You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PERAK

34200 PARIT BUNTAR, PERAK

KERTAS CADANGAN

PROGRAM “ASK’ for ABC


TINGKATAN 1

TARIKH:
17 OKTOBER 2017 (SELASA)

MASA :
9.00 PAGI – 11.00 PAGI

TEMPAT:
SURAU BAITUL HIKMAH
1.0 Rasional

Berdasarkan kepada analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan Satu 2017,


didapati tiada pelajar memperoleh gred A dalam mata pelajaran Asas Sains
Komputer (ASK). Kebanyakan pelajar didapati kurang memanfaatkan waktu
selepas persekolahan. Pelajar kurang membuat ulangkaji. Tambahan pula ASK
ialah subjek yang baru diperkenalkan dalam kurikulum KSSM. Pelajar juga sering
membuat persediaan peperiksaan di saat-saat akhir. Justeru itu, program ASK for
ABC (Target Asas Sains Komputer : Gred A,B dan C) dirancang untuk mengatasi
masalah ini.

2.0 Objektif

2.1 Memantapkan kemahiran pemikiran komputasional di kalangan pelajar.


2.2 Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai soalan-soalan ASK dan cara
menjawab.
2.3 Merapatkan hubungan antara pelajar kelas RK dengan kelas 1A1.
2.4 Meningkatkan pencapaian pelajar sekurang-kurangnya mendapat gred A,B
atau C.

3.0 Sasaran

Semua pelajar Tingkatan 1RK1, 1RK2, dan 1A1 (63 orang)

4.0 Tarikh Pelaksanaan

Hari : 16 Oktober (Isnin)


Masa : 9.00 - 11.00 pagi |
Tempat : Surau Baitul Hikmah

5.0 Sistem Pelaksanaan

5.1 Pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibekalkan Modul ASK for ABC.
5.2 Guru muda setiap kumpulan bertanggungjawab membimbing ahli kumpulan
dalam proses penyelesaian masalah.
5.3 Guru sebagai fasilitator dan memantau perjalanan program.

6.0 Sumber kewangan

Peruntukan PCG Panitia Asas Sains Komputer


7.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : Hjh. Sepiah bt Mohd Saphi


Timbalan Pengerusi : Hjh. Sabihah bt Hj Omar
Naib Pengerusi : Hjh. Rohana bt Ahmad
Penyelaras : En. Mohamad Padeli bin Salleh
Pengurus : Ku Noor Hayati bt Engku Mohamad Salleh
S/U : Tan Chew Lee

8.0 Anggaran Perbelanjaan

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Wang PCG RM126.00 Bahan Cetakan RM126.00
(63 orang pelajar x RM2.00)
JUMLAH RM126.00 JUMLAH RM126.00

9.0 Penutup

Dengan pelaksanaan program ini diharapkan pelajar memperoleh manfaat dalam


menjawab soalan ASK dan seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam
Peperiksaan Akhir Tahun ini dan PT3 nanti.

Disediakan oleh , Disemak oleh,

................................... ........................................
(KU NOOR HAYATI E. MOHD SALLEH) (EN MOHAMAD PADELI BIN SALLEH)
PENYELARAS PROGRAM KETUA BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL

Disemak semula oleh, Disahkan oleh,

...................................... ............................................
(HJH SABIHAH BT HJ OMAR) (HJH SEPIAH BT MOHD SAPHI)
PENOLONG KANAN PENGETUA

You might also like