You are on page 1of 35

TERAS

BERBUDI BAHASA

1
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Memberi salam/bertegur sapa ketika bersua

AKTIVITI : Simulasi Salam

MASA : 30 minit

BAHAN : Nyanyian lagu yang mengandungi perkataan


“Assalamualaikum/Salam Sejahtera”.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

 Menyatakan konsep salam/bertegur sapa.


 Melafazkan ucapan salam/selamat sejahtera dengan sempurna.

LANGKAH :
 Ahli diminta menyanyikan lagu komersial yang mengandungi perkataan
“Assalamualaikum/Salam Sejahtera” di corong- corong radio.
 Ahli memberi sumbang saran galakan memberi salam/ucap selamat
sejahtera dan menjawab salam.
 Ketua kumpulan Usrah SUMUR merumuskan aktiviti dengan sebuah
kisah teladan berkaitan salam/ucap selamat sejahtera.

REFLEKSI : Mendahulukan memberi salam/selamat sejahtera dan


mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

2
LAMPIRAN

Adab pertama

 Urutan salam/ucapan selamat sejahtera yang Menggalakkan :


o Orang berkenderaan memberi salam/selamat
sejahtera kepada yang berjalan.
o Orang yang berjalan memberi salam/selamat
sejahtera kepada orang yang duduk
o Rombongan yang sedikit memberi salam/selamat sejahtera
kepada rombongan yang lebih banyak
o Yang kecil (muda) memberi salam/selamat sejahtera kepada
yang besar (tua)
Adab Kedua
 Adab mendahulukan salam/selamat sejahtera kerana orang yang
memulakan salam ialah orang yang paling mulia.

Adab Ketiga
 Adab berjabat tangan. Selain mengucapkan salam/selamat sejahtera,
adab yang indah bagi seorang ketika bertemu dengan saudaranya
adalah berjabat tangan dengan erat.

 Berwajah manis iaitu memberi senyuman dan


penampilan yang menyenangkan.
 Tidak memalingkan muka iaitu berusaha untuk
menatap orang ketika berjabat tangan.

3
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Mengutamakan orang dewasa dalam kebanyakan hal

AKTIVITI : Say… “Hello!”/Assalamualaikum

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar atau kad imbasan dengan kata sapaan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

 Mengenal pasti cara sapaan yang sesuai kepada orang dewasa


daripada aspek panggilan.

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR menyebut contoh sapaan


semasa di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.
 Ahli Usrah SUMUR menyebut mengenai sebab
sapaan tersebut digunakan.
Contoh-contoh panggilan kepada orang dewasa seperti “Tuan”, “Puan”,
“Encik”, “Cik”, “Pak Long” dan sebagainya.
 Ketua kumpulan menjelaskan kesesuai sapaan mengikut
protokol.

REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan yang mulia.

4
LAMPIRAN

Kata Ganti Dan Sapaan dalam Masyarakat

Hubungan Umur Kata Ganti Diri


Erat Lebih tua daripada Pak, pak cik, mak, mak cik
penutur/
Separuh umur

Lebih Erat Lebih tua daripada Pak cik + nama Pak


penutur/ + nama
Separuh umur Contoh : Pak cik Man
Pak Abu Mak cik +
nama Mak + nama
Contoh : Mak cik Limah
Mak Bedah

Kurang Jauh lebih tua daripada Tok + nama


Rapat penutur Contoh : Tok Munah
Rapat Jauh lebih tua daripada Pangkat dalam keluarga Contoh
penutur : Tok Cik
Nek + gelaran pangkat
dalam keluarga
Contoh : Nek Ngah

Rapat Lebih tua daripada Abang + nama Contoh:


penutur Abang Zaki

Kak + nama Contoh :


Kak Tijah

Rapat Lebih muda daripada Nama sahaja (jika diketahui namanya)


penutur Kalau tidak tahu Usrah
SUMURunakan panggilan adik sahaja.

