Professional Documents
Culture Documents
Pengajian Am Bab 1 Penggal 1
Pengajian Am Bab 1 Penggal 1
- Definisi Kerajaan
1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab
menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara
2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :
- Sistem Kerajaan
1. Kerajaan Kesatuaan
o Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh Kerajaan
Pusat.
o Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-
undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri atau
pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat. Maka,
Kerajaan Pusat lebih berkuasa berbanding dengan kerajaan negeri dan tempatan.
o Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali, Denmark,
Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea Selatan, Jepun, dan Kesatuan
Soviet yang telah runtuh.
2. Kerajaan Konfederasi
o Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri.
- Kerajaan Demokrasi
1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan rakyat, oleh
rakyat, untuk rakyat ".
2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialah
o Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.
o Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.
o Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta
berhak bertanding dalam pilihan raya.
o Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti
sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut memerintah
o rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan
3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi
Berparlimen dan Demokrasi Berparlimen.
5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua
negara yang mempunyai kuasa simbolik.
6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand,
Singapura, Jepun, dan India
7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang
merupakan ketuaeksekutif negara.
8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan
Filipina.
- Kerajaan Autokrasi
1. Diterajui oleh individu atau golongan tertentu yang mempunyai kuasa
mutlak dalam pemerintahan.
2. Kebebasan awam terhad dan rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.
" X " diwakil oleh kuasa relatif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat
Persekutuan dan Sultan atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri