You are on page 1of 11

"SMART POSITIONING SENSOR"

"SENSOR POSISI PINTAR"

1
Abstrak

"Sensor Posisi Pintar" atau SPP adalah satu inovasi yang bertujuan untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah, universiti dan perpustakaan
awam. Masalahnya ialah pengguna perpustakaan lupa untuk meletakkan kembali
kerusi yang telah digunakan dengan kemas iaitu dengan menolak masuk kerusi ke
bawah meja. Keadaan ini menjadikan perpustakaan kelihatan tidak teratur,
membahayakan keselamatan pengguna perpustakaan dan boleh menyebabkan
kemalangan. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil oleh Kelab Inovasi Sekolah
Kebangsaan Saujana Indah untuk merekacipta suatu inovasi yang boleh membantu
pustakawan untuk menyelesaikan masalah kerusi yang tidak tersusun kemas.
Penyelesaiannya adalah dengan mencipta SPP. SPP adalah sistem yang terdiri
daripada 3 komponen utama iaitu unit pengawal, unit penderia dan unit
penunjuk. Unit pengawal diprogramkan untuk mengesan kerusi yang tidak
diletakkan dengan betul di bawah meja melalui unit penderia. Apabila ini berlaku,
unit pengawal akan menghidupkan unit penunjuk untuk mengingatkan pengguna
untuk meletakkan kerusi dengan betul di bawah meja perpustakaan. Unit penunjuk
berfungsi dengan menghidupkan lampu LED (Diod Pemancar Cahaya) dan
menghasilkan bunyi buzzing menggunakan buzzer. Unit penunjuk sebenarnya
adalah sistem peringatan. Ia dibangunkan hasil daripada kaji selidik yang dijalankan
oleh pasukan kami di perpustakaan sekolah terhadap pengguna yang gagal
meletakkan kerusi dengan betul di bawah meja. Mereka mengaku bahawa mereka
terlupa untuk meletakkan kerusi kembali ke tempat yang sepatutnya. Kos
keseluruhan SPP adalah rendah, sekitar RM180. SPP mudah dipasang dan ia juga
mesra alam dan mesra pengguna.

2
PENGHARGAAN

Kami bersyukur kepada Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa kerana berjaya menyiapkan
projek ini dalam jangkamasa yang diberikan. Projek "Sensor Posisi Pintar" ini
berjaya disiapkan dengan kerjasama ahli pasukan, rakan-rakan dan guru-guru sains.
Semangat kerjasama yang tinggi di antara guru dan pelajar ditunjukkan ketika
membuat projek berkumpulan seperti ini. Kami ingin merakamkan penghargaan
kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa, Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang untuk bantuan dan bimbingan yang diberikan. Kami ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang menyumbang secara langsung
dan tidak langsung kepada kejayaan projek ini. Kami ingin mengucapkan terima
kasih kepada Guru Besar yang dikasihi kerana memberi sokongan sepenuhnya
untuk projek ini. Sepanjang projek ini, kami sangat gembira sebagai satu pasukan
dengan semua kerja keras yang disumbangkan dalam projek ini . Seperti kata
pepatah lama, tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

Terima kasih.

3
Isi Kandungan
AHLI PASUKAN 5

PENGENALAN 6

PERYATAAN MASALAH 9

OBJEKTIF 10

SKOP PROJEK 11

LATAR BELAKANG PROJEK 12

PERSEDIAAN PROJEK 15

BAHAN YANG DIGUNAKAN 17

CADANGAN 18

PENGATURCARAAN 19

KOS PERSEDIAAN 21

KELEBIHAN 22

KESIMPULAN 23

4
PERNYATAAN MASALAH

Perpustakaan di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah mengalami masalah kerusi


tidak diletakkan di tempat yang betul selepas digunakan oleh pelajar. Kegagalan
sebahagian pelajar untuk meletakkan kerusi pada kedudukan yang betul iaitu
dengan menolak masuk kerusi ke bawah meja menyebabkan perpustakaan
kelihatan bersepah dan tidak teratur. Tambahan pula, ia juga boleh membahayakan
keselamatan pengguna jika pengguna perpustakaan secara tidak sengaja terlanggar
kerusi tersebut yang boleh mengakibatkan kecederaan.

OBJEKTIF PROJEK

Objektif projek "Sensor Posisi Pintar" adalah untuk membangunkan sistem yang
boleh mengingatkan para pelajar jika mereka gagal untuk meletakkan kembali kerusi
pada kedudukan yang betul selepas digunakan. Sistem ini boleh melaksanakan
tugas-tugas seperti berikut;
1) Mengesan kerusi yang tidak diletakkan pada kedudukan yang betul di bawah
meja perpustakaan.
2) Mengingatkan pelajar yang terlupa untuk meletakkan kerusi kembali pada
kedudukan yang betul.