Rapat Sebaya Nama sahaja


Kurang rapat Sebaya Saudara (lelaki) Saudari
(perempuan)

5
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Berdiri Ketika Bercakap Dengan Orang Lebih Dewasa

AKTIVITI : #Hormat

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

 Menyenaraikan cara menghormati guru.


 Menunjukkan simulasi menghormati guru.

LANGKAH :
 Ketua kumpulan meminta ahli Usrah SUMUR menyebut cara-cara
menghormati guru.
 Tunjuk cara menghormati guru seperti berdiri, tunduk hormat,
ucapan dengan nada sopan, senyum dan sebagainya.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang perbuatan tunjuk
hormat yang betul apabila bercakap dengan orang yang lebih
dewasa.

REFLEKSI : Hormat menghormati ialah amalan yang mulia.

6
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat Menghormati

CIRI-CIRI : Berlapang Dada Dengan Perbezaan Pendapat

AKTIVITI : Telur @ Ayam?

MASA : 30 minit

BAHAN : Gambar ayam dan gambar telur.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

 Menyatakan maksud perbezaan pandangan dalam sesuatu


perkara.
 Mengetahui adab-adab perbezaan pandangan
dalam sesuatu perkara.

LANGKAH :
 Perbincangan tentang teka teki tentang kewujudan ayam atau
telur.
 Setiap ahli berpeluang memberi pandangan masing-masing.

REFLEKSI :  Menghormati pandangan orang lain.


 Perbezaan pendapat ialah satu rahmat.

7
8
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Hormat-menghormati

CIRI-CIRI : Menerima Kekurangan Dan Kelebihan Tanpa Syarat

AKTIVITI : Sebutan Pantas

MASA : 30 minit.

BAHAN : Gambar lori merah dan kuning, jari tangan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dimiliki oleh setiap


orang.

LANGKAH :  Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow Lorry’ secara
bergilir-gilir.
 Ahli diminta menyebut frasa ‘Red Lorry Yellow Lorry’ secara
berulang-ulang.
 Ketua kumpulan membuat penilaian ke atas setiap ahli
seterusnya membuat rumusan ; ahli yang lancar menunjukkan
‘kelebihan’ dan ahli yang tergagap adalah sebaliknya.
 Ketua kumpulan meminta ahli melihat jari masing-masing dan
membuat refleksi.
 Ketua kumpulan mengaitkan aktiviti menyebut frasa di atas
dengan fungsi jari.

REFLEKSI : Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan umpama lima


jari; jempol (ibu jari) yang selalu berkata baik; telunjuk yang suka
memerintah; jari hantu yang sombong, paling panjang dan
menghasut jari telunjuk; jari manis menjadi teladan baik dan sabar
sehingga diberi hadiah cincin dan kelingking yang lemah tetapi
menurut perintah.
Namun, mereka tetap bersatu dan saling melengkapi.

9
10
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Memberi Pertolongan Tanpa Dipinta

AKTIVITI : Ringan Tulang

MASA : 30 minit

BAHAN : Pen, wang

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menerangkan konsep tolong-menolong dalam


kehidupan.
 Menyenaraikan bentuk-bentuk pertolongan yang boleh
dihulurkan.

LANGKAH :  Ketua kumpulan membawa banyak barang (buku, beg dan


sebagainya)
 Ketua kumpulan menilai tindakan/reaksi daripada ahli sama ada
menghulurkan bantuan atau sebaliknya
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Bersikap pro-aktif dalam menghulurkan pertolongan.

11
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Ikhlas Memberi Pertolongan

AKTIVITI : Hitam Itu Menawan

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas berwarna hitam saiz A4.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan pengertian bantu-membantu.


 Menyatakan ciri-ciri ikhlas dalam bantu-membantu.

