You are on page 1of 17

TAN SRI ANTHONY

FRANCIS
FERNANDEZ

1
2.0. PENGENALAN

2.1 Perkataan usahawan mula diperkenalkan dalam tahun 1970 iaitu semasa pelancaran
Dasar Ekonomi Baru. Ianya bukanlah satu perkara yang baru kepada kita. Pada masa zaman
Melayu Melaka, mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai
pedagang manakala pada tahun 1900an mereka dikenali sebagai peniaga. Perkataan
usahawan mempunyai erti yang sama dengan perkataan Inggeris ‘entrepreneur’. Perkataan
‘entrepreneur’ berasal dari perkataan Perancis, ‘entreprendre’ yang bererti memikul tugas
atau tanggungjawab. Perkataan ‘entrepreneur’ telah digunakan semenjak tahun 1775 oleh
Richard Cantillon yang merujuk kepada kegiatan dalam keusahawanan.

Terdapat banyak tokoh usahawan berjaya yang terdapat di Malaysia dan salah
satunya ialah Tony Fernandez iaitu pengarah kepada syarikat penerbangan air asia. Beliau
merupakan salah satu usahawan berjaya yang ada di malaysia. Dalam lebih kurang 3 tahun,
Air Asia meningkatkan dari 2 boeing sederhana kepada 30 dan kini telah memiliki lebih
kurang 57 buah kapal terbang. Beliau mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya
disebabkan beliau tidak pernah putus asa dan sentiasa berusaha untuk memajukan usaha yang
dibuatnya. Beliau juga merupakan seorang yang berani mengambil risiko dan cabaran dalam
memajukan syarikat penerbangannya itu

2
3.0 OBJEKTIF

3.1 Objektif Am

 Mengkaji tentang seorang tokoh usahawan tempatan dan memahami


pergerakan awal yang dimulakan seorang tokoh usahawan

3.2 Objektif Khusus

Di akhir unit ini pelajar dapat :

 Kita dapat mengenal pasti latar belakang seorang tokoh usahawan tempatan
iaitu Tan Sri Anthony Francis Fernandes
 Mengetauhi ciri – ciri keusahawanan dan peranan Tan Sri Anthony Francis
Fernandes sebagai usahawan
 Boleh dijadikan sebagai teladan terhadap kejayaan yang dikecapi serta
pengajaran

3
4.0 KANDUNGAN

BIODATA

NAMA : Tan Sri Anthony Francis Fernandes

UMUR : 50 tahun
TARIKH LAHIR: 30 April 1964

TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur, Malaysia

PENDIDIKAN : Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)

PENGALAMAN:- Bekerja sebagai juruaudit dengan Virgin Airlines

-Pengawal Kewangan Virgin Records

-Pengarah urusan termuda Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd

JAWATAN : Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd /

Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd.

NAMA AYAH : Stephen Edward Fernandes

NAMA IBU : Ena Dorothy Fernandes

4
4.1 Ciri – ciri keusahawanan Tony Fernandez

4.1.1. Berorientasikan Pasukan (Team Oriented)

 Pasukan yang berorientasikan bermaksud pengurusan dalam sesuatu organisasi atau


boleh dikatakan sebagai kerja pasukan. Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ciri-
ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan lagi organsasi syarikat AirAsia.
Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan potensi dan bakat serta dapat
meningkatkan prestasi organisasi sekirannya melakukan tugasan yag melibatkan
kemahiran, pengalaman dan penilaian.

Sebagai contoh, Tan Sri Tony Fernandes menggelarkan pekerja-pekerjanya


Allstar kerana bagi Air Asia faktor utama yang menyumbangkan kepada kemajuan
dan dan kejayaan AirAsia adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya.
Hal ini demikian kerana, Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang
ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah
mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun
selepas 9 tahun syarikat tersebut dijalankan telah menyebabkan AirAsia sekarang
mempunyai aset yang bernilai hampir RM 4 billion dan mencatatkan keuntungan
sebanyak RM549 juta. Hal ini kerana, kejayaan tersebut dilakukan secara
berorientasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.

