You are on page 1of 7

 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

Skrip Pengacara Majlis


Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Jaring MSSP 2011
Bil Aturcara Skrip
1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik
Tetamu Jaafar bin Idris, Ketua Sektor,
Kehormat Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pelajaran Pahang

2 Ucapan Aluan Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pengerusi
Majlis 1. Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris, Ketua
Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan
Pelajaran Pahang.
2. Yang Berusaha Encik Jalaluddin bin Ismail,

Penolong Pengarah, Unit Sukan, Jabatan


Pelajaran Pahang.
3. Yang dihormati, Pegawai-pegawai Jabatan
Pelajaran Negeri, Pegawai-pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah, ahli-ahli jawatankuasa
pengelola majlis, guru-guru, para atlit serta
hadirin yang dimuliakan

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 1/7
 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

Izinkan saya menerangkan secara ringkas aturcara


majlis pada pagi yang berbahagia ini.

Majlis akan dimulakan dengan perlawanan akhir bola


 jaring bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Pahang
di antara pasukan ____________________dengan
pasukan___________________ 

Seterusnya, majlis akan disambung dengan upacara

penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para


pemenang dan pegawai kejohanan.

Kemuncak majlis ialah perasmian penutupan


kejohanan oleh yang Berbahagia Encik Jaafar bin .
Idris, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pelajaran Pahang

Tanpa melengahkan masa, saya dengan sukacitanya


menyerahkan majlis kepada jawatankuasa pengelola
untuk meneruskan acara dengan perlawanan akhir
bola jaring bawah 18 tahun diantara pasukan
 _____________________dengan

pasukan_____________________.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 2/7
 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

3 Doa Hadirin yang dimuliakan.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon rahmat
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz______________________________________ 
 __________________________________________.

Dengan segala hormatnya dipersilakan 

4 Penyampaian Amin Amin Ya Rabbal `Alamin.


hadiah dan
cenderamata Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada
 ______________________________________atas
bacaaan doa itu tadi.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 3/7
 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis


dengan sukacita menjemput Yang Berbahagia Encik
Jaafar bin Idris, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan
Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang sambil
diiringi oleh Yang berusaha Encik Jalaluddin bin
Ismail, Penolong Pengarah, Unit Sukan, Jabatan
Pelajaran Pahang untuk menyempurnakan upacara
penyampaian hadiah dan cenderamata kepada para
pemenang dan pegawai-pegawai kejohanan.

(Senarai nama pemenang+ senarai penerima


cenderamata)

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Adalah


diharapkan bahawa kemenangan ini akan membakar
semangat untuk terus menjulang nama Pahang di
persada sukan Negara.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 4/7
 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

Sebagai tanda penghargaan kepada Yang


Berbahagia Encik Jaafar bin Idris, majlis dengan
berbesar hati menjemput dan mempersilakan Yang

Berusaha Encik Jalaluddin bin Ismail untuk


menyampaikan cenderamata kepada Yang
Berbahagia Encik Jaafar bin Idris kerana sudi
menyempurnakan aturcara itu tadi.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

5 Ucapan Bagi melengkapkan aturcara majlis perasmian


Perasmian penutup an Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan
Penutupan Sekolah Pahang 2011, pihak majlis dengan segala
hormat dan takzim menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris,

Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan,


Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Bola
Jaring Majlis Sukan Sekolah Pahang 2011

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 5/7
 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

6 Penutup Majlis merakamkan setinggi penghargaan kepada


Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris atas ucapan
itu tadi

Dengan ucapan perasmian itu tadi, maka majlis


sudah sampai ke penghujungnya.

Saya mewakili pihak majlis, ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada :

1. Yang Berbahagia Encik Jaafar bin Idris


2. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang
3. Pegawai-pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
4. Pengetua-pengetua
5. Guru besar-guru besar
6. Pengurus-pengurus pasukan
7. Pegawai-pegawai teknikal
8. Para pengadil
9. Jurulatih-jurulatih
10. Atlit-atlit

Dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

Sehingga berjumpa lagi di lain masa, majulah sukan


untuk negara.

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 6/7
 

5/14/2018 Skr ip Pe nga c a ra Majlis Pe nutup Bola Ja r ing Mssp 2011 - slide pdf.c om

( Majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik 


Jalaluddin bin Ismail untuk mengiringi Yang 
Berbahagia Encik Jaafar bin Idris ke majlis jamuan.)

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

< TAMAT >

http://slide pdf.c om/re a de r/full/skr ip-pe nga c a ra -majlis-pe nutup-bola -ja r ing-mssp-2011 7/7

You might also like