LANGKAH :  Ketua kumpulan meminta pandangan ahli tentang bencana alam


yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang memerlukan perhatian dan
bantuan contohnya banjir di Malaysia.
 Ketua kumpulan menerangkan bahawa setiap bantuan perlu
ikhlas.
 Ketua kumpulan menuliskan sesuatu di atas kertas tersebut
menggunakan pensil tanpa dilihat oleh semua ahli.
 Ketua kumpulan meminta ahli meneliti kertas hitam dan meminta
mereka menyatakan gambar yang terdapat pada kertas tersebut.
 Ketua kumpulan merumuskan dengan mengaitkan antara bantuan
dan sifat ikhlas berdasarkan perumpaan kertas hitam dan aktiviti
tadi.

REFLEKSI : Kertas hitam sama seperti keikhlasan dalam beramal seumpama


seekor semut yang hitam, berada di atas batu yang hitam, di malam
yang gelap gelita.

12
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Mengambil berat terhadap orang di sekeliling

AKTIVITI : Sharing Is Caring, Caring Is Loving

MASA : 30 minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan kepentingan bekerjasama dalam


pasukan
 Menyenaraikan kesan buruk jika tidak bekerjasama dalam
pasukan.
 Menerangkan langkah-langkah mengukuhkan
kerjasama secara konsisten.

LANGKAH :  Ketua kumpulan melukiskan lambang ‘love’ lalu bertanya kepada


ahli Usrah SUMUR SUMUR tentang pengertian cinta kepada
mereka.
 Ketua kumpulan meminta maklum balas ahli Usrah SUMUR
tentang keutamaan dalam cinta.
 Ketua kumpulan menceritakan kisah teladan berkaitan perkara ini.
 Ketua kumpulan membuat rumusan pengajaran kisah teladan
tersebut.

REFLEKSI : Tolong-menolong dalam perkara kebaikan.

13
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Kebolehan Memahami dan Merasai Penderitaan


Sebenar Orang lain (Empati)

AKTIVITI : Sehati Sejiwa

MASA : 30 minit

BAHAN : Panadol /paracetamol/ubat yang pahit.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan penderitaan ialah satu ujian kepada


manusia.
 Menyenaraikan kepentingan sifat empati terhadap orang lain.

LANGKAH :  Ketua kumpulan menunjukkan Panadol kepada ahli Usrah SUMUR


lalu bertanya tentang pengalaman mereka memakan ubat yang
pahit.
 Ketua kumpulan mengaitkan rasa pahit ubat yang menjadi
penawar kepada sakit dengan pengalaman pahit dalam hidup
yang menjadi pendorong kejayaan.
 Ketua kumpulan meminta beberapa orang ahli Usrah SUMUR
menceritakan peristiwa pahit/sedih yang pernah dialami.
 Ahli Usrah SUMUR menceritakan pengalaman masing- masing
 Ahli yang mendengar dibenarkan memberi pandangan
 Ketua kumpulan menilai reaksi daripada ahli Usrah SUMUR.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Menyelami penderitaan orang lain memberi keinsafan dan melahirkan


rasa syukur.

14
LAMPIRAN :

Empati Simpati

Maksudnya melakukan sesuatu kepada orang Pengertian simpati adalah melakukan sesuatu
lain Jadi dengan kata lain empati adalah kepada orang lain dengan menggunakan cara
kemampuan kita dalam memberi yang baik dan menyenangkan menurut
maklumbalas terhadap keinginan orang lain pandangan kita.
yang tidak terucap secara lisan. Kemampuan
memberi maklumbalas seperti ini dapat
meningkatkan hubungan yang erat dengan
orang lain.

Empati adalah suatu perasaan hiba yang Simpati adalah suatu perasaan hiba yang
muncul saat kita melihat seseorang dalam muncul saat kita melihat seseorang dalam
kesusahan dan terus bertindak seperti terus kesusahan tetapi tidak membuat apa-apa
menghulur bantuan dan menyelesaikan tindakan.
masalahnya.

