You are on page 1of 10

MAKTAB TEKNIK PDRM

84200 BAKRI
MUAR, JOHOR

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM NCS - CORE ABILITIES (Z-009)

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK MODUL


/ MODULE NO. AND 07 - HANDLING PROBLEM
TITLE

KEBOLEHAN /
06.03 : IDENTIFY AND HIGHLIGHT PROBLEMS
ABILITIES

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE


TO:-
OBJEKTIF MODUL / 1. IDENTIFY AND HIGHLIGHT PROBLEMS
MODULE OBJECTIVE 2. RESPOND APPROPRIATELY TO PEOPLE AND
SITUATION
3. RESOLVE INTERPERSONAL CONFLICTS

NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 1 drp : 10

TAJUK: MASALAH KUALITI PRODUK

TUJUAN:
Supaya pelatih-pelatih dapat memahami keperluan Prosidur dan Standard Kualiti
dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberikan..

PENERANGAN:

1. DEFINISI KUALITI
Kualiti adalah keupayaan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang ciri-cirinya
memenuhi keperluan pelanggan dan pihak yang berkepentingan. Berikut adalah teori-teori yang
berkaitan dengan kualiti:-

1.1 Teori JURAN


Kualiti bermaksud menepati atau mengatasi keperluan pelanggan

1.2 Teori FEIGENBAUN


Kualiti bermaksud memenuhi pengharapan pelanggan
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 2 drp : 10

1.3 Teori CROSBY


Kualiti bermaksud menepati keperluan yang ditetapkan

1.4 “KAIZEN”
Kualiti bermaksud islah atau penambahbaikan yang berterusan.

2. SISTEM KUALITI

Sistem Kualiti adalah terdiri daripada struktur organisasi, prosidur-prosidur, proses-proses dan
sumber-sumber bagi melaksanakan Pengurusan Kualiti.

2.1 Pengurusan Kualiti

Pengurusan kualiti melibatkan tiga unsur penting iaitu:-

(a) Berorientasikan pelanggan


(b) Melibatkan semua pihak dalam organisasi.
(c) Bermatlamatkan penambahbaikan yang berterusan

2.2 Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM)

TQM adalah sistem pengurusan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

(a) Filosofi pengurusan jangka panjang


(b) Pencegahan, bukan pemeriksaan
(c) Berasaskan prinsip pembaikan berterusan
(d) Kualiti tanggungjawab semua
(e) Budaya kualiti
(f) Kualiti sebagai asas perancangan
(g) Menggabungkan kaedah pengurusan berasaskan kualiti dan teknik-teknik kawalan kualiti.
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 3 drp : 10

3. CIRI-CIRI KUALITI
3.1 Produk
(a) Prestasi
(b) Ketahanan
(c) Mudah disenggara atau dibaiki
(d) Perkhidmatan selepas jualan yang cekap
(e) Jaminan (warranty)
(f) Mudah digunakan
(g) Nilai bagi wang
(h) Rupa luaran

3.2 Perkhidmatan
(a) Ketepatan
(b) Keselesaan
(c) Kesopanan
(d) Kecekapan
(e) Keberkesanan
(f) Kebolehpercayaan
(g) Kejujuran Kecekapan

4. TEKNIK-TEKNIK KAWALAN KUALITI


Teknik-teknik kawalan kualiti yang selalu digunakan adalah:-
4.1 Carta Pareto
a) Carta ringkas untuk menentukan masalah utama.
b) Mengkelaskan masalah mengikut kepentingan.
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 4 drp : 10

4.2 Gambarajah Sebab Dan Akibat


a) Rajah Tulang ikan atau Rajah ISHIKAWA
b) Digunakan untuk menerangkan punca-punca berlakunya sesuatu masalah dan kesan atau
akibat dari masaalah tersebut.

Rajah 2 : Sebab dan Akibat

4.3 Helaian Semakan

a) Menerangkan data-data kecacatan/pengeluaran secara terperinci.


b) Pengumpulan data dengan lebih bersistematik
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 5 drp : 10

4.4 Carta Kawalan


a) Memberi gambaran sama ada pengeluaran terkawal atau tidak.
b) Menilai dan mengekalkan kestabilan sesuatu proses.

4.5 Gambarajah Sebaran


a) Memadankan dua set data dan mengkaji pola taburan.
b) Mendapatkan gambaran perhubungan antara sebab dan akibat sesuatu masalah
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 6 drp : 10

4.6 Histogram
a) Graf Taburan Kekerapan (taburan sesuatu data).
b) Mengetahui keganjilan di dalam proses pengeluaran.
c) Mengesan samada produk berada dalam limit standard.
d) Menyiasat sebab-sebab serakan dan bias.
e) Lebih lebar keluasan serakan, lebih rendah kualitinya.

