You are on page 1of 7

PERMAINAN KOTAK BERACUN

Objektif permainan:
 Untuk mengeratkan hubungan silaturahim
 Untuk memupuk sifat keberanian dan berfikiran terbuka dalam diri

Peraturan Permainan
1. Terbuka kepada semua peringkat umur yang sporting
2. Anda diminta untuk buat satu bulatan yang besar
3. Satu kotak berisi arahan akan diberikan kepada pemain dalam bulatan
dan setiap pemain diminta untuk menghulurkan kotak tersebut kepada
pemain di sebelahnya semasa muzik sedang dimainkan.
4. Apabila muzik telah diberhentikan, pemegang terakhir dikehendaki
mencabut undi kertas arahan di dalam kotak tersebut dan membuat
aktiviti seperti dalam kertas arahan.
5. Sekiranya, pemain tidak dapat melaksanakan arahan tersebut, pemain
masih diberi peluang untuk memilih salah seorang daripada ahli keluarga
beliau untuk membantu beliau membuat aktiviti seperti dalam kertas
arahan.
6. Selesai membuat tugasan, pemain akan diberi hadiah. Manakala yang
TIDAK BERJAYA tidak akan menerima hadiah.
Anda diminta untuk menyanyikan
Lagu NEGARAKU dengan penuh semangat

Anda diminta untuk mencari 4 orang


rakan/ahli keluarga untuk membuat satu
perbarisan kawad kaki. Anda dikehendaki
mengetuai perbarisan tersebut.

Anda diminta untuk melaungkan MERDEKA


sebanyak 3 kali sepenuh hati dengan
mengibarkan Bendera Malaysia (Jalur
Gemilang).
Anda diminta melakonkan satu watak
P.Ramlee dalam mana-mana lakonan cerita
beliau.

Anda diminta untuk berjalan seperti itik


terkedek-kedek sambil berbunyi “quack
quack”.

Anda diminta untuk menyanyikan sebuah


lagu kanak-kanak

Anda diminta untuk melakonkan sebagai


pembaca berita, menggunakan loghat
negeri anda yang sedang melaporkan kisah
sedih bertemakan “tempoyak”.
Anda diminta untuk menjadi jurulatih sukan
untuk melakukan senaman ringkas
dihadapan semua pemain.

Bayangkan anda seekor rama-rama


tercantik, angkuh dan terbang bebas di
sebuah taman bunga. Sambil terbang anda
perlu memberitahu rama-rama lain bahawa
andalah rama-rama yang tercantik di
kalangan rama-rama berserta lenggok
badan.
Lakonkan watak seorang penjual buah.
Anda perlu menyakinkan seorang peserta
untuk membeli buah anda.
Anda diminta untuk melakonkan aksi seekor
orang utan.
Anda diminta untuk menyanyikan lagu
kegemaran anda di hadapan semua peserta.
Anda diminta untuk menceritakan 3 hobi
anda menggunakan “Bahasa Isyarat” dan
memastikan peserta lain dapat meneka
hobi-hobi anda tersebut.
Ceritakan cita-cita anda yang tidak
kesampaian.
Anda dikehendaki mencium dinding atau
pokok sambil mengungkapkan kata-kata
berikut dengan penuh perasaan" I
LoveYouuu, I missYouuu, Muaaaaaah
Berikan contoh ayat anda memikat orang
yang anda minati.
Lakonkan watak Karam Singh Walia yang
sedang membuat liputan berita mengenai
pencemaran alam berserta pantun
Sampaikan satu cerita mengenai “Aku
sebuah kereta”
Anda diminta berjalan seperti model sambil
memperagakan baju yang sedang di pakai
Anda perlu menari mengikut tema lagu yang
dimainkan.
Anda diminta menyanyi secara miming
(menggerakkan bibir) mengikut lagu yang
dimainkan.
Anda diminta untuk menceritakan 3 perkara
mengenai diri anda yang tidak diketahui
oleh orang lain.
Anda diminta untuk mendeklamasikan sajak
ini.

You might also like