You are on page 1of 14

Bahasa Melayu sekian lama telah menjadi bahasa pengantar di sekolah,

maktab, politeknik dan universiti.

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi


menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar
ilmu pengetahuan.

Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang
menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.

Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran
ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah
menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu.

Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan
semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan dan
keupayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.
SAPAAN DALAM KELUARGA

 Kata sapaanmelibatkan keluarga suku adalah hamper sama,Cuma membuat


penambahan dari segi perkataan paak dan mak(untuk bapa dan ibu
saudara),tok(datuk dan nenek saudara).

 Bagi menyapa datuk dan nenek, kata sapaan yang digunakan adalah seperti
tok,tok wan,dan to kaki sementara nenek atau opah untuk panggilan nenek.

 Kata panggilan mengikut kedudukan dalam keluarga adalah seperti berikut:

Kedudukan dalam keluarga Kata sapaan


Anak sulung Kak long/abang long/ abang/ kakak/
along

Anak kedua Kak ngah/abang ngah/angah

Anak ketiga Kak lang/alang

Anak keempat Achik/kak chik

Anak kelima andak

Anak keenam teh


SAPAAN DALAM MASYARAKAT

 Ditentukan oleh beberapa faktor iaitu :

* usia

*keakraban atau perhubungan

*pangkat atau jawatan

*status atau kedudukan

 Dalam sesuatu pergaulan, usia dan keakraban seseorang individu


dengan individu menentukan bahasa sapaan.

 Jika individu itu jauh lebih muda dan ada hubungan dan keakraban,
biasanya bahasa sapaan kekeluargaan digunakan seperti Kak Nab,Kak
Kiah,Abang Awi,Abang Man dan lain-lain.

 Bagi hubungan yang kurang akrab dan melibatkan situasi formal,maka


bahasa sapaan yang digunakan adalah lebih formal dan bahasa
sapaan adalah seperti saudara, saudari, Cik,Encik,Puan dan tuan.

 Ada 2 faktor mempengaruhi cara sapaan iaitu:

*pangkat

*status

 Bahasa yang diguna semasa sapaan dalam situasi formal atau tidak
formal dengan masyarakat sedemikian mempunyai unsure
sopan,hormat dan budi bahasa yang halus.

 Gelaran dan panggilan hormat berdasarkan pangkat dan status.(3


gelaran).

a) Gelaran keturunan atau tradisional (gelaran secara warisan).

Gelaran suami Gelaran isteri


Tengku Tengku

Engku/Ungku Engku

Syed/Sayid/Syekh Syarifah/Siti

Wan Wan

Nik Nik

Abang Dayang

Megat -

Raja Raja

Meor -

Putera Puteri

b) Gelaran anugerah ialah gelaran yang diberikan oleh kerajaan


kepada individu yang dianggap berjasa kepada negara.Contoh, Tan
Sri,Datuk Seri dan lain-lain.

c) Gelaran ikhtisas ialah gelaran bagi individu yang memperoleh


kejayaan dalam bidang ikhtisas dan akademik.Contoh,Profesor,
Doctor,Ustaz dan Ustazah.
 Dalam majlis-majlis rasmi atau formal yang melibatkan protokol,panggilan hormat yang
digunakan untuk menyapa orang yang berpangkat atau berstatus adalah seperti di bawah:

Pangkat dan gelaran Panggilan kehormat

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka sama


Baginda Yang di-Pertuan Agong

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Yang Amat Berhormat


Menteri

Menteri Besar Yang Amat Berhormat

Ketua Menteri Yang Amat Berhormat

Mnteri/ Timbalan menteri Yang Berhormat

Wakil rakyat/Senator Yang Berhormat

Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat

Penasihat Undang-undang Yang Berhormat

Pegawai Kewangan Negara Yang Berhormat

Ketua Hakim Negara/ Ketua Polis Yang Amat Arif


Negara

Tengku/ Tungku Yang Mulia

Tun/ Tok Puan Yang Amat Berbahagia

Sultan/Sultanah/Tengku Ampuan Duli Yang Maha Mulia

Raja Yang Mulia

Tan Sri/ Puan Sri Yang Berbahagia

Datuk/Datin Yang Berbahagia

Yang Dipertua Dewan Negara/ Rakyat Yang Berhormat

Ahli Dewan Negeri/ Rakyat Yang Berhormat


Hakim/ Tuan Kadi Yang Arif

Yang Dipertua Negeri Melaka, Sabah, Tuan Yang Terutama


Sarawak dan Pulau Pinang

Engku/Ungku Yang Mulia

Ketua Jabatan Yang Berusaha

Mufti dan Pemimpin Islam Sahibul Samahah

 Bahasa tubuh ialah komunikasi bukan lisan.Ia berdasarkan 3 pergerakan.


PERGERAKAN BADAN

* Berpeluk tubuh : boleh jadi negatif, tidak selesa,bosan.

* Berpalang kaki : boleh jadi negatif, tidak selesa.

* Mengalih kaki : Tension, stress.

* Memulas tangan-tangan : Kekecewaan,tidak berpuas hati, tidak selesa

* Tangan di belakang kepala :Amat yakin. Boleh dibanggakan.

* Bersandar ke belakang : Boleh jadi negatif.

* Duduk ke hadapan : Menunjukkan minat.

* Menggigit jari : Penipuan, menahan.

* Menaikkan kening:Kehairanan. Terkejut. Kejutan. Disertai dengan satu anggukan,


adalah sapaan.

* Tersenyum dengan satu kening dinaikkan: tidak percaya.

* Ambivalen dengan satu kening menaikkan:Terkejut. Ketidakpercayaan. angkuh.

* Mengalihkan kaki atau lutut ke arah orang yang lain mungkin menunjukkan minat
kepada orang tersebut ataupun penerimaan.

* Mengalihkan badan dari arah orang yang sedang bercakap mungkin bermakna
anda tidak minat berbual dengan orang itu tetapi lebih minat berbual dengan orang
yang badan anda berhadap.

PERGERAKAN MATA
* Kelopak mata kanan bergerak
- Beroleh keamanan

* Kelopak mata kiri bergerak


- Melihat perempuan

* Kelopak mata kiri bergerak dari atas


- Ada orang akan berjalan jauh

* Kelopak mata kiri di bawah bergerak


- Hendak menangis

* Ekor mata kanan bergerak


- Menerima kedatangan orang jauh

* Ekor mata kiri bergerak-gerak


- Mendapat sedikit kepayahan

* Biji mata kanan bergerak-gerak


- Akan menangis dalam bercinta

* Biji mata kiri bergerak-gerak


- Gembira di hati

* Ubun bergerak
- Berbahagia pada hari tersebut

* Kening mata bergerak-gerak


- Beroleh kelapangan

* Bibir bawah bergerak


- Akan menangis

PERGERAKAN MUKA
o Setiap ekspresi muka melambangkan perasaan dalam diri setiap orang.
o Antara ekspresinya ialah:

* gembira

* sedih

* risau

* gelabah

* terkejut

* marah

* takut

You might also like