15
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Tolong-menolong

CIRI-CIRI : Bersungguh-sungguh Memberikan Bantuan dan


Pertolongan

AKTIVITI : The Power Of Love

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4, pen.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan tiga bentuk bantuan kepada yang


memerlukan.
 Menyenaraikan tiga langkah untuk memupuk sikap tolong-
menolong.

LANGKAH :  Ahli diminta melukiskan gambar sebatang pokok yang bercabang


tujuh.
 Ahli bebas melukis bilangan buah yang mereka kehendaki pada
setiap cabang pokok.
 Ahli Usrah SUMUR menilai dan memberi pandangan terhadap
lukisan ahli-ahli yang lain.
 Ketua kumpulan membuat kaitan sedekah seumpama sebiji benih
yang akan tumbuh menjadi sebatang pokok yang mana setiap
dahannya mengeluarkan buah yang banyak.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Bersifat ringan tulang, suka bersedekah, suka menolong dan


sebagainya meningkatkan rezeki pada masa hadapan

16
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai

CIRI-CIRI : Mengucapkan Terima Kasih Atas Sesuatu Pemberian Dan Pertolongan.

AKTIVITI : Thank you

MASA : 30 minit

BAHAN : Gula-gula

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyebut ucapan terima kasih sebagai tanda


penghargaan atas pemberian yang diterima.
 Menyenaraikan tiga sebab perlu berterima kasih.

LANGKAH :  Ketua kumpulan mengedarkan gula-gula kepada setiap ahli.


 Ketua kumpulan mengenalpasti ahli yang mengucapkan terima kasih
 Ketua kumpulan membuat rumusan dengan menyebut ucapan terima
kasih dalam pelbagai bahasa.
 Ketua kumpulan meminta ahli
menyenaraikan sebab-sebab perlu berterima kasih.

REFLEKSI : Menzahirkan kesyukuran melalui ucapan terima kasih dan menunjukkan


cara memberi penghargaan kepada
seseorang contohnya memberi hadiah.

Terima Kasih Syukran Nandre

Sey sey

Arigato Haik

17
18
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai

CIRI-CIRI : Memberikan Tanda Ingatan Sempena Peristiwa


Bermakna Kepada individu

AKTIVITI : Dariku Untukmu

MASA : 30 minit

BAHAN : Kertas A4 dan pen.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menyatakan keperluan memberi penghargaan


sempena peristiwa yang bermakna kepada individu.
 Menjelaskan perasaan masing-masing setelah
menerima penghargaan.

LANGKAH :  Ahli diminta menulis nama dan tarikh lahir masing- masing dalam
sehelai kertas.
 Ketua kumpulan mengumpulkan dan mengedarkannya semula
kepada orang yang berbeza.
 Ahli membuka kertas tersebut dan mengenalpasti pemilik kertas
tersebut dan memberi ucapan selamat hari lahir kepada individu
yang lahir pada tiga bulan yang hampir.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Membudayakan melakukan kebaikan dalam hidup seharian.

19
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mengenang Budi / Menghargai

CIRI-CIRI : Menzahirkan Penghormatan Dalam Perlakuan

AKTIVITI : Super Spontan

MASA : 30 minit

BAHAN : Koleksi gambar tingkah laku hormat/kad imbasan bertulis arahan.

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Menunjukkan cara memberi penghormatan ketika


bertemu.
 Menyenaraikan tiga tingkah laku sopan secara spontan dalam
kehidupan.

LANGKAH :  Ahli melakonkan aksi spontan berdasarkan arahan dalam kad


imbasan/koleksi gambar tingkah laku contohnya perkataan ‘bertemu’.
Ahli akan melakonkan aksi berjabat tangan.

Contoh koleksi gambar situasi/tulisan pada kad


- situasi pertemuan (berjabat tangan)
- berjalan di hadapan orang tua ( tundukkan badan)
- orang tua melintas jalan (dipimpin)
 Ketua kumpulan menilai tindakan/reaksi daripada ahli.
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang reaksi tersebut.

REFLEKSI : Membudayakan amalan mulia dalam kehidupan seharian.