5
BAGAIMANA SISTEM “SENSOR POSISI PINTAR” BERFUNGSI

Sistem “Sensor Posisi Pintar” berfungsi dengan mengesan kerusi yang tidak
diletakkan dengan betul setelah digunakan oleh pelajar di perpustakaan. Sistem ini
terdiri daripada 3 komponen utama. Komponen pertama ialah unit penderia. Unit ini
mengandungi 3 transduser jarak ultrasonik. Transduser jarak ultrasonik mengukur
jarak dengan menghantar gelombang bunyi dan menunggu pantulan bunyi yang
dikesan oleh transduser. Jumlah masa yang diambil untuk gelombang bunyi
dipantulkan akan digunakan untuk mengira jarak objek dengan mengambil kira
kelajuan bunyi dalam udara. Pengiraan ini dilakukan oleh unit pengawal mikro.
Sekiranya sensor ultrasonik diletakkan di bawah meja, ia boleh digunakan untuk
mengesan kerusi yang tidak diletakkan dengan betul. Pengawal mikro yang
digunakan untuk projek ini ialah Arduino, elemen utama dalam projek ini. Ia
menentukan sama ada kerusi berada pada kedudukan yang betul atau tidak. Jika
kerusi tidak berada pada kedudukan yang betul, unit penunjuk akan berfungsi untuk
megingatkan pelajar yang terlupa. Terdapat dua penunjuk yang digunakan iaitu
cahaya dan bunyi. Penunjuk cahaya yang digunakan ialah lampu LED (Diod
Pemancar Cahaya) dan penunjuk bunyi pula menggunakan buzzer piezoelektrik.
Rajah 1.0 menunjukkan lakaran sistem yang dipasang di bawah meja perpustakaan.

Sistem Sensor Posisi Pintar


Meja

Kerusi pada kedudukan yang betul


Kerusi pada kedudukan yang salah

Gelombang bunyi

Rajah 1.0: Sensor Posisi Pintar

6
PROSES

“Sensor Posisi Pintar” berada dalam mod bersedia untuk mengesan kerusi atau
objek yang tidak diletakkan di bawah meja.

Apabila kerusi atau objek tidak berada di bawah meja, sensor akan mengesan dan
memberi isyarat kepada Arduino.

Lampu LED (Diod Pemancar Cahaya) akan menyala dan buzzer akan bergetar
untuk menghasilkan bunyi.

3 SENSOR PENUNJUK PENGAWAL


MIKRO

7
KOS PENGHASILAN "SENSOR POSISI PINTAR"

Perbelanjaan yang digunakan untuk menghasilkan sistem "SENSOR POSISI


PINTAR" ditunjukkan dalam jadual 1.

Jadual 1.0

BAHAN-BAHAN KOS

PERSPEX RM 40

SET ARDUINO RM 80

SENSOR / WAYAR RM 10 X 3 = RM 30

POWER BANK RM 30

VERA BOARD KITAR-SEMULA

SKRU RM 2.50

GAM KITAR-SEMULA

SENARAI BAHAN

8
PERSPEX GAM SET ARDUINO

SENSOR / WAYAR VERO BOARD SKRU

PROSES PEMBANGUNAN PRODUK

UKUR POTONG PERSPEX

TEBUK GABUNGKAN INTEGRASI


ELEKTRONIK
9
PEMASANGAN

PENGATURCARAA
N SENSOR

KELEBIHAN SISTEM “SENSOR POSISI PINTAR”

Sistem ini sedang diuji di perpustakaan sekolah kami untuk menentukan


keberkesanannya. Hasil awal menunjukkan bahawa sistem ini sangat bagus kerana
ia berjaya mengurangkan bilangan kerusi yang tidak diletakkan pada kedudukan
yang betul.
1. "Sensor Posisi Pintar" adalah sistem mesra pengguna yang dapat membantu
mendisiplinkan pelajar.
2. "Sensor Posisi Pintar" adalah mudah alih, pantas dan memerlukan
pemasangan yang mudah
3. Faktor keselamatan pelajar diambil kira dalam merekabentuk Sensor Posisi
Pintar.
4. Sistem ini boleh ditambahbaik dengan mudah oleh pengguna lain kerana
menggunakan pengawal mikro Arduino. Ianya boleh dipertingkatkan lagi
10
dengan sambungan tanpa wayar seperti sambungan bluetooth pada telefon
pintar.

Atas sebab-sebab ini, kami telah merujuk sistem ini sebagai sebuah 'kit' berteknologi
tinggi yang boleh ditambahbaik bergantung kepada kreativiti pengguna dan
kemajuan peranti atau sensor di masa hadapan. Kami berharap pengguna sistem ini
khususnya para pelajar, dapat meningkatkan kreativiti dan inovasi selaras dengan
hasrat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam menjadikan Malaysia
sebuah negara maju pada tahun 2020.

11

You might also like