You are on page 1of 5

ANUGERAH TOKOH

Beliau dilahirkan pada_____________________ di ___________________. Anak


____________ daripada _________ adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di
___________________.
Amat meminati mata pelajaran __________________ dan _________________ serta
bercita-cita untuk menjadi ahli ____________________ suatu masa nanti. Pada masa
lapangnya, beliau gemar bermain ______________________.
Menjawat jawatan sebagai ______________________ dan juga merupakan
___________________ bagi Persatuan __________________. Beliau juga turut mewakili
sekolah dalam __________________ hingga ke peringkat _________________ dan pernah
mewakili sekolah ke pertandingan ______________________.
Dalam bidang akademik, beliau telah memperolehi ____________________ dalam Ujian
Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan memperolehi ______________ dalam
_________________. Beliau juga telah memperolehi _________________ dalam percubaan
UPSR baru-baru ini.

Penerima Anugerah Tokoh __________________ bagi tahun 2018 ialah:


_________________________________
ANUGERAH TOKOH SUKAN
Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 2006 di Hospital Slim River. Puteri kedua kepada Shamsol
bin Muda dan Liza Anna binti Mat Jusoh ini mendapat pendidikan awal di Pasti Al-
Mawwaddah.
Pendidikan rendahnya bermula di sk sungai behrang. Kemudian, beliau berpindah ke sk
bandar behrang 2020 hanya selepas beberapa bulan sahaja di sk sungai behrang. Di sekolah
inilah bakat bermain pingpong beliau dikesan. Semasa di Tahun 4, beliau telah dimasukkan di
bawah program Latihan Sukan Ping Pong oleh Pn.Wahyuni binti Radhuan.
Penglibatan beliau secara serius bermula pada tahun 2018 apabila memenangi pingat di
peringkat sekolah, peringkat MSSD dan MSS Perak. Beliau telah dipilih untuk mewakili
daerah dalam sukan ping pong ke peringkat negeri perak.
Beliau juga bukan sahaja aktif dalam sukan ping pong malah dalam sukan hoki. Hasil
daripada itu, beliau telah terpilih sebagai wakil daerah batang padang dan muallim ke
pertandingan hoki peringkat negeri perak.
Tambahan lagi, beliau juga merupakan seorang pemegang tali pinggang hitam dalam sukan
tae kwan doe. Beliau telah mewakili negeri perak ke pertandingan tae kwan do kebangsaan
dan telah mendapat tempat kedua.
Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang robotik dan Eco-School. Dalam bidang robotik
pada tahun 2016, telah mendapat anugerah reka bentuk terbaik di pertandingan robotik
peringkat Kebangsaan. Dalam bidang eco-school, beliau telah menjadi wakil negara Malaysia
ke Medan Indonesia, sebagai Duta Eco-School Malaysia.
Beliau yang diperkatakan ialah ___________________________.

Tahniah diucapkan.
ANUGERAH TOKOH SAHSIAH
Tokoh sahsiah pada tahun ini merupakan seorang murid yang sangat berketrampilan dan
berdedikasi. Dibesarkan dan dididik dalam sebuah keluarga yang penuh kasih sayang.
Beliau dilahirkan pada 3 Oktober 2006 di Pulau Pinang. Beliau merupakan anak ke dua
daripada tiga orang adik-beradik..
Tokoh sahsiah ini juga menggalas beberapa jawatan penting di sekolah. Beliau merupakan
Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks dan sering membantu guru memastikan buku teks di
sekolah ini terpelihara. Mempunyai cita-cita yang murni iaitu sebagai doktor yang sedia
membantu insan yang berada dalam kesusahan. Beliau juga menunjukkan prestasi yang
sangat cemerlang dalam ko kurikulum.
Dari segi Ko kurikulum, tokoh murid ini telah mewakili sekolah ke peringkat daerah batang
padang dan muallim dalam pertandingan olahraga. Murid ini sering disebut-sebut dalam
kalangan guru atas sikapnya yang ringan tulang dan sering menawarkan diri untuk membantu
guru-guru. Ketokohan dan kewibawaan murid ini serta sikap menghormati guru dan rakan-
rakan memberi impak yang sangat besar untuk ditabalkan sebagai Tokoh Sahsiah bagi tahun
2018. Murid yang dimaksudkan ialah adik ........................................................
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK

Tokoh ini dilahirkan pada 13 April 2006 di Hospital Slim River. Murid ini bercita-cita
menjadi seorang doktor pakar dalam bidang di masa akan datang. Dia berjaya mencapai
keputusan 6A dalam peperiksaan percubaan UPSR dan merupakan satu-satunya murid yang
telah memperoleh 6A. Pendidikan awal murid ini bermula di PASTI Proton City dan
kemudian berpindah ke PASTI Al-Mawwaddah pada usia 5 tahun. Tokoh ini telah
memulakan sekolah rendahnya di sekolah ini sejak tahun 1 sehingga kini.

Mata pelajaran matematik merupakan mata pelajaran yang diminati dan berjaya mengekalkan
keputusan yang cemerlang dalam setiap ujian yang didudukinya. Dalam bidang kokurikulum,
murid ini salah seorang atlet olahraga sekolah dan berjaya menjadi Naib Johan 4x100m dan
4x200m dua tahun berturut-turut.

Murid ini telah dipilih sebagai penerima tokoh akademik 2018 kerana telah menunjukkan
prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik serta mendapat pengiktirafan daripada guru-
guru dan murid-murid Sk Bandar Behrang 2020.

Murid ini merupakan puteri sulung daripada dua orang adik beradik kepada pasangan En.
Nazrol bin Mohd Haruddin dan Pn. Herda binti Rusli.

Murid yang dimaksudkan ini ialah __________________.

Tahniah diucapkan...
ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM

Beliau dilahirkan pada 20 November 2006 di Sungai Buloh. Murid ini merupakan putera
bongsu daripada 4 orang adik beradik kepada pasangan En. Kamarul Azizi bin Oree dan Pn.
Azuraniza bin Abu Samah.

Murid ini bercita-cita menjadi seorang pemain E-Sukan profesional. Mata pelajaran
matematik merupakan mata pelajaran yang diminati. Dalam bidang kokurikulum, murid ini
salah seorang pemain catur sekolah dan berjaya menjadi johan peringkat daerah batang
padang dan muallim. Murid ini terpilih mewakili daerah ke pertandingan Majlis Sekolah
Sukan Negeri Perak Catur.

Selain itu juga, murid ini aktif dalam persatuan pengakap di sekolah. Kesan daripada itu,
tokoh ini telah menerima anugerah tertinggi pengakap kanak-kanak pesuruhjaya negeri perak
(RAMBU), Johan KAHOOT Jota Joti Pengakap negeri perak 2018, menyertai jambori
antarabangsa di Pattani, Thailand, dan menjadi johan SEMAPHORE Jota Joti 2017 di
Pengkalan hulu, Perak. Tokoh ini juga telah menjawat jawatan sebagai pembimbing rakan
sebaya dan sering kali membantu rakan-rakan yang bermasalah. Murid ini telah dipilih
sebagai penerima Anugerah tokoh kokurikulum 2018 kerana telah menunjukkan prestasi yang
cemerlang dalam bidang kokurikulum dan tertinggi dalam kalangan murid-murid SK Bandar
Behrang 2020 dan juga sehingga ke peringkat antarabangsa. Kedua dua ibu bapa beliau
adalah warga pendidik yang sentiasa menabur bakti dalam mendidik anak bangsa tanpa jemu.

Murid yang dimaksudkan ini ialah ___________________________.

tahniah diucapkan...

You might also like