You are on page 1of 1

http://umi-nazihah.blogspot.com/2010/07/kitar-semula.

html
ALAM SEKITAR
KITAR SEMULA
Pengenalan
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru.
Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru,
mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari
tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang
baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden
dan komponen ketiga bagi "pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan ".

Bahan boleh dikitar semula termasuk:


Kaca
Kertas
logam
Plastik
Elektronik

Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan


buangan biodegrable seperti sampah makanan atau lebihan taman dan biasanya tidak dianggap kitar
semula. Bahan yang hendak dikitar semula samada di bawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi
jalan dan disusun, dibersihkan dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti kata sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan
yang sama sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang
baru, atau polisterin terpakai digunakan bagi menghasilkan polisterin lain. Bagaimanapun, ini seringkali
terlalu sukar atau terlalu mahal berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan
mentah atau sumber lain, dengan ini kebanyakan barangan atau bahan kitar semula sebaliknya
membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain seperti kadbod.

Pengkritik seringkali mempertikaikan kebaikan bersih dari segi ekonomi dan persekitaran mengitar
semula berbanding kosnya, dan mencadangkan penyokong kitar semula seringkali menjadikan keadaan
lebih teruk dan mengalami pengesahan berat sebelah. Khususnya, pengkritik mendakwa bahawa kos
dan tenaga yang digunakan dalam pengumpulan dan pengangkutan mengurangkan dan melebihi kos
dan tenaga yang dijimatkan dalam proses pengilangan juga kerja yang dihasilkan oleh industri kitar
semula adalah pertukaran merugikan kepada kehilangan kerja dalam pembalakan, perlombongan dan
industri yang dikaitkan dengan pengeluaran baru dan bahan seperti pulp kertas hanya boleh dikitar
beberapa kali sebelum penguraian bahan menghalang lanjutan pengitaran semula. Penyokong kitar
semula menafikan semua tuduhan, dan pengesahan pendapat kedua pihak mendorong kepada
pertikaian yang yang berpanjangan.

You might also like