You are on page 1of 5

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Selborne

27100 Padang Tengku


Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tel/ Faks: 09-3291557


Email : cbd3050.ladangselborne@gmail.com
________________________________________________________________________

KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA


SJK (TAMIL) LADANG LADANG SELBORNE 2019

1.0 PENGENALAN
Merentas desa ini merupakan acara tahunan di sekolah, malahan merupakan
sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar. Acara merentas
desa ialah satu acara tetap yang berlangsung setiap tahun bagi menanamkan
konsep gaya hidup sihat yang menjurus kepada kesejahteraan hidup.

2.0 OBJEKTIF
Objektif Kejohanan Merentas Desa ini diadakan berlandaskan beberapa objektif
utama. Antaranya adalah untuk :
i. Meningkatkan kapasiti aerobik murid.
ii. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi
membentuk individu yang cergas.
iii. Memenuhi program dalam takwim sekolah.
iv.Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah dalam
mengendalikan acara yang memerlukan kerjasama semua pihak untuk
menjayakannya.
v. Menambahkan ilmu pengetahuan pelajar dan warga sekolah tentang
sistem kardiovaskular manusia.

3.0 MATLAMAT
Kejohanan merentas desa ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
mendalami konsep gaya hidup sihat serta menyedarkan murid akan kapasiti
aerobik mereka. Selain itu, kejohanan ini juga menjadi satu medium kepada
murid untuk melatih kecergasan daya tahan kardiovaskular serta menyediakan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Selborne
27100 Padang Tengku
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tel/ Faks: 09-3291557


Email : cbd3050.ladangselborne@gmail.com
________________________________________________________________________

mereka untuk menghadapi kejohanan peringkat zon dan daerah.Setelah


mengikuti kejohanan ini, adalah diharapkan agar:
3.1 Murid dapat mengetahui tahap kecergasan diri.
3.2 Untuk memupuk silaturahim dalam kalangan murid dan warga
sekolah.
3.3 Untuk membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar dan
warga sekolah.
3.4 Untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar dan warga
sekolah
.

4.0 SASARAN
i. Murid-murid SJK(T) Ladang Selborne
ii. Murid-murid sekolah zon padang tengku

5.0 BUTIRAN PROGRAM


Tarikh : 17.01.2019
Masa : 8.00 pagi – 10.45 pagi
Tempat : Ladang Selborne
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Selborne
27100 Padang Tengku
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tel/ Faks: 09-3291557


Email : cbd3050.ladangselborne@gmail.com
________________________________________________________________________

6.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Pn. Vehni Sellvarajah


Pengerusi : En. Theventiran Supramaniam
Setiausaha : En. Abdul Rahman B Idris
Bendahari : Pn. Saanthini Vijayan

AJK
Persiapan Tempat : En. Claren Raj
Pengerusi Majilis : Cik. Pallevi
Sijil dan Penghargaan : Pn. Sakthi Veerappan
Brosur dan Jemputan : Pn. Puvaneswary
Dokumentasi : Cik. Vivishree
Makanan : Pn. Saanthini
Peralatan : En. Theventhiran & En. Loga Thasan
Keselamatan : En. Claren & Pengawal sekolah
Hakim : Pn. Puvaneswary, Pn. Saanthini & Cik. Pallevi
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Selborne
27100 Padang Tengku
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tel/ Faks: 09-3291557


Email : cbd3050.ladangselborne@gmail.com
________________________________________________________________________

7.0 Tentatif Program

Tarikh Program Masa Catatan

Pendaftaran / Senam 7.45- 8.00 pagi Cik. Vivishree


Aerobik
Merentas Desa 8.00 pagi – 8.30 En. Theventhiran
(pelepas)
Lelaki Tahap 2 pagi
Merentas Desa 8.15 pagi – 8.45 Pn. Vehni
Perempuan Tahap 2 pagi (pelepas)
Merentas Desa 8.30 pagi – 8.50 En. Rahman
Lelaki Tahap 1 pagi (pelepas)
Merentas Desa 8.30 pagi – 8.50 Pn. Saanthini
Perempuan Tahap 1 pagi
Rehat 8.50 pagi – 9.30 Semua Guru
pagi
Penyampaian hadiah / 9.30 pagi – 10.15 Cik. Pallevi
Majlis Penutup pagi

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Selborne
27100 Padang Tengku
Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

Tel/ Faks: 09-3291557


Email : cbd3050.ladangselborne@gmail.com
________________________________________________________________________

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


9.0
1. HADIAH
16 X RM 5.50 RM 88.00

2. MAKANAN
47 X RM 2.50 RM 117. 50

3. AIR MINERAL
3 kotak x RM10.00 RM 30.00

JUMLAH RM 235.50
KESIMPULAN
Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang
tentu memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan
perancangan yang kemas membolehkan kejohanan ini dilaksanakan secara
berkesan. Kerjasama daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral
sahaja, malah sokongan boleh diberikan melalui tenaga, idea dan material.
Adalah menjadi harapan kami agar selepas program ini akan berlaku perubahan
dalam diri murid bagi meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri.

Di sediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ...........................................
Abdul Rahman B Idris, Pn. Vehni Sellavarajah,
Setiausaha Kejohanan Merentas Desa Guru Besar.

You might also like