dan sebagainya bagi punca pendapatan mereka. Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd

Seksyen 23 bukan sahaja menyediakan pekerjaan hanya di pejabat mereka sahaja malah

menyediakan perniagaan kepada pihak-pihak yang di luar juga. Contohnya menyediakan kerja

bagi perkhidmatan pengangkutan, menjual cat-cat mereka ke agen-agen penjual persendirian

dan sebagainya. Ini menunjukan bahawa syarikat ini berperanan dalam mengurangkan kadar

penggangguran serta mengurangkan kadar jenayah di kawasan setempat mahupun di luar

kawasan tersebut.

Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd juga berperanan sebagai salah satu pengeluar cat yang sangat

penting di negara Malaysia. Banyak bangunan-bangunan yang menjadi mercu tanda negara

telah menggunakan cat keluaran Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23. Salah satu contoh

bangunan di Malaysia yang menggunakan cat syarikat ini ialah Menara Berkembar Petronas
iaitu KLCC.4 Pencakar langit itu menggunakan cat pengeluaran Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd

Seskyen 23 sekali gus menunjukkan betapa pentingnya cat yang di keluarkan oleh syarikat

tersebut bagi pembangunan negara Malaysia. Bukan sahaja di bangunan itu malah banyak lagi

bangunan yang menggunakkan cat daripada syarikat itu kerana kualitinya yang sangat baik.

Cat itu mampu bertahan dengan lasak kerana mampu menahan cuaca panas dan lembap

sepanjang tahun di negara kita ini. Bukan sahaja itu harga cat juga berpatutan dan mampu di

beli dalam kuantiti yang besar untuk pembangunan negara. Peranannya yang akhir ialah Jotun

Paints Malaysia Sdn Bhd memegang saham sebanyak 15% kesuluruhan dalam perindustrian

pengeluaran cat.5 Saham ini memainkan peranan penting dan meningkatkan modal untuk

faktor-faktor lain bagi meningkatkan perniagaan domestik.

3.2 SUMBANGAN JOTUN PAINTS MALAYSIA SDN BHD SEKSYEN 23

Pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23

kepada masyarakat dan negara. Sumbangan tersebut banyak mendatangkan faedah.

Sumbangan pertama syarikat tersebut ialah memberikan pendapatan kepada masyarakat.

Masyarakat setempat mendapat peluang pekerjaan serta diberikan gaji atau upah untuk tenaga

kerja mereka itu. Sumbangan pendapatan tersebut dapat mengurangkan kadar kemiskinan

dalam kalangan masyarakat. Jumlah pemberian gaji atau upah itu berdasarkan bidang

pekerjaan serta jangka masa seseorang itu bekerja di syarikat tersebut. Sebagai contohnya

pekerja di bahagian stor mendapat gaji bersih sebanyak RM1200 sebulan bagi sumbangan

tenaga kerja mereka manakala pekerja di bahagian pejabat mendapat gaji bersih bermula dari

lebih kurang RM1500 mengikut tahap pendidikan serta jangka masa pengalaman mereka

4
https://en.wikipedia.org/wiki/Jotun_(company)#Organization
5
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/09/19/jotun-aims-for-20-share-in-decorative-
paints/
bekerja di jurusan tersebut. Bukan sahaja ini, malah mereka juga di beri ganjaran dalam bentuk

kewangan. Ganjaran tersebut diberikan mengikut prestasi mereka bekerja. Prestasi mereka

dinilai mengikut aspek-aspek tertentu. Pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik akan di

berikan ganjaran yang baik. Ganjaran tersebut lebih dikenali sebagai “bonus”. Ganjaran

tersebut dapat meningkatkan motivasi seseorang bekerja. Motivasi yang tinggi dapat

meningkatkan produktiviti pekerja serta menambah pendapatan bagi syarikat tersebut.

Sumbangan kedua syarikat ialah sumbangan kepada negara. Syarikat Jotun Paints Malaysia

Sdn Bhd Seksyen 23 membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pembayaran cukai

tersebut menambah pendapatan bagi negara. Terdapat beberapa komponen di bawah Lembaga

Hasil Negeri yang menunjukkan jumlah cukai yang perlu dibayar untuk sebulan. Antara

komponen dibawah Lembaga Hasil Negeri ialah pembayaran cukai pendapatan, cukai GST,

“royality tax”, “corporate tax” dan sebagainya. Cukai-cukai yang dibayar pada setiap bulan

tidak menentu kerana pembayaran cukai itu berdasarkan pendapatan bulanan syarikat Jotun

Paint Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23. Jumlah keseluruhan cukai yang di bayar kepada Lembaga

Hasil Negeri pada tahun 2016 mengikut laporan ialah RM29,250,256.37 sahaja. Salah satu

cukai yang tetap perlu dibayar dalam kuantiti yang sama pada setiap bulan pada tahun 2016

ialah cukai koporat dengan jumlah RM2,666,688.00 bagi sebulan. Cukai-cukai ini memberikan

sumbangan yang besar kepada negara. Sumbangan sebegini dapat menambah pendapatan

negara. Penambahan pendapatan negara dapat menstabilkan keadaan semasa dalam negara.