Bagi melahirkan pekerja berorientasikan pasukan yang berkesan, AirAsia


bukan sahaja memberikan latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah
AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korporat yang yang
bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua
pekerja. Malahan, selepas peristiwa 11 september, ramai pekerja yang
berpengalaman dari syarikat penerbangan yang lain telah dipecat bagi
mengurangkan kos untuk meningkatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan Tan Sri
Tony Fernandes telah mengambil kesempatan dengan melantik mereka yang
berpengalaman sebagai pekerja AirAsia sekali gus dapat menjimat kos Air Asia
hanya selepas setahun,

5
4.1.2.Kegagalan Adalah satu pilihan

 Seorang usahawan pasti akan mengalami pasang surut dalam bidang yang diceburi.
Hal ini turut dihadapi oleh dihadapi oleh CEO AirAsia Tan Sri Tony Fernandes. Pada
28 Disember 2014, beliau telah menerima satu berita sedih apabila mengetahui
bahawa salah satu daripada pesawat AirAsia iaitu QZ8501 telah mengalami
kecelakaan dan terhempas di Selat Karimata, Indonesia. Seramai 162 orang yang
berada dalam pesawat tersebut dan semuanya terkorban. Ini sangat mendukacitakan
apabila persepsi orang ramai mula mengatakan AirAsia adalah punca kejadian ini
dan mereka sudah memandang rendah terhadap syarikat ini.

Akan tetapi, bagi Tan Sri Tony Fernandes, ini bukanlah kegagalan untuk
segalanya. Beliau tabah menghadapi musibah ini dan berusaha mengambil langkah
penyelesaian dengan membayar pampasan kepada mangsa-mangsa kemalangan.
Mangsa bukan sahaja terdiri daripada warga Indonesia, tetapi juga daripada negara-
negara lain seperti Korea Selatan, Perancis, Malaysia, Singapura dan United
Kingdom. Semasa tempoh penyiasatan pula, setiap pelusuk badan pesawat diperiksa
dan mencari apakah punca kemalangan ini. Banyak negara menghantar bantuan
pencarian bangkai pesawat dan mangsanya. Waris mangsa juga sentiasa diberitahu
info tentang berita terkini berkenaan kes tersebut. Oleh itu, terdapat banyak cara
penyelesaian yang dilakukan oleh CEO AirAsia ini untuk kembali berjaya setelah
menerima satu masalah.

Kesimpulannya, terbuktilah bahawa ciri ini iaitu kegagalan ialah satu pilihan
adalah benar dan Tan Sri Tony Fernandes sendiri telah mengalaminya. Beliau telah
mengamalkan ciri yang betul dan tidak memilih
kegagalan sebagai pilihan. Tetapi beliau telah memilih untuk mengelakkan
kegagalan tersebut. Selepas kejadian tersebut, beliau telah menyuruh setiap anak
syarikatnya untuk memeriksa segala pesawat sebelum berlepas serta meningkatkan
langkah keselamatan pesawat dan penumpang. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau
mengalami kerugian yang amat besar tetapi ini merupakan pengajaran untuk beliau
dan orang lain supaya lebih berhati-hati dan lebih peka pada masa yang akan datang.

6
4.1.3.Mengambil Risiko Terbuka

 Mengambil risiko terbuka bermaksud risiko tersebut berkemungkinan akan


mengalami kerugian ataupun keuntungan. Banyak kajian mendapati kecenderungan
mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya.
Setiap perniagaan sama ada perniagaan kecil ataupun besar akan mengambil risiko
untuk mendapatkan hasil yang lumayan serta membuat sesuatu perubahan dalam
memantapkan lagi perniagaan tersebut. Namun begitu, ciri mengambil risiko terbuka
ini hendaklah dirancang dengan teliti dan selamat serta perlu diimbangi dengan
pengetahuan dan kefahaman supaya risiko tersebut tidak mendatangkan masalah
kepada perniagaan.

