You are on page 1of 1

Bil Kata Panggilan Hormat Pihak Terbabit

1 Saudara/saudari Digunakan untuk orang lelaki / perempuan


yang dihormati
2 Tuan Haji / Puan Hajah Digunakan untuk orang lelaki / perempuan
yang telah menunaikan fardhu Haji
3 Yang dikasihi Rakan-rakan
4 Yang dihormati Ibu bapa , pengerusi majlis
5 Yang Berbahagia Golongan kehormat.
Cth:Pengetua , ustaz , Guru Besar , guru
6 Yang Berusaha Pengarah / Ketua jabatan
7 Yang Arif Digunakan untuk hakim
8 Yang Amat Arif Tuan Hakim Negara. Digunakan dalam
situasi formal di mahkamah
9 Tuan , Encik Digunakan untuk orang lelaki yang
dihormati
10 Puan Digunakan untuk orang perempuan yang
dihormati/telah berkahwin
11 Cik Digunakan untuk orang perempuan yang
belum berkahwin
12 Yang Berhormat Panggilan untuk ahli politik

Gelaran Kehormat vs Panggilan Kehormat


Gelaran Kehormat adalah kata sebutan untuk diri sebagai pernyataan hormat. Ia dilafaz atau ditulis
sebelum nama penuh seseorang individu. Contoh:Tun,TanSri, DatukSeri

Panggilan Kehormat adalah kata-kata untuk menyeru atau menyapa diri seseorang dengan penuh hormat
sebelum menyebut gelaran kehormat dan nama penuh atau nama jawatan. Contoh:
Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Mulia

Dato’
Dato’ ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah
Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.
contoh: Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Sheila Majid

Datuk
Datuk ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Yang Dipertua, seperti Melaka, Sarawak, dan Sabah. contoh:
Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan.

Panggilan Hormat & Jawatan/ Pangkat

Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Sultan, Yang Amat Berhormat Perdana
Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri Besar / Ketua Menteri, Yang Berhormat Menteri, Ahli
Parlimen / DUN / Senator/SUK/Pegawai Kewangan Negeri/ Pegawai Undang-undang Negeri/ Dato’ Johor
Yang Setia PDRM/ATM, Yang Amat Arif / Yang Arif Ketua Hakim / Hakim, Yang Berbahagia Tetamu
Kehormat Dalam Majlis / Tan Sri /Datuk / Dato` / Datin, Yang Berusaha Pegawai Kerajaan (sekiranya
bukan Tetamu Kehormat)

You might also like