You are on page 1of 3

1

Tutorial 1 GB6023 Kaedah Penyelidikan II

1. Lihat kembali proposal yang anda telah siapkan semasa kursus KP1, jika anda tiada
salinan proposal tersebut pilih mana-mana satu lapuran artikel penyelidikan dalam
proceding atau jurnal.

a) Senaraikan pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar yang terbabit


dalam kajian tersebut.

b) Kenal pasti skala pengukuran bagi setiap pembolehubah-pembolehubah


tersebut.

2. Tentukan jenis pembolehubah (kuantitatif/kategori) serta skala pengukuran berikut.

Pembolehubah Kuantitatif/Kualitatif Skala pengukuran

1. Genre muzik yang menjadi


pujaan

2. Latitud dan longitud bagi


sesuatu bandar pada GPS

3. Paras gula dalam darah

4. Tahap kemahiran dalam


bermain alat muzik (piano)

3. Satu kajian tinjauan telah dilakukan terhadap 1200 orang pelajar Universiti di Malaysia
bagi mengetahui trait personaliti mereka.Hasil daripada dapatan tersebut mendapati 47%
adalah individualistik, 13.5% bergaya, 9.5% adalah dinamik dan berkebolehan, 7.5% “easy
going” dan 22.5% adalah lain-lain.

a) Kenalpasti apakah pembolehubah yang diukur?

b) Kelaskan sama ada pembolehubah itu berbentuk kategori atau kuantitatif?

c) Yang manakah kaedah yang sesuai bagi merumuskan data tersebut?: (carta bar,
dot plot, box plot, median,min,mod, IQR atau sisihan piawai)

4. Dalam satu soal selidik , soalan “ Berapakah orang anak dibawah tanggungan anda?
keputusan:

Bilangan anak 0 1 2 3 4 5 6 7 8+

Frekuensi 1216 710 1147 738 386 139 83 43 35

a) Yang manakah carta graf yang paling sesuai bagi mempersembahkan data ini—
dot plot, stem-and-leaf plot, atau histogram? Mengapa?
2

b) Berdasarkan kepada lakaran graf anda nyatakan sama ada taburan ini
terpencong kiri, terpencong kanan, atau simetrik.

c) Tentukan mod, median, min, dan sisihan piawai bagi taburan tersebut.

5. Apakah jangkaan box plot? Bagi setiap situasi pembolehubah berikut, lakarkan box plot
yang mungkin anda perolehi.

a) Skor Ujian ( minima = 0, maksima =100, min = 87, sisihan piawai =10)

b) IQ (min = 100 dan sisihan piawai =16)

c) Sumbangan derma dalam sebulan (median = rm10 dan min = rm17)

6. Berikan contoh bagi pembolehubah yang anda jangkakan taburan adalah

a) hampir simetrik

b) Pencong ke kanan

c) Pencong ke kiri

d) Bimodal

e) Pencong ke kanan, dengan mod dan median ialah 0 tetapi min adalah positif.

7. Seorang guru telah merumuskan markah dalam peperiksaan untuk kelas beliau seperti
berikut; minima = 26, Q1=67, Q2=80, Q3=87, maksima = 100, min = 76, mod = 100,
sisihan piawai =76, IQR = 20.
Guru ini tetah tersilap merekod salah satu dari senarai rumusan tersebut. Yang
manakah anda rasa guru itu telah membuat silap menaip angka semasa menulis lapuran
nya.

8. Yang manakah pernyataan berkaitan dengan sisihan piawai (s) berikut adalah salah.

a) s tidak mungkin negatif.

b) s tidak mungkin 0.

c) s tidak sensitif terhadap nilai-nilai ekstrem (outliers)


3
9. Graf skor ujian: seorang guru menunjukkan taburan skor hasil dari ujian pertengahan
tahun dengan membina graf stem-and leaf seperti ditunjukan dibawah:

6 588

7 01136779

8 1223334677789

9 011234458

a. Kenalpasti skor minima dan skor maksima.

b. Lakarkan bagaimana skor itu jika digambarkan dengan graf dot plot.

c. Lakarkan bagaimana skor itu digambarkan dengan membina histogram empat


sela.

d. Nyatakan kepencungan taburan tersebut. Apa yang anda boleh nyatakan


dengan prestasi pelajar guru berkenaan?

e. Nyatakan min bagi taburan tersebut.

f. Kirakan sisihan piawai bagi taburan tersebut.

10. Gaji Guru: Menurut Statistical Abstract of US, 2006, gaji guru berbeza mengikut
wilayah dengan dirumuskan seperti berikut: minima =USD 33100, Q1= USD39250, Median
= USD42700, Q3 = USD 48850, maksima = USD61800.

a. Tentukan julat (range) dan julat interquartile range.

b. Lakarkan box plot, tandakan lima nombor (minima, Q1, median, Q3 dan
maksima) pada box plot anda.

c. Jangkakan arah pencongan taburan berkenaan.

d. Jika taburan diandaikan hampir normal, secara realistiknya apakah nilai


bagi sisihan piawai bagi taburan ini? Adakah ianya 100,1000, 6000, atau
25000? Jelaskan taakulan anda berhubung dengan jangkaan sisihan piawai
jiga taburan itu menghampiri normal.

zol@ukm.edu.my 2015

You might also like