Sebagai contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Air Asia yang
diterajui oleh Tony Fernandez. Beliau juga dikenali sebagai Tony Fernandes ialah
seorang usahawan dari Malaysia dan pengasas "Tune Air Sdn Bhd", yang
memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan
slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran
sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang
mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang.

Syarikat Air Asia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-
Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan
disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Tan Sri Anthony Francis
Fernandes telah mengambil risiko dengan membeli syarikat tersebut dengan harga
satu ringgit dan mempunyai hutang dalam anggaran RM 40 juta dan hanya
mempunyai dua kapal terbang terpakai Boeing 737-300, terbang hanya ke satu
destinasi, membawa 250,000 penumpang setahun dan mempunyai hanya 250 pekerja.

Namun selepas 9 tahun syarikat yang telah dipimpin oleh Tan Sri Anthony
Francis Fernandes AirAsia sekarang bernilai hampir RM 4 billion, mencatat
keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320 dan
A330, terbang terus melalui lebih 130 laluan perjalanan ke 70 destinasi seluruh
dunia, menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang setahun dan kini mempunyai
lebih dari 8,000 orang pekerja di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Hal ini

7
menyebabkan syarikat ini antara pesaing terbesar syarikat penerbangan bertaraf
antarabangsa utama lain yang telah lama beroperasi seperti Malaysia Airlines Sistem
(MAS), dan Singapore Airlines (SIA).

4.1.4.Proaktif

 Tony Fenandes ialah seorang usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif
dalam segala tingkah laku dan tindakan dalam dunia perniagaan penerbangan iaitu
Air Asia. Beliau memiliki matlamat, wawasan dan sentiasa mahu maju ke hadapan.
Tony Fenandes lebih kreatif dan proaktif menghasilkan perkhidmatan terbaik
dalam industri Penerbangan . Beliau juga proaktif melibatkan pencarian peluang
baru yang di luar bidang operasi perniagaan. Beliau yang tindakannya secara cepat
dan agresif apabila merebut peluang di depan mata iaitu apabila Datuk Pahamin Ab.
Rajab, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna pada ketika itu, telah mengatur pertemuan antara Tan Sri Tony Fernandes
dengan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menyatakan hasrat beliau untuk membuka syarikat penerbangan sendiri.
Namun Dr.Mahathir mencadangkan kepada beliau untuk membeli syarikat
penerbangan yang sedia ada. Beliau bertindak segera dan proaktif apabila beliau
memajak rumahnya dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk
membeli Air Asia bersama tenaga kerja dan aset yang dimiliki Air Asia ketika itu
termasuk dua buah kapal terbang usang.

Beliau juga telah penyusunan semula organisasi Air Asia dengan imej dan
konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan
dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004
menerima lebihan permintaan sebanyak 130 peratus. Hal ini kerana usahawan yang
proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang bertindak secara inisiatif terhadap
peluang dalam pasaran, tindakan mengambil peluang ini ialah untuk membentuk
sesuatu persekitaran baru. Beliau bertindak juga secara proaktif apabila Tan Sri
Tony Fernandes turut menjalankan perniagaan lain yang beroperasi di bawah
Kumpulan Tune iaitu Tune Hotels, Tune Money, Tune Talk, Tune Sports, Tune
Studio dan Kuala Lumpur Education City (KLEC). Syarikat penerbangan Air Asia

8
berada di bawah perniagaan Tune Air. Selain itu, Tan Sri Tony Fernandes juga
membuat pelaburan ke atas MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers dan sebagainya.

Selepas 9 tahun, Syarikat tersebut bernilai hampir RM 4 billion, mencatat


keuntungan sebanyak RM549 juta, memiliki lebih 85 pesawat Airbus A320, dan
terbang terus melalui lebih 130 laluan ke 70 destinasi seluruh dunia dan
menerbangkan lebih 20 juta orang penumpang.

