You are on page 1of 23

Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP

Bahan Sintetik Dalam Industri

MODUL 15: BAHAN SINTETIK DALAM INDUSTRI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

15.1 Memahami polimer sintetik.


15.2 Menganalisis plastik.
15.3 Mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap pelupusan polimer sintetik.

15.1 Polimer Sintetik

1. Polimer sintetik ialah sebatian kimia yang mempunyai molekul berantai


panjang yang terdiri daripada unit-unit molekul kecil yang disebut monomer.
2. Polimer sintetik merupakan polimer buatan yang diperbuat daripada bahan
Kimia yang berasal daripada petroleum seperti plastik, getah sintetik dan
gentian sintetik.
 Polimer Sintetik dan Kegunaannya
1. Plastik banyak digunakan dalam industri pembuatan barangan plastik.

Rajah 15.1 Contoh barangan yang diperbuat daripada plastik

Rajah 15.2 Contoh barangan yang diperbuat daripada getah sintetik

189
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

2. Getah sintetik ialah polimer sintetik yang mempunyai sifat-sifat yang menyerupai
getah asli.

Getah sintetik Sifat Barangan yang diperbuat


daripadanya
Neoprena Tidak mudah terbakar,tahan Pembalut dawai
panas,rintangan tinggi elektrik,salur getah penunu
terhadap oksigen, Bunsen,sarung
cahaya matahari,minyak tangan,paip getah
dan petrol

Getah stirena butadiena Mudah divulkankan Tayar kereta,tapak kasut


(SBR)

Tiokol Rintangan tinggi terhadap Pelapik tangki untuk


minyak dan pelarut menyimpan minyak dan
pelarut,paip petrol

Getah silikon Tahan terhadap suhu yang Bahagian tertentu pesawat


tinggi

Jadual 15.1 Sifat dan kegunaan getah sintetik

3. Gentian sintetik ialah polimer yang mempunyai ciri-ciri yang menyerupai gentian
asli dan banyak digunakan dalam industri barangan tekstil seperti benang ,tali dan kain.

Pakaian yang digunakan oleh Kain layar diperbuat daripada


Pelumba kereta daripada nomex poliester

Rajah 15.3 Contoh barangan yang diperbuat daripada gentian sintetik

190
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Proses Pembuatan Polimer Sintetik

1. Polimer sintetik dihasilkan dengan menyambungkan sebilangan besar molekul kecil atau
monomer untuk membentuk satu molekul yang raksaksa. Proses ini disebut pempolimeran.

Rajah 15.4 Proses pempolimeran

Polimer Sintetik Monomer


Politena Etena
Polivinil klorida Kloroetena
Poliproprena Stirena
Neoprena Kloroprena
Getah stirena butadiena(SBR) Stirena dan butadiena

Jadual 15.3 Polimer sintetik dengan monomernya

 Pembuatan Getah Sintetik

1. Getah sintetik disediakan dalam perindustrian melalui proses pempolimeran melalui


bahan-bahan hidrokarbon.

2. Kebanyakkan getah sintetik diperbuat daripada gas butadiena dan cecair stirena
yang merupakan monomer bagi getah sintetik.

3. Gas butadiena diperolehi daripada petroleum manakala cecair stirena adalah suatu
cecair yang diperoleh daripada tar arang batu atau petroleum.

191
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Sifat Umum Getah Sintetik


1. Hampir serupa dengan getah asli tetapi mempunyai ciri-ciri tersendiri yang tidak terdapat
dalam getah asli

Kelebihan getah sintetik

Tahan terhadap Mempunyai


cuaca buruk rintangan yang
dan suhu tinggi Mudah divulkankan Tidak mudah sangat tinggi
untuk terbakar dan terhadap bahan
meningkatkan tahan panas kimia seperti asid
kekuatan dan alkali ,minyak
dan pelarut
organik
Tidak mudah diresapi
Tidak mudah Penebat haba dan
oleh gas dan air
dioksidakan elektrik yang baik