20
LAMPIRAN :

21
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Mendengar nasihat dan mematuhi sebarang arahan yang ditetapkan

CIRI-CIRI : Mengenang Budi / Menghargai Budi

AKTIVITI : Radio Rosak

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, peserta dapat :

 Bersedia menerima nasihat dan arahan yang


diberikan
 Memberi perhatian dan fokus semasa arahan
diterima

LANGKAH :  Ketua kumpulan menerangkan cara permainan dikendalikan.


 Peserta diminta berada dalam satu barisan yang lurus dalam jarak
sedepa antara satu sama lain
 Ketua kumpulan memberi arahan kepada seorang ketua kumpulan
secara rahsia (Berbisik)
 Ketua kumpulan akan menyampaikan arahan yang diterima kepada
peserta kedua secara rahsia (berbisik), arahan tersebut akan
diteruskan sehingga peserta yang terakhir.
 Ahli Usrah SUMUR yang terakhir diminta tampil ke hadapan dan
menyebut semula arahan yang telah diterimanya.

REFLEKSI : Sentiasa bersedia untuk menerima dan menjalankan arahan dengan tepat.

Katak ketip kuku kakinya.

Kawan baik katak, kodok bertanya, “kenapa katak


ketip kuku kakinya?”

Kata Katak, “kuku kakinya memang


kena ketip”.

36
Kodok kata, “ Kutip kuku lepas ketip”.
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Sentiasa menziarahi keluarga, rakan dan individu tertentu

CIRI-CIRI : Mengenang budi/ menghargai

AKTIVITI : Hari Ini Hari Raya

MASA : 30 Minit

BAHAN : Klip video lagu raya Hael Husaini, “Bersyukur Seadanya”

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyatakan sebahagian adab berziarah
 Menyebut kelebihan berziarah

LANGKAH :  Ketua kumpulan memberi gambaran situasi pada hari perayaan


 Ahli Usrah SUMUR diminta menceritakan pengalaman masing- masing
ketika menyambut hari raya bersama keluarga
 Ketua kumpulan menyebut tentang amalan ziarah
yang merupakan aktiviti utama semasa perayaan
 Ketua kumpulan membuat rumusan adab berziarah dan kelebihan
daripada aktiviti berziarah

REFLEKSI : Amalan ziarah-menziarahi wajar dijadikan budaya dalam kehidupan


seharian. Ziarah dapat menghubungkan dan merapatkan ikatan
persaudaraan.

43
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Kesantunan Tutur Bicara

CIRI-CIRI : Penggunaan Intonasi Suara dan Bahasa Badan sesuai

AKTIVITI : Ku Seru Namamu

MASA : 30 Minit

BAHAN : Sampul surat berisi teks ucapan

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :

 Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan bahasa badan


 Menggunakan intonasi yang sesuai dan menarik
perhatian seseorang
LANGKAH :
 Ketua kumpulan mengedarkan sampul surat
berisi arahan tugasan secara rawak
 Setiap ahli yang menerima tugasan diminta untuk membacakan teks
mengikut intonasi yang sesuai
 Setiap ahli Usrah SUMUR diberikan peluang untuk memberi
komentar daripada ucapan tersebut
 Ketua kumpulan membuat rumusan tentang teknik pengucapan yang
betul

REFLEKSI : Intonasi suara dan bahasa badan yang sesuai dapat mempengaruhi
pendengar dalam menyebarkan dakwah.