4.1.5. Berwawasan

 Tony Fernandes merupakan seorang yang mempunyai wawasan yang berani,


menyeluruh dan berpandangan jauh untuk semua syarikatnya. Sejak kanak-kanak
beliau mengimpikan tiga perkara iaitu mengusahakan syarikat penerbangan, memiliki
satu kelab bolasepak English dan mempunyai pasukan pelumba Formula One. Sejak
usia muda, Fernandes sudah mengimpikan idea penerbangan yang murah merentasi
asia semasa beliau belajar di sekolah berasrama penuh di England dan beliau juga
jarang pulang ke rumahnya kerana kos penerbangan yang tinggi.

Fernandes, kelahiran Malaysia paling menonjol, mantan pendidikan eksekutif


Warner Music-British, mengimpikan pengurusan penerbangannya menggunakan
bajet beliau sendiri sejak beliau masih belajar, kata beliau kepada BBC tahun 2010.
Beliau juga pernah berkata di BBC tahun 2010 "Bagi penerbangan saya yang
pertama, saya enggan melancarkannya ke Australia dan China, dan kebanyakan
orang merasakan hal itu agak ganjil", katanya lagi, "saya ingin penerbangan pertama
saya di London-Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya merangkul anugerah
International Herald Tribune bagi “Visionaries and Leadership Series”, kerana kerja
beliau yang mengagumkan dalam AirAsia.

9
4.2 Peranan Tony Fernandez dalam menjadi usahawan

4.2.1 Sebab Memilih Beliau

Beliau seorang usahawan yang berani mengambil risiko yang tinggi. Hal ini kerana
apabila beliau mengambil alih syarikat Air Asia mengalami hutang sebanyak RM 40 juta.
Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa keadaan ini sebagai halangan manakala ia
adalah satu peluang yang baik. Pada masa itu, beliau dan kawannya hanya mempunyai
modal sebanyak RM 1 juta. Ini telah membuktikan keyakinan diri pada Tan Sri Anthony
Francis Fernandes adalah tinggi, beliau percaya kemampuan dan pandangannya walaupun
ramai orang tidak memberi sokongan pada masa tertentu.

4.2.2 Proses Pembangunan Perniagaan

Semasa kecil, baliau sering mengikut ibunya seorang peniaga kecil kecilan, ke majlis
majlis para peniaga tupperware. Dalam usia 13 tahun beliau melanjutkan
persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya lulus di London School of
Economics pada tahun 1987. Selepas kembali ke Malaysia, beliau dilantik sebagai
pengarah urusan Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat
ini beliau berjaya mencetus suatu ‘revolusi' dalam muzik etnik, nasyid dan dangdut
ke dalam arus perdana muzik tanah air. Beliau berkhidmat dalam kumpulan ini dari
1992 sehingga 2001, akhir sekali memegang jawatan vice presiden kumpulan bagi
kawasan Asia Tenggara.
Idea penubuhan sebuah syarikat penerbangan termuncul apabila masa melanjut

pelajaran di England, beliau tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan ticket kapal

terbang yang mahal. Dengan ini, beliau bercita-cita menubuhkan sebuah syarikat

tambang murah. Pada tahun 2001, Tony Fernandes mengasaskan Tune Air Sdn

Bhd dengan wawasan untuk menjadikan perjalanan udara lebih mampu kepada rakyat

Malaysia. Dengan itu dalam fikiran, Tony tiga orang dan rakan-rakan beliau yang telah

membelikan AirAsia dari pemilik DRB-Hicom. Projek awal Tune Air kepada AirAsia

10
merombak ke dalam tambang yang rendah, tiada syarikat penerbangan tambang selepas

syarikat penerbangan tambang rendah yang berjaya seperti Southwest Airlines yang

berpangkalan di AS dan berasaskan Dublin Ryanair dan mewujudkan produk penerbangan

baru di Malaysia.

Pada asalnya, syarikat Air Asia mengalami hutang yang besar iaitu sebnyak RM 40

juta. Di bawah kepimpinan Tony, Syarikat penerbangan itu dibayar balik semua hutang dan

telah berada dalam kedudukan yang menguntungkan dari hari pertama operasi. Dalam kurang

dari 3 tahun, AirAsia meningkatkan dari 2 Boeing sederhana 737-300 kepada 30 dan kini

beroperasi lebih 100 penerbangan domestik dan antarabangsa setiap hari dari KLIA, Johor

Bahru, Bangkok dan Jakarta.