Sifat yang tidak dapat menandingi getah asli


i. Menyerap bunyi yang rendah
ii. Menyerap getaran atau kejutan yang rendah
iii. Menyerap tekanan yang lebih rendah
iv. Kekenyalan dan keregangan yang lebih rendah

Barangan Getah Sintetik

Rajah 7.6 Barangan getah sintetik

Rajah 15.5 Barangan getah sintetik


192
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Barangan gabungan getah asli dengan getah sintetik

1. Sesetengah barangan yang diperbuat daripada gabungan getah asli dan getah sintetik
mempunyai kualiti yang unggul.
2. Getah asli dan getah sintetik boleh digabungkan untuk memperolehi sifat yang diingini
seperti tayar kenderaan, tapak kasut, kusyen, tilam dan belon kaji cuaca.

 Getah asli mempunyai sifat rintangan yang tinggi terhadap kesan haba
dalaman dan kebolehan menyerap gegaran yang tinggi

 Getah sintetik mempunyai sifat rintangan yang tinggi terhadap


pengoksidaan oleh udara dan bahan kimia

 Peratus kandungan getah asli yang lebih tinggi digabungkan kepada


getah sintetik untuk membuat tayar kenderaan yang lebih besar untuk
menyerap kejutan

Rajah 15.6 Contoh barangan yang diperbuat daripada gabungan getah asli dengan getah
sintetik

193
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Perbandingan antara Getah Sintetik dan Getah Asli

Getah asli Persamaan Getah sintetik

 Polimer
 Boleh divulkankan

Perbezaan ciri
Kurang tahan haba Ketahanan haba Tahan haba
Bertindak balas dengan bahan
Ya kimia,minyak dan pelarut organik Tahan haba

Tinggi Kebolehan menyerap bunyi Rendah


Kebolehan menyerap
Tinggi getaran,kejutan atau tekanan Rendah

Kenyal dan mudah Sifat kekenyalan dan keregangan Kurang kenyal dan sukar
diregang

Getah sintetik dan getah asli masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan

Rajah 15.7 Perbandingan antara getah sintetik dan getah asli

Latihan 15.1

1. Isi kotak di bawah dengan perkataan yang sesuai.

monomer polimer pempolimeran penyahpolimeran

194
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

2. Lengkapkan jadual di bawah dengan polimer sintetik dan kegunaannya.


Polimer Kegunaan

Polietena (a) beg plastik

(b) Perspeks Tingkap kapal terbang

(c ) PVC Baju hujan

Polistirena (d) bekas makanan

(e) nilon Payung terjun

Getah stirena-butadiena (SBR) (f) tapak kasut

3. Tandakan (√) dalam kotak yang betul untuk menunjukkan ciri-ciri getah sintetik.
(a) Tahan terhadap bahan kimia √
(b) Mudah teroksida X
(c) Penyerap bunyi dan tekanan yang baik √
(d) Tahan haba √
(e) Kurang kenyal √
(f) Mudah divulkan √

4.. Nyatakan satu kegunaan untuk setiap getah sintetik di bawah dan kegunaannya.

Getah sintetik Kegunaan Sebab


Getah Stirena-butadiena
(SBR) (a) Tapak kasut Tahan geseran.

Getah butil Bekas untuk bahan (b) Tahan haba


kimia mengkakis.

Neoprena (c) penebat dawai


Tidak mengkonduksi arus.
elektrik

195
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

5. Bandingkan ciri-ciri getah asli dengan getah sintetik.


Getah asli Ciri-ciri Getah sintetik

(a)Kenyal Kekenyalan Kurang kenyal

Mudah cair bila


Tahan haba (b) Tahan haba
dipanaskan

(c) Ya Bertindak balas dengan Tidak


pelarut organik/asid

Tinggi Keupayaan menyerap bunyi (d)Rendah

(e) Mudah teroksida Pengoksidaan Sukar untuk dioksida

Mudah divulkan Pemvulkanan (f) Sukar divulkankan

6. Tandakan (√) pada item yang dibuat daripada getah sintetik.

√ √

196
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

15.2 PLASTIK

1. Plastik ialah bahan organik yang terdiri daripada karbon,hidrogen dan sedikit
unsur yang lain seperti oksigen, nitrogen,klorin dan florin

