You are on page 1of 1

SJK (T) LADANG BATAK RABIT

KM1, JLN. KG. BANJAR,


36000 TELUK INTAN , PERAK
Tel : 05-6210109 Email : ABD5113@moe.edu.my

“PERAK EXCELLENT”
“PERUBAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN MENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN”

Tarikh: 5 Oktober 2018


Kepada,

Yang Berbahagia Dato B. Sahadevan


Level 10 Wisma Tun Sambanthan
Jalan Sultan Sulaiman
Peti Surat 12133
50768 Kuala Lumpur, Malaysia

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


KUALA LUMPUR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:


2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke
Kuala Lumpur. Berikut adalah butiran lawatan:

Tarikh : 13 Oktober 2018


Masa : 5.00 pagi hingga- 9.00 malam
Bilangan : 37 murid dan 8 orang guru.

Tujuan:
a) Memberi peluang kepada murid untuk melihat dan memberi pendedahan kepada
murid tentang ilmu sains .

b) Mereka juga diberi pendedahan tentang kehidupan dan pembangunan Bandar raya.

c) Memberi kesedaran kepada murid bahawa kehidupan berdisiplin perlu diamalkan di


mana-mana sahaja mereka berada.

3. Sehubungan dengan itu, kami berharap Yang Berbahagia dapat membiayai perbelanjaan
makanan tengah hari untuk menjayakan program lawatan kami.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan
perhatian pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, Terima Kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Benar,
GURU LAWATAN
PN.S.VISHTNU KALA
(0124726591)

You might also like