You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PEKAN

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

Tajuk:
PROGRAM PERMAINAN BOWLING
PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

Tempat:
PUSAT BOWLING JITRA MALL,
JITRA, KEDAH

Tarikh:
11 NOVEMBER 2013

Anjuran:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK PADANG PEKAN

Disediakan Oleh:
PN CHE ROSHILAH BT SHUIB
Guru Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Padang Pekan
1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang


seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan
Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar Pendidikan Khas yang mampu
membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang
keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas
ini, pelbagai program telah disusunatur sebagai langkah untuk mencapai
matlamat di atas. Penyertaan pelajar sama ada secara langsung atau tidak
langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati dalam dunia
pendidikan khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan itu, satu
program “Permainan Bowling” telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas.
Ianya merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar yang berupaya berdikari,
mampu merancang dan seterusnya menguruskan kehidupan.

2.0 MATLAMAT

Program “Permainan Bowling” ini diharapkan dapat membuka minda pelajar


keperluan khas dalam :

a. Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar untuk dijadikan sumber
dorongan ke arah perkembangan sikap positif.

b. Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri bagi pelbagai


aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.

3.0 OBJEKTIF

Program “Permainan Bowling” ini dirangka dengan berobjektifkan seperti


berikut :

a. Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus pelajar.

b. Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar.

c. Mempertingkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar dan masyarakat


sekeliling.

d. Menenangkan fikiran pelajar.

e. Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan pelajar.

1
4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program “Permainan Bowling” ini dirasakan perlu dilaksanakan


memandangkan ianya merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menarik bagi pelajar-pelajar berkeperluan khas. Ia juga bagi
memenuhi silibus yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani. Selain itu, seharusnya pelajar ini perlu didedahkan dengan dunia luar
agar mereka tidak terbatas dalam ruang lingkup pendidikan yang ada malahan
turut menceburkan diri dalam pengisian program yang bersifat riadah. Adalah
menjadi harapan agar program ini mampu mengubah sifat rendah diri pelajar
dan seterusnya ke arah pemantapan sikap yang lebih terbuka ke arah cabaran
masa depan.

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh : 11 November 2013


Hari : Isnin
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Bowling Jitra Mall

6.0 SASARAN

Kumpulan Lawatan Sambil Belajar ini terdiri daripada :

a. Murid-murid PPKI SK Padang Pekan - 31 orang


b. Guru Pengiring & Pembantu - 7 orang
Jumlah 38 orang

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara RM

1. Pendaftaran murid : RM 7.00 x 31 orang 217.00

2. Makan dan minum : RM 7.00 x 31 orang 217.00

3. Hadiah : Johan : RM 10.00 x 3 kategori* 30.00


Naib Johan : RM 7.00 x 3 kategori* 21.00
Ketiga : RM 5.00 x 3 kategori* 15.00
Saguhati : RM 5.00 x 25 orang murid 125.00
4. Pengangkutan : RM 10.00 x 6 buah kereta 60.00

JUMLAH KESELURUHAN 685.00

[ * a. Murid Tahap 1 b. Murid Tahap 2 c. Guru dan PPM ]

2
8.0 SENARAI PERALATAN

i. Peralatan Umum
a. Plastik
b. Peti pertolongan cemas

ii. Peralatan Persendirian


a. Pakaian (mengikut keperluan) - Pakaian sukan
b. Ubatan persendirian
c. Makanan ringan

9.0 JADUAL PROGRAM

11 NOVEMBER 2013 (ISNIN)


8.00 pagi : Minum pagi
8.30 : Bertolak ke Pusat Bowling Jitra Mall
8.50 ; Dijangka tiba di Pusat Bowling Jitra Mall
9.00 : Taklimat
- aktiviti yang akan dijalankan
- tujuan aktiviti
- peraturan sebelum, semasa, dan selepas berada di
Pusat Bowling Jitra Mall.
9.30 : Menjalani aktiviti permainan bowling
11.00 : Penyampaian hadiah
11.30 : Makan tengah hari
12.00 tengah hari : Berkemas
12.10 : Bertolak pulang ke SK Padang Pekan
12.30 : Dijangka tiba di SK Padang Pekan

10.0 SENARAI NAMA MURID

Lihat Lampiran A

11.0 SENARAI NAMA PENGIRING

Lihat Lampiran B

3
12.0 PENGANGKUTAN

Lihat Lampiran C

13.0 SENARAI PERATURAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING

Lihat Lampiran D

14.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan
dan seterusnya mendatangkan manfaat khasnya kepada pelajar Pendidikan
Khas Sekolah Kebangsaan Padang Pekan. Selain daripada memberikan
kelainan dalam corak pengajaran dan pembelajaran, program ini juga
diharapkan dapat membentuk keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan dunia
luar yang semakin mencabar. Semoga segala matlamat yang ingin dicapai
mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t dan memperolehi keberkatan-Nya.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………. ……………………………………..
(CHE ROSHILAH BT SHUIB) (RUZMA EZZANIE BT OTHMAN)
Setiausaha Program Penyelaras
PPKI (Masalah Pembelajaran) PPKI (Masalah Pembelajaran)
Sekolah Kebangsaan Padang Pekan Sekolah Kebangsaan Padang Pekan
06000 Jitra, Kedah Darul Aman 06000 Jitra, Kedah Darul Aman

Disahkan Oleh:

…………………………….
(HJ ZAINON BIN YAHYA)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Padang Pekan
06000 Jitra, Kedah Darul Aman