Contoh plastik Kegunaan


Politena Digunakan untuk membuat beg plastik,bikar,pinggan
mangkok,botol plastik
Polipropilena Digunakan untuk membuat kerusi,bekas minuman dan kotak
alatan
Polistirena Digunakan untuk membuat kotak pembungkus dan abjad
untuk iklan .
Polivinil klorida (PVC) Digunakan membuat penebat dawai dan kabel
elektrik,penyalut perabot,tempat duduk kereta dan paip air
Perspeks Digunakan untuk membuat cermin kereta,kanta dan barang
perhiasan.
Bakelit Digunakan untuk membuat butang,palam elektrik,suis elektrik
dan bampar kereta
Melamina Digunakan untuk membuat pinggan mangkuk,meja dan
besen basuh
Resin epoksi(pelekat) Digunakan sebagai bahan pelekat bagi logam,kaca dan kayu

Jadual 15.3 Contoh-contoh plastik dan kegunaannya

 Jenis-jenis plastik
1. Termoplastik
2. Plastik termoset

Termoplastik
1. Tidak mempunyai rangkai silang antara polimernya.
2. Menggelongsor di atas satu sama lain apabila dipanaskan menyebabkan ia:-
 Lembut atau melebur
 Mudah diacu semula/boleh diacu berulang-ulang kali

Rajah 15.8 Rantai polimer dalam termoplastik


2. Ciri-ciri termoplastik

197
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Penebat
elektrik yang
baik
Tahan
terhadap
Takat lebur
bahan kimia
rendah
seperti asid
dan alkali

Ciri-ciri
Boleh termoplastik
diregang Larut dalam
dan dibakar pelarut
dengan organik
mudah

Boleh diacu Tidak


berulangkali bewarna
dan lut sinar

Rajah 15.9 Ciri-ciri termoplastik

3. Contoh termoplastik ialah polistirena,polipropilena,polivinil klorida,


perspeks dan politena.

Plastik Termoset

198
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

1. Mempunyai rangkai silang antara polimer-polimernya yang menghalang rantai-rantai


polimer daripada menggelongsor apabila dipanaskan.

Rajah 15.10 Rantai polimer dalam plastik termoset

2. Ciri-ciri plastik termoset

Penebat
elektrik

Tidak larut
dalam pelarut
Lebih keras
organik

Ciri-ciri Lebih tahan


terhadap
Takat lebur plastik renjatan dan
tinggi
termoset haba

Tahan
Tidak boleh terhadap
dibengkok bahan kimia
dengan
mudah Seperti asid
dan alkali
Diacu sekali
sahaja

Rajah 15.11 Ciri-ciri plastik termoset

3. Contoh plastik termoset ialah bakelit, melamina dan resin epoksi (pelekat epoksi)
Perbandingan antara Termoplastik dan Plastik Termoset

199
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Termoplastik Persamaan Plastik termoset

 Penebat elektrik
 Tahan terhadap bahan kima
seperti asid dan alkali

Perbezaan
Rendah Takat lebur Tinggi
Boleh Di acu atau dikitar semula Tidak boleh
Mempunyai rangkai
Tiada Ada
silang antara molekul
Larut Larut dalam pelarut organik Tidak larut
Lebih lembut Kekerasan Lebih keras
Ketahanan terhadap
Rendah Tinggi
renjatan/gegaran
Rendah Ketahanan terhadap haba Tinggi

Rajah15.12 Perbandingan antara termoplastik dengan plastik termoset

 Potensi Penggunaan Plastik


1. Sifat plastik
 Tahan kakis
 Tidak membahayakan badan
 Tahan lama
 Boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk

2. Digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang seperti perubatan


 Mengganti kerosakan arteri dan injap-injap jantung
 Mengganti tulang-tulang rosak seperti sendi, pinggang, lutut dan jari
 Membina semula struktur muka yang musnah
 Plastik yang mendegradasi dalam badan diguna untuk membuat benang jahitan
luka dan kapsul ubat.
 Membuat pil-pil kamera yang direka khusus untuk menangkap gambar organ-
organ dalaman.
3. Kebanyakan bahagian kereta seperti bumper, cermin depan, penutup tangki minyak,
kipas dan stering juga dibuat daripada plastik.
4. Plastik juga digunakan untuk membuat kapal terbang dan kaca kalis peluru.
 Kesan Pembuangan Bahan Plastik Terhadap Alam Sekitar

200
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Pembakaran bahan plastik

 Membebaskan bahan pencemar yang membahayakan


kesihatan seperti
1. Asap hitam
2. Gas busuk,beracun dan bersifat mengkakis
i. Hidrogen klorida
ii. Karbon monoksida
iii. Ammonia
iv. Hidrogen sianid
Rajah15.13 (a) Pembakaran plastik

Pembuangan bahan plastik

 Menyebabkan banjir kilat


 Beg-beg plastik yang dibuang ke laut akan
menyebabkan pencemaran.
 Hidupan laut seperti penyu yang termakan bahan
plastik akan mati

Rajah 15.13(b) Pembuangan plastik

Secara amnya cara yang paling baik untuk mengurangkan pembuangan bahan plastik
adalah melalui program 3R iaitu:-

a. Mengurangkan jumlah plastik yang diguna dalam pembuatan bahan plastik(Reduce)


b. Mengitar semula bahan plastik terpakai (Recycle)
c. Mengguna semula bahan plastik (Reuse)

201
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Cara pengawalan pembuangan bahan plastik

Menggunakan plastik terbiodegrasi Menggunakan plastik jenis fotodegrasi.


-didegrasi oleh mikroorganisma Terurai apabila terdedah kepada sinaran
cahaya matahari

Mengikar semula barangan plastik Dilupuskan di suatu tapak pelupusan


-dikumpulkan,dihancurkan dan di tanam

Di buang dan dibakar dalam Bahan dibakar untuk menghasilkan tenaga


insinerator. haba untuk tujuan pemanasan atau
penjanaan tenaga

Rajah 15.14 Cara pengawalan pembuangan bahan plastik

Latihan 15.2

1. Padankan plastik di bawah dengan kegunaannya.

Jenis Plastik Kegunaan


 Cawan pakai buang
Politena
 Tingkap kapal terbang
Polivinil klorida
 Kemeja
Polistirena
 Jubin lantai
Perspeks
 Beg plastik
Polyester
 Jaring ikan
Nilon

202
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

2. Kelaskan jenis plastik di bawah kepada termoplastik dan termoset.

politena perspeks polipropilena melamina


bakelit polistirena resin epoksi polivinil klorida (PVC)

Jenis plastik

Termoplastik Termoset

politena melamina
perspex bakelit
polipropilena
polistirena resin
polivinil klorida epoksi

3. Lukis struktur molekul termoplastik dan termoset.

Termoplastik Termoset

4. Rajah 1 di bawah menunjukkan struktur molekul termoset.


Isi kotak di bawah dengan perkataan yang sesuai.

monomer rangkai silang

monomer

Rangkai silang

Rajah 1

203
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

5. Rajah 2 di bawah menunjukkan struktur molekul bagi dua jenis plastik.

Plastik A Plastik B
Rajah 2

Tulis salah atau betul untuk setiap pernyataan di bawah.

