You are on page 1of 5

NURUL NADIAH BINTI AHMAD KAMAL

990221-06-5752

SCE1024 FIZIK 1
EKSPERIMEN 4 [TOPIK: MODULUS YOUNG – EKSPERIMEN SEARLE]

TUJUAN:

Untuk mencari nilai Modulus Young bagi dawai kuprum dan dawai konstantan menggunakan
jambatan cantilever melalui kaedah Searle.

TEORI:

Modulus Young merupakan nisbah tegasan kepada terikan. Secara umumnya,


Modulus Young mengkaji mengenai canggaan pepejal dan sifat sesuatu bahan yang mungkin
berubah bentuk apabila diberikan tekanan sama ada ditarik, dipulas, dibengkokkan atau
dimampatkan.

Perubahan bentuk pada sesuatu bahan bergantung kepada jenis bahan, luas keratan
rentas bahan tersebut, daya yang dikenakan dan pemanjagan yang berlaku hasil daripada
daya yang diberikan ke atas bahan tersebut.

Terdapat dua indikator utama dalam menentukan Modulus Young iaitu tegasan dan
terikan. Tegasan merupakan nisbah daya per luas keratan rentas;

𝐷𝑎𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑢𝑓𝑢𝑘,𝐹
Tegasan =
𝑈𝑛𝑖𝑡 𝑙𝑢𝑎𝑠 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑛𝑡𝑎𝑠,𝐴

𝐹
𝜎=
𝐴0

sesuatu bahan. Terikan pula didefinisikan sebagai nisbah pemanjangan per panjang asal
sesuatu bahan tersebut;

𝑃𝑒𝑚𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛
Terikan = 𝑃𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑠𝑎𝑙

∆𝑥
𝜀= 𝐿
Oleh itu, formula bagi Modulus Young ialah;

𝑇𝑒𝑔𝑎𝑠𝑎𝑛
𝑀𝑜𝑑𝑢𝑙𝑢𝑠 𝑌𝑜𝑢𝑛𝑔 =
𝑇𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛

𝐹/𝐴
𝐸=
∆𝑥/𝐿

HIPOTESIS:

Dawai nikrom mempunyai kekenyalan yang lebih tinggi daripada dawai kuprum.

RADAS / BAHAN:

Dawai nikrom, dawai kuprum, pembaris meter, pemberat, kaki retort dan pengapit, tolok skru
mikrometer, jambatan cantilever

RAJAH:
PROSEDUR:

1. Dua buah kaki retort dipasang dan disusun supaya berada dalam kedudukan yang selari.
2. Pengapit dilaraskan supaya ketingiannya adalah sama.
3. Hujung satu pembaris meter diletakkan pada satu kaki retort dan satu hujung lagi
diletakkan pada kaki retort satu lagi.
4. Dawai kuprum dipotong mengikut panjang yang sesuai.
5. Diameter dawai kuprum diukur menggunakan tolok skru mikrometer dan data
direkodkan.
6. Dawai kuprum dililit pada pembaris meter.
7. Panjang asal dawai kuprum dicatatkan.
8. Pemberat sebanyak 200g diikat pada dawai kuprum dan panjang dawai diukur.
9. Eksperimen diulang dengan menambah pemberat dengan gandaan 2 iaitu 400g, 600g,
800g dan 1000g.
10. Eksperimen diulang dengan menggantikan dawai kuprum dengan dawai nikrom.

KEPUTUSAN:

Jenis Diameter, Panjang Panjang akhir apabila beban ditambah (cm)


wayar (mm) Asal (cm) 200g 400g 600g 800g 1000g
Nikrom 0.94 26.80 26.80 26.90 27.30 27.70 27.70
Kuprum 0.75 21.50 21.50 21.70 21.80 21.90 21.90

PENGIRAAN:

𝑑2
Luas keratan rentas, A = 𝜋𝑟 2 / 𝜋
4

𝑡𝑒𝑔𝑎𝑠𝑎𝑛, 𝜎
Modulus Young, E = 𝑡𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛, 𝜀

𝑑𝑎𝑦𝑎
𝑙𝑢𝑎𝑠 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑡𝑎𝑛 𝑟𝑒𝑛𝑡𝑎𝑠
= 𝑝𝑒𝑚𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛
𝑝𝑎𝑛𝑗𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑠𝑎𝑙
𝐹/𝐴
=
𝑒/𝑙0

Dengan menggunakan data apabila menggunakan beban sejumlah 1kg:

(0.94 𝑥 10−3 )2
10𝑁 / 𝜋
4
Modulus Young nikrom =
(27.70−26.80)/ 26.80

= 4.29 × 108 𝑁𝑐𝑚−2

(0.75 𝑥 10−3 )2
10𝑁 / 𝜋
4
Modulus Young Kuprum =
(21.90−21.50)/ 21.50

= 1.22 × 109 𝑁𝑐𝑚−2

PERBINCANGAN:

Berdasarkan hasil pengiraan, didapati bahawa dawai kuprum mempunyai nilai


Modulus Young yang lebih tinggi berbanding dawai nikrom. Hasil eksperimen mendapati
dawai kuprum mempunyai nilai Modulus Young sebanyak 1.22 × 109 𝑁𝑐𝑚−2 manakala nilai
Modulus Young bagi dawai nikrom ialah 4.29 × 108 𝑁𝑐𝑚−2 . Hal ini bermakna kuprum
mempunyai had kenyal yang lebih tinggi berbanding nikrom.

Semasa melakukan eksperimen, langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa


melakukan eksperimen agar tidak berlaku ralat semasa mengambil pengiraan. Hal ini
bermaksud mata perlulah beserenjang dengan bacaan di pembaris meter agar bacaan adalah
tepat.

Selain itu, semasa dawai dipasang pada kaki retort, suatu penanda perlu ditanda pada
dawai agar bacaan yang diambil tidak berlaku sebarang ralat. Hal ini bermakna, apabila
berlaku pemanjangan, data yang diambil adalah bertepatan dengan nilai Modulus Young awai
tersebut.
KESIMPULAN:

Kesimpulannya, dawai kuprum mempunyai nilai Modulus Young yang lebih tinggi
berbanding dawai nikrom. Hasil eksperimen mendapati dawai kuprum mempunyai nilai
Modulus Young sebanyak 1.22 × 109 𝑁𝑐𝑚−2 manakala nilai Modulus Young bagi dawai
nikrom ialah 4.29 × 108 𝑁𝑐𝑚−2 . Hal ini bermakna kuprum mempunyai had kenyal yang lebih
tinggi berbanding nikrom.

You might also like