4
Lampiran A

SENARAI NAMA MURID

Bil Nama Murid No. KP/SB

1 AMIR ASRAFF B MOHAMMAD MUTAZA 020527-02-0517

2 AMERUL HAFIZ B HIRMI AM40295

3 NURDIANA BT MOHAMAD 990701-02-5266

4 MUHD AKID SYAZWAN B BASARI 031122-02-0221

5 NURUL SHUHADA BT NIK SHAHRUL LIZAM 031005-02-0070

6 MUHD AMIRUL B HASNI 011118-02-1063

7 MUHD SOBRI B NIK SHAHABUDIN 010605-02-1265

8 MOHD AKMAL HISYAM B IBRAHIM 030621-10-2091

9 SYAWANI BT NORDIN 010806-02-0828

10 NURUL AIN AQILAH BT SYAHRIL BK61404

11 NURUL NUR ATIQAH BT JALANI 000423-02-0960

12 MOHD RIDZUAN B NIK SHAHABUDIN AP70900

13 MOHD FAKHRUL HAKIMI B ABDULLAH 020629-02-0729

14 MOHD AKASYAH B AZRI 041206-02-0869


MOHD DANIAL HAYKAL B MOHD SADARUL
15 040825-14-0865
ERWANE
16 MOHD SHAHFIK B ABDUL RAZAK AU91734

17 SHARIFAH RODZIAH BT SYED BAHARUDIN AW64242

18 MUHD FAKRULLAH B MAHADZIR AX61835

19 MUHD HASBULLAH B MAHADZIR BH64098

20 MUHAMMAD HAFIZ B ZULKIFLI 001222-02-0811

21 MUHD SYAHRUL NIZAM B SHAIK MOHAMAD AV44853

22 NURUL HUDA BT ROSLAN BE76215

23 AHMAD ADLI B NIK HASAN AX44020

24 MOHD NAJMI HAIKAL B YUSDEE BB92837

5
Bil Nama Murid No. KP/SB

25 MUHD FARIS B OMAR 040101-07-0339

26 NUR ATIQAH BT MOHD NOR 051003-02-0198

27 MUHAMMAD SHAHIR B TAJUDDIN 040508-02-0851

28 MUHAMMAD SYAMIL B TAJUDDIN 040508-02-0907

29 MUHAMMAD FIKRI B CHE JAMALUDDIN 040518-08-0583

30 MOHAMAD ZAIDI B NIK SHAHABUDIN 040507-02-0577

31 MOHD NAZARIL HAKIMI B YUSDEE BL90705

6
Lampiran B

SENARAI NAMA PENGIRING

Bil Nama No. KP JAWATAN

1 PN CHE ROSHILAH BT SHUIB GURU

2 PN AZAHHANIM BT AZIZAN GURU

3 EN RAMLI B ISHAK GURU

PN NURUL JAWAHIR BT ABDUL


4 GURU
MAJID

5 PN KHALIJAH BT ISMAIL PPM

6 PN NOR AMIRAH BT AYUOB PPM

7 PN NORAZLINA BT CHE MAN PPM

8
Lampiran C

SENARAI PENGANGKUTAN
(Kereta)

No. Pendaftaran
Bil Nama Pemilik Kenderaan Jenama
Kenderaan

1 PN CHE ROSHILAH BT SHUIB

2 EN RAMLI B ISHAK

3 PN AZAHHANIM BT AZIZAN

4 PN KHALIJAH BT ISMAIL

5 PN NOR AMIRAH BT AYUOB

6 PN NORAZLINA BT CHE MAN

9
Lampiran D

SENARAI PERATURAN PROGRAM PERMAINAN BOWLING

1. Semua guru, PPM dan pelajar mesti menepati masa, dan semua peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Penganjur Program.

2. Mesti mengutamakan aspek-aspek keselamatan supaya kejadian yang tidak


diingini berlaku.

3. Sentiasa memakai tanda nama untuk memudahkan urusan mengenalpasti ahli


kumpulan lawatan. Tanda nama tersebut mestilah dipakai sebaik sahaja
program lawatan berlangsung, sebarang kehilangan hendaklah dilaporkan
segera kepada urusetia penganjur.

4. Semua murid, guru dan PPM perlu mengikuti semua aktiviti yang telah
ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh menyebabkan program lawatan
terganggu.

5. Bagi memastikan program lawatan yang diatur tidak mengalami sebarang


masalah, guru, PPM dan pelajar perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap-
sedia untuk mengikuti sebarang aktiviti.

6. Pelajar tidak dibenarkan memegang jumlah wang yang banyak. Wang yang
dibekalkan oleh penjaga hendaklah diserahkan kepada guru pengiring yang
akan ditugaskan menjaga kumpulan pelajar di bawah jagaannya.

7. Semua pelajar dan ahli rombongan mesti menunjukkan tingkah laku yang baik
semasa mengikut program ini, sebarang bentuk kata-kata yang kasar serta
boleh menyinggung perasaan mana-mana pihak adalah dilarang.

8. Pelajar mesti berjalan dalam kumpulan dan sentiasa mengikut arahan guru atau
PPM.

9. Semua guru dan PPM harus menjaga keselamatan dan bertanggungjawab


terhadap pelajar di bawah jagaannya.

10. Jika ada pelajar yang ingin membeli barangan atau apa sahaja mestilah
memaklumkan kepada guru pengiring atau PPM.

“Kerjasama Mematuhi Arahan Dan Peraturan Akan


Menjamin Keselamatan Ahli Rombongan”

10

You might also like