You are on page 1of 12

2011

9.

(d)

Rajah 4

Menggunakan konsep fizik yang sesuai, terangkan penggunaan peralatan dan teknik
yang sesuai untuk memperbaik pencapaiannya.
Jawapan anda hendaklah merangkumi aspek-aspek berikut:
(i) jisim anak panah
(ii) bentuk anak panah
(iii)kekenyalan tali busur
(iv) kekuatan busur
(v) kedudukan anak panah yang diacukan berbanding kepada pusat papan sasaran.
[10 marks]
[10 markah]

CIRI/ ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Jisim kecil Bergerak lebih laju
Aerodinamik Kurang rintangan udara
Kekenyalan tali busur lebih besar Tenaga keupayaan kenyal tinggi
Busur kuat Tidak mudah patah
Kedudukan sasaran panah mestilah di atas Daya graviti menarik anak panah ke bawah
paras pusat papan sasaran
10.

(c) Rajah 4 menunjukkan suatu loceng elektrik. Apabila suis dihidupkan, loceng
berdering berterusan dan menghasilkan bunyi yang lemah.

Rajah 4

Menggunakan konsep fizik yang sesuai, terangkan penggunaan peralatan yang sesuai
untuk merekabentuk suatu loceng elektrik yang boleh menghasilkan bunyi yang lebih
kuat.
Jawapan anda hendaklah mengandungi aspek-aspek berikut:
– bilangan lilitan gegelung
– saiz gong
– kekenyalan kepingan keluli anjal
– bentuk teras besi lembut
– ketebalan wayar gegelung

[10 markah]
(c) –

CIRI/ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Tambahkan bilangan lilitan gegelung Menambahkan kekuatan electromagnet
Gong lebih besar Menambahkan getaran
Kekenyalan tinggi bagi kepingan keluli Menambahkan daya pukulan
anjal
Teras besi lembut berbentuk U Menambah kekuatan elektromagnet
Wayar tebal Rintangan rendah/Arus lebih besar
11
. )Rajah 2 menunjukkan suatu sistem brek hidraulik dalam sebuah kereta.

Diagram 2
Rajah 2

Anda dikehendaki menyiasat ciri-ciri sistem brek hidraulik seperti ditunjukkan dalam
Jadual.

Jadual
[10 marks]
Terangkan kesesuaian setiap ciri sistem brek hidraulik.
Tentukan brek paling berkesan untuk digunakan dalam sistem brek sebuah kereta.
Berikan sebab-sebab untuk pilihan anda.
[10 markah]

CIRI/ASPEK PENERANGAN/SEBAB
Bendalir brek tidak boleh dimampat Tekanan boleh dipindahkan melalui
bendalir brek ke semua arah dengan
seragam
Takat didih yang tinggi Tidak mudah sejat
Pemalar spring tinggi Boleh menahan daya yang besar
Nisbah rendah Daya yang lebih besar dikenakan ke atas
omboh
Pilih L kerana Bendalir yang tidak dapat dimampat, takat didih yang tinggi, pemalar
spring yang tinggi dan nisbah luas keratan rentas omboh-omboh dalam silinder induk
dan dalam brek gelendang adalah rendah.
12.
(b) Radioisotop digunakan sebagai penyurih untuk menentukan kadar penyerapan baja
oleh tumbuhan. Anda dikehendaki untuk menyiasat ciri-ciri radioisotop seperti
ditunjukkan dalam Jadual.

Terangkan kesesuaian setiap ciri radioisotop untuk digunakan sebagai penyurih.


Tentukan radioisotop yang paling sesuai yang boleh digunakan untuk mengesan
kadar penyerapan baja oleh tumbuhan.
Beri sebab-sebab untuk pilihan anda.
[10 markah]

CIRI/ ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Cecair Mudah diserap oleh tumbuhan
Separuh hayat sederhana Boleh dikesan dalam tempoh yang sesuai
Sinaran Beta Kurang bahaya
Pengesan tiub GM Boleh mengesan sinaran dengan mudah
Pilih Y kerana Keadaan cecair, setengah hayat yang sederhana, sinaran beta dan tiub
GM sebagai pengesan
9.
(d)
Jabatan Perhutanan Negeri akan menganjurkan pertandingan berakit. Sebagai ketua
pasukan, anda
dikehendaki memberikan cadangan dalam mereka bentuk sebuah rakit yang boleh
memuatkan 15 peserta
dan berupaya untuk bergerak dengan laju dalam air.
Dengan menggunakan pengetahuan anda dalam gerakan, daya-daya dan sifat bahan,
nyatakan dan
terangkan cadangan berdasarkan aspek-aspek berikut:

-Bentuk rakit.
-Bahan yang digunakan untuk membuat rakit.
-Saiz rakit
-Reka bentuk rakit. [10 markah]

CIRI/ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Bentuk larus untuk mengurangkan geseran air.

