You are on page 1of 7

KELAB KRIKET

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TAWAU


PETI SURAT 62281
91032 TAWAU, SABAH

Tarikh : 2 Mei 2014


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Tawau
Peti Surat 62281
91032 Tawau
SABAH
Melalui,
Penolong Kanan Koko
Sekolah Kebangsaan Taman Tawau
Peti Surat 62281
91032 Tawau
SABAH
Puan,
PERMOHONAN BAJET PERTANDINGAN SUKAN ANTARA RUMAH SUKAN
2014
Perkara di atas adalah dirujuk.
02. Sukacita dimaklumkan kepada pihak puan, seramai 250 orang pelajar SK
Taman Tawau telah terpilih untuk menyertai pertandingan Sukan Antara Rumah
Sukan pada ketetapan yang berikut:
Tarikh Kejohanan : 10 Mei 2014
Tempat : Padang SK. Taman Tawau
03. Sebagai persediaan bagi usaha yang demikian, pihak kami ingin
memohon peruntukan sebanyak RM 3360.00 bagi membiayai keperluan pelajar
sepanjang pertandingan tersebut. Kertas Kerja pertandingan dilampirkan
bersama-sama surat ini untuk perhatian dan tindakan pihak Puan.
04. Atas rasa perihatin dan tanggungjawab pihak puan untuk menjayakan misi
sukan Sk Taman Tawau tahun 2014, kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.
Sekian
“SUKAN UNTUK 1MALAYSIA”
Saya yang menurut perintah

( SOPHIAAN LAHIDU )
Guru penasihat,
Kelab Kriket SK Taman Tawau

Sk Fail
1
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SUKAN
ANTARA
RUMAH SUKAN
SK TAMAN TAWAU
TARIKH : 10 MEI 2014

2
MISI

1. Pelajar cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan


2. Semua sekolah yang mana pelajar terbabit akan di tempatkan, terlibat
dengan kegiatan sukan dan permainan serta aktiviti ko-kurikulum.
3. Menjadikan daerah Tawau antara yang terbaik di negeri Sabah dalam
sukan dan permainan, kurikulum dan HEM.
4. Menyeimbangkan program ko-kurikulum sama pentingnya dengan
pencapaian akademik semua pelajar.

MATLAMAT

1. Melahirkan lebih ramai ahli sukan berkualiti.


2. Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan berbudaya kerja
bermatlamat menjurus ke tahap kecemerlangan yang tiada titik akhir.
3. Menghasilkan pelajar cemerlang dalam bidang ko-kurikulum.

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang berpengetahuan tentang sukan.


2. Melahirkan pelajar yang berkualiti dan pakar mengenai selok belok
permainan satu masa kelak
3. Mengalakkan perkembangan permainan yang lebih maju.
4. Membantu dan memastikan pelajar mendapat latihan yang bertaraf
kebangsaan atau yang setaraf dengannya.

SASARAN

1. Kumpulan pelajar yang menjadi sasaran dalam kemajuan sukan ialah:


a. Pelajar SK Taman Tawau.
b. Individu-individu yang berminat dalam sukan.
c. Pelajar tahun 3

TEMPAT PERTANDINGAN

Padang Sekolah SK TamanTawau,

3
SASARAN

250 pelajar
Dibahagikan kepada 4 rumah sukan.

PELAKSANAAN PERTANDINGAN

Dijalankan dalam tempoh 6 jam. Peserta akan taklimat sebagai bahan rujukan
semasa pertandingan berlangsung. Tenaga pengajar adalah merupakan
dikalangan guru. Kominikasi dua hala akan berlangsung sepanjang pertandingan
dijalankan.

JENIS PERTANDINGAN

1. Permainan badminton
2. Permainan bola sepak
3. Permainan Bola Tampar
4. Permainan Futsal
5. Permainan Sukaneka

FORMAT PERTANDINGAN

LIGA SEPUSINGAN
Johan ditentukan dengan jumlah kutipan mata terkumpul terbanyak.

4
ANGGARAN KOS

Kos pertandingan adalah seperti yang berikut:

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 HADIAH
1. Hamper Johan Keseluruhan
Johan x 1 x rm200.00
N. Johan x 1 rm150.00 500.00
Ke-3 x 1 rm100.00

2. Hamper Juara Permainan


Johan x 5 x rm150.00
N. Johan x 5 rm100.00 1650.00
Ke-3 x 5 x rm50.00
Ke-4 x 5 x rm30.00

3. Hamper Pemain Terbaik


Lelaki- 5 x 5 x rm70.00 700.00
P’puan- 5 x 5 x rm70.00

4. Hamper Pemain Harapan


Lelaki- 1 x rm100.00 200.00
P’puan- 1 x rm100.00

Peralatan Sukaneka
1. Belon
2. Batang Buluh
3. Benang
4. Tepung 250.00
5. Bola Ping Pong
6. Sudu Plastik

2 Sijil
250 pelajar 60.00

Jumlah Keseluruhan RM 3360.00

5
KECEMASAN

Penganjur akan menyediakan alat bantuan kecemasan (First aid kit).

MAKANAN DAN MINUMAN

Penganjur akan menyediakan makanan dan minuman kepada semua peserta.

PENUTUP

Diharap agar pertandingan ini dapat memberi satu impak yang berguna
kepada pelajar yang ingin meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan bersukan. Selain itu, melalui pelaksanaan pertandingan ini, Sabah
berharap dapat membudayakan semangat cintakan kepelbagaian kemahiran di
Malaysia. Sekaligus program ini boleh menyemarakkan lagi Semangat 1
Malaysia di kalangan pelajar di Sabah khususnya di Malaysia amnya.

Disediakan oleh,

( SOPHIAAN LAHIDU )
Pengerusi,
Pertandingan Sukan Antara Rumah Sukan,
SK Taman Tawau.
5 Mei 2014

Disokong oleh:

(MOHD. SOLEHUDDIN ABDULLAH)


Penolong Kanan Koko,
SK Taman Tawau
5 Mei 2014

6
JADUAL PERTANDINGAN SUKAN
ANTARA RUMAH SUKAN SK. TAMAN TAWAU 2014

Date Time Topic Venue

 Selamat datang
 Taklimat pertandingan
10.05.14
7.00 pg  Pelajar dibahagikan kepada
Sabtu rumah-rumah sukan.

Tapak Perhimpunan
SKTT
7.15 pg  Senamrobik

7.45 am  Pertandingan bermula Padang SK Taman


Tawau

10.00 pg MINUM PAGI Kantin sekolah

10.30 pg  Pertandingan disambung Padang SK Taman


semula Tawau

11.30 pg  Penyampaian hadiah Tapak Perhimpunan


SKTT

12.30 pm BERSURAI

You might also like