(a) Plastik A dikenali sebagai termoplastik. Betul

(b) Polimer plastik A boleh menggelongsor di atas satu sama lain Betul

(c) Plastik B boleh diacu berulang ulang kali Salah

(d) Plastik B boleh larut dalam pelarut organik Salah

(e) Gam epoksi dan melamina adalah contoh plastik B Betul

6. Perbandingan antara termoplastik and termoset.

Ciri-ciri Termoplastik Termoset

Takat lebur (a) Rendah Tinggi

Boleh diacu dan dikitar semula Ya (b) Tidak


Mempunyai rangkai silang antara
(c) Tidak Ya
molekul
Larut dalam pelarut organik Boleh larut (d) Tidak boleh

Kekerasan (e) Lembut Lebih keras

Ketahanan terhadap renjatan Rendah (f) Tinggi

Tahan haba (g) Rendah Tinggi

204
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

7. Rajah 3 di bawah menunjukkan keupayaan membengkokkan 2 jenis plastik.


Nyatakan jenis plastik tersebut .

Tidak boleh Mudah


dibengkokkan bengkok
Termoset Termoplastik

Rajah 3

8. Rajah 4.1 dan rajah 4.2 menunjukkan barang yang diperbuat daripada plastik.

Rajah 4.1 Rajah 4.2

a) Apakah jenis plastik yang digunakan untuk membuat barangan pada

i. Rajah 4.1: Termoplastik

ii. Rajah 4.2: Termoset

b) Nyatakan dua perbezaan antara jenis-jenis plastik pada (a)


1. Tidak tahan haba / boleh diacu berulang kali
2. Tahan haba / tidak boleh diacu berulang kali

c) Apakah yang berlaku sekiranya barangan terpakai pada Rajah 4.1 dan 4.2 dibuang?
Berikan alasan.
Boleh menyebabkan banjir kilat sekiranya dibuang ke dalam parit atau mencemarkan
udara sekiranya dibakar di tempat terbuka kerana ia membebas kan gas beracun.(atau
yang sesuai)

205
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

d) Rajah 4.3 menunjukkan bahagian depan kereta.

Rajah 4.3

i. Apakah jenis plastik yang sesuai digunakan untuk membuat bumper kereta?
Termoset

ii. Berikan satu inferens kepada jawapan anda


Keras dan kuat

9. Rajah 5 menunjukkan struktur suatu termoplastik.

Rajah 5

a) Bolehkah plastik itu dikitar semula? Berikan alasan anda.


Boleh kerana ia tidak mempunyai rangkai silang.

b) i. Baldi adalah satu contoh barangan termoplastik. Namakan polimer plastik yang
digunakan untuk membuat baldi.
Politena

ii. Apakah monomer bagi polimer plastik di b)(i)?


Etena

c) Lukis pada ruang di bawah untuk menunjukkan bagaimana bahan di (b)(ii) dapat
ditukar menjadi bahan di (b)(i). Namakan proses yang berlaku.

206
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

d) i. Mengapakah plastik termoset tidak dapat dikitar semula?


Ia mempunyai rangkai silang antara molekul polimernya

ii. Berikan satu contoh barangan yang dibuat daripada plastik termoset.
Telefon/bumper/plug elektrik

10. .Lengkapkan ayat dengan menggunakan perkataan yang diberikan.

biodegradasi plastik
insinerator Tenaga elektrik Kitar semula

(a) Kitar semula plastik merupakan kaedah terbaikt mengawal penggunaan plastik.

(b) Bahan plastik mestilah dikumpulkan, dihancurkan dan ditanam di tempat khas.

(c) Bahan buangan plastik mestilah dibakar dalam insinerator di mana asapnya
dirawat sebelum dibebaskan ke udara .

(d) Gunakan plastik biodegradasi yang boleh diuraikan oleh mikroorganisma.

(e) Pembakaran bahan plastik menghasilkan tenaga haba yang boleh digunakan untuk
pemanasan atau menghasilkan tenaga elektrik.

Soalan Esei

1 (a) Nyatakan empat sebab mengapa pembalut dawai elektrik dibuat daripada getah
sintetik tetapi bukan dibuat daripada getah asli. (4 markah)

(b) Rajah 1 menunjukkan eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji sifat fizik getah
sintetik.

