You are on page 1of 10

GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang


menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus
dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan
emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang
dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu.

Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai


kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi
yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah
antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat
dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi
definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi
boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang
murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak
stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan
terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu
perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan
mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress
kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait


dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca
berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah
persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh
keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain
lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada


persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan
emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam
kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan
kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan
oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati
bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana
dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud
murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana
persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan


membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak
selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan
ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara
langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan
menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca


murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga
selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam
kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif
atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang
tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan,
penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan,
dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan,


mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru.
Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu
memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa
yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan
selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi
dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa
susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan
lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan


kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai,
terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan
emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh
keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah
laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara
satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga
yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan
sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain,
demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan
meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan
aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam
melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang


sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang
besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah
satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat
kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa.
Perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan
personalitinya. Mereka juga akan suka membantu, bijak
bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan
aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria,


bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha,
dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak
disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri
yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan
berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba
menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan
menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid
yang disukai oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri
hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak
menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-tanda gangguan
emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah
laku murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid


Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan.
Seperti yang dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The
Stress of Life "No one can liveWithout experiencing some degree
of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi
sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk
memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat
penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah
(Iohnson, 1997). Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal
oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang
negatif Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak
sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara
sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka
sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan
makan berlebihan atau menahan lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang


dialami oleh pelajar mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri
yang rendah (Arora, Kurnari dan Enright, 1988; Youngs, Rathge,
Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang lemah (Cole dan
Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku
delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan
(Mates dan Allison (1992). Penemuan yang diperolehi oleh para
pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak terkawal
boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang
mengalaminya. Justeru, identifikasi awal kepada simptom-
simptorn tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara
simptom-sirnptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan
ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak dapat
tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan
selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan
kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.
Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan
terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu
mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang
abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana
mana pelajar jika terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan


rasa tidak gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka
telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun
kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan
menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa
makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan


mengamali keletihan yang melampau dan kurang bertenaga,
menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata berkelip-kelip dan
menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada
setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku
untuk mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak
berupaya rnembuat keputusan dan hilang sifat kelucuan.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara


yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut
berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar yang mengalaminya
berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang
dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa
mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari
bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh
mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang
mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri pelajar.
Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan
Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap


individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu
tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini
kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka
tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara
langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan
pihak sekolah adalah seperti berikut:

Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat


demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa
suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara
guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini
boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-
murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan
demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra
satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kumpulan.

Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid


untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru
harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti
kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti
pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan
pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan
merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi
menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka
diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid
untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru


yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala
diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini
bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain
menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh
menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak
balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi
tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji
diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.
Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.

Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti


bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan
sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah
peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai
dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru
harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat
menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan
tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini
dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.
Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh


menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai
tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program
ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan
emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal
tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy


iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil
inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya
demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau
menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala
perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling
berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat


perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat
khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel
yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga
perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada
ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya.
Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan
dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincangan
antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga
cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat
bersama-sama.
Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang
berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan
menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan
emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang
cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai
tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali
ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi
peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang
tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki
tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya
mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah
terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan
memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau
murid itu mengalami gangguan emosi.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan


kerjaya. Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri
yang yang lebih positif.

Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling


berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka
dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu
seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk
menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan
dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Sekian.

You might also like