44
LAMPIRAN :

ADAB MENYAMPAIKAN UCAPAN :

 Berselawat sebelum menyampaikan ucapan


 Mewujudkan suasana mesra dengan khalayak
 Jangan tergesa-gesa menyampaikan ucapan
 Memulakan dengan bercerita pendek berkenaan tajuk ceramah
 Sentiasa memuji khalayak dan selalu senyum
 Bercakap dengan sopan dan tertib
 Berdiri dengan yakin
 Memandang khalayak di hadapan
 Jangan menghentam khalayak atau mengutuk
 Layan pertanyaan dengan adil
 Tegaskan idea utama sebelum berhenti
 Mohon kemaafan sebelum berhenti

PETUA KOMUNIKASI BERKESAN :

 ACCURATE (TEPAT) Maklumat yang disampaikan mesti betul, tepat dan boleh
dipercayai
 BRIEF(RINGKAS) Maklumat disampaikan secara padat dan mudah difahami
 CLEAR (JELAS) Jelas dari segi suara, alat bantu, penjelasan dan ayat
 DIRECT (LANGSUNG) Berterus-terang dan tidak berbelit
 EASY (MUDAH) Penyampaian maklumat secara mudah dan tidak mengelirukan
 FAST (LANCAR) Penyampaian maklumat mesti lancar, tiada sebarang gangguan
 GOOD TASTE (SEDAP DENGAR) Menggunakan bahasa yang bagus, sopan,
ada jenaka dan memuji

45
CARA MENINGKATKAN KREDIBILITI SEMASA MENYAMPAIKAN UCAPAN / CERAMAH :

 Bersifat dinamik, bertenaga, aktif dan bersungguh-sungguh (minat)


 Konsisten sepanjang sesi ucapan / ceramah
 Keramahan seperti bersifat mesra dengan khalayak, anggap khalayak lebih
tahu, mohon kerjasama
 Kejujuran dan bercakap benar
 Keikhlasan dalam menyampaikan maklumat
 Memberi penekanan terhadap mesej utama / penting
 Menjawab soalan-soalan khalayak sebaik mungkin
 Prihatin terhadap khalayak
 Kepakaran dalam bidang diperkatakan
 Punya daya tarikan peribadi seperti cara bercakap, berpakaian, kepetahan
berhujah dan sebagainya.

46
Contoh Teks Ucapan :
TEKS UCAPAN KETUA

PENGAWAS

SEMPENA

SAMBUTAN HARI GURU SMKCJ

PADA

29 MEI 2016

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih saudara pengerusi majlis.

Yang berusaha,
Puan Rozita Binti Ahmad - Pengetua SMKCJ
Puan Sofia Nor Binti Molhit - Penolong Kanan
Encik Othman Bin Omar - PK HEM
Puan Anita Mazlina Bt Azman Arash - PK Kokurikulum
Encik Termizi Bin Mohd Tahir - PK Petang

Yang dihormati, Ketua-ketua


bidang,
Guru-guru Cemerlang,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG Guru-guru,
Kakitangan sekolah,
Dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

47
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang mengungkapkan
kata-kata dan menyusun bicara pada hari yang penuh bersejarah ini. Sebaris kata P.Ramlee,
tiada kata secantik bahasa, tiada gambar secantik lukisan, untuk dicurahkan perasaan. Sebagai
mewakili lebih daripada 2000 orang pelajar SMKCJ di sini, ingin saya mengambil kesempatan
untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada seluruh warga pendidik yang pernah mengajar
kami, walaupun di mana jua berada.

Gurulah yang menjadi arkitek untuk pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah perjuangan
menuntut kemerdekaan negara ini dimulakan oleh para guru. Merekalah yang meniup api
kebencian terhadap penjajah sehingga bangkitlah semangat nasionalisme yang kental dalam
kalangan rakyat. Usaha membangunkan rakyat melalui Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah
Pendidikan Negara juga diletakkan di pundak para guru. Lahirnya pemimpin ternama, pakar
bedah, peguam terkenal, usahawan terulung, jurutera, angkasawan, dan sesiapa sahaja yang
membangunkan negara ini juga bermula daripada jasa guru. Jelaslah bahawa guru berperanan
untuk membina negara bangsa.