Rajah 1

207
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

Kaji maklumat di atas. Bina konsep tentang sifat fizik getah sintetik.Jawapan anda
hendaklah berdasarkan aspek berikut:

(i) Mengenal pasti maklumat [1 markah]


(ii) Mengenal pasti dua ciri sepunya [2 markah]
(iii) Menghubungkaitkan ciri-ciri sepunya dengan sifat fizik getah sintetik
untuk membina konsep awal. [1 markah]
(iv) Menyatakan satu contoh bukan sifat fizik getah sintetik [1 markah]
(v) Menyatakan konsep sebenar sifat fizik getah sintetik. [1 markah]

Jawapan
(a) i. Tahan haba
ii. Tidak bertindak balas dengan asid atau alkali
iii. Tidak larut dalam pelarut organik
iv. Tidak mudah teroksida oleh oksigen

(b)

 Getah sintetik tahan haba


Getah sintetik tidak bertindak balas dengan asid
 Tiada bahan baru terbentuk apabila dipanaskan dan tiada perubahan
komposisi kimia apabila ditindak balaskan dengan asid.
 Bukan contoh:Tidak bertindak balas dengan minyak/tidak tahan haba
Contoh: Tahan haba/Mudah dioksida oleh oksigen
 Getah sintetik ialah getah yang tahan haba dan tidak bertrindak balas dengan
asid.

SOALAN OBJEKTIF
Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang
terbaik.

1. Antara bahan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk membuat bamper kereta?

A Bakelit
B Politena
C Perspeks
D Polivinil klorida

208
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

2. Rajah 1 menunjukkan suatu proses pempolimeran.

Rajah 1

Antara yang berikut, yang manakah mewakili bahan X dan bahan Y?

Bahan X Bahan Y
A Politena Etena
B Stirena Polistirena
C Neoprene Kloroprena
D Polivinil klorida Kloroetena

3. . Cermin kereta dibuat daripada

A Kaca
B Politena
C Perspeks
D Polistirena

4. Rajah 2 menunjukkan polimer yang merupakan sejenis plastik termoset.

Rajah 2

Antara pernyataan yang berikut,yang manakah benar?


A Panjang molekul-molekul polimer adalah sama
B Tindak balas kimia berlaku antara molekul-molekul polimer.
C Molekul-molekul polimer berangkai silang antara satu sama lain.
D Molekul-molekul polimer mudah menggelongsor di atas satu sama lain.

209
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

5. Rajah 3 menunjukkan suatu proses penghasilan bahan sintetik.

proses

etena politena
Rajah 3

Apakah proses X?
A Penapaian
B Pengesteran
C Pemvulkanan
D Pempolimeran

6. Antara bahan yang berikut, yang manakah polimer sintetik?

A Selulosa
B Isoprene
C Ammonia
D Polivinil klorida

7. Cara yang paling berkesan untuk mengawal pencemaran disebabkan bahan buangan plastik
adalah

A Kitar semula
B Tanam dalam tanah
C Bakar dalam insinerator
D Buang ke dalam sungai

8. Antara pasangan monomer dan polimer yang berikut, yang manakah dipadan dengan betul?

Monomer Polimer
A Etena Politena
B Karbohidrat Glukosa
C Getah asli Isoprena
D Asid lemak Protein

210
Modul 15 Sains Tingkatan Lima (Naskah guru) GCSBP
Bahan Sintetik Dalam Industri

9. Rajah 4 menunjukkan struktur bagi sejenis plastik.


molekul panjang polimer

Rajah 4

Antara yang berikut, yang manakah ciri plastik tersebut?

A Keras dan kuat


B Takat lebur tinggi
C Boleh dikitar semula
D Tahan terhadap haba

10. Antara yang berikut, yang manakah plastik termoset?

A Bakelit
B Politena
C Perspeks
D Polistirena

11. Kaedah manakah yang paling sesuai bagi pelupusan plastik tidak terbiodegradasi?

A Ditanam dalam tanah


B Dibakar dalam insinerator
C Buang dalam sungai atau laut
D Didedahkan kepada cahaya matahari

211

You might also like