Kestabilan keadaan semasa dapat menstabilkan keadaan ekonomi negara. Deflasi dalam

ekonomi negara dapat dipulihkan dengan sedikit demi sedikit. Kadar inflasi juga dapat

dikurangkan dengan cekap. Kestabilan ekonomi tidak mengugat keamanan negara dan keadaan

politik juga turut akan stabil. Dengan ini situasi negara akan kekal aman dan damai.

Sumbangan cukai juga menyebabkan kerajaan dapat menambah prasarana bagi menjaga

kebajikan masyarakat. Contohnya kerajaan dapat menambah kemudahan awam seperti


bilangan perkhidmatan bas di tingkatkan, telefon awam dapat di pertingkatan di tempat-tempat

yang tertentu dan sebagainya. Prasarana sebegini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat

serta pelbagai aktiviti dapat dijalankan dengan mudah tanpa rasa gelisah akan aspek-aspek

tertentu.

Sumbangan seterusnya ialah sumbangan Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen23 Shah

Alam kepada majilis-majilis, persatuan-persatuan tertentu bagi kebajikan masyarakat. Laporan

tahunan 2015 menunjukkan jumlah sumbangan sebanyak RM280,762.44 di sumbangkan untuk

kebajikan masyarakat. Contoh-contoh majilis atau persatuan yang di berikan sumbangan ialah

Pertubuhan Wanita Industri Binaan MSIA sebanyak RM1000, KPKT’S Family day sebanyak

RM 26539, PIBG SEK MEN KEAT HWA sebanyak RM600 dan sebagainya. Sumbangan

sebegini telah banyak membantu pelbagai lapisan masyarakat untuk menjayakan matlamat

kempen atau sesebuah organisasi. Kebanyakan objektif dapat dicapai dengan menggunakan

wang yang diperuntukkan. Walaupun tidak dapat memberi sumbangan tenaga kepada khidmat

masyarakat syarikat ini telah mengambil insiatif memberikan sedikit sebanyak peruntukkan

bagi meringankan beban mereka dan melancarkan perjalanan sesebuah program itu. Perkara

ini menunjakkan bahawa Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 ini prihatin akan

kebajikan masayarakat dan banyak menyumbangkan peruntukkan bagi kesejahteraan bersama

semua pihak. Dengan perbelanjaan RM280,762,44 untuk khidmat masyarakat bagi setahun

ialah satu sumbangan yang besar dan memberi impak yang positif kepada masyarakat dan

negara.
4.0 CABARAN DIHADAPI OLEH JOTUN PAINTS MALAYSIA SDN BHD

SEKSYEN23 UNTUK MENJADI KILANG YANG CEMERLANG.

4.1 CABARAN DARIPADA KILANG-KILANG PENGELUARAN CAT YANG LAIN

Terdapat beberapa jenama cat yang lain daripada Jotun Paints di pasaran Malaysia iaitu Akzo

Nobel Paints (Malaysia) Sdn Bhd, Nippon Paint (M) Sdn Bhd, Kansai Coatings Malaysia Sdn

Bhd, dan Hunter Douglas (M) Sdn Bhd. Jenama-jenama ini memberi tentang hebat untuk Jotun

Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 untuk menjadi pengeluar cat yang terbaik di Malaysia.

Namun begitu syarikat ini tidak gentar dan menunjukkan prestasi yang baik dengan

menghasilkan produk-produk baru, menghasilkan produk yang berkualiti serta menjaga harga

cat mereka di pasaran. Usaha Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 itu meletakkan

Jenama ini di tangga ke tiga. Tempat pertama di duduki oleh Akzo Nobel Paints (Malaysia)

Sdn Bhd, tempat kedua diduduki oleh Nippon Paint (M) Sdn Bhd, tempat keempat pula oleh

Kansai Coatings Malaysia Sdn Bhd dan akhirsekali Hunter Douglas (M) Sdn Bhd.6 Syarikat

Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd sedang berusaha bertungkus lumus untuk menjadi pengeluar

cat yang terbaik dalam pasaran tempatan. Mereka menggunakan pelbagai cara seperti

mengiklankan cat tersebut dalam siaran televisyen, majalah, akhbar dan sebagainya. Mereka

juga memberi harga promosi pada masa perayaan agar pengguna akan membeli cat keluaran

mereka kerena berkualiti dan harga yang berpatutan.

6
http://www.creativehomex.com/the-5-brands-of-paint-for-any-walls/
4.2 CABARAN YANG DIHADAPI JOTUN PAINTS MALAYSIA SDN BHD

SEKSEYEN 23 KERANA FAKTOR EKONOMI NEGARA.

Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen23 Shah Alam terpaksa menghadapi cabaran oleh

kerana situasi ekonomi negara yang tidak menentu ini. Hasrat syarikat ini untuk menjadi

sebuah kilang yang cemerlang terkikis kerana ekonomi negara meleset. Kemelesetan ekonomi

negara menyebabkan mata wang ringgit jatuh mendadak. Kejatuhan wang ringgit ini telah

memberi kesan yang besar terhadap syarikat ini. Syarikat ini terpaksa mengeluarkan duit yang

banyak untuk menampung kos pengeluaran produk mereka. Hal ini berlaku kerana harga

kebanyakkan barang meningkat dengan mendadak maka kos pengeluaran turut meningkat.

