You are on page 1of 3

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN

PONDOK BACAAN & RUANG MENUNGGU

SK LAGUD
PETI SURAT 284
89908
TENOM
1.0 PENDAHULUAN

SK Lagud bercadang untuk membina 5 buah pondok bacaan untuk menjalankan aktiviti di luar bilik
darjah selain berfungsi sebagai tempat menunggu murid-murid sekolah. Di samping itu, pembinaan
pondok tersebut adalah bertujuan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah dan aktiviti- aktiviti yang memerlukan murid-murid melakukan pergerakan di ruang yang lebih
kondusif.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Cadangan tempat di mana pondok bacaan ini akan dibina ialah di antara bangunan bilik guru
dan berhampiran dengan bilik agama SK Lagud.
2.2 Keluasan yang dicadangkan untuk membina pondok bacaan ini adalah dalam anggaran
10x12 kaki
2.3 Reka bentuk pondok bacaan yang dicadangkan adalah sebagaimana contoh yang di
lampirkan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melaksanakan dan melengkapkan aktiviti prasekolah yang dirancangkan dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran di luar kelas

3.2 Mengeratkan hubungan mesra antara guru-guru dan murid-murid


3.3 Menjaga keselamatan murid yang pulang lewat.

4.0 RASIONAL

4.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada murid prasekolah pada waktu yang terluang
4.2 Dapat memberi perlindungan kepada murid sekolah yang lewat pulang

5.0 PERANCANGAN
5.1 Satu projek jangka panjang yang boleh digunapakai untuk semua murid-murid yang akan
belajar di SK Lagud, Tenom
5.2 Tempat yang lebih kondusif untuk aktiviti-aktiviti persekolahan seperti latihan menari,
latihan sukan dan juga kerja atau aktiviti berkumpulan murid.
5.3 Tempat berteduh untuk murid-murid membaca atau membuat kerja sekolah sementara
menunggu kehadiran ibubapa atau bas sekolah.
6.0 ANGGARAN KOS BINAAN

Anggaran Kos binaan dan upah

I unit RM5000.00

Jumlah sumbangan yang di perlukan

5 unit x RM5000.00 = RM25000.00

7.0 PENUTUP
Kos untuk melaksanakan projek ini agak tinggi dan peruntukan sekolah amat terhad. Justeru, dengan
sukacitanya pihak pengurusan sekolah SK Lagud memohon ihsan dan sumbangan daripada pihak
Perbadanan Pinjaman Sabah ( Sabah Kredit ) bagi menjayakan projek kami demi kebaikan anak didik
kita pewaris pimpinan negara.

Di sediakan oleh

………………………………………..

Di semak Oleh

…………………………………………

Di sahkan oleh

…………………………………………..

You might also like