Di samping itu, AirAsia telah merevolusikan industri perjalanan udara di Malaysia dan

merintis fenomena kos rendah di Asia. Pada tahun 2004, AirAsia telah membentuk usaha

sama berjaya di Thailand dan Indonesia di mana AirAsia memegang 49% kepentingan dalam

kedua-dua syarikat. Thai Air Asia, usahasama dengan Shin Corporation, telekomunikasi

Thailand terbesar konglomerat, mengambil ke langit pada Feb 2004 dan setakat ini telah

memiliki lebih daripada 1 juta penumpang dalam tahun pertama operasi. PT jpa, dilancarkan

semula sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Dis ke-8 2004 kini berkhidmat 5

destinasi domestik di Indonesia.

Kini kumpulan Air Asia berkhidmat melalui 142 laluan dan 78 destinasi dengan

sejumlah 400 penerbangan sehari di Asia, dan juga ke Australia dan Eropah. Dalam tahun

2011, Air Asia telah menerbangkan sejumlah 30 juta penumpang dari pelbagai negara.

11
4.2.3 Tips kejayaan yang telah dikongsikan oleh Tony Fernandez pengarah Air Asia :

 Melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh staf. Melalui cara begini, beliau

dapat memahami dan mengesan cabaran dalam operasi syarikat.

 Percaya setiap pekerja adalah aset kepada syarikat. Tidak kira di bahagian

mana mereka ditempatkan dan apa yang mereka lakukan, setiap dari mereka

adalah penggerak syarikat.

 Menyerapkan budaya kuat dan cekap kerja di kalangan kakitangan sejak hari

pertama mereka menyertai pasukan.

 Tony sendiri mendengar pandangan dan idea dari pekerja setiap bahagian dan

peringkat. Idea yang bagus dan hujah yang bernas oleh pekerja akan

diberikan perhatian.

 Memberikan berbagai insentif kepada mereka yang cemerlang dalam

memberikan sumbangan kepada syarikat. Insentif bukan sahaja dalam

bentuk wang ringgit, pekerja yang bekerja bersungguh-sungguh walaupun

memiliki kelulusan yang rendah akan diberikan peluang untuk

pengembangan karier mereka.

 Seorang usahawan perlu sentiasa melihat dan memikirkan peluang untuk

berkembang.

12
4.2.4 Cara Tony Fernandez Menempuh Halangan

Kemampuan berkomunikasi timbul daripada personaliti yang yang


mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang di asah semasa belajar dan berkhidmat di
England dan di Kuala Lumpur. Selain itu beliau juga menunjukkan sikap minima ego dan
bersedia forgive and forget yang membolehkan beliau membuat pertimbang yang terbaik
untuk syarikat dalam sesuatu waktu. Misalnya dalam berurusan dengan Kerajaan Singapura
untuk mendapat kebenaran mendarat di sana beliau telah berhadapan dengan rintangan demi
rintangan yang berlarutan, yang biasanya melunturkan semangat orang biasa. Walaupun
demikian beliau masih boleh lagi berinteraksi dengan pegawai pegawai kerajaan Singapura
dengan baik, sambil menganggap detik detik pahit yang dilalui hanya sebagai cabaran dalam
mengembangkan laluan Air Asia. Kini Air Asia mengadakan 26 penerbangan pergi balik dari
Kuala Lumpur ke Singapura sehari.

Sebelum itu, cabaran yang pertama beliau lalui timbul dari sikap masyarakat perniagaan
Malaysia sendiri yang bersikap sinikal terhadap rancangan beliau menubuhkan syarikat
penerbangan. Perkara ini tidak melunturkan semangat beliau, malah dengan pantas, melalui
Dato’ Pahamin Rajab, belia berjaya meyakinkan Tun Mahathir, Perdana Menteri ketika itu,
untuk meluluskan rancangan beliau, mulai dengan cara mengambil alih syarikat
penerbangan Air Asia, sebuah syarikat yang nyata gagal dan dimiliki oleh kerajaan.