Contohnya penaikkan harga minyak menyebabkan kos perkhidmatan pengangkutan meningkat

bukan sahaja itu cat yang diperbuat daripada minyak turut meningkat maka harga pengeluaran

menaik secara mendadak. Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd terpaksa menangung kos yang

berlebihan dari tahun yang sebelumnya. Pada keadaan situasi ekonomi yang tidak beberapa

baik mereka tidak mendapat keuntungan yang banyak. Bagi menolah kos buruh dan pekerja

yang berlebihan mereka terpaksa menghentikan pekerja yang berlebihan bagi mengimbangi

kadar perbelanjaan mereka. Hal ini menyebabkan proses pengeluaran produk menjadi tidak

cekap dan mengambil jangka masa yang lama. Namun begitu Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd

Seksyen23 tetap berusaha bersungguh menjadi pengeluar cat yang terbaik di pasaran. Dengan

usaha mereka itu, syarikat tersebut berjaya berada di kedudukan ketiga dalam pasaran tempatan

ini.
5.0 KESIMPULAN

Semoga dengan usaha untuk mengkaji Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen 23 Shah

Alam di jadikan sebagai bahan bacaan kepada semua pihak. Kajian ini scara ringkasanya

merangkumi latar belakang Jotun Paints dengan lengka. Bermaksud cara wujudnya Jotun

Paints di negara asalnya, cara perkembangan serta cara kemasukannya ke Jotun Paints ke

Malaysia dan menjadi Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd di Seksyen 23 Shah Alam, Selangor.

Bukan sahaja itu skop kajian juga di tumpukan pada peranan serta sumbangan Jotun Paints

Malaysia Sdn Bhd Sesksyen 23 kepada masayarakat dan negara. Skop tersebut di tulis

menggunakan sumber asli yang diperoleh oleh pengkaji daripada Pejabat Jotun Paints Malaysia

Sdn Bhd Seksyen 23 itu. Beberapa cabaran yang di hadapi oleh syarikat tersebut juga telah di

kaji. Segala maklumat yang ditulis adalah berdasarkan sumber-sumber yang didapati oleng

pengkaji dengan hasil pengajian yang mengambil masa kira 1 bulan setenggah. Pengkaji

berharap agar kajian ini akan memberi manfaat kepada golongan yang ingin menjalankan

perniagaan yang berasaskan cat di dalam Malaysia. Perkara-perkara yang di tulis boleh dimabil

sebagai suri teladan dan perkara-perkara negative serta cabaran-cabaran perlu juga di beri

penekanan agar perniagaan tidak kecundangan.i

Nota Hujung

1 Torstein Bryn.Vision Colour Form, The History Of Jotun 1998


.
2. http://www.referenceforbusiness.com/history2/42/Jotun-A-S.html

3.www.jotun.com/id/idb2c/about-us/story-of-jotun/
4.https://en.wikipedia.org/wiki/Jotun_(company)#Organization
5.http://www.thestar.com.my/business/business-news/2005/09/19/jotun-aims-for-20-share-in-decorative-
paints/
6. http://www.creativehomex.com/the-5-brands-of-paint-for-any-walls/
BIBLIOGRAFI

SUMBER PRIMER
TEMU BUAL
 Nama : Deviaesperi A/P Subramaniam
 Kedudukan : Pembantu Akaun Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Seksyen23 Shah Alam
 Umur : 52 TAHUN
 Tarikh : 12 FEBRUARI 2017
 Tempat : Jabatan Perakaunan Jotun Paints Malaysia Sdn Bhd Sekesyen 23 Shah
Alam.

LAPORAN
 Laporan Sumbangan Kewangan Tahun 2015
 Laporan Pembayaran Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Tahun 2016
GAMBAR
 Gambar di Jotun Paints Malaysia Sdn Bdh Seksyen 23 Shah Alam, Selangor

SUMBER SEKUNDER
BAHAN INTERNET

 “Story of Jotun” www.jotun.com/id/id/b2c/about-us/story-of-jotun/


 “History of Jotun A/S” http://www.referenceforbusiness.com/history2/42/Jotun-A-
S.html
 “Jotun Company” https://en.wikipedia.org/wiki/Jotun_(company)
 “Jotun Group” http://www.orkla.no/content/download/10496/144052/file/jotun.pdf
 “Jotun” https://www.smlmarinepaints.co.uk/jotun
 “Jotun’s Growth” http://scandasia.com/jotuns-growth-in-southeast-asia-contributes-
to-result/
 “The 5 Brands” http://www.creativehomex.com/the-5-brands-of-paint-for-any-walls/

BUKU
 Torstein Bryn.Vision Colour Form, The History Of Jotun 1998 halaman 1-34

KERATAN AKHBAR
 The Star 10 JUN 2016 Media and Marketing halaman 17

You might also like