Guru-guru dan rakan seperjuangan sekalian,


Ingin saya ungkapkan betapa syukurnya dan bertuahnya kerana berpeluang menerima didikan di
SMK Cheras Jaya ini. Para gurunya amat berdedikasi dan komited dalam menjalankan
tanggungjawab. Para guru juga sanggup berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anak- anak
didikannya. Istilah jemu dan keluhan tidak pernah menerpa ke kuping telinga kami. Oleh itu, saya
menyeru rakan-rakan dan adik-adik sekalian untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.
Usahlahlah dihimpunkan segala kesumat di dada walau sekelumit sekali pun.

Marilah kita sama-sama mengucapkan ungkapan keramat ‘Selamat Hari Guru’.

Sebagai penutupnya, selaku Ketua Pelajar ingin memohon maaf kerana sambutan hari guru di
sekolah ini tidaklah semeriah mana, namun begitu kepada kami, kecil atau besar sesuatu majlis
itu bukanlah kayu pengukur kepada penghargaan seorang ahli Usrah SUMUR SUMUR kepada
gurunya. Sesungguhnya insan yang bergelar guru ialah insan yang paling mulia di sisi-Nya.

Sekian, terima kasih.

48
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Kesantunan Tutur Bicara

CIRI-CIRI : Penggunaan bahasa yang sopan dan lembut

AKTIVITI : 5S5T (5 Situasi + 5 Tempat Berbeza)

MASA : 30 Minit

BAHAN : Tiada

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Bercakap menggunakan bahasa yang sopan dan lembut
 Menyatakan kelebihan bercakap dengan bahasa
yang betul dan sopan

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR diberi tugasan melafazkan gaya percakapan di


lima tempat berdasarkan situasi yang berbeza:
a. Kaunter bank (meminta bantuan untuk mengisi borang)
b. Klinik kerajaan (bertanya lokasi bilik rawatan)
c. Padang bola (meminta bantuan untuk
mendapatkan peralatan)
d. Stesen bas ( mendapatkan kepastian platform bas yang akan
dinaiki)
e. Restoran (cara memanggil pelayan restoran)
 Setiap ahli Usrah SUMUR dibahagikan tugas untuk membawa watak
percakapan situasi di atas

Berhati-hati dalam berkata-kata.

REFLEKSI :

49
TERAS : Berbudi Bahasa

KRITERIA : Penggunaan Kata-kata penghormatan yang tetap

CIRI-CIRI : Kesantunan Tutur Bicara

AKTIVITI : Salutasi Majlis

MASA : 30 Minit

BAHAN : Kertas A4, Pen & Lampiran Salutasi

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, ahli Usrah SUMUR dapat :


 Menyebut sapaan yang sesuai dengan kedudukan seseorang
semasa dalam majlis
 Menyenaraikan kelebihan sapaan yang betul dalam majlis

LANGKAH :  Ahli Usrah SUMUR membuat cabutan nombor giliran sebagai


Pengacara Majlis :
o Kejohanan Sukan Sekolah
o Hari Kantin Sekolah
o Majlis Mesyuarat Agung PIBG
o Majlis Anugerah Kecemerlangan
o Majlis Pelancaran Minggu 3K

 Ahli Usrah SUMUR berkolaboratif untuk mengacara majlis

REFLEKSI : Budi Bahasa Budaya Kita

50
LAMPIRAN

Sapaan Hormat (Pergaulan formal)

KATA GANTI DIRI ORANG YANG DITUJUKAN

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada


Tuan
penutur (dari segi status pekerjaan)
Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis Contoh : Tuan
Pengerusi Majlis

Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.


Contoh : Tuan Hakim

Usrah SUMURunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki


dalam sesuatu upacara rasmi.
Contoh : Tuan-tuan sekalian

Pemilik harta
Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai

Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada


Encik
penutur

Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai


kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur

Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang


Puan
perempuan yang memegang jawatan Contoh : Puan
Pengetua

Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam


sesuatu upacara rasmi
Contoh : Puan-puan sekalian.

Cik Orang perempuan yang belum kahwin


Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi
daripada penutur.