Setelah mulai berjaya dengan syarikat Air Asia, beliau mengalih fokus untuk menjadikan
Lapangan Terbang Subang sebagai hub penerbangan tambang murah di rantau Asean. Beliau
tahu ini satu perkara yang amat sukar diterima kerajaan kerana negara perlu mengukuhkan
kedudukan KLIA yang baharu sahaja siap diketika itu. Tetapi Tony never takes no for an
answer. Beliau menggunakan media massa untuk mempengaruhi masyarakat dan kerajaan.
Akhirnya kerajaan bertegas menolak cadangan Air Asia demi kepentingan negara, tetapi
dalam proses ini Tony berjaya mendapat laluan laluan udara yang baru serta mendapat LCCT
yang baru di KLIA dengan kadar tariff yang berdiskaun. Ini membantu Air Asia
mengukuhkan daya saing ketika berhadapan dengan Malaysia Airlines dan syarikat syarikat

13
penerbangan yang lain.

Demikian juga Tony menempuhi beberapa cabaran dalam usaha mendapat hak mendarat di
lapangan terbangan Bangkok, Jakarta, Hong Kong dan banyak lagi sama ada di Asia
ataupun atau benua benua lain. Namun nampaknya pengalaman di Singapuralah yang paling
mencabar.

Mengikut buku The Air Asia Story ditulis oleh Sen Ze dan Jayne Ng, bagi Tony, kualiti
seorang Usahawan yang paling penting ialah kecekalan atau dalam Bahasa
Inggerisnya willing to never take no for an answer. Bagi Tony, “Berpeganglah dengan
keyakinan anda. Jika anda terlalu mendengar kata orang lain, anda tidak mungkin dapat
memulakan sesuatu. Sebab itulah mereka tidak menjadi usahawan. Orang yang memberi
nasihat itu bukanlah usahawan. Jika tidak, sudah tentu mereka melaksanakan sendiri.

Akhir sekali, anda jangan lupa peranan pendidikan dalam membantu Tony dalam
menjayakan kerjayanya. Beliau adalah seorang Fellow Member of Association of Chartered
and Certified Accountants (ACCA) dan berkelulusan dari London School of Economic.

(Placeholder1)

14
5.0 PENUTUP

5.1. Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri dan sifat istimewa yang dapat
membezakan mereka dengan individu lain. Seseorang usahawan yang ingin berjaya dan
menginginkan perniagaannya berkembang maju perlulah mempunyai ciri-ciri dan sifat ini
agar matlamat mereka tercapai. Hal ini kerana, apabila bergelar usahawan pelbagai cabaran
dan risiko yang akan dilalui oleh seseorang usahawan itu. Usahawan yang berjaya lazimnya
memiliki salah satu sifat keusahawanan yang terdapat dalam penulisan ini. Pelbagai cabaran
dan risiko hanya mampu dilalui oleh seseorang yang bergelar usahawan iaitu mereka yang
memiliki sifat keusahawanan tersebut.

Jika sifat keusahawanan ini diterapkan kedalam diri semua usahawan pada abad ini
mungkin ramai usahawan yang baru akan mula membangun. Kebanyakkan usahawan yang
mementingkan sifat keusahawan dan ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan itu akan
bangkit dan berkembang bukan sahaja pada pasaran dalam negara, malah mampu ke persada
dunia. Hal ini membuktikan bahawa pentingnya sifat keusahawanan tersebut pada diri
seseorang usahawan pada abad ini.

15
6.0 LAMPIRAN

6.1 Gambarajah diatas menunjukan Tony Fernandez sedang sedang berbicara

6.2 Tony Fernandez bersarama kapal terbang

16
6.0 RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Tony_Fernandes
 http://kumpulanabsade1013.blogspot.com/2015/10/ciri-ciri-usahawan-berjaya-tan-
sri-tony.html
 http://rifdiazmi.blogspot.com/2016/10/12-kesimpulan.html

17

You might also like