7 Graf
Data dalam bentuk gambarajah yang dapat menghasilkan informasi dengan segera, tepat dan
ringkas.

JENIS GRAF
1 perbandingan angka-angka besar dan kecil. Bar
2 perubahan sesuatu perkara berbanding dengan masa. Garisan
3 pertalian nisbah bahagian sesuatu item. Pie
4 pertalian nisbah bahagian berbanding masa atau daripada klasifikasi sesuatu Belt
item.
5 menyemak perhubungan nilai sasaran. Z
6 menilai kesinambungan di antara klasifikasi barangan yang berbeza. Carta Radar
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 7 drp : 10

5. PROSIDUR-PROSIDUR RASMI
Tatacara, tatausaha yang menentukan cara-cara kerja, pentadbiran dan lain-lain, di dalam
sesebuah organisasi harus dikendalikan dan diuruskan secara:-
(a) Bertulis
(b) Formal
(c) Diwajibkan

6. PROSIDUR KUALITI
Tatacara menentukan cara-cara melaksanaakan kerja bagi mempastikan kualiti produk yang
dihasilkan.
6.1 Standard Kualiti (Quality Standard)
(a) Suatu ukuran atau sukatan kualiti barang-barang yang diterima umum
(b) Barangan yang terhasil daripada proses pengeluaran, diukur, diperiksa dan diuji untuk
menentukan sama ada barang-barang tersebut menyamai atau melebihi standard kualiti
(quality standard) yang telah ditetapkan.
(c) Barang-barang yang tidak mencapai standard kualiti akan ditolak (reject)

6.2 Pengawasan Kualiti

Prosedur-prosedur dan perlaksanaan sistem pengawasan kualiti mesti tentukan dan


dilaksanakan.
Jika sistem pengawasan secara otomatik tidak diadakan,pekerja mesti ditugaskan untuk
membuat pengawasan secara manual.
Langkah-langkah pengawasan kualiti adalah:-
(a) Ketahui prosedur dan perjalanan system
(b) Mengesan lencongan (deviation)
Ketidaksamaan antara hakikat dan jangkaan dapat dikenali/disedari
(c) Membetulkan kesilapan
Tindakan harus diambil untuk menghapuskan atau mengurangkan jurang antara
hakikat dan jangkaan
(d) Mensejajarkan semula (realignment)
Menuju ke tahap kerosakan sifar ( towards zero deflects performance)
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 8 drp : 10

7. CIRI-CIRI PENGAWAS YANG BERKESAN


(a) Daya penganalisaan
(b) Fokus
(c) Prihatin
(d) Berpengetahuan
(e) Berpengalaman

8. KENALPASTI PUNCA MASALAH


Kenalpasti punca-punca masaalah yang menyebabkan:
(a) Perjalanan proses terjejas
(b) Jurang antara hakikat dan jangkaan
(c) Kerosakan peralatan

Pemeriksaan hendaklah dilakukan dengan baik dan selamat dengan secepat mungkin.
Kenalpastikan masaalah berpandukan risalah “trouble shooting checklist”
Pembetulan mestilah dilakukan mengikut garis panduan rasmi :
(a) Buku panduan penyelenggaraan (maintenance manual)
(b) Buku panduan pembaikan (repair manual)
(c) Checklist

9. LAPURAN KEADAAN DAN MASAALAH


Maklumkan keadaan yang tidak selesa, tidak selamat dan masaalah yang dikenalpasti kepada:-
(a) Pihak atasan yang bertanggung jawab tentang keadaan dan masaalab berkenaan
(b) Semua pekerja lain jika ada kecemasan
(c) Pihak lain yang berkaitan seperti Jabatan Bomba, hospital dan lain-lain jika berlaku
kemalangan atau kecemasan.

Lapuran mestilah dilakukan dengan segera dengan menggunakan kaedah berikut:-


(a) Bersemuka
(b) Alat siaraya
(c) Telefon
(d) Penggera
(e) Isyarat tertentu yang difahami.

Sediakan lapuran bertulis menggunakan borang-borang lapuran yang disediakan:-


(a) Borang Laporan situasi (situation report form)
(b) Borang Laporan kerosakan (breakdown report form)
(c) Borang Laporan kemalangan (accident report form)
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 9 drp : 10

SOALAN:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan KUALITI?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Nyatakan tiga teknik kawalan kualiti yang digunakan untuk menerangkan punca-punca
berlakunya sesuatu masalah?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Apakah kegunaan Histogram?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Apakah yang dimaksudkan dengan Pengurusan Kualiti?


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

5. Apakah yang anda faham dengan Standard kualiti?


_________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
NO. KOD Z-009 / M07 / P(1) Muka : 10 drp : 10

6. Produk yang berkualiti ialah produk yang menepati keperluan pelanggan. Nyatakan ciri-ciri
produk yang berkualiti.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

7. Sekiranya kualiti hasil keluaran kilang di mana anda berkerja ditolak(rejected), apakah
tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasinya.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

8. Nyatakan empat ciri yang ada pada seorang pengawas yang baik.

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

RUJUKAN:
1. Nota-nota Kuliah Tn. Hj. Tajodin bin Hj. Sanusi dan Baharudin bin Kamaruddin dari Pleno
Consult Sdn. Bhd.
2. Nota-nota Kuliah Tn. Hj. Tukimin bin Solehan dan Amir bin Mohamad dari CIAST Shah Alam.

You might also like