You are on page 1of 1

Teks ucapan guru Bertugas Mingguan

BISMILLAHI RAHMANIR RAHIM


1. Yang dihormati Puan Barizah bte Mohd Kahar, Pengetua SMK Gunsanad II
2. Puan Susan Ho, Penolong Kanan Pentadbiran
3. Puan Noormah Tahir, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. En. Anthony Asing, Penolong Kanan Kokurikulum.Ketua-Ketua Bidang
5. Guru Kaunseling.Guru Kanan Disiplin
6. Rakan-Rakan Guru dan seterusnya Murid-murid yang dikasihi sekalian
Assalamualaikum wb....... Selamat Pagi ..........Salam Sejahtera
Pada minggu ini iaitu bermula 14/01/13 hingga 18/01/13 (Isnin –Jumaat), Saya, Cikgu
Hassan,Cikgu Linah dan Cikgu Noranita menjadi guru bertugas mingguan.Cikgu
sendiri akan bertugas di bahagian disiplin dan kebersihan, Cikgu Linah bahagian
Kesihatan sementara cikgu Noranita di bahagian Kehadiran Murid. Sebarang masalah
,murid boleh berjumpa dgn kami pada waktu rehat di bilik Guru kecuali masalah
kritikal.
Kelas bertugas ialah 3ex jadi 3ex tunggu di dewan selepas perhimpunan
Tema:MENGHORMATI GURU (Ringkas tetapi berkat)
Kenapa cikgu pilih tema ini kerana rasa hormat murid pada guru semakin pudar.jadi
pada awal tahun rasa hormati ini perlu di suburkan semula.ada beberapa cara murid
boleh menunjukkan rasa hormat pada guru.
1. Guru akan berasa dihargai apabila murid menghormati guru. Guru perlu
dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kamu. Guru juga mendidik kita
supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, murid boleh mengucapkan
selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Muridr juga tidak boleh sombong
terhadap guru.Murid perlu mengenali setiap guru yang ada di sekolah ini bukan
sahaja guru mengajar matapelajaran bahkan paling penting Pengetua dan
Penolong-Penolong Kanan sekolah
2. Murid juga boleh menghormati guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah
mereka. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
Jika terdapat kesalahan dalam latihan,guru akan membetulkannya. Jadi,guru wajar
dihormati dan dihargai kerana selalu membantu murid mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.
3.Murid juga boleh menghormati guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.
Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran.
Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang
awal ke sekolah dan tidak terlibat dalam gengsterisme, vandalisme, ponteng
sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

4.Murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Murid boleh membantu guru
dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Menghormati guru juga
bermaksud menghindari daripada menyinggung perasasan guru, bercakap dengan
baik dengan guru dengan menggunakan bahasa yang sopan, tidak meninggikan
suara semasa bercakap dengan guru.
Cikgu mengharapkan semua murid dapat melakukan amalan ini kerana
menghormati guru sangat diutamakan dalam menuntut ilmu.Murid yang ikhlas
menghormati guru akan mudah menerima setiap pelajaran yang dituntut.
Kokurikulum minggu ini ialah GERKO C
-Pengumuman daripada guru- guru........
Sekian dan terima kasih.

You might also like