Guna bahan ringan seperti buluh untuk buat rakit terapung.


Saiz besar untuk menampung peserta dengan mudah.

Letakkan motor pada hujung rakit untuk menambahkan kelajuan rakit.

Ikat buluh berlapis-lapis.

10.
(c)
Rajah D menunjukkan reka bentuk sebuah piring yang dibuat oleh seorang murid
untuk mendidihkan air
di dalam cerek menggunakan tenaga suria.

Rajah D
Anda dikehendaki untuk mengubahsuai reka bentuk di dalam Rajah D supaya air
mendidih dalam masa
yang lebih singkat.
Nyata dan terangkan pengubahsuaian berdasarkan aspek-aspek berikut:
i)
Bentuk piring.
Jenis permukaan piring.
Saiz piring
Kedudukan cerek.
Orientasi piring

[10 markah]

CIRI/ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Parabolik boleh mengumpul tenaga haba
Permukaan yang berkilat memantul haba dengan lebih cekap
Saiz yang lebih besar mengumpul lebih banyak haba.

Cerek diletakkan pada titik fokus supaya semua haba boleh ditumpu
pada cerek.
Piring diletakkan menghadap supaya ia boleh mengumpul lebih
matahari banyak haba.

11
. Rajah di bawah pada halaman 37 menunjukkan empat buah mesin rumput, J, K, L dan M
dengan spesifi kasi yang berbeza.
Anda dikehendaki untuk menentukan mesin rumput yang paling sesuai untuk memotong
rumput dengan
berkesan.
Diagram
Rajah

Study the specifications of the four lawnmowers based on following aspects:


Kaji spesifikasi keempat-empat mesin rumput berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i) Kaedah menggerakkan mesin rumput.
Jisim mesin rumput
Saiz bilah pemotong
Sudut antara pemegang dengan garis ufuk
Terangkan kesesuaian setiap aspek dan seterusnya tentukan mesin rumput yang paling
sesuai.
Beri sebab untuk pilihan anda.

[10 markah]

CIRI/ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Mesin rumput ditolak supaya boleh memotong rumput lebih
cekap
Jisim lebih besar mesin rumput lebih stabil
Bilah pemotong besar memotong lebih banyak rumput
Sudut besar antara pemegang dengan menghasilkan daya ke bawah yang lebih
ufuk besar.

Mesin rumput yang sesuai adalah M kerana ciri-ciri diatas..


12
. Rajah di bawah menunjukkan empat litar, W, X, Y dan Z, yang mengandungi tiga sel
kering dengan daya gerak elektrik, d.g.e., setiap satu 1.5 V, dua mentol berlabel 2 V, 0.5
W dan sebuah perintang R.
Rajah

Anda dikehendaki menentukan litar yang paling sesuai untuk menyalakan mentol-mentol
itu pada kecerahan normal. Anda mungkin perlu melakukan pengiraan.
Kaji spesifikasi keempat-keempat litar itu berdasarkan aspek-aspek berikut:
(i)
Jenis sambungan sel.
Sambungan terminal sel
Sambungan antara perintang dan mentol.
Jenis sambungan mentol.
Terangkan kesesuaian setiap aspek dan seterusnya tentukan litar yang paling sesuai.
Beri sebab untuk pilihan anda. [10 markah]

CIRI/ASPEK PENERANGAN/ SEBAB


Sel-sel disambung secara sesiri Untuk menghasilkan 4.5 V.
Terminal positif sel-sel disambungkan untuk membuat arus mengalir.
kepada terminal negatif
Perintang disambungkan secara sesiri untuk menaikkan rintangan.
dengan mentol-mentol
Mentol-mentol disambung secara selari apabila satu mentol terbakar mentol-
mentol yang lain masih menyala.

Litar yang paling sesuai adalah X kerana Sel-sel disambung secara sesiri, Terminal
positif sel-sel disambungkan kepada terminal negative, Perintang disambungkan
secara sesiri dengan mentol-mentol, Mentol-mentol disambung secara selari

You might also like