51
Saudara (lelaki) /
Orang yang baru dikenali
Saudari (perempuan)
Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur

Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu


majlis

Usrah SUMURunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan

b. Gelaran warisan
Gelaran Bahasa Sapaan

Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan,Puan, Encik atau Cik
Tun
kecuali mempunyai gelran lain seperti Doktor, Profesor , Tengku
Toh Puan
atau Haji.
Tan Sri Puan
Sri
Contoh : Tun Dr. Ismail
Datin Paduka
Tan Sri Tengku Ahmad

c. Gelaran Kurniaan Ikhtisas


Gelaran Bahasa Sapaan

Profesor Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada
Doktor mereka.
Cikgu Ustaz Contoh : seseorang guru agama dipanggil Ustaz

Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor


dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor

d. Gelaran Keagamaan
Gelaran Bahasa Sapaan

Tuan Haji / Pak Haji Osman


Haji
Puan Hajah / Mak hajah Esah / Cik Haji
HajahIm
(bagi lelaki / perempuan)
am
Tuan Imam
Lebai
Pak Lebai

52
Protokol

Protokol Panggilan Hormat

Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah


 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
 Duli Yang Maha Mulia Tuanku ......... (nama)
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku……(nama)
 Duli Yang Maha Mulia Sultan ........... (nama)
 Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah……(nama)
 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.......... (nama)

Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara-negara Asing / Duta Besar / Duta


/ Pesuruhjaya Tinggi
 Tuan Yang Terutama

Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di-Hilir Perak


 Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama)
 Duli Yang Amat Mulia Tuanku…….(nama)
 Yang Amat Mulia Undang… ..... (nama)
 Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku……(nama)

Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Menteri Besar / Ketua Menteri /


Menteri-menteri / Timbalan Menteri / Pegawai Tinggi Kerajaan
Negeri / Pegawai /
Kaki Tangan Kerajaan

 Yang Amat Berhormat


 Yang Amat Berhormat Mulia
 Yang Berhormat
 Yang Berhormat Mulia
 Tuan Yang Dipertua
 Yang Mulia Tuan Yang Dipertua
 Yang Berhormat Senator
 Yang Berhormat Mulia Senator

53
Tun / Toh Puan / Kerabat Diraja / Syed / Syarifah
 Yang Amat Berbahagia
 Yang Amat Mulia
 Yang Mulia

Ketua Hakim Negara / Hakim Besar / Hakim


 Yang Amat arif Tuan Ketua Hakim Negara
 Yang Amat Arif Tengku….
 Yang Arif Tuan Hakim Besar / Tuan Hakim

Tan Sri / Puan Sri / Datuk Seri / Datin Seri / Datuk Patinggi / Datin Patinggi /
Datuk / Datuk Amar / Datin / Datin Paduka
 Yang Berbahagia
 Yang Mulia (untuk kerabat diraja)

Mufti / Kadi / Haji / Hajah


 Yang Berbahagia Tuan Mufti
 Sahibussamahah tan Sri/ Datuk Mufti…..(nama)
 Yang Mulia ( kerabat diraja)
 Yang Mulia Tuan Haji
 Yang Mulia Puan Hajah

Ketua Pengarah / Pengarah / Setiausah / Setiausaha Agung / Pengurus Besar


/ Pengurus

 Yang Berbahagia

Residen / Pegawai Daerah / Penghulu / Orang


Kaya-raya/ Sidang

 Yang Berbahagia

Ustaz / Ustazah / Imam / Pengetua / Guru Besar / Pemangku Ketua

 Yang Berbahagia

54
Syed / Syarifah / Profesor / Profesor Madya / Drs / Dra / Encik / Nik / Wan / Abang / Megat
/ Meor / Ahmad / Cik / Puteri / Pengerusi Majlis

 Yang Mulia Tuan Syed


 Yang Berbahagia Tuan…
 Yang Mulia Cik…
 Yang Mulia Tuan / Puan Pengerusi

You might also like