You are on page 1of 2

Latar belakang Tan Sri Tony Fernandes

Nama Tan Sri Tony Fernandes cukup dikenali di rantau Asia atas kejayaannya yang memberi
impak yang besar kepada penduduk di rantau ini terutamanya di negara kita Malaysia. Ramai
yang tidak mengetahui nama sebenar beliau iaitu Tan Sri Anthony Francis Fernandes CBE.
Beliau dilahirkan pada 30 April 1964, jika dikira umur beliau sudah mencecah 53 tahun pada
tahun ini. Beliau dilahirkan di dalam keluarga campuran Portugis Goa (India) dan Portugis
Melaka. Bapa beliau bernama Dr. Stephen Edward Fernandes dan ibunya pula bernama Ena
Dorothy Fernandes. Tan Sri tony Fernandes sudah di mengenali dunia perniagaan sejak dari kecil
kerana beliau selalu megikuti ibunya yang merupakan seorang peniaga Tupperware. Beliau
sering mengikuti ibunya ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware.

Pada usia 13 tahun beliau melanjutkan persekolahan di England pada tahun 1977 dan seterusnya
memperoleh segulung ijazah daripada London School Of Economics pada tahun 1987. Selepas
memperolehi ijazah, beliau memasuki alam pekerjaan dengan berkhidmat sebagai juruaudit di
Virgin Airlines tetapi tidak lama kerana seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989 beliau
menjadi pegawai kewangan kepada Virgin Records sebuah syarikat yang dimiliki oleh Richard
Branson di London. Sekembalinya beliau ke Malaysia pada umur 27 tahun selepas 14 tahun
berada di perantauan, beliau menjadi pengarah urusan termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn.
Bhd. Sewaktu bertugas di syarikat tersebut , beliau berjaya mencetus suatu ‘Revolusi’ dalam
musik etnik,nasyid dan dangdut ke dalam arus perdana muzik tanah air Malaysia.
Tan Sri Tony Fernandes telah diterima sebagai Ahli Bersekutu Persatuan Akauntan Bertauliah
(ACCA) pada tahun 1991 dan menjadi Ahli Fellow pada tahun 1996. Walaupun seorang
akauntan, beliau merupakan gitaris amatur dan juga telah mencapai gred 8 piano yang mana
kecenderungan musiknya kelihatan. Dari tahun 1992 sehingga 2001, beliau menjadi naib
presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi kumpulan Warner Music. Apabila Time Warner
Inc. bergabung dengan America Online, beliau meninggalkan syarikat tersebut bagi mengejar
impian dan cita-citanya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan bajet yang
kemudiannya menjadi realiti apabila beliau mengambil alih Air Asia. Selepas kejayaannya dalam
industri penerbangan beliau memulakan pelaburan dalam perlumbaan F1 dan bola sepak dan
seterusnya dalam industri perhotelan iaitu Tune Hotel.

You might also like