You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE UNIVERSITI OF NORTTINGHAM MALAYSIA, SELANGOR

1.0 PENGENALAN

Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan,


banyak pengalaman”, maka Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Bandar Springhill
telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar Universiti Norttingham
Malaysia, UNiM Selangor . Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan
satu program yang amat baik untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia kampus.
Melalui program ini juga, diharapkan murid-murid dapat menanam impian dan cita-
cita untuk menyambung pelajaran di universiti

2.0 RASIONAL

Merupakan salah satu aktiviti tahunan PPSR yang terdapat dalam kurikulum
bagi mengukuhkan PdP murid disamping memperluaskan pengetahuan mereka
tentang keindahan dan keunikan Universiti. Selain itu juga lawatan ini memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Negara ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang budaya penduduk di negara


kita
3.2 Dapat memberi pendedahan kepada murid tempat untuk melanjutkan pelajaran
di IPTA
3.3 Dapat menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi
3.4 Dapat menimba pengalaman melalui lawatan yang diikuti.
3.5 Dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim
di kalangan murid dan guru.
4.0 SASARAN

31 orang murid STBS Tahun 6


Tumpuan kepada murid yang menunjukkan prestasi akedemik yang cemerlang dan
kurang berkemampuan.

5.0 GURU PENGIRING

1. Pn . Logarani Kishnan
2. En. Gobikrishna
3. Pn.Sheela
4. Pn. Vinimlar

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 22 Jun 2019


Hari : Sabtu
Masa : Bertolak dari sekolah -7.00 pagi(Sabtu)
: Bertolak balik 4.00 petang (Sabtu)
Tempat : Universiti Norttingham Malaysia , UNiM
7.0 SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA LAWATAN

Pengerusi :Pn.T.Ananthi(Guru Besar SJKT BANDAR SPRINGHILL)


Nasib pengerusi :Pn. S.Sumathy (GPK Kurikulum)
Setiausaha :Pn. K.Logarani
Bendahari : Pn S.Vinimalar
AJK : Pn B.Punitha
Pn A.Sheela
En.Kuganeswaran
Pn S.Saraswathy
Pn S.Vinimalar

7.0 AJK kerja


Ketua Lawatan : Pn. S.Sumathy (GPK Kurikulum)

Pengurusan Lokasi dan Surat-menyurat


Pn. K.Logarani
Pengurusan Makanan
Pn A.Sheela
Pengurusan Pengangkutan
En.Kuganeswaran
Dokumentasi
Pn. K.Logarani
: Pn B.Punitha
Pengurusan Disiplin/Keselamatan
Semua Guru Pengiring

8.0 TENTATIF PROGRAM

7.00 am : Bertolak dari sekolah

Tarikh : 22/06/2019 (Sabtu)


7.00 am - 9.30 am : Sarapan pagi + Bertolak
10.00 am - 01.00 pm : Universiti (Program Akademik/Motivasi)
01.30pm - 2.00 pm : Makan Tengahari
2.00 pm : Persiapan Pulang
3.00pm : Dijangka sampai ke Sekolah

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN LAWATAN KE NORTTINGHAM

MALAYSIA, SELANGOR

1. Makanan

a. Sarapan :RM5.00 x 35 orang = RM175.00 (1 hari)

b. Makan tengah hari : RM 5.00 x 35 orang = RM 75.00 (1 hari)

2. Pengangkutan

a. Bas dan N.Sembilan = RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN ANGGARAN PERBELANJAAN RM 750.00

Penutup

Diharapkan lawatanr ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil kerjasama antara pihak
Sekolah Kebangsaan Tamil Bandar Springhill dan pihak UNiM. Sokongan penuh daripada
pihak UNiM Group Bhd amat diperlukan bagi merealisasikan lawatan ini. Diharap segala
pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh daripada lawatan ini dapat diaplikasikan oleh
murid-murid sewaktu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………..…. …………………………

( LOGARANI A/P KISHNAN ) ( Pn.T.ANANTHI)

Penyelaras PPSR 2019. Guru besar STBS

You might also like